Rabu, Jun 03, 2009

Ziarah Iyang (Moyang) di Kuala Krai Kelantan




Pada hujung minggu lepas 31 Mei saya membawa emak pergi ke Kelantan bersama rombongan pengantin Azhari bin Zabaei anak Yong (Asma Yeop Majlis) di Kuala Krai. Dikesempatan itu pada sebelah malamnya kami dibawa oleh adik saya PJS Cikgu Jalal dari Machang pergi menziarahi Iyang (moyang)yang kebetulan sudah lama tinggal di rumah anaknya Talit di kuarters polis Kuala Krai.

Dulu Iyang tinggal bersebelahan rumah kami di Kg Teluk Pedayung Lambor Kanan Parit Perak. Tetapi telah meninggalkan rumah lama itu sejak 1990 lagi. Nama sebenarnya Hamidah bt Uda Jewa,(kami orang kampung panggil dia Iyang Betina)dan suaminya Allahyarham Jabarbi (kami panggil Iyang Jantan) mempunyai 2 orang anak, pertama kami panggil Opah Enon tinggal di Kuala Kangsar Perak dan seorang lagi Talit tinggal di Kuala Krai Kelantan.

Umurnya dah mencecah 100 tahun sekarang tetapi masih kuat lagi, cuma pendengaran dan penglihatan dah terlalu kurang. Dulu dikampung dia boleh panjat pokok gelugor. Satu-satunya wanita tua yang boleh panjat pokok gelugor sampai ke puncak. Sebab itu badannya sihat sampai sekarang. Kalau tengok kulit mukanya tak nampak macam dah berumur 100 tahun. Betul-betul awet muda. Itulah kelebihan amalan pemakanan sihat yang bersifat alami. Antara pendapatannya dulu ialah menjual asam keping yang ia proses sendiri. Hari-hari menjemur asam gelugur yang dikeping-kepingkan diatas tikar mengkuang didepan rumahnya. Buah gelugur ia petik sendiri dari pokoknya. Panjat dan kait..

Beliau menangis hiba menerima kunjungan kami walaupun jenuh dia nak mengingat siapakah kami. Emak saya pun dia dah tak kenal sedangkan dulu kawan baik dan jiran sebelah rumah di kampung. Bila kami sebut Besah Yeop Majlis barulah dia terkenang dan berlenanglah air matanya dengan penuh hiba.

2 ulasan:

AjymNarnia berkata...

Lama nya tak jumpa Iyang...dah mcm itu rupa yer...nampak dah tuanya..

Dulu pun masa ayai cerite...ayai bagitahu kat iyang yg emak sekarang ni duduk kat rumah yong... bukan main lagi dia anggukkan kepada menandakan faham... lepas tu tetiba je dia menanya... ate... emak kamu kat mana sekarang...hahahah... penat jer ayai cerite...

Samalah agaknya macam sekarang ni yek... iyang nangis sebab lama tak jumpa agaknya...tetiba dia tanya... ate...kome ni saper sebenonye....

Tu la dah tua kan... nak buat macamana...

khalqisli.blogspot.com berkata...

ERMM.....TRAGIS JUGA BILA TGK Iyang...nampak tua sgt...tp mmg dah tua pun..klu umur dah cecah 100..dah tentu la tua...
Tp disebabkan kita membesar kat kampong dan boleh dikatakan sentiasa bersama Iyang kat sebelah umah..so kita rasa hubungan kita ngan Iyang begitu rapat..sedih tgk Iyang dah mcm tu...tentu Iyang happy sgt bila mak dtg dan ramai org visit dia...
MMg tak dinafikan selepas beberapa ketika dia dah lupa semula siapa yg dtg...
aku last jumpa Iyang pun 2 tahun sudah kot...masa tu aku gi umah PO kat Kuala Kangsar..dan masa tu Iyang dok umah Opah Enon dekat ngan umah PO...
Dia mmg tak kenal aku..jenoh ngabonya...lama bebeno baghu dia tahu...tp biasa la dia tanya balik..'kamu ni saperrrr'....kabo semula.....lupa balik...