Selasa, Jun 16, 2009

Khasiat Herba Misai Kucing dalam Teh Tropika HPA



Pokok herba Misai Kucing dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit darah tinggi. Banyak sekali produk-produk dalam pasaran kini dijual berasaskan pokok herba ini. Pokok Misai Kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan bunganya berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat kencing manis. Ia juga membantu memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang bagi mengelakkan penyakit batu karang dan ghout. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Produk HPA yang menggunakan herba Misai Kucing ialah Teh Tropika.

Kepentingan:

1. Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
2. Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.
3. Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
4. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
5. Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).

Peraturan pengguna:

Diambil sebelum makan, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

Harga:

Semenanjung: RM 20

Sabah & Sarawak: RM 22

Pengedar: RM16 diberi 7 NM.

Selamat mencuba...

Fakta / Fact

Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisonal. Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Ia telah terkenal sejak turun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arhritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan.

Misai Kucing juga dikenali dengan nama Kumis Kucing, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea dan Yoa Nuat Moeo. Herba Misai Kucing adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae .

Tumbuhan herba tropika Orthosiphon aristatus atau Misai Kucing kebiasaannya itanam di taman-taman atau halaman-halaman rumah sebagai pokok perhiasan kerana bunganya yang cantik.Walaupun tumbuhan Misai Kucing ini berasal dari Asia Tenggara dan Australia, namun kebaikannya dari segi perubatan kurang dihargai umum di rantau ini berbanding di lain-lain tempat dalam dunia.

Penjajah Belanda di Indonesia dahulu pernah mengambil herba ini sebagai minuman kesihatan untuk mencuci saluran darah dalam badan. Menyakini akan khasiat dan kebaikannya, mereka telah membawa herba ini pulang ke Eropah. Hari ini, setelah lebih dari 200 tahun kemudiannya, ianya telah ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba di Holland, Jerman, Perancis dan England.

Kemasyhuran Misai Kucing ini adalah kerana kesan diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Daun Misai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air di dalam badan,

Dalam perubatan tradisional tempatan, Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Maka, herba Misai Kucing diadunkan bersama Pegaga bagi melancarkan edaran darah, dan dengan Kunyit dan Halia pula untuk melawan radang.

Dukun-dukun dan sinseh juga biasa menggunakan herba Misai Kucing dalam adunan-adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan darah tinggi. Sementara penyelidikan klinikal Misai Kucing dari segi keberkesanannya merawat kencing manis (diabetes) masih sedikit, Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah melakukan ujikaji-ujikaji saintifik akan keberkesanannya merawat darah tinggi.Telah dipastikan, sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik).

Di Eropah, beberapa produk yang berasaskan Misai Kucing telah muncul di pasaran terutama kerana sifat-sifat diuretiknya yang selamat, dapat menyingkirkan toksid, membendung bendalir tubuh, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan untuk rawatan karang ginjal. Misai Kucing adalah salah satu dari cuma beberapa jenis herba yang mendapat pengiktirafan kerajaan Jerman untuk kegunaan melawaskan pembuangan air kecil bagi mengelak terbentuknya karang ginjal…

Sumber dipetik dari The Sun, Sabtu 2 September 2002.

Tiada ulasan: