Isnin, Februari 23, 2009

Sinergi Herba HPA melalui Sistem Pesanan Ringkas SMS



Alhamdulillah mulai sekarang orang ramai khususnya pengedar HPA boleh mendapatkan sinergi produk herba HPA untuk penyakit seseorang hanya dengan pertanyaan melalui SMS sahaja. Projek ini merupakan projek sampingan pelajar tajaan HPA di Guangzhou yang diketuai oleh Mohd Safwan bin Jamal yang telahpun belajar di sana selama 1 semester. Dua orang lagi tajaan HPA yang baru berlepas pada 18 hb Feb baru-baru ini ialah anak saya Muhammaad Abu Al Ghida (gambar kanan sekali) dan Muhammad Arshad bersama 3 lagi pelajar lain antaranya tajaan ABIM iaitu Sdr Suhail (gambar kanan berdiri ditengah). Mereka belajar disana selama 5 tahun di Jinan Universiti Guangzhou China dalam bidang bahasa dan kesusasteraan Mandarin. Semua jawapan daripada SMS ini disediakan oleh Pusat Penyelidikan Perubatan Jawi dibawah Unit IT & Multimedia dan telah disemak oleh Pengarah Urusan sendiri.

1) Jika ada masalah kesihatan dan perlukan sinergi herba produk HPA:

Type: radix(jarak)info(jarak)sh(kod penyakit) dan hantar ke 33886

contoh: radix info sh001 send 33886

KOD & MASALAH

SH001 - TEKANAN JIWA
SH002 - HILANG INGATAN
SH003 - KENCING MANIS
SH004 - BUASIR
SH005 - AFRODISIAC
SH006 - MIMPI BURUK
SH007 - TULANG BELAKANG BENGKOK
SH008 - SAKIT JANTUNG
SH009 - SAKIT JIWA
SH010 - KANSER PAYU DARA
SH011 - RADANG PARU-PARU
SH012 - SAKIT HATI
SH013 - BATUK
SH014 - KERACUNAN
SH015 - SENGGUGUT
SH016 - BIBIR HITAM
SH017 - DEMAM DENGGI
SH018 - BATUK KOKOL
SH019 - EKZEMA
SH020 - RHEUMATOID ARTHRITIS
SH021 - SET CERDAS MINDA
SH022 - RESDUNG
SH023 - DARAH TINGGI
SH024 - DARAH RENDAH
SH025 - DARAH TINGGI DAN KENCING MANIS
SH026 - OSTEOPOROSIS
SH027 - SAKIT GIGI DAN GUSI
SH028 - KANSER
SH029 - SET WANITA HAMIL
SH030 - SET BERSALIN
SH031 - SET KESUBURAN WANITA
SH032 - SET KESUBURAN LELAKI
SH033 - BATU KARANG
SH034 - SET KESIHATAN MATA
SH035 - LUMPUH
SH036 - HEPATITIS
SH037 - SET LANGSING BADAN
SH038 - SET ASMA / LELAH
SH039 - SET WARGA EMAS
SH040 - SET KANAK-KANAK KENCING MALAM
SH041 - DEMAM PANAS
SH042 - TIROID
SH043 - KEPUTIHAN
SH044 - ISOMNIA / SUSAH TIDUR
SH045 - MIGRAIN
SH046 - GASTRIK
SH047 - PATAH DAN TERSELIUH
SH048 -SET KESUBURAN RAMBUT
SH049 - KULIT
SH050 - SAKIT SENDI TANGAN
SH051 - GATAL BADAN
SH052 - KAYAP
SH053 - KELOPAK GARAM
SH054 - BADAN KURUS
SH055 - FIBROID
SH056 - PARKINSON
SH057 - CHIKUNGUNYA
SH058 - KEKURANGAN KALSIUM
SH059 - ANTI PERADANGAN
SH060 - PENYAKIT SLE
SH061 - OSTEOARTHRITIS
SH062 - DEMAM BERDARAH


2) Perlukan maklumat/kelebihan produk-produk HPA.

type: radix(jarak)info(jarak)nama produk dan hantar ke 33886

contoh: radix info ardisia send to 33886


3) Peringatan waktu-waktu solat.

Sms ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

type: on(jarak)radix(jarak)solat(jarak)kod negeri dan hantar ke 33886

contoh: on radix solat jb (untuk waktu solat kawasan Johor Bahru) send ke 33886

KOD DAN KAWASAN BAGI SISTEM SOLAT

1. AS -ALOR SETAR
2. JB - JOHOR BAHRU
3. KL - KUALA LUMPUR
4. KU - KUANTAN
5. MK - MELAKA
6. PG - PENANG
7. KG - KANGAR
8. KC - KUCHING
9. SB - SEREMBAN
10. IP - IPOH
11. KB - KOTA BHARU
12. KT - K . TERENGGANU
13. LB - LABUAN
14. SA - SHAH ALAM
15. KK - KOTA KINABALU

Sms waktu solat ini akan diterima setiap pagi sebelum masuknya waktu Suboh.

Allahu Akbar!!!

Rabu, Februari 18, 2009

Ais Krim HPA berjenama Toyyibah





Dalam majlis ujirasa (test run) ais krim HPA di Tambun Ipoh Perak hari Isnin 16 Feb kelmarin, Tn Hj Ismail dengan spontan telah menamakan ais krim pertama tanpa gelatin ini dengan nama Toyyibah. Toyyibah dalam bahasa Arab bermakna terbaik. Kilang Ais Krim bernilai lebih RM2.5juta ini asalnya milik En Osman yang dulunya menggunakan nama Ais Krim Sang Kancil. Tetapi telah menamatkan operasinya lebih 4 tahun lepas kerana masalah pemasaran. Alhamdulillah setelah mendapat suntikan semangat perjuangan melalui PBC yang beliau hadir di Masjid AlGhufran TTDI beberapa pada Jun 2008, beliau mengambil keputusan nak meneruskan semula operasi kilangnya bersama HPA.

Alhamdulillah HPA bersedia meneruskan operasi dengan mempastikan ianya betul betul halal tanpa ada gelatin seperti yang ada pada ais krim yang lain. Ais krim yang diberi nama Toyyibah ini insyaAllah akan dilancarkan sempena Seminar MLMSyariah di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji Jln Tun Razak Kuala Lumpur pada 9 Mac ini.

Semalam dalam kelas mingguan di HPA Caw Rawang, En Osman datang membawa sampel ais krim untuk diberi rasa kepada peserta kelas mingguan. Alhamdulillah hampir 100 orang yang hadir kelas semalam, semuanya berpuashati dengan kualiti ais krim yang ada berbagai perasa. Antaranya perasa kopi radix, perasa koko radix dan lain-lain perasa yang dicampurkan.

Tunggu pelancarannya nanti pada 9 Mac ini di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur. Yuran pendaftaran seminar cuma RM15.00. Daftar melalui PJS atau di Cawangan Lembah Klang.


Isnin, Februari 09, 2009

RFC berwajah baru..



Semalam 7 Feb 2009, satu lagi cawangan baru RFC dibuka di Pusat Bandar Alor Star Kedah. Kedudukannya yang berada dihadapan Terminal Bas Sahab Perdana Pusat Bandar Alor Star memudahkan orang ramai dan pelancung asing untuk singgah menikmati pelbagai hidangan yang disediakan. Ianya telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah. RFC di Alor Star ini nampak lebih ceria dari RFC pertama di Sg Petani, kerana warnanya telah ditukar dari merah kepada warna oren yang lebih cerah dan ceria.

KFC mendakwa warna merah adalah miliknya. Orang lain tak boleh guna warna merah untuk perniagaan seumpamaan mereka. Oleh itu RFC sekarang menggunakan warna baru iaitu warna oren untuk premisnya di semua cawangan yang akan dibuka lebih 10 buah di seluruh Malaysia dalam tahun ini.

Sebanyak 6,000 kotak ayam goreng organik diberikan secara percuma kepada orang ramai dihari pembukaannya semalam. Untuk dapatkan gambar yang lebih banyak dan menarik disekitar perasmiannya semalam sila klik http://www.flickr.com/photos/35205663@N06/

RFC juga menawarkan pelaburan kepada individu atau koperasi untuk membuka lebih banyak lagi RFC dengan beberapa syarat yang telah ditentukan oleh panel syariah HPA. Sila klik http://hpa.com.my/rfc/tips.htm

pengunjung free hit countersblog ini


Isnin, Februari 02, 2009

Stokis baru di Surau Al Muttaqin Tmn Melati




Kewujudan stokis HPA di dalam kawasan surau Al Muttaqin memudahkan penduduk sekitar Tmn Melati di Gombak Setia mendapatkan produk halal yang dikeluarkan oleh Hpa Industries Sdn Bhd. Stokis yang baru dibuka di lot kedai milik surau ini telah diusahakan oleh pengedar baru En Osman bin Wali Mohamad yang baru mengikuti kursus PBC di Masjid AlGhufran TTDI bulan Dis 2008. En Osman begitu aktif mengembangkan jaringannya dengan menghantar pengedar barunya ke progrem PBC setiap minggu di Lembah Klang.

Baru-baru ini beliau mengadakan Seminar Halal Haram di dewan KAFA sebelah surau dapat menghimpunkan 30 orang bakal-bakal pengedar termasuk Imam Surau Tn Hj Md Husin Ab Rahman. Antara pengisian program ini ialah Isu Halal Haram yang disampaikan oleh Us. Khairuddin Ramli Pegawai Agama UTM Jln Semarak KL. Pjs Shafei Tasiron menyampaikan kuliah bertajuk Peluang Perniagaan Bersama HPA dan saya memperkenalkan produk yang dikeluarkan oleh HPA. Manakala PJ Mohd Shafaarul dan ibunya Pn Zulliah mendaftar keahlian dan daftarkan penyertaan ke Pbc akan datang.

Program yang sama insyaAllah akan diadakan pula selepas ini di Surau Ansar Tmn Sri Rampai Setapak pada 14 Feb ini. Semua yang membaca blog ini jika berkesempatan dijemput hadir pada hari itu mulai jam 9 pagi hingga 5 ptg.