Memaparkan catatan dengan label rfc. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rfc. Papar semua catatan

Jumaat, Julai 09, 2010

MAJLIS PERASMIAN RFC CAWANGAN KE 6 DI KANGAR PERLIS

Posted by Jamaluddin Yeop Majlis Friday, July 09, 2010

/



Alhamdulillah RFC ke 6 di Kangar Perlis telah selamat dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Mohd Isa Sabu Menteri Besar Perlis petang tadi. InsyaAllah pada hari AHAD 25 JULAI 2010 ini satu lagi cawangan RFC ke 7 akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan di Kubang Kerian Kelantan pula. Jemput hadir beramai-ramai..
/

Isnin, Jun 29, 2009

HPA Terima Anugerah Inovasi Jaya 2009

/



Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganugerahkan HPA Anugerah Inovasi Jaya bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2009. Tahniah HPA!. HPA juga menyertai pameran selama 4 hari bermula 25 Jun sehingga 28 Jun di Dataran Dato' Sheikh Ahmad di Kangar yang berakhir semalam.

Pada hari ini pula HPA telah membuka sebuah lagi RFC cawangan ke 3 di Bandar Laguna Merbuk.


Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Urusan telah mengingatkan kepada semua kakitangan terutamanya yang terlibat dalam pengurusan restoren supaya menjaga akhlak, mementingkan kebersihan dan sentiasa memberi layanan yang paling istimewa kepada para pelanggan. Majlis diteruskan dengan solat Dzuha untuk memohon keberkatan rezki kepada perniagaan ini.

RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan 'drive-thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.
/

Sabtu, Jun 20, 2009

Ikuti Perkembangan HPA & RFC dalam majalah ANIS ini.





Majalah ANIS keluaran bulan JULAI 2009 yang mula dipasarkan minggu ini memaparkan 4 mukasurat dalam ruangan USAHAWAN berkaitan perkembangan terkini syarikat HPA dan Restoren Makanan Segera RFC milik HPA. Maklumat yang dipaparkan sangat bermakna kepada HPA dan pengedar-pengedar HPA yang kini telah melebihi 500,000 orang untuk terus mempromosikan produk halal yang menjadi moto syarikat HPA iaitu "Produk Halal Tanggungjawab Bersama."

Saya yang sebelum ini pernah menjadi warga kerja ANIS dari Feb 1998 hingga Nov 1998 mengucapkan berbanyak terimakasih terutamanya sahabat yang tak asing lagi iaitu Tn Hj Cikgu Abu Hasan Morad selaku Pangarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Begitu juga sahabat-sahabat yang masih dan sangat setia dengan Galeri Ilmu seperti Roslan Kasim, Zakaria Sungib, Hj Wan Mohd Azmin, Mohamad (Abu) Hanafiah, Elyas Yusof, Khairuddin Ahmad, Mohd Noor Rafuzi, Zuraimi Ismail, Zulkarnain Suhaimi, Pn Hajah Jalilah Abdullah, Pn. Shamsiah Puad, Pn Norhashimah Abd Rahman, Pn Hasmah Marzuki, Tn Hj Badrul Hisham Shaari dan tak lupa kepada Penulis Tamu Anis iaitu Pahrol Mohd Joui. Juga kepada Pengarah Pentadbiran En. Abd Halim Che Pa dan Pengarah Pemasaran Haji Mohd Yusri Mohd Yusof.

ANIS Bil 143 Julai 2009. Harga RM7.00 di Semenanjung dan RM8.20 di Sabah dan Sarawak.

Khamis, April 16, 2009

Bertemu kawan lama di Radix Oriental Cuisine




Sempena mesyuarat PJS SeMalaysia yang diadakan di Cawangan HPA Sg Petani baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi satu lagi restoran segera milik HPA yang baru dibuka di Lagenda Height Sg Petani iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC). ROC terletak sebaris dengan RFC (Radix Fried Chicken), ROR (Radix Organic Recipe) dan Hotel AzZahra yang sedang dibangunkan.

Selepas restoran Cheng Ho milik Amy Search di Kuala Lumpur menjadi perbualan orang kini ROC di Sungai Petani pula jadi tumpuan. Ramai sekali pelanggan yang terdiri dari kaum Cina,India dan Melayu datang bagi mencuba makanan cina halal yang disediakan oleh HPA. Buat masa kini tempahan makan malam telah banyak diterima terutama daripada pehak bank, badan kerajaan dan swasta.

HPA telah berjaya buktikan tanpa memasukan sumber-sumber yang haram, makanan masih sedap dan berkhasiat. Terima kasih pada En Hirman yang menguruskan persiapan makanan dan tahniah kepada Pn Khairul Nisak dan team yang nampaknya tidak letih-letih melayan tetamu.

Saya juga bertuah pada malam itu kerana dapat bertemu dengan kawan lama iaitu Prof Dr Mokhtar Saidin yang berkebetulan tinggal di Taman Lagenda Height. Beliau merupakan kawan lama saya semasa sama-sama belajar di UKM diawal tahun 80an. Beliau mengambil ijazah Geologi dan saya ijazah Sains Komputer. Kami bersahabat baik sejak belajar di Pusat Matrikulasi UKM di Greentown Ipoh pada tahun 1981 lagi. Selepas mendapat Ijazah Sarjanamuda Kepujian di UKM Bangi, beliau menyambung pelajaran keperingkat Sarjana dan PhD di Havard Universiti Amerika Syarikat dan sekarang bertugas sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di USM Pulau Pinang.

Menurutnya beliau selalu mengunjungi ROC sejak ia dibuka 2 bulan lalu. RFC pula boleh dikatakan setiap minggu beliau mengunjunginya bersama keluarga. Alhamdulillah katanya lagi isterinya telahpun menjadi ahli pengedar HPA di bawah rangkaian PJM Us. Mohd Zahir Ghazali di Sg Petani. Malah anaknya mengaji di Kelas Pengajian Al Quran yang dibangunkan sendiri oleh Us Zahir di kawasan perumahannya itu.

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya dalam bidang akademik dan bersama membangunkan ekonomi ummah.


Isnin, Februari 09, 2009

RFC berwajah baru..



Semalam 7 Feb 2009, satu lagi cawangan baru RFC dibuka di Pusat Bandar Alor Star Kedah. Kedudukannya yang berada dihadapan Terminal Bas Sahab Perdana Pusat Bandar Alor Star memudahkan orang ramai dan pelancung asing untuk singgah menikmati pelbagai hidangan yang disediakan. Ianya telah dirasmikan oleh YAB Dato Seri Azizan Abdul Razak Menteri Besar Kedah. RFC di Alor Star ini nampak lebih ceria dari RFC pertama di Sg Petani, kerana warnanya telah ditukar dari merah kepada warna oren yang lebih cerah dan ceria.

KFC mendakwa warna merah adalah miliknya. Orang lain tak boleh guna warna merah untuk perniagaan seumpamaan mereka. Oleh itu RFC sekarang menggunakan warna baru iaitu warna oren untuk premisnya di semua cawangan yang akan dibuka lebih 10 buah di seluruh Malaysia dalam tahun ini.

Sebanyak 6,000 kotak ayam goreng organik diberikan secara percuma kepada orang ramai dihari pembukaannya semalam. Untuk dapatkan gambar yang lebih banyak dan menarik disekitar perasmiannya semalam sila klik http://www.flickr.com/photos/35205663@N06/

RFC juga menawarkan pelaburan kepada individu atau koperasi untuk membuka lebih banyak lagi RFC dengan beberapa syarat yang telah ditentukan oleh panel syariah HPA. Sila klik http://hpa.com.my/rfc/tips.htm

pengunjung free hit countersblog ini


Jumaat, Januari 23, 2009

RFC Buka Cawangan Baru



Ramai yang tertunggu-tunggu pembukaan Radix Fried Chicken (RFC) di lokasi baru selain yang sedia ada sekarang ini di Sungai Petani, Kedah. Penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. RFC kedua akan dilancarkan dengan rasminya di Alor Setar pada 7 Februari 2009. YAB Menteri Besar Kedah dijangka akan merasmikan pembukaannya nanti.

Pasti kebanyakan ahli HPA di utara tanah air sudah merasai kelazatan ayam goreng RFC dan juga menu-menu yang lain. Tak terkecuali juga ahli-ahli HPA di seluruh Malaysia yang turut turun ke Sungai Petani semata-mata untuk merasai sendiri menu RFC ini. Rata-rata mereka memuji kesedapan hidangan RFC dan masing-masing juga kagum dengan kemampuan HPA membina perniagaan restoran yang cukup hebat dan gah malah mampu bersaing dengan pesaing sedia ada.

Namun begitu, ada juga yang memberikan komen membina dan kritikan mengenai layanan/servis di RFC. Terima kasih diucapkan. InsyaAllah pihak RFC akan cuba memperbaikinya di masa hadapan.

Tahun ini bukan 1, bukan 2 RFC yang akan dibuka tapi lebih 10 buah restoran lagi akan dilancarkan. Berikut adalah senarai lokasi RFC yang akan dibuka segera

1. Cawangan Alor Setar di Sahab Perdana

2. Kepala Batas - Minggu pertama Mac

3. Ipoh - Minggu pertama April
4. Kulim - Minggu pertama April
5. Bangi - Minggu pertama April
6. Kangar - Minggu kedua April
7. Kelantan - Minggu akhir April
8. Shah Alam - Minggu akhir April
9. Kluang - Minggu akhir April

Anda tentunya teruja dengan berita ini. Kita ikuti ulasan Pengarah Urusan HPA berkenaan pembukaan RFC baru di Alor Setar:

Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7 Feb 2009

Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2. Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia. Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan. Rasakanlah “hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah” kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.

Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir. Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan. HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan “Pasar Ansor” untuk umat ini.

Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Shahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA. Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut. Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD . InsyaAllah , saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.