Rabu, Februari 18, 2009
Ais Krim HPA berjenama Toyyibah
Dalam majlis ujirasa (test run) ais krim HPA di Tambun Ipoh Perak hari Isnin 16 Feb kelmarin, Tn Hj Ismail dengan spontan telah menamakan ais krim pertama tanpa gelatin ini dengan nama Toyyibah. Toyyibah dalam bahasa Arab bermakna terbaik. Kilang Ais Krim bernilai lebih RM2.5juta ini asalnya milik En Osman yang dulunya menggunakan nama Ais Krim Sang Kancil. Tetapi telah menamatkan operasinya lebih 4 tahun lepas kerana masalah pemasaran. Alhamdulillah setelah mendapat suntikan semangat perjuangan melalui PBC yang beliau hadir di Masjid AlGhufran TTDI beberapa pada Jun 2008, beliau mengambil keputusan nak meneruskan semula operasi kilangnya bersama HPA.
Alhamdulillah HPA bersedia meneruskan operasi dengan mempastikan ianya betul betul halal tanpa ada gelatin seperti yang ada pada ais krim yang lain. Ais krim yang diberi nama Toyyibah ini insyaAllah akan dilancarkan sempena Seminar MLMSyariah di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji Jln Tun Razak Kuala Lumpur pada 9 Mac ini.
Semalam dalam kelas mingguan di HPA Caw Rawang, En Osman datang membawa sampel ais krim untuk diberi rasa kepada peserta kelas mingguan. Alhamdulillah hampir 100 orang yang hadir kelas semalam, semuanya berpuashati dengan kualiti ais krim yang ada berbagai perasa. Antaranya perasa kopi radix, perasa koko radix dan lain-lain perasa yang dicampurkan.
Tunggu pelancarannya nanti pada 9 Mac ini di Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur. Yuran pendaftaran seminar cuma RM15.00. Daftar melalui PJS atau di Cawangan Lembah Klang.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan