Khamis, Januari 29, 2009
Siapa Atok Juara Gadis Melayu TV9?
Di Selayang ianya terkenal dengan panggilan Pak Ya Morning. Umurnya dah mencecah 76 tahun tapi belum tua lagi. Kalau ditanya berapa umurnya dia jawab 30 tahun lebih. Yalah 76 tahun tu lebih la 30 tahun... Isterinya 2 orang, Anak ada 9 orang dan cucu baru ada 31 orang termasuklah Aida yang jadi juara Gadis Melayu di TV9 tu. Sungguh pun begitu dia kata Pakya ni belum kawin lagi.. Maksudnya belum la kahwin lagi sekali... baru ada 2 isteri. Isteri pertamanya dah meninggal dan sekarang tinggal bersama isteri kedua di Selayang Utama. Beliau yang saya maksudkan ialah Tn Hj Yahya bin Yeop Majlis. Beliau merupakan abang saya tetapi bukan abang kandung. Ia dikandung oleh isteri pertama abah saya. Saya dikandung oleh isteri ketiga abah saya iaitu Allahyarham Haji Yeop Majlis bin Pandak Mohid.
Hari Ahad 25hb Jan, beliau bersungguh-sungguh mengajak saya ke rumah anaknya di Bandar Country Homes Rawang meraikan kenduri kesyukuran cucunya yang menjadi juara dalam pertandingan mencari gadis melayu anjuran TV9. Waktu itu saya di hotel de Palma Inn Ampang menyampaikan slot produk pilihan Kopi Radix dalam Program PBC. Katanya kalau datang nanti jangan lupa bawa Kopi Radix. Abangku ini telah menjadi pengamal Kopi Radix sejak 3 tahun sudah. Di rumahnya dah tak ada minuman lain. Hanya kopi radix. Siapa datang pun dijamu dengan kopi radix. Selain itu isterinya yang sedang terlantar uzur dirumah menjadikan Air Mineral HPA sebagai minuman harian. Tak mahu dah minum yang lain. Katanya air mineral HPA ini boleh melarutkan susu yang digunakan berbanding dengan air mineral yang lain. Itulah kelebihan air mineral HPA yang sumbernya dari telaga tiub di Kg Sg Gau Jalan Maran Temerloh Pahang. Air ini kaya dengan Kalsium dan Magnesium semulajadi dengan pH7.9. Alhamdulillah siapa yang mengamalkannya akan mendapat tenaga segera dengan izin Allah.
Rabu, Januari 28, 2009
Pendedahan Doktor Pakar Babi di hotel dePalma Ampang
Selepas saya membentangkan kelebihan produk HPA dalam PBC di hotel dePalma Ampang baru-baru ini, pengerusi majlis Pjs Rosmandi menjemput seorang peserta Dr Nurul Hisham untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai doktor pakar babi. Hampir 100 peserta PBC diAmpang pada 24-25 Jan tersentak dan terkejut mendengar pendedahan yang dibuat olehnya. Saya yang tak menyangka ada peserta dari kalangan doktor dalam PBC kali ini juga tersentuh dengan pendedahan yang diberikan. Saya difahamkan selain dia ada seorang lagi doktor yang menyertai PBC di Ampang. Selain itu ada juga dikalangan peserta terdiri dari pensyarah-pensyarah di Maahad Tahfiz seperti Us. Mohd Zamani bin Ismail Pengerusi Akademi Tahfiz Bestari di Sungai Pusu Gombak.
PBC diAmpang kali ini juga bertuah kerana dihari pertama, slot halal haram diisi sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad. Perasmian dan Pengenalan syarikat oleh PJS Hafidzan Fauzi, Pelan Pemasaran dan Gerakerja 6M oleh Pjs Syed Ageel dan Pjs Syed Salahuddin. Manakala di hari kedua, selepas bacaan Al Maathurat, saya membentangkan slot Produk Pilihan: Radix dan kelebihannya. Pjs Ramly Ahmad membentangkan Asas Perawatan JAWI dan PJS Siti Habibah Yusof selaku Pengarah PBC menghuraikan Diagnos Penyakit.
Turut hadir ialah PJS Radiyati yang sempat merakam pendedahan Dr Hisham berkenaan babi. Sila layar blog Pjs Radiyati dibawah:
http://radradix.blogspot.com/2009/01/something-about-babi.html
Jumaat, Januari 23, 2009
RFC Buka Cawangan Baru
Ramai yang tertunggu-tunggu pembukaan Radix Fried Chicken (RFC) di lokasi baru selain yang sedia ada sekarang ini di Sungai Petani, Kedah. Penantian anda akan berakhir tidak lama lagi. RFC kedua akan dilancarkan dengan rasminya di Alor Setar pada 7 Februari 2009. YAB Menteri Besar Kedah dijangka akan merasmikan pembukaannya nanti.
Pasti kebanyakan ahli HPA di utara tanah air sudah merasai kelazatan ayam goreng RFC dan juga menu-menu yang lain. Tak terkecuali juga ahli-ahli HPA di seluruh Malaysia yang turut turun ke Sungai Petani semata-mata untuk merasai sendiri menu RFC ini. Rata-rata mereka memuji kesedapan hidangan RFC dan masing-masing juga kagum dengan kemampuan HPA membina perniagaan restoran yang cukup hebat dan gah malah mampu bersaing dengan pesaing sedia ada.
Namun begitu, ada juga yang memberikan komen membina dan kritikan mengenai layanan/servis di RFC. Terima kasih diucapkan. InsyaAllah pihak RFC akan cuba memperbaikinya di masa hadapan.
Tahun ini bukan 1, bukan 2 RFC yang akan dibuka tapi lebih 10 buah restoran lagi akan dilancarkan. Berikut adalah senarai lokasi RFC yang akan dibuka segera
1. Cawangan Alor Setar di Sahab Perdana
2. Kepala Batas - Minggu pertama Mac
4. Kulim - Minggu pertama April
5. Bangi - Minggu pertama April
6. Kangar - Minggu kedua April
7. Kelantan - Minggu akhir April
8. Shah Alam - Minggu akhir April
9. Kluang - Minggu akhir April
Anda tentunya teruja dengan berita ini. Kita ikuti ulasan Pengarah Urusan HPA berkenaan pembukaan RFC baru di Alor Setar:
Perasmian RFC cawangan Alor Setar pada 7 Feb 2009
Ucapan terima kasih HPA kepada YAB MB Kedah yang berkesudian untuk hadir bagi merasmikan cawangan RFC HPA yang ke 2. Ini benar-benar akan memberikan semangat yang lebih jitu kepada seluruh warga HPA untuk terus berjuang menjadi pengeluar utama produk halal di Malaysia. Semua PJS , leader-leader dan warga HPA dijemput hadir walaupun tidak menerima sebarang undangan. Rasakanlah “hak kebersamaan dalam mengerakan ekonomi ummah” kerana tanpa anda semua tidak akan kemana juga perjuangan HPA.
Pastikan kita sentiasa berada disetiap lokasi sejarah HPA diukir. Kita ingin melihat ribuan ummat Islam berkumpul sebagai sokongan kepada peniagaan ummah ini di tengah-tengah isu boikot yang sedang dilaungkan. HPA atau Harapan Paling Akhir mengambil tanggungjawab bagi merealitikan sebuah perjuangan “Pasar Ansor” untuk umat ini.
Cawangan RFC Alor Setar terletak di tengah-tengah stesen bas Shahab Perdana berhampiran dengan cawangan HPA. Ini memudahkan para ahli bagi mencari tempat tersebut. Turut dijemput hadir dalam program tersebut ialah rektor dan pensyarah Kolej Insaniah sebuah pusat pengajian Islam yang mengadakan program daripada diploma sampai PHD . InsyaAllah , saya menanti kedatangan seluruh warga HPA nanti.
Isnin, Januari 19, 2009
PBC Rawang Catat Sejarah
Tarikh 17-18 Jan 2009 merupakan tarikh bersejarah bagi Cawangan Rawang apabila PBC kali pertama dapat diadakan di Dewan Seminar HPA Cawangan Rawang. Sebelum ini Jawatankuasa Komuniti Cawangan Rawang yang bernaung dibawah KPA sudah 10 kali mengendalikan PBC di Masjid Al Ghufran Kompleks Balai Islam Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur. Peringkat awal apabila cadangan hendak mengadakan PBC di tempat sendiri, berbagai reaksi yang kita terima baik dari PJS mahupun daripada pengedar dan bakal peserta. Antara reaksi spontan yang kita terima "Nak menginap dimana?". Persoalan ini terjawab apabila hampir 100 orang peserta dan urusetia serta motivator jemputan dapat menginap dengan selesa dan selamat di hotel budjet yang kita sewa di sekitar bandar Rawang.
Persoalan makan minum pula lebih selesa malah para peserta merasakan puas hati dengan makanan yang kita sediakan sendiri ala majlis perkahwinan. Makanan sentiasa berlebih. Kuih nak makan berapa pun tak kisah, tidak dihadkan 2 ketul seorang seperti yang biasa kita buat ditempat lain. Kita mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Selayang MPS dan Balai Polis Rawang dengan diberikan permit untuk Majlis Keramaian selama 2 hari 1 malam di situ. 3 biji khemah 20' x 20' didirikan di depan Pejabat Cawangan Rawang. Antara menunya sudah tentulah Ayam Organik HPA..
Istimewanya lagi PBC di Cawangn Rawang ini, walaupun yurannya cuma RM130.00 peserta mendapat Tshirt percuma. Tshirt Perkongsian Bijak Cemerlang KPA yang diusahakan sendiri oleh PJ En Rosli Che Ros salah seorang AJK Komuniti Rawang. Ini disebabkan kos penyelenggaraan PBC di tempat sendiri menjimatkan namun tanpa komitmen team pengurusan, agak sukar untuk melaksanakannya. Saya selaku PJS KPA dan Penasihat di Komuniti Rawang mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang terlibat khususnya Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku Pengerusi Jawatankuasa Komuniti HPA Rawang yang bertungkus lumus menjayakan PBC kali pertama di Cawangan Rawang ini. Ada yang sanggup bermalam sehari sebelum PBC di Cawangan Rawang. Kita juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pengurusan HPA Zon Tengah yang diketuai oleh Pn Siti Hazliana dan kakitangan HPA Rawang yang banyak memberi kerjasama.
Antara PJS yang hadir di hari pertama ialah PJS Ramly Ahmad, PJS Nurshidah Daud, PJS Abdullah Kadir, PJS Hafidzan Faudzi, PJS Shafei Tasiron dan PJS Rosjulila selain dari saya sendiri. Slot pertama Isu Halal Haram dan Pengenalan Syarikat dibentangkan oleh PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku Anggota Panel Syariah HPA. Slot kedua Pelan Pemasaran MLM Syariah HPA dan Strategi Menjana Pendapatan disampaikan oleh Presiden KPA PJS Hafidzan Faudzi. Sesi petangnya pula PJS Shafei Tasiron dari Tangkak Johor menyampaikan Gerakerja 6M dan Eagle Eyes Sponsoring. LDK selepas itu dikendalikan oleh saya dan sebelah malamnya pula iaitu Kongsi Kejayaan dan Tayangan Video PPIM dikendalikan oleh muka baru iaitu PJ Rosli Che Ros. Rosli Che Ros merupakan graduan PBC TTDI yang berjaya mendapat pangkat Pengarah Jati dalam masa 3 bulan.
Program Qiamullail, Kuliah Subuh dan Bacaan Al Maathurat dihari kedua dikendalikan oleh Pegawai Agama UTM Jln Semarak PR Us. Khairuddin Ramli juga merupakan graduan PBC di Uniten Bangi 6 bulan sudah. Beliau merupakan student PhD Dr Ishak Suliaman di Akademi Pengajian Islam UM. Senaman Pernafasan dan Demo Produk harian dikendalikan oleh PJ Mohd Shafarul Nizam yang tak pernah ketinggalan menjadi pendemo setiap kali PBC di TTDI sebelum ini. Beliau juga sentiasa mengetuai Nasyid yang kita dendangkan bersama dengan peserta. Nasyid-nasyid motivasi inilah yang dapat menghidupkan suasana bersesuaian dengan program kita.
Asas Perawatan JAWI dan Pengesanan Penyakit melalui saraf tangan pula kita menjemput PJS Pn Rosjulila dari Tangkak Johor yang baru sahaja habis mengikuti kursus Sijil Herbalis selama 3 minggu dengan Tn Hj Ismail di Sg Petani. Manakala slot terakhir iaitu Produk Pilihan: Radix dan Kelebihannya disampaikan oleh saya PJS Jamaluddin Yeop Majlis. Saya juga mengendalikan Pembentangan Kumpulan pada sebelah petangnya. Kumpulan Radix Koko yang diketuai oleh Sdr Mohd Hafiz bin Ramlee dari Batang Kali diisytiharkan sebagai Pemenang Kumpulan Terbaik. Antara peserta PBC kali ini ialah 6 orang Nazir Masjid di Hulu Selangor yang mewakili masjid masing-masing. 6 masjid yang terlibat itu ialah
1. Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Bharu.
2. Masjid Ar Rahmah Sungai Buaya.
3. Masjid Al Falah Ulu Yam Bharu.
4. Masjid Nurul Iman Serendah.
5. Masjid Jamek Kariah Sungai Masin.
6. Masjid Nurul Islamiah Sg Choh.
InsyaAllah PBC kali ke 2 di Rawang akan diadakan pada 21-22 Feb 2009.
Jumaat, Januari 16, 2009
Jauhi "Sistem Piramid"
Organisasi MLM memang piramid. Tetapi sistem MLM berbeza dengan sistem piramid. Sistem MLM dibenarkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna. Syarikat yang menjalankan sistem MLM mendapat lesen AJL jika memenuhi peraturan Akta Jualan Langsung. HPA dibawah anak syarikatnya Al Wahida Marketing Sdn Bhd Co.No. 376131 juga mendapat lesen AJL No. 93745. yang diperbaharui setiap 2 tahun. HPA juga mengamalkan sistem MLM berasaskan syariah dengan memiliki 11 orang panel syariah dikalangan mereka yang berautoriti dalam hal ehwal agama.
Adapun Sistem piramid yang dimaksudkan ialah satu sistem dimana sekumpulan orang di bawah membayar kepada orang yang berada ditingkat atas. Setiap peserta baru membayar supaya berpeluang mara ke tahap paling atas dan mendapata keuntungan daripada bayaran orang lain yang menyertai skim itu kemudian. Penaja atau pemilik skim ini tidak mengambil berat tentang penjualan barang/produk tetapi mengambil berat tentang keuntungan yang dikaut melalui wang yang diperolehi dari ahli-ahli baru.Diantara ciri-ciri Skim Piramid ini ialah:
1. Produk berkualiti murah dengan harga mahal dan para pengedar baru perlu membelanjakan wang keatas inventori barangan yang berlebihan.
2. Yuran keahlian yang tinggi serta komisyen kepada setiap peserta yang dapat menarik ahli baru.
3. Tiada hak pemulangan wang dan tiada kontrak bertulis antara syarikat dan pengedar.
4. Tidak mengambil berat tentang jualan runcit dan penghasilan wang dengan mengembangkan jumlah keahlian dibawah para pengedar.
5. Kehadiran wajib pada sesi latihan yang mahal
6. Dakwaan perolehan yang sengaja direka-reka wang dan kejayaan besar serta digembar gemburkan.
Apa yang jelas dalam sistem piramid ini yang menjadi fokus bukanlah penjualan barangan/produk tetapi penajaan ahli baru dimana keuntungan dikaut dari yuran keahlian yang tinggi bukan melaluike giatan perniagaan. Bonus diberikan hasil dari kutipan dari orang-orang dibawah., bukan dari keuntungan barangan/produk yang dijual.
Melihat kepada konsep dan ciri-ciri di atas jelas bahawa sistem piramit tersebut bertentangan dengan Syariat Islam kerana terkandung didalamnya unsur-unsur penipuan, pemerasan, gharar(ketidakjelasan salam dalam akad), ghabn fahysh dan sebagainya yang diharamkan oleh Syarak dalam urusan perniagaan dan jual beli.
Rujukan dari blog Soaljawab Agama: http://www.ilmudanulamak.blogspot.com kendalian Us. Ahmad Adnan Fadzil Pengurus Pentadbiran HPA Industries Sdn Bhd.
Rabu, Januari 14, 2009
"Ibnu Battuta Inn" Hotel HPA di Rawang
Satu alternatif hotel budget yang Islamik serta harmonis bakal dibangunkan oleh HPA di Pusat Bandar Rawang. Titik mula perniagaan ini adalah berpunca daripada kesedaran peri pentingnya sebuah penempatan yang selesa dan islamik untuk para peserta PBC yang bakal kita adakan 2 kali sebulan di Cawangan Rawang. Mulai Januari ini Komuniti HPA Rawang mula mengadakan PBC di Dewan Seminar HPA Cawangan Rawang tetapi terpaksa menyewa budget hotel milik orang bukan Islam yang ada di Pusat Bandar Rawang. Alhamdulillah setelah kertas cadangan ini kita kemukakan kepada Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail ketika majlis Hi-Tea di Cawangan Rawang baru-baru ini, Tn Hj bersetuju untuk melabur sebanyak RM70,000 atas nama Azzahra Hotel Sdn Bhd dan RM30,000 lagi disediakan oleh ahli komuniti di Cawangan Rawang atas nama Muamalah Komuniti HPA Sdn Bhd.. Satu syarikat baru atas nama HPA Properties Sdn Bhd akan ditubuhkan untuk pembinaan hotel ini dengan modal berbayar RM100,000.00
"Ibnu Battuta Inn" adalah nama yang dicadangkan untuk budget hotel ini. Konsep Islamik akan digunapakai di dalam mentadbir hotel ini serta dijalin bersama konsep tropika dalam penghiasannya (decorate). 2 unit bangunan 3 tingkat akan disewa, dimana tingkat 1 akan dijadikan budget hotel yang dirangka boleh dibina 20 unit bilik yang mana setiap bilik akan dilengkapi dengan penghawa dingin, tandas, TV dan wardrobe. Sementara ground floor pula bakal dibangunkan Radix Cafe. 1 unit ditingkat atas akan dijadikan dewan konferen yang boleh juga dijadikan surau selain pejabat pentadbiran dan juga SPA. Penyediaan SPA atau pusat kecantikan dan rawatan dengan konsep islamik seiring dengan penggunaan herba keluaran HPA serta mempunyai juga butik yang memasarkan barangan seperti HPA Collection serta Jawi Herbshop.
Lokasi premis yang bakal dibangunkan Ibnu Battuta Inn ini ialah di No. 29-31, Jalan RS1, Rawang Sentral, 48000 Rawang. Gambar premis diatas.
Ahad, Januari 11, 2009
Masjid pertama jadi Agen Stok HPA
Lebih 300 orang hadir ke Seminar Halal & Haram yang dianjurkan oleh Gabungan Nazir-Nazir Masjid Daerah Hulu Selangor dan Persatuan Ulama Malaysia Negeri Selangor dengan kerjasama HPA Industries Sdn Bhd. Majlis ini telah dirasmikan oleh YDH Dato' Orang Kaya Maha Bijaya Dato' Haji Aman Shah bin Mohd Shahar, Orang Besar Daerah Hulu Selangor. Antara yang hadir ialah semua Nazir-nazir, Imam-imam dan Jawatankuasa Masjid di Ulu Selangor. Kesemua 24 buah masjid di daerah Hulu Selangor juga ditawarkan menjadi ahli dan agen stok selepas ini.
Sabtu, Januari 10, 2009
KONVEK HPA JULAI 2009
KATEGORI HADIAH
A.HADIAH PASTI ( JAN – MEI 2009 ).
Belian syarat 200 NM atau terkumpul 1000 NM ….Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 100 (e.g. pen berjenama) dan 20 cabutan bertuah.
Belian syarat 300 NM atau terkumpul 1500 NM…..Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 300 (e.g. jam tangan) dan 15 cabutan bertuah ( hand phone ).
Belian syarat 500 NM atau terkumpul 2500 NM…. Diberikan hadiah pasti sekitar
RM 500 (e.g. camera) dan 5 cabutan bertuah ( Note Book ).
B.INSENTIF DARI PBC ( JAN – MEI 2009 ).
Terbuka kepada PB, PLX, PRX bermula pada bulan Jan 2009.
2. Berjaya membawa 6 peserta PBC ( sekali dengan melengkapkan 300NM ) selewatnya Mei 2009 pada Aras Pertama.
Hadiah Jaket HPA dan hadir PIC percuma.
Jika mencapai Pengarah Jati ( PJ ) selewatnya Mei 2009 akan mendapat tambahan Pen Berjenama.
Insentif ini akan di uruskan oleh Kelab pada Program Zon
C.TIGA KATEGORI INSENTIF KHAS ( OKT 2008 – MEI 2009 ).
Berlangsung dari Okt 2008 sehingga Mei 2009.
Penjualan syarikat mencecah RM 15 juta perbulan..( Jualan Malaysia Sahaja ) selewat-lewatnya pada Mei 2009.
Terbuka kepada pengedar HPA yang bergerak aktif bersama PBC.Syarikat berhak menolak tawaran ini kepada mereka yang tidak aktif didalam PBC.
Bagi mereka yang telah berpangkat PJE. PJI, PJM sebelum Mei 2009, hanya layak untuk insentif kategori pertama sahaja.
Bagi mereka yang berpangkat PJ ke bawah sebelum Mei 2009 tetapi mencapai PJE atau keatas daripada Jan 2009 hingga Mei 2009, maka layak untuk salah satu katagori (samaada katagori pertama atau katagori kedua).
BAGI KATEGORI PERTAMA
Adalah mereka yang mencapai pangkat PJE minima pada jualan bulan Mei 2009.
Membuat belian peribadi minima 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX dengan 300 NM
sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000NM.
Pencapaian bonus RM 10,000 ke atas pada bulan Mei 2009.
Top 20 akan mendapat ganjaran mengerjakan ibadat haji suami isteri @ kereta @ RM 30,000 tunai.
Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.
BAGI KATEGORI KEDUA
Mereka yang membuat pembelian peribadi 200 NM dan jualan kumpulan pangkat PLX 300 NM sebulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau akumulatif 5000 NM.
Pangkat di antara Pengedar Biasa ( PB ) hingga Pengarah Jati ( PJ ).
Top 50 dari Pengarah Jati hingga ke bawah akan berpeluang melawat Jakarta atau Bandung 4
Hari 3 Malam dan motosikal Modenas.
Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.
BAGI KATEGORI KETIGA ( INSENTIF UMRAH - PILIHAN ).
1. Semua pangkat dari Pengedar Biasa hingga Pengarah Jati Mahkota . Mencapai bonus
RM 5,000 ke RM 9,999 menjelang Mei 2009.
2. Jualan mencapai RM 15 juta menjelang Mei 2009. Maintain peribadi 300 NM setiap bulan mulai Okt 2008 hingga Mei 2009 atau kumulatif peribadi 6000 NM.
3. Terlibat secara aktif menggerakkan PBC dan pengembangan jaringan.
BAGI KATEGORI C
** SETIAP PENGEDAR HANYA LAYAK UNTUK MENERIMA SATU INSENTIF SAHAJA DAN BERGANTUNG KEPADA SYARAT DAN KELAYAKAN SEPERTI TERTERA DI ATAS **.
Tiket Konvek di jual pada harga yang di putuskan oleh syarikat dan cabutan hadiah menarik seperti berikut:
Barangan eletrik
Hadiah menarik dan branded 200 hadiah di buat pengumuman 4 kali dan di kupon mengandungi Nama, no ahli, no telefon dan cawangan terdekat.
Khamis, Januari 08, 2009
Anak saya terpilih belajar di GUANGZHOU CHINA tajaan HPA
Alhamdulillah setelah melalui proses pemilihan yang dilakukan oleh HPA bermula temuduga terbuka pada 21 Dis di Hpa Sg Petani, anak sulong saya Mohd Abu Al Ghida 20 (gambar disebelah) adalah antara yang terpilih mengikuti pengajian Bahasa China dan Perniagaan di GuangZhou China. Sebenarnya anak saya ini baru sahaja selesai pengajian tahun asas di UNISEL. Sepatutnya beliau menyambung ke tahun pertama di Unisel Shah Alam dalam bidang Bioinformatik di Fakulti Bioteknologi dalam bulan Disember tahun lepas. Namun minatnya yang mendalam untuk bersama HPA bagi meneruskan cita-citanya beliau sanggup menolak tawaran itu apabila mendapat kelulusan belajar ke China atas pembiayaan sepenuhnya oleh HPA.
Sebelum ini HPA telah pun menghantar seramai 3 0rang belajar di sana dan ini merupakan trip kedua hanya 2 orang sahaja yang terpilih. InsyaAllah mereka akan berangkat pada 18 Feb 2009.
Terimakasih yang tak terhingga diucapkan kepada pihak HPA khususnya Tn Hj Ismail, Us Adnan Fadhil dan Us. Mad China yang telah memilih anak saya untuk dihantar belajar di Guangzhou China.
Rabu, Januari 07, 2009
Apa Itu Minyak Kelapa Dara?
Minyak Kelapa Dara atau dalam bahasa Inggerisnya Virgin Coconut Oil (VCO) diproses tanpa menggunakan sebarang haba atau bahan kimia. Ini menyebabkan struktur dalaman asal VCO terpelihara dan dapat mengekalkan sifat-sifat antivirus dan antibakterianya. Sedangkan dalam pemprosesan minyak kelapa biasa secara komersial dan meluas, haba dan kimia digunakan menyebabkan struktur dalamannya terganggu dan berubah. Itu yang boleh menyebabkan peningkatan kolestrol. Oleh kerana VCO ini amat rumit untuk dihasilkan, sebab itulah ianya hampir tiada dalam pasaran.
Walaubagaimanapun, alhamdulillah HPA telah dapat mengeluarkannya dalam bentuk softgel. Softgel halal yang diproses oleh Halagel Sdn Bhd. Antara kelebihan VCO ialah:
1. Pembasmi Kuman Semulajadi.
2. Pemangkin Kadar Metabolisma Badan.
Manakala kegunaan VCO dalam perubatan pula ialah:
1. HIV. Penelitian terhadap penderita HIV menunjukkan bahawa pemberianVCO dapat merawat HIV. Asid Laurat yang terdapat di dalam VCO telah diubah kepada Monolaurin merupakan suatu bentuk sebatian kimia Monogliserida. Sebatian ini bersifat sebagai antivirus, antibakteria dan antikulat. Monolaurin dapat merosak Membran Lipid (lapisan pembungkus virus) diantaranya virus HIV. Selain itu, VCO juga telah dicuba kepada penderita sindrom pernafasan akut atau SARS dan menunjukkan hasil yang positif.
2. Terhindar dari serangan kanser.
3. Mencegah peradangan hati seperti hepatitis A, B dan C.
4. Melambatkan proses degeneratif dan mempertahankan keseimbangan hormon.
5. Diabetes. VCO membantu menstabilkan paras glukosa dalam darah.
6. Penyakit jantung. VCO bertindak sebagai antioksidan yang dapat meneutralkan radikal bebas.
7. Obesiti. Lemak tepu rantai sederhana yang ada dalam VCO dapat mengawal berat badan.
VCO juga digunakan dalam perawatan kulit dan rambut.
Produk VCO keluaran HPA dalam bentuk softgel. Satu botol mengandungi 60 biji softgel VCO. Harga Pengedar RM28.00. Harga Pengguna RM32.00. Nilaimata untuk pengedar 10.
Selamat mencuba dan mengamalkannya. Ingat! Produk herba akan jadi ubat bila diamalkan. Jadikanlah makanan sebagai ubatmu dan Ubat sebagai makananmu.
Isnin, Januari 05, 2009
KFC milik Yahudi di hadapan Masjidil Haram
Tahukah wahai sahabat sekalian bahawa wang yang kita belanjakan untuk membeli barangan mereka itu, telah mereka gunakan untuk membeli senjata dan membunuh saudara seagama kita di bumi Palestine. Kita membutakan mata dan memekakkan telinga untuk mengetahui dan mengenali barangan berjenama Yahudi. Asalkan namanya barangan keperluan, terus kita beli. Lemahnya kepekaan umat Islam walaupun semangat menentang Yahudi cukup kuat.
Khamis, Januari 01, 2009
Omega-3 Softgel dan Mega-3 Kapsul
Perbezaannya hanya dari segi penghasilannya dimana Omega-3 Softgel merupakan minyak murni (dara) dari ikan Tenggiri Biru tersebut tanpa dicampur dengan bahan lain. Sementara Mega-3 kapsul pula dihasilkan dari seluruh ikan tersebut termasuk sirip dan tulang-tulangnya yang telah dihaluskan dan dikeringkan, kemudian disenergikan dengan herba lain seperti Mallotus villosus, Clupea harengus dan Engraulis ringens.
Dari segi khasiat, keduanya hampir tidak jauh beza. Cuma Omega-3 Softgel lebih cepat diserap oleh darah dan lebih cepat menormalisasikan darah yang sebelumnya membeku serta melancarkan aliran darah dari lemak yang membeku (artherosklerosis) di sepanjang pembuluh darah di dalam tubuh.
Oleh itu Omega-3 Softgel lebih sesuai diamalkan oleh orang dewasa 40 tahun ke atas. Manakala Mega-3 kapsul sangat sesuai diamalkan oleh ibu-ibu yang mengandung, kanak-kanak dan pelajar.
EPA (Eicosa Pentaenoic Acid) dapat mencegah Kanser, Tekanan Darah Tinggi, Penyakit Jantung, Stress yang berlebihan dan menurunkan kadar kolesterol yang berlebihan. Manakala DHA (Docosa Hexaenoic Acid) berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan.
Omega-3 Softgel: Harga ahli RM28. Bukan ahli RM35. Kandungan 60 biji. Nilai mata 10
Mega-3 Kapsul: Harga ahli RM24. Bukan ahli RM30. Kandungan 60 biji. Nilai mata 15
Selamat mencuba. Jadikan amalan harian sebagai makanan tambahan.