Rabu, Januari 28, 2009

Pendedahan Doktor Pakar Babi di hotel dePalma Ampang


Selepas saya membentangkan kelebihan produk HPA dalam PBC di hotel dePalma Ampang baru-baru ini, pengerusi majlis Pjs Rosmandi menjemput seorang peserta Dr Nurul Hisham untuk menceritakan pengalaman beliau sebagai doktor pakar babi. Hampir 100 peserta PBC diAmpang pada 24-25 Jan tersentak dan terkejut mendengar pendedahan yang dibuat olehnya. Saya yang tak menyangka ada peserta dari kalangan doktor dalam PBC kali ini juga tersentuh dengan pendedahan yang diberikan. Saya difahamkan selain dia ada seorang lagi doktor yang menyertai PBC di Ampang. Selain itu ada juga dikalangan peserta terdiri dari pensyarah-pensyarah di Maahad Tahfiz seperti Us. Mohd Zamani bin Ismail Pengerusi Akademi Tahfiz Bestari di Sungai Pusu Gombak.

PBC diAmpang kali ini juga bertuah kerana dihari pertama, slot halal haram diisi sendiri oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Ahmad. Perasmian dan Pengenalan syarikat oleh PJS Hafidzan Fauzi, Pelan Pemasaran dan Gerakerja 6M oleh Pjs Syed Ageel dan Pjs Syed Salahuddin. Manakala di hari kedua, selepas bacaan Al Maathurat, saya membentangkan slot Produk Pilihan: Radix dan kelebihannya. Pjs Ramly Ahmad membentangkan Asas Perawatan JAWI dan PJS Siti Habibah Yusof selaku Pengarah PBC menghuraikan Diagnos Penyakit.

Turut hadir ialah PJS Radiyati yang sempat merakam pendedahan Dr Hisham berkenaan babi. Sila layar blog Pjs Radiyati dibawah:

http://radradix.blogspot.com/2009/01/something-about-babi.html

Tiada ulasan: