Jumaat, Mac 04, 2011

RADIX GOAT - SUSU KAMBING PRACAMPURAN HERBA RADIX


RADIX GOAT

Susu kambing adalah minuman yang lebih baik khasiatnya dibandingkan dengan susu lembu.Susu kambing dapat menjadi alternatif bagi pengguna yang mempunyai alergi terhadap susu lembu.Susu kambing sagat baik kerana ianya salah satu amalan sunnah Rasulullah S.A.W.


KHASIAT RADIX GOAT

Dalam setiap 100 gram susu kambing mengandungi:
  • 3-4 peratus protein
  • 4-7 peratus lemak
  • 4.5 peratus karbohidrat
  • 134 gram kalsium
  • 111 gram fosfur
KANDUNGAN/INGRGEDIENT

Bahan:
Krimer bukan tenusu (Protein Susu), serbuk susu kambing penuh krim, mengandungi kondisioner makanan yang dibenarkan, Herba Radix dan Vanillin.

Kelebihan Radix Goat
-Mengandungi 7 jenis herba Radix sama seperti kopi radix yang berada di pasaran. Antara herba-herbanya ialah:

  • Tongkat Ali (Afrodisiak/antioksidan)
  • Pokok Mata Pelanduk (Diuretik)
  • Pokok Teja Lawang (Karminatif)
  • Pokok Tebu Gajah (Antidot)
  • Pokok Mengkudu Hutan (Laxatif)
  • Halban (Imuniti)
  • Larak Hutan (Kardiotonik)
KEBAIKAN RADIX GOAT
  • Mempunyai sunber kalsium yang lebih baik berbanding susu lembu.
  • Baik untuk tulang dan gigi.
  • Melancarkan lagi proses penghadaman dan membekalkan tenaga kepada tubuh badan untuk menjalankan aktiviti harian.
  • Terdapat mineral besi untuk pembentukan hemoglobin dalam badan.
  • kandungan kalsium dan potasium dalam susu kambing menolong mencegah osteoporosis atau kerapuhan tulang.
  • Vitamin A dalam susu kambing membantu tumbesaran bayi dan kanak-kanak.
  • Zat-zat galian yang terkandung dalam susu kambing juga mampu mengimbangi metabolisme, membina tulang dan gigi, membantu membina sel darah, tisu-tisu badan, serta membantu menajamkan fikiran dan peningkatan fungsi otak.
  • Menolong wanita mengembalikan zat besi semasa kedatangan haid setiap bulan,kekurangan darah (anemia), pendarahan semasa kehamilan serta pandarahan yang banyak selepas bersalin (pndarahan pospartum).
  • Dapat membekalkan lemak sebagai pembakar dalam badan, protein untuk pertumbuhan otot, karbohidrat untuk tenaga dan zat galian untuk pembinaan badan.
  • Mengandungi sumber natrium untuk membantu kalsium dan mineral lain larut dalam darah.
  • Memudahkan proses penyerapan mineral-mineral di dalam badan dengan lebih mudah.
  • Sifat alkali susu kambing baik untuk kesihatan bertindak meneutralkan asid dalam badan secara semulajadi.
  • Mengandungi asid nikotinik yang berfungsi membantu proses pencernaan, meningkatkan kesihatan pada kulit, kelihatan lebih cantik dan berseri.
  • Mengawal sepenuhnya asid hidroklorik dalam perut, mengekalkan kekuatan pesakit dan meminimumkan ketegangan pada otot yang dijangkiti.
  • Mengandungi enzim, vitamin dan zat galian yang menolong mengawal metabolisme kolestrol.

HEMOGLOBIN
  • Membantu sel darah merah mengangkut oksigen dari paru-paru ke seluruh badan untuk kegunaan sel-sel badan.
  • Membantu melancarkan lagi sistem pernafasan.


free hit counters
free hit counters

Khamis, Januari 27, 2011

HPA Sasarkan jualan RM25JUTA sebulan dalam tahun 2011



25hb Jan 2011 (Bdr Laguna Merbok Sg Petani): Mesyuarat Majlis Syura PJS yang di pengerusikan oleh Pengarah Urusan serta GM-GM telah bersetuju mensasarkan jualan bulanan tahun 2011 sebanyak RM25 juta. Pelbagai strategi gempur pasaran telah diputuskan bersama. Terima kasih Pengarah Urusan dan GM

Turut hadir Pengarah Urusan 2, Tuan Haji Fisal Ahmad Tajuddin, GM AWM, En Muhammad Faisol Abd Rahman, GM MIS, Puan Rashidah Bt Abdul Rahim, GM R&D, Tuan Hussin Bin Ghani, GM Akaun, Tuan Rosli Bin Abu Bakar, GM ITHPA/ SU Panel Syariah, Al-Ustaz Ahmad Adnan Bin Fadzil, Juga dihadiri semua AGM Zon Timur, Tengah, Utara, Borneo, Selatan.

Manakala Majlis Syura PJS Malaysia ialah:
1. KPA: PJS Hadfizan, PJS Rosmandi, PJS Hj Marjuni, PJS Hj Khalid Iskri dan PJS Jamaluddin Yeop Majlis.
2. KPU: PJS Azizan, PJS Ust. Zahir, PJS Pn Sharifah Sulaiman, PJS Asri dan PJS Jamaliah.
3. KPT: PJS Ramizu, PJS Jaafar Abd Ghani, PJS Cikgu Jalaluddin, PJS Ust Jamaludin dan PJS Ust Kamal.
4. KPS: PJS Habibah, PJS Rahmat, PJS Alimah Sam, PJS Shafie dan PJS Maslizar.




Mesyuarat bermula pukul 9.00 pagi dan tamat pukul 6.00 Petang, di Bilik Mesyuarat Pejabat Pengarah Urusan, Bdr Laguna Merbuk, Bdr HPA Sg Petani.

Antara ketetapan lain yang telah diputuskan bersama pihak pengurusan tertinggi HPA ialah:

1. Penajaan semula dikekalkan dengan cara lama iaitu hanya pengedar tak aktif yang menjadi ahli tahun 2007 kebawah sahaja dibenarkan.

2. Kenaikan harga kopi radix seperti berikut:

KOPI RADIX (15 sachet) - Harga Pengguna RM18.00, Harga Ahli RM16 serta 5 NM.

KOPI RADIX (papan 20 sachet) - Harga Pengguna RM23.00, Harga Ahli RM20 serta 6NM.

KOPI RADIX (Jumbo 32 sachet) - Harga Pengguna RM34.00, Harga Ahli RM30 serta 10NM.

KOPI RADIX DIET - Harga Pengguna RM18.00. Harga Ahli RM16 berserta 5NM.

3. Kenaikan harga dan Nilai Mata Produk Herba klasik seperti Tuju Angin, Malac, Radix, Vitex, Ardisia, Mengkudu, Morin-A, Plantisol, Pelawas, Ficus, Paramaria Plus, Cosinium Plus, Senggugut dan Keputihan yang sebelum ini berharga RM16 dan 8NM untuk ahli akan dinaikkan kepada harga baru RM20 dan 10NM untuk ahli dengan harga pengguna dinaikkan dari RM20 kepada RM25.00.

4. Produk baru JAWI WATER FILTER yang dikeluarkan sendiri oleh HPA akan mula dipasarkan semasa majlis KONVEK nanti dengan Harga Pengguna RM1700.00. Harga Ahli cuma RM1100.00 dengan 300 Nilai Mata. JAWI WATER FILTER ini mempunyai kualiti yang setanding dengan jenama yang paling top dipasaran luar. Cuma yang pasti ianya adalah halal keluaran Muslim HPA.

5. Produk baru JAM TAWAF yang juga akan dilancarkan pada 5 Feb ini akan dijual dengan Harga Pengguna RM500. Harga Ahli RM450 berserta 100NM.

6. Album Nasyid Hijrah dari kumpulan UNIC yang memuatkan 10 Nasyid yang senikatanya disusun oleh Pengarah Urusan HPA sendiri akan dijual dengan Harga Pengguna RM30. Harga Ahli RM25 berserta 5 NM. Album ini juga akan dilancarkan semasa majlis Konvek Nasional di PICC pada 5 Feb ini.

7. Hpa juga akan mengeluarkan satu lagi produk baru sebagai alternatif kepada Kopi Radix iaitu MASTER GOAT (Campuran Kopi Radix dengan Susu Kambing).


free hit counters
free hit counters

Ahad, Januari 23, 2011

KONVENSYEN HPA di PICC PUTRAJAYA




Acaran Tahun HPA akan berlansung di Putrajaya International Convention Centre (PICC) pada 5 Februari 2011. Jangan lepaskan peluang mendapatkan tiket masuk RM50.00 seorang termasuk makan buffet dan cabutan bertuah yang istimewa.
Gempur 2011 !!!


free hit counters
free hit counters

Isnin, Januari 10, 2011

KISMIS MINDA HPA - Untuk Kecerdasan Daya Pemikiran

Kismis Minda HPA adalah Kismis terpilih menggunakan kaedah pengeringan semulajadi dengan matahari tanpa sulfur. Harga pengguna: RM10.00. Harga ahli: RM8.00 dengan 3 Nilai Mata.. Kandungan bersih 250g.

APA ITU KISMIS ?

Kismis atau bahasa saintifik adalah “Vitis Vinifera” manakala di dalam bahasa Arab ia disebut sebagai “Zabib” dan di dalam bahasa Inggeris ia dikenali sebagai “Grape Seed / Raisin”. Kismis adalah buah anggur yang mana ia dikeringkan terlebih dahulu.Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.

Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.

Nama-nama bagi kismis:
Inggeris –> Grape seed / Raisin
Arab –> Zabib
Melayu –> Kismis
Saintifik/latin –> Vitis vinifera

Penggunaan kismis (vitis vinifera) adalah berbeza di dalam pelbagai tradisi dan budaya yang berlainan. Ia boleh dimakan mentah ataupun digunakan dalam masakan atau pembuatan kek.

Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya walaupun disimpan dalam tempoh yang lama.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barangsiapa memakan kismis merah sebanyak 21 biji setiap hari sebelum sarapan pagi, maka dia tidak akan tertimpa penyakit kecuali kematian”.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Biasakanlah memakan kismis karena kismis dapat menghilangkan kepahitan (empedu/cairan kuning), menghilangkan lendir, menyehatkan badan, membaguskan rupa, menguatkan saraf dan menghilangkan letih”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Barangsiapa memakan 21 biji kismis merah, maka dia tidak akan melihat pada jasadnya suatu yang tidak disenangi”.

Imam Ali a.s. bersabda: “Kismis dapat menguatkan jantung, menghilangkan penyakit, menghilangkan panas dan memulihkan kesehatan jiwa”.

Pada riwayat lain dari Abi Ja’far At-thusi disebutkan bahwa kismis dapat menghilangkan lendir dan menyehatkan jiwa”.

KANDUNGAN KISMIS

Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana 50% adalah fruktosa dan 50% adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidan berbanding buah prune dan aprikot.

Oleh itu, kismis adalah lebih baik berbanding buah prune dan aprikot. Kismis juga boleh digunakan sebagai sumber diet untuk mendapatkan asid lemak dan tokoferol sebagai antioksidan. Ini membuktikan bahawa kismis mempunyai isi kandung yang sangat berfaedah untuk digunakan dalam badan kita

Kandungan kismis (bagi setiap 100g):
Potassium 746 mg
Phosphorus 115 mg
Calcium 52 mg
Magnesium 33 mg
Sodium 12 mg
Iron 1.7 mg
Vitamin B 11 mg
Vitamin C 1.3 mg

Khasiat Kismis:
  • Memperbaiki circulation (termasuk varicose veins, bengkak, lebam dan kabur penglihatan).
  • Melawaskan pembuangan air besar.
  • Melindungi hati.
  • Memperbaiki ton dan keanjalan kulit.
  • Melawan bakteria mulut yang menyebabkan pereputan gigi.
  • Membantu meningkatkan daya ingatan dan hafalan.
KELEBIHAN KISMIS
  1. Kismis adalah satu “manisan” asli ciptaan Allah SWT.
  2. Ia adalah sejenis buah-buahan kering yang berkhasiat di bumi ini.
  3. Ia tidak mengandungi kolestrol atau lemak serta rendah kandungan garam.
  4. Ia membekal tubuh badan dengan banyak vitamin dan mineral yang penting seperti zat besi, potassium, magnesium, kalsium dan vitamin B1, B3 dan B6.
  5. Serta zat besi untuk pembinaan darah bagi pengangkutan oksigen ke otak dan ke seluruh badan.
  6. Kismis juga merupakan serat yang baik dan kaya dengan agen anti-oksida (anti-penuaan).
  7. Ia mengandungi fruktosa (sejenis gula ringkas yang asli) yang dapat dihadamkan dengan cepat untuk tenaga segera.
  8. Ia sangat sesuai terutama bagi mereka yang menggunakan banyak tenaga untuk berfikir seperti guru dan pelajar.
Antara kelebihan kismis yang dikenalpasti:
a) Membantu meningkatkan memori dan hafalan
b) Memperbaiki sirkulasi bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam dan kabur pandangan
c) Melawaskan pembuangan air besar
d) Melindungi hati
e) Memperbaiki ton dan keanjalan kulit
f) Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.
g) Membantu sebagai penerang hati
h) Membantu menguatkan hafalan
i) Membantu menajamkan mata dan minda
j) Membantu memulihkan keletihan saraf
k) Membantu menguatkan daya ingatan
l) Membantu mengurangkan stress
m) Membantu merawat penyakit histeria
n) Membantu merawat penyakit gementar
o) Membantu merawat penyakit anemia
p) Membantu merawat masalah sembelit
q) Membantu merawat masalah pelupa
r) Menambah fahaman serta minat belajar
s) Membantu merawat masalah anak hyp


free hit counters
free hit counters

Jumaat, Januari 07, 2011

Kenapa Ginseng Menjadi Terkenal?


Dipetik dari laman blog Jawiherbshop

Apabila kita menyatakan tentang ginseng,ada beberapa buah negara yang menjadi pengeluar utamanya iaitu Korea, China dan Amerika. Ginseng sebenarnya telah diamalkan sejak ribuan tahun lagi dan kini telah dikeluarkan dalam pelbagai bentuk produk harian. Persoalanya kenapa Ginseng menjadi terkenal?

Selain daripada liputan luas dan promosi tentang khasiat ginseng dipasaran antarabangsa, masih terdapat satu kekuatan sebenar iaitu ginseng adalah herba yang sangat baik untuk kesihatan. Jika anda mengunjungi negara seperti China dan Korea, mereka akan menyambut tetamu dengan minuman ginseng. Bagi mereka ini merupakan adat turun temurun yang menjadi amalan bangsa mereka.

Bagitu juga di Malaysia, satu perubahan yang besar sedang berlaku dalam pasaran masakini. Samada ia disedari atau tidak, kopi radix mula menjadi produk pilihan pengguna di kota maupun desa. Melalui survey yang telah dilakukan hampir 80% penduduk negara ini mengenali kopi Radix. Bagi peniaga produk HPA pula menunjukkan 100% meminum kopi Radix dan meninggalkan minuman yang lain dirumah. Jika kita bertanya pada kelompok kajian ini kenapa mereka menjadikan kopi radix sudah menjadi minuman harian mereka.
Jawapan yang diterima kerana khasiatnya yang benar - benar dapat dirasai. Selain daripada rasanya yang unik. Jawapan ini sama dengan jawapan yang diberikan oleh penduduk di korea dan China tentang ginseng.

Oleh sebab itu saya berkeyakinan bahawa pengguna dan pengemar kopi Radix akan semakin bertambah dari hari kehari dan akan menjadi minuman paling porpular di Malaysia dan dunia setanding dengan ginseng atau mungkin lebih daripada itu disuatu hari nanti. InsyaAllah...

Tahniah kepada semua ahli dan pengedar HPA yang berjuang memperkenalkan kopi ini sebagai satu pilihan utama.

free hit counters
free hit counters

Selasa, Disember 21, 2010

ROSELLE (Hibiscus sabdariffa)

Roselle merupakan tumbuhan yang mengandungi vitamin C yang amat tinggi melebihi dari yang terdapat dalam keluarga limau (citrus).

Banyak saintis percaya dengan mengambil roselle sebagai pemakanan harian boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana antioksidan didalamnya meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.




Penyakit-penyakit yang banyak disebabkan oleh radikal bebas adalah seperti:

* kerosakan ginjal
* diabetes
*jantung koronori
* kanser dll

KAJIAN

Kajian di Chua Shan Medical Universiti, Taiwan (Yun Ching Chang) mendapati pewarna merah pada kelopak bunga roselle mengandungi "antosianin" sejenis antioksidan; boleh menyekat dan mematikan sel kanser HL-60 (kanser darah/ leukimia). Antosianin juga berperanan menjaga kerosakan sel akibat daripada penyerapan sinar ultraviolet yang berlebihan.

Kajian oleh Maureen William di Universiti Bastyr, US mendapati pengambilan 1.5 liter dapat menurunkan darah diastolik 10 bacaan selepas 4 minggu mengamalkannya.

Kajian di National Council For Research Khartoum, Sudan mendapati roselle dapat mengelakkan kejang pada otot dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Khususnya pada penghidap Darah Tinggi yang tegang otot di belakang tengkuknya.

ROSELLE dan PERAWATAN

Masyarakat hari ini mudah terkena penyakit "degeneratif" seperti kanser, arthritis, diabetes, katarak, darah tinggi pada usia muda. Samada kita suka atau benci, kehidupan kita sekarang dilingakri oleh kebimbangan ini.

Fokus dunia Pemakanan Kesihatan masakini ialah satu kumpulan nutrien yang dipanggil "ANTIOKSIDAN"; dan roselle didapati sangat kaya dengan antioksidan.

Vitamin C daripada roselle adalah antioksidan terbaik, sejenis vitamin yang larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia hanya akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.

* diuretik - melancarkan kencing
* antipiretik - menurunkan panas; rasanya yang masam membantu penyerapan air dalam sel tubuh terutama pada anak-anak kecil. Ia cepat meredakan panas badan terutama dengan kaedah jaraman dengan daun serta buahnya.
* antiradang - baik untuk merawat masalah sakit tonsil.
* anthelmintik - membasmi cacing
* antioksidan - proses oksidasi menyebabkan LDL menebal dalam arteri dan menyebabkan arteriosklerosis @ thrombosis => tekanan darah tinggi. Roselle melambatkan proses oksidasi dan mengurangi kepekatan darah.
* memperbaiki peristaltik usus; mengelak sembelit.


Roselle Kapsul

Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan melebihi dari famili limau( citrus). Roselle kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khusus untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh badan manusia.

Khasiat::

  1. Anti penuanan ( anti aging ) - Kajian dari pakar pemakanan kesihatan Roselle yang mempunyai vitamin C dan berserat akan melambatkan proses penuanan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang menggamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
  2. Pencegahan Penyakit Kardiovaskular – Sakit jantung merupakan pembunuh di dunia dan diangap sebagai ‘ sillent killer ‘. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyababkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekali gus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.
  3. Pencegahan Kanser – Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan dan minuman merupakan punca utama terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat di dalam roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksida dan sebagai anti kanser.
  4. Demam panas/selsema – Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masaalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masaalah demam.
  5. Resdung ( Alergi ) dan Lelah ( athma ) - Pengambilan Roselle dan Coscinum plus adalah dua gabungan terbaik untuk menghadapi permasaalahan ini.
  6. Stres atau sukar tidur – Bagi mereka yang menghadapi masaalah stres dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masaalah dengkur semasa tidur.
  7. Masaalah lain – Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masaalah kulit, sebagai penenang dan sebagainya.


free hit counters
free hit counters

Ahad, Disember 05, 2010

SALAM PERPISAHAN --- 1431H


DOA AKHIR TAHUN

Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah.Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun

Imam al-Hakim meriwayatkan dalam "al-Mustadrak 'ala ash-Shohihain" dengan sanad daripada Sayyidina Abu Hurairah RA bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-

ادعوا الله وأنتم موقنون بالإجابة ،واعلموا أن الله لا يقبل دعاء من قلب غافل لاه

Berdoalah kalian kepada Allah dengan keyakinan yang ianya akan diijabahkan Allah, dan ketahuilah bahawasanya Allah tidak menerima doa daripada hati yang lalai dan leka (yakni tiada kesungguhan)."

DOA AWAL TAHUN

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka. Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia. Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :

“Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan"

Marilah kita memanjatkan doa akhir dan doa awal tahun yang diajar oleh para ulama kita. Menurut keterangan tuan-tuan guru kita, Doa Akhir Tahun dibaca sebelum terbenam matahari (sebelum waktu Maghrib), manakala Doa Awal Tahun dibaca setelah Maghrib. Mudah-mudahan dimakbulkan Allah. Insya-Allah, jika dikabulkan Allah, menangislah Iblis dan Syaithan atas kegagalan mereka menjerumuskan kita ke neraka. Qabuul Qabuul Ya Rabb.



free hit counters
free hit counters

Rabu, Disember 01, 2010

Minyak Zaiton HPA Banyak Khasiatnya..

/



Amalkan gaya hidup sihat.


Tambahkan 2 sudu makan minyak zaitun HPA kedalam masakan berminyak, bersantan, berlemak/kolesterol tinggi (kambing, lembu, kerbau, udang etc). semua lemak akan menjadi sisa tanpa diserap ke dlm badan.

Juga
boleh menghilangkan perut buncit, lemak2, masalah berat badan...

MINYAK ZAITUN BOLEH MENCEGAH KANSER, SERANGAN JANTUNG, PERUT BUNCIT?

Sesuatu yang mengeluarkan cahaya yang terang apabila dibakar tanpa mengeluarkan asap adalah menakjubkan dan itulah hakikat kelebihan minyak zaitun.

HADITH:-

1."MAKAN MINYAK ZAITUN DAN URUTLAH DENGANNYA KE SELURUH BADAN KERANA IA ADALAH DARI POHON YANG SUCI", diriwayatkan oleh hazrat Sayyed Al-Ansari.

2.”ADA MINYAK ZAITUN, MAKANLAH, URUT SELURUH BADAN KERANA IA BERKESAN UNTUK BUASIR", diriwayatkan oleh hazrat Al-Qama bin Amir.

Tumbuhan zaitun mempunyai ketinggian 3 meter, berdaun hijau terang dan berbuah ungu gelap. Menurut pengamal hadith, setelah taufan dizaman Nabi Noh A.S melanda, tumbuhan zaitun adalah yang pertama kelihatan. Buah zaitun kaya dengan vitamin A, B1, B2, C, D, E, K dan besi.

Buah yang terbaik untuk dimakan adalah daripada Greece, "Kalamata olive" berwarna ungu gelap, berbentuk buah badam dan bersaiz ½" ke 1". Ia dipek dan dipasarkan dalam minyak zaitun atau cuka. Buah2 untuk tujuan ini akan dipetik atau digugurkan tetapi dibiarkan matang untuk penghasilan minyak. Buah zaitun digred mengikut tahun ia diambil dari pokok, jenis dan saiz.

Kebanyakan minyak yang dikomersialkan diproses secara menghapus zat pemakanannya. Adalah penting untuk menggunakan minyak zaitun tulen daripada yang jernih di pasaran.

Minyak zaitun HPA adalah ekstrak pertama buah zaitun tanpa penggunaan bahan kimia atau haba bagi mempastikan kadar asid yang rendah. Hanya minyak zaitun tulen mempunyai agen serangan terhadap penyakit. Ia bukan sahaja menyihatkan tetapi juga menambah perisa dalam masakan.

Minyak zaitun HPA boleh digunakan untuk dalaman (kesihatan) juga luaran (kecantikan) . Ia merupakan syarat utama untuk gaya hidup yang lebih sihat.

Ia digunakan dalam pembuatan produk kecantikan kerana ciri2nya yang boleh melembutkan kulit.

Ia merupakan minyak semulajadi yang terbaik dan pilihan utama untuk tumbesaran. Paras asid yang rendah memudahkan penghadaman berbanding lemak lain. Vitamin E dalam minyak zaitun merendahkan kolesterol LDL, tekanan darah dan risiko sakit jantung koronari.

Vitamin K pula menghalang darah dari melekit dan membeku. Kesimpulannya, minyak zaitun tulen mengandungi perlindungan kesihatan, ia mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular, arteriosklerosis dan pelbagai masalah akibat proses penuaan.

Menurut ulamak Zahbi, minyak zaitun menguatkan rambut dan badan. Ia boleh digunakan sebagai tonik kepada masalah penuaan dan melambatkan prosesnya. Ia boleh juga digunakan untuk mengatasi masalah seksual. Minyak zaitun berkesan dalam mengatasi kes kebakaran dengan mencampurkannya dengan sedikit garam. Jeruk buah zaitun boleh mengatas masalah sembelit.

Pengambilan lemak yang tinggi berserta minyak zaitun dapat mengurangkan risiko sakit jantung. Menurut Ibnu Al-Qayyim, minyak zaitun adalah peseri wajah. Ia menghalang berlakunya keracunan, mengawal proses penghadaman, mengilatkan rambut dan berkesan untuk bisul, ruam lampin, gatal2 dan ulser yang kronik. Menyapu minyak zaitun dengan sedikit garam pada gusi boleh melegakan penyakit gusi dan gigi.

Menurut statistik, minyak zaitun merupakan ramuan utama makanan penduduk Mediterranean. Sakit jantung adalah akibat kematian yang tinggi di Amerika Syarikat.

Kajian terkini ke atas minyak zaitun mendapati ia boleh mengurangkan risiko sakit jantung koronari dengan merendahkan kadar kolesterol dalam darah. Menurut kajian, risiko serangan jantung boleh dikurangkan dengan pengambilan minyak zaitun, penambahan sayuran dan pengurangan makanan tenusu.

Kajian lain mendapati minyak zaitun mengurangkan lemak badan di bahagian perut. Risiko menghidapi sakit jantung berlaku lebih pada mereka yang mempunyai badan dan perut berbentuk epal. Kajian terhadap kolesterol LDL menunjukkan ia menjadi punca utama pembentukan arteriosklerosis. Ini akan menambahkan risiko sakit jantung koronari dan serangan jantung.

Kajian yang dijalankan ke atas wanita oleh "Harvard School of Public Health" dan "Athens School of Public Health" mendapati amalan mengambil minyak zaitun lebih dari sekali sehari boleh mengurangkan 25% risiko menghidapi kanser payu dara.

Kandungan Vitamin E yang tinggi dalam minyak zaitun telah menghalang kemusnahan sel yang menjadi punca kanser.

Kajian yang diketuai oleh professor Miguel Gassull di Hospital Universiti "Germans Trias Pujol" di Barcelona, Sepanyol ternyata membuktikan minyak zaitun menghalang pembentukan kanser kolon.

Kajian lain yang dijalankan di Universiti Oxford menambah bukti yang menunjukkan minyak zaitun berkesan dalam membantutkan kanser kolon. Dr Michael Goldacre dan sekumpulan pengkaji dari "Institute of Health Science" membandingkan kanser, makanan dan pengambilan minyak zaitun di 28 negara termasuk Eropah, Amerika Syarikat, Brazil, Colombia, Kanada dan China.

Hasil kajian menunjukkan negara yang mempunyai pengambilan daging yang lebih dan sayur yang kurang mempunyai risiko menghidapi kanser yang tinggi. Minyak zaitun dikaitkan sebagai punca kurang risiko. Saintis Jepun mendakwa minyak zaitun tulen yang disapu pada badan selepas berjemur boleh memeliharanya daripada kanser kulit.

CARA PENGAMBILAN:

1.Campurkan 2 sudu makan minyak zaitun ke dalam setiap masakan.
2.Menghilangkan parut bekas jerawat di muka (ratakan campuran 3 sudu teh minyak zaitun dengan 1 sudu teh minyak habbatus sauda pada muka, biarkan selama 3 jam, cuci).
3.Menghilangkan parut pada anggota lain di badan (ratakan campuran 6 sudu teh minyak zaitun dengan 2 sudu teh minyak habbatus sauda pada anggota terlibat, biarkan selama 2 jam, cuci).

Satu lagi minyak zaitun sangat baik juga untuk program detox (pembuangan racun dihati). InsyaAllah" Adaptasi daripada http://blog.hpa-online.net

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasiltani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

  • Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
  • Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
  • Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
  • Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
  • Antioksidan dan antikanser
  • Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
  • Membekal vitamin E
  • Kecantikan (kulit dan rambut)
  • Kestabilan asid lemak
  • Membekal pelbagai vitamin untuk antipenuaan
  • Kegunaan masajterapi

Penggunaan:

  • Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
  • Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari.

Isipadu: 700ml

Harga: RM40.00

Harga ahli: RM35.00 dengan 8NM

Ahad, November 28, 2010

AKUPUNTUR - Perawatan Alternatif




Akupuntur berasal daripada perkataan Latin di mana acus bermaksud jarum dan pungere bermaksud cucuk.. Akupuntur adalah sejenis perubatan yang menggunakan teknik tusukan jarum-jarum halus pada titik tertentu badan yang lebih dikenal sebagai ‘ acupunture point ’.


Rawatan melalui akupuntur mempunyai banyak kelebihan kerana ia dapat menyembuhkan banyak penyakit. Badan Kesihatan Dunia ( WHO ) telah menggariskan beberapa penyakit yang dapat dirawat dengan baik melalui kaedah akupuntur. Kaedah rawatan ini dapat merawat gangguan dalam sistem pernafasan iaitu sinusitis, selesema, dan tonsilitis. Manakala bagi gangguan pencernaan seperti gastrik, sembilit, cirit-birit dan paralysis usus. Selain itu ia juga merawat gangguan pada mata seperti sakit mata awal dan retinismyopia dan gangguan mulut seperti sakit gigi, gusi dan halkum.




Selain itu, penggunaan kaedah rawatan akupuntur juga berkesan pada penyakit yang membabit disfungsi proses fisiologi sakit kepala, paru-paru, keadaan reumatik yang agak genting, masalah haid, masalah pencernaan dan masalah saraf. Sebagai contoh, di Britian para doktor telah menggunakan kaedah akupuntur merawat pesakit yang menghidapi sakit kepala dan migrain. Rawatan ini dianggap berjaya di sana apabila 80% daripada pesakit tersebut telah sembuh sepenuhnya .


Umumnya rawatan akupuntur masih lagi kurang mendapat sambutan walaupun keberkesanan kaedah ini telah terbukti melalui beberapa kajian yang telah dijalankan . Negara China misalnya, mempunyai lebih daripada 500,000 ahli terapi akupuntur manakala Jepun pula mempunyai lebih daripada 30, 000 pengamal akupuntur. Sementara itu terdapat juga segelintir pengamal akupuntur Jerman dan Peranchis yang mengamalkan kaedah ini secara sepenuh masa. Kaedah ini semakin hari semakin berkembang seiring dengan perkembangan pesat teknologi dalam perubatan moden. Hal ini kerana rawatan akupuntur sebenarnya mampu mengubati pelbagai penyakit yang tidak dapat dirawat dengan kaedah moden. Kaedah moden lebih cenderung menggunakan cara pembedahan dan dadah sebagai jalan penyelesaian bagi merawat sesuatu penyakit.





free hit counters
free hit counters

Isnin, November 15, 2010

Mana satu Logo Halal yang boleh dipercayai?


Kebanyakkan pengguna Islam, tidak menyedari bahawa mereka sering ditipu oleh tuan punya kedai makanan yang mempamerkan sijil halal sedangkan makanan yang dihidangkan, belum tentu terjamin halalnya. Disini saya mempamerkan logo-logo halal yang paling popular digunakan oleh taukeh-taukeh kedai.


Logo halal JAKIM yang terbaru, hanya logo Halal ini yang betul-betul terjamin Halal makanannya. Jika kedai mempunyai logo halal JAKIM, ini bermakna, kedai itu sentiasa dipantau oleh pegawai JAKIM dan syarat untuk memohon status halal ini juga sangat ketat.



Logo Halal Jakim yang lama, jika ada kedai makanan yang masih menggunakan logo halal ini, bermakna status halal kedai itu sudah boleh diragui. Kerana sudah lama tidak diperbaharui.



Logo Halal Swasta, paling popular dikalangan kedai makanan segera, senang dipohon dan status halalnya diragui. Langsung tiada pantauan!



Ini Halal Swasta yang diragui status halalnya


Harap para pembaca dapat menilai yang mana satu logo halal sebenar dan yang mana logo halal tiruan. Logo Halal Swasta, sememangnya memaparkan LOGO HALAL, akan tetapi syarikat swasta terbabit langsung tidak pernah memantau sebelum meluluskan LOGO HALALNYA. Mereka yang membuka syarikat halal swasta ini ialah pihak yang tidak bertanggung jawab, mereka hanya pentingkan keuntungan semata-mata.

Harap para pembaca dan pengguna Islam sentiasa berwaspada dengan tipu helah si pemilik restoran yang hanya mahu keuntungan tanpa pedulikan kewajipannya menjaga makanan untuk orang Islam. Jika perlu kita memboikot pemilik-pemilik restoran makanan segera ini, kita mesti lakukan, supaya mereka sedar kuasa yang ada pada pengguna yang beragama Islam.


Untuk keterangan lanjut, lawati HALAL.GOV


free hit counters
free hit counters

Khamis, November 11, 2010

GARAM BUKIT HPA (HALAGEL) DARI PERGUNUNGAN HIMALAYA

/

Garam Bukit HPA (Halagel) adalah garam yang berasal dari kawasan Gunung Himalaya dan berada dalam bentuk asalnya. Ia adalah garam organik yang paling tulen, berkhasiat, paling bersih dan mempunyai struktur geometrik kristal yang amat sempurna.

Suatu ketika dahulu garam bukit dikenali sebagai "Raja Garam atau emas putih" kerana ia hanya dihidangkan kepada golongan diraja sahaja. Elemen garam yang amat kecil memudahkan sel badan kita untuk menyerap unsurnya. Ia tidak cerna dalam badan malah ia tidak mengandungi kalori merbahaya.

Garam bukit Hpa mengandungi 84 elemen semulajadi yang diperlukan oleh badan kita. Sebaliknya garam biasa (dari laut) selepas proses pembersihan hanya mengandungi natrium klorida dan bahan tambahan (bahan awet).

Garam bukit Hpa dihasilkan secara semulajadi selama jutaan tahun dapat membebaskan tenaga didalam badan kita dan dapat menyeimbangkan kadar metabolisma tubuh. Sedangkan garam laut yang melalui proses kimia bukan dihasilkan secara semulajadi akan bertindak sebagai racun dimana tubuh sendiri cuba menyingkirkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk menyingkirkan garam laut yang kaya dengan Natrium Klorida terutama pada organ penyingkiran seperti ginjal.

Sekiranya kandungan Natrium Klorida terlalu tinggi dan badan gagal menyingkirkannya, pengkristalan semula berlaku dimana badan akan menggunakan proten lemak haiwan yang tidak dicernakan untuk membentuk asid urik supaya dapat menghindarkan garam.

Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urid, asid urik akan mengikat dirinya dengan natrium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus kedalam sendi tulang dan berlakunya sakit sendi (arthritis) atau Ghout.
Oleh itu selamatkanlah diri dan keluarga anda dengan menggunakan garam bukit HPA yang semulajadi tanpa bahan tambahan dan pewarna. 100% Asli.

Mengandungi 84 “ natural” elemen yang diperlukan oleh tubuh badan manusia. Antaranya:

hydrogen,lithium,beryllium,boron,carbon,nitrogen,oxygen,fluoride,sodium,magnesium,aluminum,silicum,phosphorus,sulfur,chloride,calcium,scandium,titanium,vanadium,chromium,manganese,iron,cobalt,nickel,copper,zinc,gallium,germanium,arsenic,selenium,bromine,rubidium,strontium,yttrium,zirconium,niobium,molybdenum,ruthenium,rhodium,palladium,silver,cadmium,indium,tin,antimony,tellurium,iodine,cesium,barium,lanthanum,cerium,praseodymium,samarium,europium,gadolinium,terbium,dysprosium,holmium,erbium,thulium,ytterbium,lutetium,hafnium,tantalum,fungsten,rhenium.Osmium,iridium,platinum,gold,mercury,thallium,lead,bismuth,polonium,astatine,francium,radium,actinium,thorium,protactinium,uranium,neptunium dan plutonium.

Garam dan aktiviti otak.

Malah proses yang paling mudah dalam badan kita memerlukan garam atau unsur semulajadinya yang berbentuk ion. Sebagai contoh adalah tugas sistem saraf kita untuk menghantar rangsangan yang telah direkod melalui deria input ke otak kita . Dan kemudiannya menghantar maklumat ini kembali kepada otot untuk bertindak balas mengikut rangsangan yang berlaku .

Muncul potensi elektrik berlaku pada dinding membran sel apabila ion caj potassium yang positif meninggalkan sel dan kerana saiznya yang besar juga ion caj sodium yang positif tidak dapat memasukinya . Bahagian luaran menjadi caj positif dan bahagian dalaman menjadi caj negatif . Apabila sistem saraf menerima rangsangan membrannya tiba-tiba menjadi polar bertentangan dan akibatnya telah diresapi oleh ion sodium .

Dalam masa 1 /1000 saat , potensi elektrik berubah dan dibebaskan , dengan setiap denyutan saraf , 90 mill volt tenaga terhasil. Rangsangan yang diterima kini bertukar menjadi fikiran dan perbuatan . Tanpa unsur potassium dan sodium dalam garam, proses ini mustahil berlaku . Apalagi untuk berfikir , apalagi untuk bertindak juga mustahil tanpa kehadiran unsur berkenaan.

Tindakan minum segelas air , memerlukan berjuta-juta arahan yang berlaku melalui dorongan . Pada mulanya hanyalah fikir nak minum . Fikiran itu bukan apa-apa tapi adalah frekuensi elektromagnet . Garam bertanggungjawab untuk membolehkan frekuensi itu ditukarkan menjadi arahan kepada otot dan organ .

Beza Garam biasa dan garam bukit.

Sebagaimana biasanya kegunaan garam didapur , begitulah juga hubungan jumlah penyakit dengan garam harian . Hidup adalah mustahil tanpa garam. Tetapi penggunaan garam boleh membunuh kita . Mengapa begitu??? Ini kerana garam biasa kita tidak mengandungi apa-apa yang sama dengan garam kristal yang sedang kita perkatakan di sini. Garam pada hari ini bukanlah garam biasa tetapi sodium klorida .

Garam asli sepatutnya terdiri daripada bukan hanya dua tetapi lengkap dengan semua unsur semulajadinya . Ini ada persamaan dengan unsur yang dibina oleh badan kita dan semulajadinya ditemui wujud dari " laut dahulukala " dimana semua hidupan bermula.

Yang menariknya , darah kita berbentuk sole , mengandungi sama larutan garam sebagaimana laut dahulukala iaitu cecair terdiri dari air dan garam. Nisbahnya kepekatannya sama , sebagaimana wujud berakhirnya hidup laut dahulukala . Sole ini mengalir menerusi lebih dari 56,000 batu aliran air dan salur darah menerusi hidupan kita dengan desakan graviti , terapung , mengawal dan mengimbang tugas dalam badan kita.


Bagaimana Garam membebankan tubuh anda.

Badan kita memerlukan 0.007 auns garam sehari . Sebahagian daripada kita mengalami kekurangan garam, walaupun kita terlebih penuh dengan sodium klorida. Apabila penggunaan garam kita kurang dari 0.007 auns sehari , berlaku ketagihan garam. Mengikut purata perkapita penggunaan garam harian di US adalah antara 0.4 hingga 0.7 auns. Walau bagaimanapun , badan kita hanya mampu mengumuhkan 0.17 auns hingga 0.25 auns sehari menerusi buah pinggang bergantung kepada umur , resam badan dan jantina.

Badan mengenalpasti garam biasa sebagai racun bersel dan bukan bahan semulajadi dan mahu memusnahkannya secepat mungkin untuk melindungi dirinya. Ini menyebabkan bebanan mendadak pada tubuh kita untuk berkumuh. Dalam hampir semua produk pengawetan, garam digunakan sebagai salah satu proses mengawet. Jadi dengan menambah garam pada bahan yang sedia awet, badan menerima lebih garam dari jumlah yang sepatutnya dikumuhkan.

Kesan penggunaan garam biasa.

Kesan menggunakan garam biasa telah membentuk keasidan edema yang tinggi atau lebihan cecair dalam tisu badan punca penyebab terjadinya selulit. Sebab itulah doktor melarang kita mengambil garam lebih. Untuk setiap .035 auns sodium klorida yang tidak boleh dimusnahkan oleh badan menggunakan 23 kali ganda jumlah sel airnya untuk meneutralkan garam itu.

Kalau kandungan masih terlalu tinggi pengkristalan semula berlaku semasa badan menggunakan semula protin lemak haiwan yang tidak dicernakan ( non-degradable ) biasanya terdapat dalam susu ) yang juga tidak berguna dan tidak dapat dilupus atau dimusnahkan . Protin inilah yang digunakan oleh badan untuk untuk membentuk asid urik untuk menghindarkan lebihan garam. Oleh kerana badan tidak dapat membuang asid urik , ia telah mengikat dirinya dengan sodium klorida untuk membentuk kristal baru dan menempatkan dirinya terus ke dalam sendi tulang .

Inilah yang menimbulkan pelbagai jenis penyakit Artritis , gout ( sengal tulang ) , karang buah pinggang dan pundi hempedu ( gall bladder ) . Pengkristalan ini merupakan jalan penyudah keselamatan untuk sel badan dan organ bagi melindungi badan dari mengalami kerosakan mahupun keracunan akibat pengambilan makanan yang tidak betul. Dalam jangka masa panjang ia meracuni sistem badan kerana bahan berkenaan tidak dapat dikumuhkan.

Garam dan Sunnah.

Amalan Rasulullah S.A.W memakan secubit garam sebelum dan selepas makan kini dibuktikan oleh sains bahawa tabiat ini menambahkan keberkesanan perut untuk menghadam makanan dan menghindarkan perut dari menyerap racun.

Pada zaman Yunani, Tentera Yunani ( askar Greek ) dibayar gaji menggunakan garam .Begitu juga dengan episod penjajahan negara kecil oleh negara besar dengan mengenakan hukuman penjara kepada penentang mereka .Apabila dipenjarakan, mereka ( penentang ) akan diberi makanan seperti roti dan air tanpa garam .Walaupun kerap dihidangkan dengan roti dan air tanpa garam, badan mereka tetap lemah memandangkan kurangnya kandungan garam dalam badan.

SUNNAH-SUNNAH BERKAITAN GARAM

Dari Abdullah Bin Umar

" Sesungguhnya ALLAH menurunkan empat perkara berkat ( mempunyai kebaikan ) dari langit ( menerusi hujan ) ke bumi iaitu beis, api ,air dan garam"

Hadis Riwayat Al-Baghawiy dalam tafsirnya .

Dari Anas Bin Malik, nabi bersabda " Penghulu segala lauk pauk kamu ialah garam .

Hadis riwayat Ibnu Majah

" Tiadalah akan baik makanan itu melainkan dengan garam "

Hadis riwayat Al - Bazzar.

Garam Sunnah dan pengamalanya.

* Ambil secubit garam sunnah mengikut panduan yang diberikan . Guna ibu jari dan jari teliunjuk, diikuti jari manis , jari kelingking dan jari telunjuk semula untuk mengambil secubit garam ( 4 X ). Kalau boleh jangan campur dengan orang lain . Kalau anda mencubit garam itu dari bekasnya . Ia khas untuk anda sahaja . Berkaitan dengan sistem penghadaman dan energy anda. Kalau perlu asingkan dari bekasnya. Amal sebelum dan selepas makan dapat hindari 330 jenis penyakit paling kurang , kusta , gila, sakit gigi, keracunan, sakit kepala ,melancarkan sistem penghadaman secara semulajadi dan selebihnya hanya ALLAH S.W.T yang mengetahui ( cara perubatan Rasulullah SA.W ).

* Minum air mineral pada kadar PH 7 atau 7.4 jangan lebih dari ph 14 atau kurang dari PH 7. Air yang paling terbaik adalah air zam-zam. Minum air sekurang-kurangnya 3 liter . Tidak kurang 8 gelas sehari . Jangan minum the atau kopi atau nescafe kerana ia akan membatalkan khasiat garam. Minum the herba sahaja . Lagi kopi garam bukit boleh diminum.

Cara lain - Ambil satu sudu kecil teh garam sunnah cairkan dan minum dalam keadaan perut kosong .Kemudian minum air mineral sebanyak banyaknya 2 hingga 3 liter padu air sepanjang hari.

Merawat dan mematikan jerawat dalam masa 1 hari sahaja : Makan 4 cubit garam ikut arahan pada kotak dan ambil sesudu kecil teh letak dalam tapak tangan titis air dan tenyeh pada tapak tangan dengan air sedikit pastikan sebahagian garam cair dan sebahagian tak cair .Sapukan pada muka seperti bedak sejuk . Basuh selepas 20 minit . Atau malam-malam lepas sapu tidur sampaikeesokan harinya . Baca selawat dan niat untuk mematikan kuman jerawat . Selamat mencuba !

Nota: Untuk merawat kanak-kanak memadai ikut cubitan jari tangan mereka . Ia bagus untuk meningkatkan sistem imun kanak-kanak . Jangan melebihi sukatan kerana garam ini mengandungi ion tenaga yang amat tinggi . ( di proses bukan menggunakan besi )

Untuk wanita mengandung tidak digalakkan ambil garam sunnah . Rujuk dan ikut nasihat doktor sepanjang tempoh kehamilan . Garam biasa ( garam premium halagel/HPA boleh )


Gunakanlah Garam Bukit HPA! Lebih berkhasiat, lebih tulen dan lebih bersih..

Cuma RM2 sepeket dan dapat o.25 Nilai Mata kepada pengedar HPA.

Dapatkan segera di semua cawangan Hpa yang berhampiran atau melalui mana-mana AGEN STOK HPA.
/

Isnin, November 08, 2010

GELATIN HALAL CUMA 1% DI DUNIA?

Adakah anda yakin dengan kehalalan produk yang menggunakan gelatin hari ini?

Seminar yang berlangsung malam tadi di HPAic amat membuka mata para hadirin mengenai isu gelatin sama ada halal dan haram. Umat Islam perlu peka mengenai isu ini kerana gelatin digunakan secara menyeluruh di dalam banyak industri. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada seminar yang disampaikan oleh Pengarah Urusan Halagel, En. Mohamad Yakob Munshi Deen.

Apa itu gelatin?

  • Gelatin adalah protin tulen yang didapati dari proses hidrolisis kulit atau tulang haiwan.
  • Gelatin dikategorikan sebagai aditif (additive) makanan dan menggunakan E-number E441.

Jenis gelatin.

  1. Gelatin Jenis A diproses menggunakan asid di mana biasanya adalah dari sumber kulit babi.
  2. Gelatin Jenis B pula diproses menggunakan alkali atau air kapur. Sumber-sumber untuk pemprosesan gelatin jenis B adalah dari tulang atau kulit-kulit haiwan bovin seperti lembu, kambing dan kerbau.

Struktur gelatin.

  • Gelatin mengandungi 18 jenis asid amino dengan kepekatan yang berbeza. Ia membentuk rangkaian polypeptide. 9 daripada asid amino tersebut adalah yang diperlukan oleh badan manusia.
  • Seluruh struktur molekul gelatin adalah berbentuk rod yang mengandungi struktur primer, sekunder dan tertiari.

Kandungan dan kelebihan gelatin

  • Mengandungi 84-90% protin
  • Mengandungi 1-2% garam mineral
  • Selebihnya adalah air
  • Tiada kolesterol
  • Tidak mengandungi pengawet atau aditif
  • Berbanding dengan agar-agar, gum arabic, locust gum yang mengandungi karbohidrat

Mengapa gelatin sangat penting?

  • Penggunaan gelatin telah bermula sejak beratu-ratus tahun dahulu di negara-negara Eropah
  • Penggunaannya yang pelbagi dalam industri makanan, kosmetik, produk kesihatan dan perubatan
  • Ia adalah produk yang semulajadi dan menyihatkan. mudah dihadam, rendah kalori dan tidak mengandungi kolesterol.
  • Banyak penyelidikan telah membuktikan gelatin dapat membantu menyembuhkan penyakit-penyakit tulang dan sendi.

Fungsi dan kegunaan gelatin adalah sangat unik (dalam industri makanan)

  • Penebal (Thickener)
  • Pelekat (Plasticizer)
  • Pengemulsi (Emulsifier)
  • Ejen Pembuih (Foaming agent)
  • Penahan Lembapan (Moisture retention) – digunakan dalam ais krim
  • Pembaik tekstur (Improve texture) – digunakan dalam kosmetik
  • Ejen pengikat (Binding agent) – softgel, kapsul, tablet

Nama-nama yang digunakan pada label produk

  • Gelatin
  • Gelatin Halal
  • Bovin Gelatin
  • Gum Base
  • Pengemulsi/Emulsifier
  • Penstabil/Stabilizer

Gred-gred gelatin

  • Food/Edible Grade
    • Coarse Powder
    • Leaf Gelatin – hotel-hotel besar suka menggunakannya, berwarna putih dan cantik, sumber dari babi
    • Gelatin Hydrolisate
  • Pharmaceutical Grade – kapsul, softgel, tablet, sirap batuk
  • Technical Grade

Gelatin dalam kehidupan harian anda

  1. Industri makanan
    • Jelly Desserts
    • Gummy Jelly
    • Chocolate
    • Ice-Cream
    • Marshmallow
    • Soft Candy
    • Toffees, chewing gum
    • Yogurt, keju, butter
    • Produk daging
    • Makanan haiwan (pet food)
  2. Industri Farmaseutikal
    • Hard Capsules
    • Soft Capsules
    • Sugar-coated pills
    • Tablets
    • Serum substitute
    • Injection etc.
  3. Industri Fotografi
    • Photo-film
    • Printing paper
    • X-ray Film
    • Photogravure Printing
  4. Industri Kosmetik & Toileteries
    • Produk penjagaan rambut
    • Produk penjagaan kulit
    • Pengilat kulit
    • Losyen dan produk kecantikan
    • Ubat gigi
  5. Industri Teknikal
    • Paper manufacturing
    • Box making
    • Paper for fingerprinting
    • Match industry (mancis)
  6. Industri Sukan dan Kesihatan
    • Paintball
    • Makanan sukan untuk para atlit seperti cereal bars, protein bars, minuman kesihatan

Akan Tetapi Adakah Produk-Produk Ini Halal?

Firman Allah SWT
“Wahai sekelian manusia! Makanlah dari apa yang ada di bumi yang halal lagi baik, dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaita; sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang dan nyata bagi kamu”
(Al-Baqarah ayat 168)

Pengeluaran Gelatin

Pengeluaran gelatin seluruh dunia

Pengeluaran gelatin berdasarkan kawasan

Pengeluar Gelatin Dunia

Gelita Australia Pty Ltd, Australia & New Zealand
Geltech Co. Ltd, Korea
INdia Gelatine & Chemicals Ltd, India
Jellice Co. Ltd, Japan
Kerala Chemical and Proteins Ltd, India
Narmada Gelatines Ltd, India
Nippi Gelatin Division, Japan
Nitta Rousselot (Guangdong) Gelatin Co. Ltd, PR China
Sam Mi Industrial Co, South Korea
PB Gelatins
Rousselot Group
Gelita Group, UK, USA

Sumber gelatin

Sumber-sumber gelatin

Sumber-sumber gelatin

  • 80% daripada gelatin yang dikeluarkan di Eropah adalah dari kulit babi
  • 15% darikulit haiwan bovin seperti kerbau dan lembu
  • 5% dari tulang-tulang haiwan bovin dan khinzir/babi, ikan dan poultry

Proses Pengeluaran

Proses  pengeluaran gelatin

Proses pengeluaran gelatin

Sumber: Eastman Gelatine Corporation

Secara asasnya proses pengeluaran gelatin terdiri dari 7 langkah iaitu: demineralization, pretreatment, washing, extraction, purification, drying dan akhir sekali sieving/blending.

Penentu Status Halal Gelatin

  • Sumber – haiwan halal atau haram dimakan, cara sembelihan
  • Proses pengeluaran – percampuran dengan sumber atau gelatin tidak halal
  • Kebersihan keseluruhan

Beberapa konsep gelatin

  • Konsep pertama: Kilang tersebut mengeluarkan gelatin dari sumber haram tetapi memakai hukum seperti anggur yang mana bila diperam menjadi arak (wine) tetapi diperam lama lagi ianya menjadi cuka. Tetapi tidak boleh digunapakai untuk gelatin babi atau lembu tidak disembelih mengikut syarak.
  • Konsep kedua: Kilang buat gelatin dari sumber bovine tetapi tidak disembelih mengikut syarak.
  • Konsep ketiga: Kilang tersebut buat gelatin dari sumber bovine dan sembelih mengikut syarak tetapi bercampur dengan yang haram. Contoh kilang di New Zaland, Eropah dan China.
  • Konsep keempat: Kilang buat gelatin dari sumber halal dan disembelih dengan mengikut syarak tanpa bercampur dengan yang haram.

Konsep gelatin halal dari perspektif Halagel

  • Kilang gelatin haruslah berada di sebuah negara atau wilayah Islam.
  • Diurus dan dimiliki sepenuhnya atau sebahagian oleh orang Islam.
  • Mestilah dari seumber yang 100% halal iaitu haiwan yang disembelih mengikut Syariat Islam.
  • Kilang tersebut mestilah mengeluarkan gelatin HALAL sahaja.

Masalah pengeluaran gelatin

  1. Nisbah keluaran gelatin rendah
    • Untuk mengeluarkan 1500 metrik tan gelatin setahun perlukan sebanyak 15,000 metrik tan tulang-tulang.
    • Seekor lembu menghasilkan lebih kurang 30kg tulang terpilih.
    • Oleh itu untuk keluaran 1500 metrik tan setahun memerlukan 500,0000 ekor lembu/kerbau.
  2. Sumber tulang dari banyak pusat sembelihan
    • Tiada usaha untuk mencari dan mengumpulkan tulang-tulang dari pusat penyembelihan.
    • Tulang-tulang dari pusat penyembelihan korban pada Hari Raya Aidiladha boleh digunakan untuk gelatin.
  3. Masalah-masalah lain
    • Mengambil masa 60-80 hari untuk mengeluarkan satu lot gelatin.
    • Adalah mustahil untuk mengasingkan gelatin halal dan tidak halal dalam kilang yang sama.
    • Peluang kontaminasi (contamination) antara gelatin halal dan tidak halal adalah sangat tinggi.

Alternatif kepada gelatin.

1. Fish Gelatin

Adakah ia halal?

Fakta: Buat masa ini masih belum ada kilang yang hanya membuat gelatin bersumberkan dari ikan sepenuhnya. Kebanyakkan kilang di Eropah menghentikan produksi gelatin babi selama sebulan atau setahun bagi mengeluarkan gelatin ikan. Ianya tidak halal kerana menggunakan peralatan yang sama dalam mengeluarkan gelatin babi.

2. Gelatin dari tumbuhan

Adakah ia halal?

Fakta: Sumber alternatif gelatin dari tumbuhan kebanyakkan digunakan dalam pembuatan softgel dan kapsul keras penyalut ubatan. Kebanyakkan kilang ini menggunakan mesin yang sama untuk mengeluarkan produk menggunakan gelatin tidak halal.

Ahad, November 07, 2010

HALAGEL PELOPOR GELATIN HALAL MALAYSIA


TIDAK salah rasanya umat Islam di negara ini berterima kasih kepada syarikat ini. Jika tidak kerana Halagel (M) Sdn. Bhd., tentunya kita menghadapi satu masalah besar dan lebih teruk lagi untuk tujuan kelangsungan hidup kita terpaksalah menelan gelatin walaupun menyedari apa yang ditelan itu haram!

Terdapat dua jenis gelatin dalam pasaran. Gelatin ‘Type A’ kebanyakannya didapati daripada kulit babi manakala gelatin ‘Type B’ pula diperbuat daripada tulang-tulang dan kulit-kulit haiwan bovine seperti lembu, kambing dan kerbau.

Persoalannya berapa banyak gelatin jenis B menguasai pasaran terutama untuk umat Islam. Jika ada pun apakah jenis kaedah penyembelihan yang digunakan bagi mendapatkan gelatin daripada haiwan-haiwan bovine itu? Bagi menangani masalah itu, Halagel ditubuhkan pada 19 Ogos 1997 untuk memenuhi keperluan gelatin halal umat Islam di negara ini.

Setelah hampir 10 tahun penubuhannya, syarikat itu kini merupakan satu-satunya pengedar dan pengimport gelatin halal terbesar untuk pasaran di Malaysia dan Asia Tenggara.

Ikuti liku-liku perjuangan Halagel seperti yang diceritakan oleh Pengurus Cawangan Halagel, Muhammad Azhar Abdullah dalam temu bual kepada wartawan SITI AINIZA KAMSARI dan jurufoto ASMARUDDIN JAMALUDDIN di Pusat Perdagangan Desa Subang Permai, Shah Alam pada tahun 2006.

Syarikat saudara benar-benar telah memenuhi tuntutan fardu ain dan fardu kifayah umat Islam khususnya di negara ini. Bagaimanakah perniagaan itu bermula?

Muhammad Azhar: Kisah Halagel sebenarnya kisah perjuangan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) kami iaitu Mohamad Yakob Munshi Deen, 44. Sebagai bekas graduan Universiti Pertanian Malaysia (kini Universiti Putra Malaysia) beliau sebelum ini mengusahakan perniagaan berkaitan pertanian. Namun sampai ke satu tahap, iaitu pada 1994, beliau berhenti dan melibatkan diri dalam bidang farmaseutikal dengan cuba memasarkan dan membekalkan produk ubat-ubatan kepada premis-premis perniagaan di bahagian utara Semenanjung.

Namun apabila beliau cuba membekalkan ubat pada doktor ‘A’, misalnya, doktor itu menolak sampel yang dibawa oleh Mohamad Yakob dengan alasan kapsul ubat tersebut menggunakan gelatin haram (yang diperbuat daripada kulit babi).

Sementara doktor ‘B’ pula, dalam kes tempahan ubatan jenis lain, menerima sampel dan pesanan daripada Mohamad Yakob tetapi memberitahu kapsul itu diperbuat daripada gelatin haram.

Jadi, dua situasi ini amat mengelirukan Mohamad Yakob. Beliau kemudian mendapati gelatin jenis ‘A’ dalam pasaran telah digunakan di kalangan umat Islam di negara ini sejak dahulu hinggalah ke hari ini.

Jadi kalau anda di tempatnya, bayangkan perasaan Mohamad Yakob dan besarnya tanggungjawab yang perlu dipikulnya bagi mencari jalan mendapatkan gelatin halal.

Bagaimanakah saudara melihat penggunaan gelatin di kalangan pengguna Islam?

Ramai tidak menyedari bahawa penggunaan gelatin adalah sangat meluas dan bukan soal pemakanan dan farmaseutikal semata-mata. Malah bidang kosmetik dan teknikal termasuk pembuatan filem-filem fotografi, filem untuk sinar x, kertas cetak foto, membuat kotak sehinggalah kepada gel dakwat pen juga menggunakan gelatin.

Dalam proses pengeluaran makanan itu sendiri, lebih 50 peratus daripadanya menggunakan gelatin. Di peringkat dunia dijangkakan penggunaan gelatin akan meningkat sebanyak beratus-ratus metrik tan setahun. Kebanyakan negara Eropah, Amerika Syarikat, negara-negara Amerika Selatan selain Jepun dan China di Asia adalah negara pengeluar gelatin utama dunia. Daripada jumlah tersebut 41 peratus gelatin adalah daripada kulit babi manakala 28.5 peratus daripada kulit haiwan bovine dan 29.5 lagi daripada tulang haiwan tersebut.

Babi lebih banyak digunakan untuk pengeluaran gelatin kerana proses pengeluarannya hanya mengambil masa sebulan sahaja berbanding haiwan bovine iaitu selama tiga bulan selain proses pengeluarannya adalah lebih murah.

Bolehkah saudara senaraikan jenis-jenis produk berasaskan gelatin yang paling sensitif dalam pemakanan dan perubatan?

Antara makanan yang sering mengandungi gelatin ialah konfeksioneri (coklat, gula-gula dan lain-lain), gummy jelly, pastil berperisa, yogurt, keju dan mentega. Ia juga meliputi aiskrim, kapsul penyalut ubat dan kapsul lembut seperti kapsul minyak ikan, pencuci mulut segera (terutamanya agar-agar dan puding), gula-gula getah dan produk-produk daging yang diproses.

Gelatin digunakan dalam produk-produk di atas sebagai agen penstabil, agen penebal, agen pembuih, agen pelekat atau agen pengikat. Dengan itu masyarakat Islam haruslah berhati-hati dalam memilih dan membeli makanan dan produk-produk di atas kerana dikhuatiri mengandungi gelatin yang tidak halal.

Bagaimanakah CEO syarikat saudara merintis bidang ini dalam keadaan yang mempunyai kekangan di sana sini?

Tidak dinafikan ini merupakan misi peribadi dalam satu usaha yang sangat getir sehinggalah Mohamad Yakob berjaya menemui gelatin halal itu di Pakistan yang dikeluarkan oleh sebuah kilang besar di Lahore. Syarikat itu mempunyai pekerja seramai 400 orang dan hanya dua pekerja yang beragama Kristian. Yang lain semuanya Islam.

Gelatin yang dikeluarkan oleh kilang itu bersumberkan tulang-tulang daripada haiwan yang halal dimakan seperti lembu, kambing dan kerbau dan disembelih mengikut syariat.

Sejak itu hingga ke hari ini, kami menjalankan usaha sama dengan syarikat dari Pakistan itu bagi mendapatkan gelatin halal untuk dikilangkan semula di kilang kami di Taman Pekan Baru, Sungai Petani, Kedah.

Berapa banyakkah pelaburan pada peringkat awal penubuhan syarikat?

Halagel bermula dengan modal sebanyak RM100,000. Pada peringkat awal kami terpaksa menjual harta dan aset yang ada termasuk rumah dan menggunakan simpanan. Alhamdulillah, pada tahun pertama sahaja jualan sebanyak RM1.02 juta berjaya diraih dan sehingga tahun lalu kami berjaya memperoleh jualan sebanyak RM13.6 juta. Untuk tahun ini ia dijangka meningkat lagi.

Adakah Halagel sudah berjaya menampung keperluan gelatin halal di negara ini?

Tidak juga, sebenarnya nisbahnya masih lagi 10:90. Iaitu 10 peratus adalah gelatin yang Halagel pasarkan manakala 90 peratus lagi adalah dari sumber bovine gelatin yang tidak pasti status halalnya atau porcine yang sememangnya haram kerana diperbuat daripada babi.

Adakah kedudukan ini selesa atau masih belum lagi melegakan?

Ia masih belum melegakan kerana masih banyak peluang pasaran yang tidak dapat kami tembusi kerana terhadnya bekalan dari kilang kami di Pakistan. Namun sekurang-kurangnya kami berjaya membekalkannya daripada tiada langsung gelatin halal sebelum ini. Halagel masih baru iaitu hampir 10 tahun di pasaran, namun syarikat antarabangsa yang lain telah membekalkan gelatin jauh lebih awal lagi dan lebih banyak gred gelatin yang dihasilkan.

Bagaimana dengan kapasiti pengeluaran kilang saudara?

Tidak dinafikan kapasiti pengeluaran yang kami ada adalah pada tahap maksimum. Maksudnya pada peringkat awal kami hanya mampu mengeluarkan 2,000 metrik tan gelatin setahun tetapi penggunaan gelatin di dunia hari ini sudah sampai ke tahap antara 350,000 hingga 400,000 metrik tan setahun.

Bagi pengeluaran kelongsong kapsul sahaja, Halagel telah memasarkan lebih 200 juta kapsul pada tahun 2005 dan ia hanya merangkumi 30 peratus pasaran kapsul di Malaysia. Penggunaan kapsul dunia dianggarkan lebih 300,000 bilion kelongsong kapsul setahun.

Apakah cabaran bagi memenuhi keperluan gelatin umat Islam? Apakah langkah Halagel?

Tentu sekali kami sedang menyahut cabaran itu dengan pembukaan sebuah kilang kapsul yang bernilai hampir RM12 juta di Sungai Petani, Kedah pada September ini. Kilang itu akan menumpukan kepada pengeluaran kapsul penyalut ubatan dan softgel sahaja.

Sampai bila kita hendak bergantung kepada bekalan gelatin yang dibawa masuk dari Pakistan?

Bukankah sudah tiba masanya kita juga mengeluarkannya di Malaysia?

Kami menyedari sepenuhnya keperluan tersebut. Malah sejak dahulu lagi kami ada rancangan untuk mendapatkan bekalan daripada tulang-tulang haiwan terutamanya unta, kambing, kibasy dan lembu yang berjuta-juta ekor disembelih di Arab Saudi pada setiap kali Hari Raya Haji untuk dijadikan gelatin halal. Kalau kita lihat sehingga ke hari ini, tulang-tulang tersebut terbuang begitu sahaja. Kami pernah merancang untuk menjalinkan kerjasama dengan beberapa pihak di Asia Barat untuk membina kilang gelatin di sana namun faktor cuaca, beberapa masalah teknikal dan kos yang terlalu tinggi menyebabkan ia tidak kos efektif.

Oleh kerana masalah di atas, Halagel menukar strateginya dan memilih China untuk pengeluaran gelatin yang kedua. Kilang yang akan didirikan di Wilayah Yin Chuan di bahagian Tenggara China itu sangat strategik di mana sebanyak 60 peratus populasi penduduknya merupakan orang Islam dan cuaca di sana amat sesuai. Insya-Allah pada awal tahun 2008 kami harap kilang di China akan mula beroperasi.

Mengapakah Halagel memilih China?

Di peringkat tempatan, kita tidak mempunyai cukup bekalan bahan mentah (tulang haiwan) di samping suhu di sini yang agak panas dan lembap tidak sesuai untuk memproses tulang-tulang tersebut kepada gelatin. Di sini kita lebih terdedah kepada pertumbuhan bakteria yang boleh mengganggu proses pengeluaran gelatin tersebut. Jadi, kita pilih wilayah di China itu kerana mereka mempunyai bekalan bahan mentah yang banyak dan mencukupi serta suhu yang sangat sesuai untuk pemprosesan gelatin.

Halagel kini hanya memenuhi 10 peratus pasaran gelatin halal di negara ini. Berapa banyakkah syarikat dan pengusaha yang menempah gelatin daripada syarikat saudara?

Lebih kurang 40 hingga 50 syarikat di negara ini menggunakan gelatin Halagel dan antara 70 hingga 80 buah syarikat di negara ini termasuk beberapa syarikat dari Indonesia dan Singapura menempah kapsul bergelatin halal keluaran syarikat kami.

Apakah produk halal Halagel yang lain?

Jika disenaraikan, kami ada hampir 13 produk kesemuanya. Selain daripada gelatin dan kapsul, syarikat kami juga mengeluarkan gula-gula gummy jelly berjenama Nize Gummiez. Kami juga memasarkan ubat gigi herba dengan daun mambu serta bunga cengkih, produk-produk terapi garam bukit (rock salt), garam bukit untuk masakan dan yang terbaru, vitamin pastil fruity C dan gelatin dalam bentuk paket bagi kegunaan bakeri dan masakan.

Apakah harapan saudara?

Saya amat berharap pengguna tempatan mahupun di luar negara terutama orang muslim sentiasa peka dan menjadi pengguna bijak dalam memilih makanan dan produk untuk kegunaan harian. Lihatlah tanda halal dan bahan-bahan yang digunakan pada makanan tersebut dahulu agar kita tidak berasa ragu tentang status halal produk tersebut. Hasrat kami di Halagel adalah untuk menampakkan lagi impian Perdana Menteri kita bagi menjadikan Malaysia sebagai Hab Halal di rantau ini.


free hit counters
free hit counters