Banyak saintis percaya dengan mengambil roselle sebagai pemakanan harian boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah berlakunya penyakit kronik kerana antioksidan didalamnya meminimakan kerosakan yang dilakukan oleh radikal bebas.
Penyakit-penyakit yang banyak disebabkan oleh radikal bebas adalah seperti:
* kerosakan ginjal
* diabetes
*jantung koronori
* kanser dll
KAJIAN
Kajian di Chua Shan Medical Universiti, Taiwan (Yun Ching Chang) mendapati pewarna merah pada kelopak bunga roselle mengandungi "antosianin" sejenis antioksidan; boleh menyekat dan mematikan sel kanser HL-60 (kanser darah/ leukimia). Antosianin juga berperanan menjaga kerosakan sel akibat daripada penyerapan sinar ultraviolet yang berlebihan.
Kajian oleh Maureen William di Universiti Bastyr, US mendapati pengambilan 1.5 liter dapat menurunkan darah diastolik 10 bacaan selepas 4 minggu mengamalkannya.
Kajian di National Council For Research Khartoum, Sudan mendapati roselle dapat mengelakkan kejang pada otot dan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Khususnya pada penghidap Darah Tinggi yang tegang otot di belakang tengkuknya.
ROSELLE dan PERAWATAN
Masyarakat hari ini mudah terkena penyakit "degeneratif" seperti kanser, arthritis, diabetes, katarak, darah tinggi pada usia muda. Samada kita suka atau benci, kehidupan kita sekarang dilingakri oleh kebimbangan ini.
Fokus dunia Pemakanan Kesihatan masakini ialah satu kumpulan nutrien yang dipanggil "ANTIOKSIDAN"; dan roselle didapati sangat kaya dengan antioksidan.
Vitamin C daripada roselle adalah antioksidan terbaik, sejenis vitamin yang larut air. Sekiranya diambil berlebihan ia hanya akan dikumuhkan melalui air kencing sahaja.
* diuretik - melancarkan kencing
* antipiretik - menurunkan panas; rasanya yang masam membantu penyerapan air dalam sel tubuh terutama pada anak-anak kecil. Ia cepat meredakan panas badan terutama dengan kaedah jaraman dengan daun serta buahnya.
* antiradang - baik untuk merawat masalah sakit tonsil.
* anthelmintik - membasmi cacing
* antioksidan - proses oksidasi menyebabkan LDL menebal dalam arteri dan menyebabkan arteriosklerosis @ thrombosis => tekanan darah tinggi. Roselle melambatkan proses oksidasi dan mengurangi kepekatan darah.
* memperbaiki peristaltik usus; mengelak sembelit.
Roselle Kapsul
Produk yang menggunakan herba Hibiscus Sabdariffa merupakan tumbuhan yang mempunyai kandungan vitamin C yang tinggi dan melebihi dari famili limau( citrus). Roselle kapsul amat berkhasiat untuk segenap lapisan umur khusus untuk proses penjagaan kesihatan dan sebagai pencegah dari sebarang jangkitan kuman atau virus yang menyerang tubuh badan manusia.
Khasiat::
- Anti penuanan ( anti aging ) - Kajian dari pakar pemakanan kesihatan Roselle yang mempunyai vitamin C dan berserat akan melambatkan proses penuanan dan mencegah berlakunya penyakit kronik. Keupayaannya meminimakan kerosakan yang dimusnahkan oleh radikal bebas merupakan sebab utama seseorang yang menggamalkan Roselle akan kelihatan muda dan berseri wajahnya.
- Pencegahan Penyakit Kardiovaskular – Sakit jantung merupakan pembunuh di dunia dan diangap sebagai ‘ sillent killer ‘. Keadaan oksidasi juga akan menyebabkan kadar LDL akan meningkat dan menyababkan arteri tersumbat. Pengamalan Roselle akan membantu mencegah ketebalan LDL di arteri dan sekali gus mengelakkan dari terjadinya penyakit tekanan darah tinggi.
- Pencegahan Kanser – Dunia kini yang terdedah kepada pencemaran udara, makanan dan minuman merupakan punca utama terjadinya kanser. Vitamin C dan serat yang tinggi yang terdapat di dalam roselle mampu untuk bertindak sebagai anti oksida dan sebagai anti kanser.
- Demam panas/selsema – Roselle amat baik untuk mereka yang sering menghadapi masaalah selsema dan sebagai pemakanan kesihatan yang utama kepada mereka yang menghadapi masaalah demam.
- Resdung ( Alergi ) dan Lelah ( athma ) - Pengambilan Roselle dan Coscinum plus adalah dua gabungan terbaik untuk menghadapi permasaalahan ini.
- Stres atau sukar tidur – Bagi mereka yang menghadapi masaalah stres dicadangkan mengambil Roselle dimana ia akan bertindak menurunkan suhu dan mempengaruhi mood pesakit. Roselle juga amat baik untuk masaalah dengkur semasa tidur.
- Masaalah lain – Amat baik untuk mereka yang menghadapi luka luar dan dalam, kecederaan, mengatasi masaalah kulit, sebagai penenang dan sebagainya.
free hit counters
Tiada ulasan:
Catat Ulasan