Rabu, Julai 28, 2010

PENGARAH URUSAN HPA dalam 5 program besar.

/
Tahniah kepada Pengarah Urusan HPA INDUSTRIES SDN BHD Tn Hj Ismail kerana dapat memenuhi 5 program besar di seluruh Malaysia dalam tempoh 4 hari berturut-turut.

1. Menyampaikan Kuliah Perubatan JAWI di Hotel Depalma Ampang Selangor pd 23 Julai 2010

2. Merasmi dan mengisi slot Produk Pilihan dan Perawatan dalam Program Mega PBC di KLIH Kuala Lumpur pada pagi 24 Julai 2010

3. Merasmi dan menyampaikan kuliah produk dan Perawatan dalam Program PBC KHAS di Gunung Ledang Resort Tangkak Johor pada sebelah petang 24 Julai 2010 dan memimpin Riadhah Pernafasan kepada Peserta PBC di Tangkak Johor pada pagi 25 Julai 2010.

4. Menghadiri Majlis Perasmian RFC ke 7 di Kubang Kerian Kelantan bersama YAB Menteri Besar Kelantan Tuan Guru Dato' Nik Abd Aziz bin Nik Mat. pata petang Ahad 25 Julai 2010.

5. Melancarkan Penubuhan Kelab Pelapis PJS KPS di Dewan Melaka Halal Hub di Serkam Melaka pada 26 Julai 2010
/
Tn Hj Ismail bersama Tn Hj Fisal dan En Mohd Faisol semasa melancarkan Penubuhan Kelab Pelapis PJS KPS di Dewan Besar Melaka Halal Hub di Serkam Melaka pada hari Isnin 26 Julai 2010

Tn Hj Ismail bersama YAB Menteri Besar Kelantan dalam Majlis Perasmian RFC ke 7 di Kubang Kerian Kota Bharu Kelantan pada hari Ahad 25 Julai jam 2.00 - 4.30 petang.

Tn Hj Ismail mengajar Senaman Pernafasan kepada para peserta PBC di Tangkak Johor selepas kuliah Subuh hari Ahad 25 Julai

Tn Hj Ismail bersama para pemimpin dari Zon Selatan di Tangkak Johor dalam Program PBC KHAS di Gunung Ledang Resort pada petang Sabtu 24 Julai.

Tn Hj Ismail menerima Cenderahati berupa Gubahan Bunga yang diperbuat dari sachet kopi radix selepas Majlis Perasmian MEGA PBC oleh PJ Khadijah Jaafar isteri kepada PJS Abdullah Kadir dari Damansara Selangor.

Tn Hj Ismail mengisi slot Perubatan Jawi dan Produk Pilihan dalam program MEGA PBC di KL International Hotel Kuala Lumpur pada hari Sabtu 24 Julai jam 10.30 - 1.00 tengahari.

Tn Hj Ismail bersama GM, AGM serta para pemimpin PJS KPA melancarkan produk terbaru selepas program KPJ di Hotel Depalma Ampang pada 23 Julai 2010

Tn Hj Ismail sedang menyampaikan Kuliah Perubatan Jawi di Hotel Depalma Ampang pada hari Jumaat 23 Julai jam 9.00 - 11.00 malam.
/

Isnin, Julai 19, 2010

HPA mahu wujud 400 cawangan RFC menjelang 2020

/

E-mel  Artikel Cetak  Artikel Tanda  Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen  Artikel

RADIX Fried Chicken (RFC), Restoran makanan segera pertama negara berkonsepkan ayam organik menyasarkan tempoh 10 tahun untuk menawan pasaran makanan segera di Malaysia.

RFC yang juga restoran milik penuh HPA Industries Sdn Bhd (HPA), peneraju syarikat jualan langsung (MLM) Bumiputera di negara ini kini mempunyai tujuh cawangan di Semenanjung.


Premis terbaru RFC dibuka di Kubang Kerian, Kelantan akan dirasmikan pada 25 Julai ini oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat.


Sebelum itu, pada 9 Julai lalu, RFC cawangan Perlis di Seriab, Kangar dirasmikan oleh Pengarah Urusan HPA, Ismail Ahmad.


Ismail berkata, sasaran syarikat ialah mewujudkan 400 cawangan RFC menjelang 2020 di seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sama ada pembukaan sendiri oleh HPA atau sistem francais.


Menurutnya, RFC kini memiliki tujuh cawangan. RFC yang pertama dibuka pada Julai 2008 ialah di Lagenda Heights, Sungai Petani sebelum diperluaskan ke Alor Setar dan Bandar Laguna (juga di Sungai Petani).


Katanya, RFC kemudian dibuka di wilayah Selatan iaitu Kluang, Johor dan Melaka.
“Kini beberapa cawangan seperti Kuantan, Pahang serta Bangi dan Shah Alam di Selangor juga dijangka bakal beroperasi dalam tempoh terdekat.

“Kita menjangka pembukaan pesat cawangan RFC selepas kita memperoleh lesen francais,” katanya kepada Bisnes Metro di Alor Setar, Kedah baru-baru ini.

RFC ialah antara restoran makanan segera milik HPA selain Radix Chicken House (RCH), Radix Oriental Cuisine (ROC), Radix Pizza House (RPH) dan Radix Bakery House (RBH).

Kekuatan syarikat di bawah Kumpulan HPA ialah menggunakan herba dan kaedah organik, produk kumpulan syarikat berkenaan juga dijamin halal dan suci.



free hit counters
free hit counters

Selasa, Julai 13, 2010

RFC AKAN BUKA CAWANGAN DISELURUH NEGARA SETELAH DAPAT LESEN FRANCAIS

/
RFC menawarkan perkhidmatan makanan segera berkonsepkan
ayam segar organik kepada mereka yang inginkan kelainan dan mementingkan
kesihatan

KANGAR - HPA Industries Sdn. Bhd. (HPA) yang memiliki Radix Fried Chicken (RFC) merancang memperluaskan rangkaian restoran makanan segeranya yang berkonsepkan ayam segar organik di seluruh negara pada penghujung tahun ini.

Dua lokasi yang telah dikenal pasti ialah di Bangi dan Shah Alam masing-masing di Selangor di samping 10 lagi cawangan yang akan dibuka di Kelantan, Pahang dan Johor.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad berkata, pasaran di Lembah Klang akan diterokai sepenuhnya apabila RFC mendapat lesen francais yang akan membuka peluang perniagaan kepada usahawan mahupun orang ramai.

"Ayam goreng RFC kini semakin mendapat sambutan daripada orang ramai kerana kami menyediakan ayam organik yang segar dan baik untuk kesihatan serta halal," katanya pada sidang akhbar di sini kelmarin.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan restoran RFC di Seriab, Kangar iaitu cawangan keenam sejak syarikat itu dimulakan setahun setengah lalu.

Majlis itu turut dihadiri Pengarah Urusan 2 HPA, Fisal Ahmas Tajuddin dan Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Perlis, Muslim Manja.

Menurut Ismail, pihaknya juga merancang membuka sebanyak 400 cawangan RFC di seluruh negara dalam tempoh 10 tahun termasuk Sabah dan Sarawak melalui perniagaan francais.

link dari KOSMO

free hit counters
free hit counters

Jumaat, Julai 09, 2010

MAJLIS PERASMIAN RFC CAWANGAN KE 6 DI KANGAR PERLIS

Posted by Jamaluddin Yeop Majlis Friday, July 09, 2010

/



Alhamdulillah RFC ke 6 di Kangar Perlis telah selamat dirasmikan oleh YAB Dato Seri Dr. Mohd Isa Sabu Menteri Besar Perlis petang tadi. InsyaAllah pada hari AHAD 25 JULAI 2010 ini satu lagi cawangan RFC ke 7 akan dirasmikan oleh YAB Menteri Besar Kelantan di Kubang Kerian Kelantan pula. Jemput hadir beramai-ramai..
/

Isnin, Julai 05, 2010

PROGRAM MEGA PBC DI HOTEL KL INTERNATIONAL






Pendaftaran dengan Bayaran penuh sahaja akan diterima.
Sila buat pembayaran tunai ke akaun MAYBANK 162263367410
ATAS NAMA NOR HAIDA RAMELI dan hantarkan bukti pembayaran ke email: fatinhpa@yahoo.com dan sms nama peserta ke 013-3962550.



KL INTERNATIONAL HOTEL terletak di tengah Bandaraya Kuala Lumpur. Masuk melalui Jalan Raja Muda. Bangunan Koperasi Polis bersebelahan dengan Pusat Pungutan Zakat Wilayah Persekutuan.
/

Satu program yang dikenali sebagai program Mega PBC akan diadakan di Dewan Besar Aras 1 Kl International Hotel pada tarikh 24 - 25 JULAI ini. PBC ini dipanggil MEGA kerana ia menggabungkan PBC yang sedia ada di Lembah Klang dalam bulan Julai kecuali PBC yang telah diluluskan awal seperti di Wisma MAIS Shah Alam pada 3-4 Julai dan Hotel depalma Shah Alam pada 11-12 Julai ini.

Program Pbc Mega ini diselenggarakan sepenuhnya oleh Kelab Pemimpin Al Wahida dan akan diisi oleh pelopor PBC peringkat awal seperti GM En Mohd Faisol, PJM Cikgu Murad dan PJM En. Azizan Ahmad.

Pengarah PBC MEGA adalah Presiden KPA sendiri iaitu PJM En. Hafidzan Faudzi. Setiausaha Panel Syariah yang juga merangkap Pengurus HPA Zon Tengah Us. Ahmad Adnan Fadhil juga dijemput untuk mengisi slot dalam program ini.

Alhamdulillah, Pengarah Urusan Tn Hj Ismail juga telah menyatakan persetujuannya untuk mengisi slot 3 jam dalam program MEGA PBC yang julung kali akan diadakan di KL INTERNATIONAL HOTEL.

Lihat tentatif program diatas yang telah diedarkan kepada semua ahli pelapis PJS yang telah berikrar menggempur kehadiran peserta di majlis pelancaran kelab pelapis PJS yang diadakan baru-baru ini...

Gempur....

/

/

free hit counters

Sabtu, Julai 03, 2010

KEAJAIBAN OTAK MANUSIA

/

20 Rejab 1431H
Oleh : Seri Budiman

Seorang doktor di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi . Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan “Perubatan Melalui Al-Qur’an” . Kajian perubatan melalui Al-Qur’an membuatkan ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Qur’an.

Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya. Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, maka doktor tersebut memberitahu bahawa semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah . Padahal setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal. Setelah membuat kajian yang memakan masa, akhirnya beliau mendapati Bahawa darah tidak akan memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan Sembahyang!!!

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk Beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam…… Begitulah keagungan ciptaan Allah!!! tidak menunaikan sembahyang , akan otaknya tidak Akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal!!! Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam ’sepenuhnya’ kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.


free hit counters
free hit counters