Isnin, Oktober 13, 2008

HPA mengubah kehidupan saya





Saya menamatkan pengajian di UKM pd tahun 1985. Setelah itu saya melibatkan diri sepenuh masa dengan pertubuhan dakwah yang aktif ketika itu di Sg. Penchala Damansara KL. Walaupun badan dakwah itu diharamkan gerakannya oleh KDN pada 1994 kerana akidah pemimpin utamanya dipertikaikan oleh JAKIM dan menggugat keselamatan negara, saya masih berpegang dengan ajarannya sehinggalah pada tahun 1998 bilamana syarikat yang saya sertai iaitu Karya One Sdn. Bhd. juga dibubarkan gara gara cuba nak menghidupkan semula gerakan badan dakwah yang telah diharamkan itu. Setelah 2 kali saya rasa tertipu, saya mencari kehidupan baru. Saya mengambil keputusan meninggalkan terus pegangan saya dan tidak mahu lagi bergantung kehidupan dengan orang lain.


Saya mahu berdikari walaupun ketika itu saya dah berkeluarga besar. Saya mula berniaga kecil-kecilan. Jadi peniaga bergerak menggunakan kereta lama (ford cortina 1.6 model 1974)peninggalan arwah mertua saya. Saya berniaga buku-buku agama, keset, vcd dan alat-alat ibadah ditempat-tempat ceramah agama dan politik. Waktu itu era reformasi bermula bilamana DSAI dipecat dari kerajaan. Rezeki saya bertambah bilamana banyak ceramah-ceramah reformasi saya ikuti dengan membawa barang dagangan saya. Waktu itulah saya diperkenalkan HPA. Penaja saya ialah Sdr. Tajul Nahar bin Md Ali dari Taman Tun Dr Ismail. Saya rasmi menjadi pengedar HPA pd bulan Disember 1998. Killer produk ketika itu ialah Minyak But But dan juga Kordial Pegaga yang baru diperkenalkan. Teringat lagi waktu itu dalam bulan puasa saya mampu menjual lebih 10 botol sehari kordial pegaga di kaki lima Pasaraya Taman Tun Dr Ismail.


Masuk tahun 2000, HPA ditimpa ujian bilamana ramai leadernya termasuk penaja dan leader utama saya meninggalkan HPA. Ada yang terpengaruh dengan syarikat MLM lain dan ada yang terjebak dengan skim cepat kaya. Saya macam biasa kerana waktu itu HPA bukan perniagaan utama saya lagi. Namun jualan produk HPA saya terus meningkat walaupun bonus sedikit kerana saya tidak menggunakan gerakerja MLM dalam perniagaan saya ketika itu. Tahun 2003 saya mula berjinak dengan kepimpinan HPA di Gombak ketika itu iaitu PJS Tn Hj Khalid Ishkri. Beliaulah yang selalu menyindir saya dengan kata-kata "Mal... Kalau nak berjaya dalam MLM kena hadir meeting. Belum ada lagi mereka yang berjaya dalam MLM tanpa meeting mingguan." Satu lagi kata-katanya yang meransang saya ialah "Dalam MLM ini kalau kita nak berjaya kena jayakan mereka yang nak dijayakan. Jangan buang masa nak menjayakan mereka yang tak mahu. Kena KIV kan dulu mereka yang tak mahu. Cari mereka yang mahu dulu."


Alhamdulillah setelah saya lakukan nasihat ini, pada akhir 2004 bonos saya dah cecah 4 angka. Pada KONVEK 2005 di Dewan Perdana FELDA Kuala Lumpur saya dianugerahkan Pengarah Meranti Terbaik. Selepas KONVEK saya jadi Pengarah Jati dan terus dilantik sebagai Pengarah Jati Setia (PJS). Maka saya pun bertekad meninggalkan perniagaan kaki lima untuk menumpukan sepenuhnya pada perniagaan HPA. Saya mohon jadi Agen Stok. Bermula dari stokis biasa sehinggalah sekarang sebagai Pengurus Stokis Daerah.


Pada KONVEK 2007 di PICC Putrajaya saya telah dianugerahkan pangkat Pengarah Jati Emas (PJE) dan mendapat insentif melancung ke Jogjakarta kerana saya tersenarai dalam Top 50 dikalangan pengedar HPA yang berjaya. Sekarang saya pula bertindak sebagai salah seorang leader HPA di Lembah Klang dan dilantik sebagai Penasihat Komuniti HPA Cawangan Rawang. Klik http://www.kparawang.weebly.com/

3 ulasan:

cikguafezi berkata...

Salam perjuangan, tahniah kerna bersama2 mengadakan satu blog perkongsian yg pasti bijak!!

abunyer berkata...

Wah... dah ada blog rupanya sahabat aku ni... bagus dan mengancam... Selamat Berblog...

Tanpa Nama berkata...

Tuan,

Assalamulaikum...Tuan, saya nak tanya mengenai Ford Cortina tu ada lagi tak..ingat nak beli kalau nak jual..
hp saya 0132940002-Bukhary

Terima kasih