Sabtu, Mac 27, 2010
Ramalan Berdasarkan Tarikh Lahir, Bintang dan sebagainya adalah KHURAFAT
Oleh: Tn Hj Ismail Hj Ahmad
Hari ini kita berhadapan dengan zaman jahiliah moden yang membangkitkan kembali amalan amalan sebelum kedatangan Islam sebagai satu "kehebatan". Belajar meramal berdasarkan tarikh lahir,bintang dan sebagainya. Kitab Mujarabat yang penuh dengan mentera dan wafak dijadikan rujukan dengan alasan "orang yang mengerti sahaja yang mampu mengambil manafaatnya". Mereka yang menolak penggunaan pengubatan ini dikatakan jahil dan mempunyai fahaman wahabi.
Kitab-kitab yang lain seperti " bintang 12","pati rahsia" itu lebih dipelajari daripada memahami hadis-hadis sohih dan al Quran. Jika membahaskan ayat-ayat al Quran,mereka cenderong mencari ayat-ayat mutasyabihat dari melihat ayat-ayat yang nyata dan terang disamping membicarakan ilmu laduni(terus dari Allah). Hujah dari ilmu laduni tidak boleh dipertikaikan oleh pengikut sebab langsung dari Allah. Alasan bodoh ini membolehkan sang guru terus memperbodohkan manusia yang suka mencari sesuatu kelebihan(mistik ).
Kenapa keadaan ini boleh berlaku? jawapannya kerana ilmu itu dipelajari untuk membanggakan/melebihkan diri di kalangan orang ramai. Mereka juga mencetak gambar tuan-tuan guru sebagai tokoh untuk disanjungi dan diagungkan. Pemujaan tokoh akan mematikan hati dan iman sehingga mereka memahami selain dari Rasullulah saw ada lagi manusia yang maksum(tidak melakukan kesalahan) itulah guru mereka yang mendapat ilmu terus dari Allah.
Hancurlah ugama kalau semua orang mengaku mendapat ilmu terus dari Allah. Tidak perlu Nabi dan tidak perlu Al Quran dan secara tidak sedar mereka yang mendakwa itu kebanyakanya
tidak lebih dari mencari porpulariti dan tertipu dengan ramainya manusia yang datang menemuinya.
Ulamak pewaris para Nabi pula ialah mereka yang akan mempertahankan al- Quran dan Hadist melebihi dari kepentingan diri mereka sendiri. Mereka rela mempertahankan kebenaran walaupun bersendirian dan tidak tertakluk kepada tekanan di kiri dan kanannya. Mereka berjuang demi ugama bukan peribadi dan mereka takut hanya pada Allah dan hari penghisaban kelak. Semoga kita termasuk didalam kumpulan ini .Amin.
Pelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran. Mudah-mudahan ahli-ahli HPA maupun pemimpin-pemimpinnya apatah lagi PJS tidak terlibat dalam program sedemikian. Menentukan sesaorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.
Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir maupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib(akan datang ) sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.
Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat didalam Quran maupun hadis. Oleh sebab itu mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal(tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya,dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw(Quran)
Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan.Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.
BILAL MUDA JADI USAHAWAN MLM HPA

BILAL MUDA JADI USAHAWAN adalah antara 100 kisah menarik dalam buku terbaru terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd yang baru dipasarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berakhir jam 8.00 malam esok Ahad 28 Mac.
Buku setebal 320 mukasurat yang bertajuk 100 Kisah Kehidupan ini dijual dengan harga RM20.00. Penyusun buku ini En Zakaria Sungib mendapat inspirasi daripada siri buku Chicken Soup for the Soul yang telah membentuk ramai manusia, beliau mengumpul kisah-kisah kehidupan yang membawa nafas Islam. Beliau memilih kisah-kisah yang bukan saja mempunyai nilai kemanusiaan yang universal tetapi juga membawa nilai Islam yang tinggi.
BILAL MUDA JADI USAHAWAN merupakan catatan saya dalam blog ini yang dijadikan salah satu 100 Kisah Kehidupan dalam bukunya.
Rabu, Mac 24, 2010
PBC di Gua Musang pd Cuti Keputeraan Sultan Kelantan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang kali ke 2 di Hotel Fully Inn Gua Musang Kelantan akan diadakan pada hari Selasa 30 Mac dan Rabu 31 Mac ini.
Hari Selasa dan Rabu hujung bulan ini merupakan hari cuti am bagi seluruh Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Kelantan. Oleh itu Komuniti HPA Gua Musang yang diketuai oleh PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis mengambil peluang ini untuk mengadakan program PBC untuk kali keduanya di Hotel Fully Inn Bandar Lama Gua Musang.
Peserta terhad kepada 50 orang sahaja dengan bayaran serendah RM150.00 setiap peserta. Oleh itu mana-mana leader yang hendak menghantar peserta bolehlah menghubungi terus Pengarah PBC Gua Musang PJS CIKGU JALAL 013-9221158 sebelum 29 Mac ini.
Antara pemimpin HPA yang akan mengisi program disini nanti ialah
1. PJS SITI ZAWIAH (Penaung KPT) dari Kota Bharu Kelantan
2. PJS US RAMIZU (Presiden KPT) dari Pasir Mas Kelantan
3. PJS SITI HABIBAH (Presiden KPS) dari Nilai Negeri Sembilan
4. PJS CIKGU ABD RAHMAN (CIKGU MEA) dari Pasir Puteh Kelantan
5. PJS CIKGU JALALUDDIN YEOP MAJLIS (CIKGU JALAL) dari Machang Kelantan
6. PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS dari Rawang Selangor
7. PJS SAJARUDDIN TASIRON dari Shah Alam Selangor
8. PJE ZAHARAH YUSOF dari Kuala Krai Kelantan.
9. PJE MOHD SHAFARUL NIZAM dari Komuniti Rawang Selangor.
Sabtu, Mac 20, 2010
PELANCARAN PRODUK MELAKA HALAL HUB & KONSERT HPA RAIHAN

Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan
Jemputan ke Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert HPA RAIHAN
Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.
Tetamu Kehormat :
YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
YB Ar. Hj. Ismail bin Othman
YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah
YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad
Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.
Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita...
Sekian dimaklumkan...
Khamis, Mac 18, 2010
Majlis Pelancaran HPA RAIHAN
Lebih 700 orang hadir menyaksikan persembahan konsert Raihan sempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel Depalma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010). Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru hasil usahasama antara keduanya.
4 produk baru itu ialah:
1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women



Saksikan HPA Raihan di Selamat Pagi Malaysia esok(19 march 2010), Jam 7.00 pagi – 9.00 pagi, pelancaran album baru Musafir Perjuangan
Hebahkan…
Produk Halal Tanggungjawab Bersama. jangan lupa beli CD HPA Raihan Musafir Perjuangan dan selawatheraphy beserta Raihan Fragrance di Cawangan HPA Seluruh Negara
Khamis, Mac 11, 2010
Penapis Air Dew - Air Yang Bersih Adalah Air Yang Sihat
1. Orang Islam yang membeli bahan,
2. Orang Islam yang memasukkan bahan ke dalam katrij,
3. Orang Islam yang memasangnya dan
4. Orang Islam yang menjual kepada HPA.
Ini menjadi suatu kekuatan kepada ahli-ahli HPA ketika menjual produk ini.
Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM 98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama.
/
Rabu, Mac 10, 2010
AIR DEW MINUMAN BERPERISA KRISTAL MINERAL ASLI


Khazanah Bumi Semulajadi Ratusan Tahun Dahulu Ciptaan Allah Yang Ditemui
Alam semulajadi ciptaan Allah telah ditemui oleh saintis dunia di pergunungan Mongolia, jarak dari bandar Mongolia 800KM dengan menggunakan kuda untuk membawa keluar kristal tersebut. Sejarah telah dibuktikan bahawa bahan KRISTAL MINERAL ASLI yang ditemui ini, telah membantu manusia dan haiwan di kawasan tersebut mempunyai daya tahan dan tenaga yang kuat, tidak mudah dijangkiti penyakit, serta jangka hayat hidup mereka lebih lama...
Apakah rahsia mereka? InsyaAllah dengan penemuan khazanah di perut bumi ini akan dapat membantu sebagai penawar pelbagai penyakit yang sering dihadapi oleh manusia akibat dari pemakanan yang tidak seimbang. Bahan ini bergetar pada 8.7hertz, kaya dengan tenaga bio diterokai secara manual tanpa menggunakan bahan letupan bagi mengekalkan kualiti dan keaslian bio fizikalnya.
KRISTAL MINERAL ASLI diproses secara teknikal yang terulung di mana bahan ini diubah menjadi "ionic water soluble solution". Bahan ini dicampurkan dengan air yang telah dirawat secara osmosis unduran melalui gas ozon. Cecair mineral 98% penyerapan adalah 7000 kali lebih kecil dari sel darah merah dan mineral ionik mempunyai kadar penyerapan tertinggi setelah berada di dalam aliran darah dan merupakan bentuk yang paling ideal untuk digunakan di dalam sistem metabolisma kehidupan.
Atas usaha ini terhasillah air yang dinamakan "DEW WATER" yang mengandungi 84 jenis mineral dan zat galian dalam bentuk yang seimbang untuk keperluan tubuh kita dan terbentuk ion yang memudahkan proses serapan mineral dalam tubuh manusia.
Kandungan mineral dan zat galian ini hampir sama dengan kandungan yang terdapat dalam air zam-zam.
Keajaiban Air Kristal Mineral Asli Dew
- Tahan Lapar Ketika Berpuasa
- Bertenaga Ketika Solat Terawih
- Pemanduan Jarak Jauh
- Tambah Oksigen Dalam Sel
- Baik Untuk Ahli Sukan
- Penyakit Gastrik
- Membuang Air Kecil & Besar
- Haid Tidak Menentu
- Mengurankan Berat Badan
- Tekanan Darah Tinggi
- Letih & Mengantuk
- Sakit Kepala atau Migrain
- Lelah & Melapangkan Saluran Penafasan
- Stabilkan Kandungan Gula Dalam Darah (Kencing Manis)
- Membuang Lendir Berlebihan Pada Paru-paru
- Menstabilkan Denyutan Jantung
- Gout
- Menghilangkan Bau Badan & Kaki
- Awet Muda
Semua Berlaku Dengan Izin Allah
Jumaat, Mac 05, 2010
TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN KELAB PIMIMPIN SELATAN (KPS)
Penubuhan Kelab Pimpinan Selatan
/
Rabu, Mac 03, 2010
7 PJS AKAN JAYAKAN PBC DI MASJID ALGHUFRAN TTDI DAMANSARA KL
Program PBC bulanan yang akan diadakan di Masjid Alghufran Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 6-7 Mac ini akan dihadiri oleh 7 PJS. Mereka yang terlibat itu ialah
1. PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS dari Rawang
2. PJS SAJARUDDIN TASIRON dari Shah Alam
3. PJS HJH NOLIAH AHMAD dari Bandar Baru Selayang
4. PJS TUAN SYED AGEEL dari Pulau Pinang
5. PJS ABDUL YADIE dari Gombak
6. PJS ROSMANDI ISHAK dari Bandar Baru Bangi
7. PJS ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM dari Pantai Dalam Kuala Lumpur.
Program selama 2 hari 1 malam ini akan diuruselia oleh Jawatankuasa Komuniti HPA Rawang yang diketuai oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang juga merupakan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universii Malaya. Beliau akan membentangkan CIRI CIRI MLM SYARIAH yang dipraktikkan oleh HPA.
Masjid Alghufran telah pun menjadi ahli HPA. Alhamdulillah mulai sekarang pihak pengurusan masjid akan menggunakan produk HPA seperti sabun susu kambing dalam bilik mandi di Kamar Musafir yang terletak ditingkat atas (aras 3) Kompleks Balai Islam itu. Cafe Alghufran yang terletak ditingkat bawah sekali aras B2 pula akan menggunakan ayam organik HPA dan lain-lain produk seperti Kopi Radix, Bebola ikan, kari ayam, kari ikan dan lain-lain yang boleh digunakan.
Pendaftaran masih dibuka lagi. Yuran cuma RM150 termasuk penginapan di Kamar Musafir dan 9 kali makan di Cafe Alghufran. Terbuka untuk semua pengedar HPA. Keutamaan diberi kepada mereka yang belum berpangkat Pengurus Melati.
Urusetia pendaftaran:
Abdul Jamil Othman 019-3393324
Zulkifli Zainal 017-2477095
Zulliah Ahmad 012-9199574
Shamsidar
Sharifah
Alamat lengkap Masjid Alghufran
Masjid Al-Ghufran Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
No. 6C, Jalan 4 / 71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
Jalan Damansara,
60000, Kuala Lumpur.
Tel: 03-7728 2127, 7726 7642
Fax: 03-7725 5380
Email: admin@masjidalghufran.com.my
Peta ke Kompleks Masjid Al-Ghufran:

/
Isnin, Mac 01, 2010
Program Malam Gelombang Expo Halal di UM bersama HPA
/
Sempena dengan projek Expo Halal Universiti Malaya yang akan berlangsung pada 13 - 14 Mac di Kompleks Perdana Siswazah UM, pihak Lujnah Ekonomi PMIUM selaku penganjur akan mengadakan Malam Gelombang Expo Halal UM pada hari Rabu 3 Mac ini.
ATURCARA PROGRAM
3 Mac 2010 (Rabu)
Tempat:
Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam UM
8.00 malam : Hadirin mengambil tempat
8.15 malam : Ketibaan VIP
8.30 malam : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
8.40 malam : Bacaan Asmaul Husna
8.45 malam : Bacaan Doa
8.50 malam :
Ucapan Penasihat PMIUM
Oleh: Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail
9.00 malam : Ceramah 1
Tajuk: ”Halal Haram dalam Pemakanan Sedarkah Kita?”
Oleh : PJS Hjh. Nolliah Binti Ahmad
10.00 malam : Ceramah 2
Tajuk: ”Pengenalan Syarikat HPA industries SDN.BHD”
Oleh: PJS En.Jamaluddin Yeop Majlis
11.15 malam : Tayangan multimedia
Program ini TERBUKA UNTUK SEMUA.
/
Sabtu, Februari 27, 2010
PBC sulung di Gua Musang Kelantan
Alhamdulillah akhirnya berjaya juga PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis mengumpulkan peserta seramai 50 orang menghadiri program Perkongsian Bijak Cemerlang yang julung kali diadakan di Bandar Lama Gua Musang ini. Program yang diadakan di Hotel Fully Inn ini mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat setempat kerana sebahagian besar peserta adalah dari daerah Gua Musang sendiri.
Apa yang menariknya PBC disini, pengurus hotel itu sendiri En. Amiluddin juga menjadi peserta dan mengambil produk HPA seperti Ayam Organik, Bebola Ikan dan Kopi Radix untuk dihidangkan kepada peserta. Menurutnya selepas ini beliau akan berusaha menjadikan produk HPA sebagai pilihan utamanya bukan sahaja di rumah malah dihotel ini seperti sabun mandi dan lain-lain.
Antara pemimpin HPA yang menyampaikan ceramah dalam PBC disini ialah
1. PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis - Pengarah Program merangkap Pengerusi Majlis.
3. PJS Jamaluddin Yeop Majlis - Profil syarikat, Gerakerja 6M, Isu Halal Haram dalam Pemakanan dan Produk Pilihan: Kopi Radix dan Penapis Air Dew.
4.PJS Siti Zawiyah (Kak Nor) - Perawatan dan kelebihan produk EPO
5. PJS Sajaruddin bin Tasiron - Strategi Menjana Pendapatan 5 angka bersama MLMS HPA.
6. PJS Sii Habibah - Sinergi Produk dan Diagnos penyakit melalui saraf tapak tangan.
7. PJE Zaharah Yusof - Demo produk
Isnin, Februari 15, 2010
PROGRAM GEN 2 KPA DI MASJID ALGHUFRAN TTDI KL
Ahad, Februari 07, 2010
JADUAL PROGRAM PBC TERKINI..
06 – 07 FEB 2010
- Hotel Laman Seri Seksyen 13 Shah Alam : RM 180 : PJS Habshah ( 019 3337245)
- Hotel Residence, Uniten, Bangi : RM 180 : PJS Fatin (013 3962550)
- Ayer Keroh Country Resort, Melaka : RM 150 : PJS Habibah (019 6685083/En. Hasan:017 6814626)
- Hotel Allson Kelana, Nilai : RM 170 : PJS Habibah (019 6685083)
- Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 019-6975317)
13-14 FEB 2010
- Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka : RM 150 : PJS Fauziah (013 6317154)
- Hotel Sri Malaysia, Port Dickson : RM 150 : PJS Rosjulila (013 6820068)
- Hay Resort, Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
- Desaru Damai Beach Resort, Kota Tinggi : RM 160 : PJS Roslina (013 226865)
- HPA Cawangan Jerantut : RM150 : PJS Jaffar (013-9102655)
- Hotel Raudhah Kota Bharu Kelantan : RM150 : PJS Cikgu Abdul Rahman(013-9316612)
20-21 FEB 2010
- Pst. Belia Antarabangsa, Bdr T.Razak : RM 150 : PJS Cg. Murad (012 3033230)
- Gunung Ledang Resort, Tangkak : RM 170 : PJS Rosjulila (013 6820068)
- Agrotek Resort, Hulu Langat : RM 160 : PJS Zainal (019 2886641)
26-27 FEB 2010
- Hotel Fully Inn Bandar Lama Gua Musang Kelantan : RM150 : PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis (013-9221158)
27-28 FEB 2010
- Hotel Adamson, Kuala Lumpur : RM 170 : PJS Abd Yadi (016 6525380)
- Hotel D’Ark, Senawang : RM 150 : PJS Rogayah (019 6504849)
- Ujana Resort, Tmn. Harmoni,Gombak : RM 150 : PJS Abdullah ( 012 6849263)
- Kompleks Rakan Muda, Sementa : RM 150 : PJS Ust. Asri (019 3789747)
- Rumah Rehat Raub Pahang : RM150 : PJS Siti Zawiyah (013-9221915)
- TS Hotel Pasir Gudang : RM170 : PJS Syed Ageel (013-4882778)
6 - 7 MAC 2010
- Masjid Al Ghufran Balai Islam Pinggir Tmn Tun Dr Ismail Kuala Lumpur : RM150 : PJS Jamaluddin Yeop Majlis (013-9812655 / 012-2503041)
Sabtu, Februari 06, 2010
Ilmu Pembetulan Tulang Belakang dalam HPA

Pembetulan tulang belakang (PTB) merupakan satu method yang diperlukan untuk membantu dalam perawatan JAWI. Dari tulang cervical sampailah ketulang ekor(coccyx) dimana kesemuanya memberikan kesan perubahan kesihatan jika tidak di ubati dengan betul. Hanya dengan cara manipulasi yang ringan dan mudah tulang itu dibetulkan. Ia dilakukan dalam keadaan duduk,tidur,berbaring dan juga berdiri.

Ianya sangat berguna untuk menjadi seorang herbalis yang terlatih. Pelajarilah ilmu PTB Jawi dalam kursus yang akan diadakan pada 15 Feb ini di Jejawi Perlis. Kursus ini akan dikendalikan sepenuhnya oleh Pengarah Urusan HPA Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Kursus selama 3 hari 2 malam ini yurannya cuma RM200 sahaja termasuk penginapan.
Tulang belakang di definisikan dalam kamus sains sebagai Vertebra yang terdiri daripada tulang servical, thorasic, lumbar dan sacrum. Sehubungan itu, ruas-ruas tulang belakang berfungsi untuk menyambungkan saraf kepada organ-organ tubuh di mana gangguan tulang menyebabkan gangguan pada fungsi organ-organ tersebut. Dengan kata lain, binaan tulang terdiri daripada mineral kalsium dan phosphorus. Selain daripada masalah oestoporosis (pereputan tulang) terutama pada kaum wanita, gejala pengeringan di sendi-sendi sering terjadi di bahagian sendi lutut. Gejala kekeringan cairan di dalam tempurung lutut ini selalu terjadi apabila umur seseorang itu menjangkau ke 50an.
Salah satu symptom masalah di tulang belakang ialah kebas di hujung-hujung jari tangan atau jari kaki, sakit kepala, dan kesakitan di tulang belakang. Keadaan ini berlaku akibat dari kecederaan di tulang tanpa disedari. Mineral kalsium sangat di perlukan untuk terapi ini. Oleh itu, mengamalkan minuman susu bukanlah merupakan satu-satunya cara penggantian kalsium dalam tubuh kerana jika tubuh mempunyai kekurangan enzim Lactase, ia boleh menyebabkan tubuh kehilangan kalsium. Mengapakah keadaan ini berlaku? Keadaan ini berlaku akibat dari fermentasi susu dalam tubuh yang sekaligus mengakibatkan terjadinya asidosis . Di samping itu, tubuh ini akan berusaha untuk menghilangkan asidosis terrsebut dengan mengambil atau menyerap kalsium daripada tulang atau gigi.
Makanan yang kita makan pada hari ini juga, kebanyakannya menyebabkan terjadinya asidosis. Oleh sebab itu, kalsium daripada tumbuh-tumbuhan sangatlah diperlukan, akan tetapi tidak semua kalsium mudah diserap daripada pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan kerana kehadiran asid oksalik didalamnya.
Penyerapan kalsium daripada Kopi Radix menjadi mudah berbanding dengan tumbuhan yang lain kerana tindak balas kimia yang belum dikaji. Secara mudah difahami kemungkinan kesan sinergilah yang mempercepatkan penyerapan kalsiam dalam tubuh. Wallahu'alam.
Rabu, Februari 03, 2010
KHASIAT PRODUK HPA: EVENING PRIMROSE OIL (EPO)
Apa itu EPO?
Khasiat kesihatannya telah diketahui sejak berkurun lamanya. Akarnya mempunyai rasa seperti lada dan boleh dimakan seperti sayuran. Pucuknya boleh dimakan seperti ulam. Keseluruhan tumbuhan ini telah digunakan untuk merawat dalam pelbagai bidang perubatan.
Khasiat minyak EPO:
- Melegakan sklerosis.
- Mengurangkan pembekuan darah dalam arteri.
- Mengurangkan radang sendi otot.
- menguatkan sistem imun .
- Mengelak kulit daripada kering semasa proses Monopous .
- Membantu mengawal atur kitaran haid.
- Melegakan Sindrom Sebelum Haid (PMS) – iritasi, sakit kepala, sakit payudara dan senggugut.
- Mengurangkan simptom putus haid – panas badan, peluh sejuk kemurungan dan kekeringan faraj.
- Menggalakkan kulit yang sihat, muda berseri – bermanfaat kepada kulit yang kering, berumur atau berminyak. Melegakan ekzema dan alergi kulit.
- Memperbaiki rambut yang kering dan rosak serta melegakan kulit kepala yang gatal.
- Menguatkan kuku yang mengelupas atau mudah patah.
Sumber dari blog committee radix centre
Sabtu, Januari 30, 2010
Penapis Air Organik pertama guna tempurung ganti tulang haiwan - Metro 30 Jan 2010
HPA Industries Sdn Bhd, antara syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, memperkenalkan empat produk terbaru termasuk penapis air dikenali Dew yang dijamin halal, organik dan suci.
Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata penapis air Dew dijangka menjadi produk popular HPA yang juga diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) pertama di negara ini.
Menurutnya, berbeza dengan kebanyakan penapis sedia ada yang menggunakan unsur tulang haiwan yang tidak diketahui jenis dan kaedah sembelihannya, penapis air keluaran HPA menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.
“Formula kandungan setiap katrij di dalam penapis air ini berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh meniru sukatan dan ukuran bahan dalam katrij HPA kerana kajian hampir tujuh tahun dilakukan untuk menghasilkan Dew yang berkualiti ini.
“Sesetengah penapis air di pasaran pula tempoh hayat gantian katrij ialah setahun dengan kos sehingga RM300 atau RM400, namun kos Dew hanya RM98 untuk tahun pertama.
“Berdasarkan kajian, pH air daripada penapis air Dew hampir menyamai air zam zam,” katanya ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.
Majlis pelancaran penapis air Dew dan produk terbaru HPA yang lain iaitu Madu Cuka Nipah, minuman Radix Sahara dan minuman Kristal Mineral Asli diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.
Ismail berkata, penyelenggaraan Dew juga mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik dan sudah melalui ujian makmal Sirim.
Menurutnya, berbeza dengan penapis air lain yang berharga ribuan ringgit, penapis air keluaran HPA dijual pada harga mampu milik iaitu RM900 untuk bukan ahli dan RM750 untuk ahli HPA di Semenanjung Malaysia manakala RM1,000 bukan ahli dan RM850 ahli HPA di Sabah dan Sarawak.
“Lebih menarik setiap ahli HPA mendapat 50 nilai mata daripada pembelian ini yang akan dikira sebagai bonus,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, produk baru dijangka melonjak jualan syarikat dan menepati sasaran RM20 juta sebulan.
HPA yang kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli di Malaysia dan 250,000 di Indonesia terkenal sebagai syarikat MLM berteraskan Islam yang memperjuangkan produk yang halal dan suci.
Syarikat berkenaan juga mempunyai rangkaian perniagaan makanan segera yang berkonsepkan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House dan Radix Pizza House.