Memaparkan catatan dengan label hpa raihan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hpa raihan. Papar semua catatan

Khamis, Mac 18, 2010

Majlis Pelancaran HPA RAIHAN

/
Lebih 700 orang hadir menyaksikan persembahan konsert Raihan sempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel Depalma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010). Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru hasil usahasama antara keduanya.

4 produk baru itu ialah:

1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women

Tn Hj Ismail Hj Ahmad CEO HPA Group Of Companies dan Hj Abdul Mubbin Latiff CEO Raihan Group Of Companies bersalaman selepas menandatangani perjanjian usahasama.

Tn Hj Ismail melancarkan produk Raihan Fragrance Men and Women melalui ketukan bungkahan ais.


Kumpulan Nasyid Raihan bersama Tn Hj Fisal PU2 HPA dan En Mohd Faisol GM AWM.

PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis wakil KPT dan PJS Tn Syed Ageel wakil KPU turut hadir menyaksikan Majlis Pelancaran disamping PJS KPA yang hadir PJS Hafidzan Faudzi, PJS Zainal Ahmad, PJS Abdullah Abd Rahim, PJS Us Safuan Pamidi, PJS Sajaruddin Tasiron, PJS Tn Hj Marjuni, PJS Aznin, PJS Habshah Ariffin, PJS Nor Haida Ramli, PJS Abd Yadie, PJS Zambri Ibrahim, PJS Norshidah dan lain-lain PJS yang saya tak nampak..

Sdr Hawari dan Afifi turut hadir bersama 1 bas rombongan Mahasiswa dari PMIUM.


Sdr Md Nor Auzani ketua rombongan dari HPA PMIUM berbincang sesuatu dengan Pengurus Pentadbiran HPA merangkap SU Panel Syariah HPA Us. Adnan Fadhil.

Majlis diakhiri dengan Sesi menandatangani Autograf dengan Kumpulan HPA RAIHAN

Saksikan HPA Raihan di Selamat Pagi Malaysia esok(19 march 2010), Jam 7.00 pagi – 9.00 pagi, pelancaran album baru Musafir Perjuangan

Hebahkan…

Produk Halal Tanggungjawab Bersama. jangan lupa beli CD HPA Raihan Musafir Perjuangan dan selawatheraphy beserta Raihan Fragrance di Cawangan HPA Seluruh Negara








Rabu, Disember 30, 2009

KONSERT HPA RAIHAN - "Malam Satu Mimpi"

/

/
Beli mana-mana minuman bikarbonat diatas sebanyak 36 botol dalam satu invois untuk mendapatkan 1 kopon masuk percuma ke konsert HPA RAIHAN dimana-mana pertunjukan di 5 tempat seluruh Malaysia.


Persembahan konsert HPA Raihan yang dikenali sebagai "Malam satu Mimpi" akan diadakan tidak lama lagi. Tiket-tiket akan dijual dengan harga rm30 dan boleh dibeli di cawangan-cawangan HPA mulai 15 januari 2010. Malam satu Mimpi (MSM) mengajak seluruh ahli HPA ataupun bukan ahli bagi menikmati persembahan nasyid dari kumpulan Raihan dan pembacaan puisi-puisi HPA bagi tujuan mengumpul dana untuk "Tabung kemanusiaan Palestin".

Tiket masuk juga boleh diperolehi dengan membeli 36 botol minuman air berkabonat HPA spt cola Radix botol besar. (dalam satu invoice) dan akan mendapat 1 kupon masuk percuma. Pembelian tidak ada had dan bermula pada 1 januari hingga akhir Februari.

Persembahan ini akan dibuat di lima zon (utara,tengah,selatan,timur dan Borneo) pada masa yang akan di tentukan nanti . Disamping itu pehak AWM juga menyediakan cabutan-cabutan bertuah pada malam tersebut. InsyaAllah.
/