Memaparkan catatan dengan label herba. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label herba. Papar semua catatan

Rabu, Disember 16, 2009

2010 - Menguasai Pasaran Herba Di dunia.

Dari blog jawiMedHerb:

Keistimewaan Herba HPA


Produk-produk herba yang dikeluarkan dari oleh HPA mempunyai keistimewaannya dibandingkan dengan herba-herba yang lain. Disini saya senaraikan 10 keistimewaannya iaitu:-

1. Ia adalah resepi yang telah diperturunkan dari satu generasi kesatu generasi.

2. Pengalamannya dalam penyembuhan pelbagai jenis penyakit telah diakui.

3. Mempunyai kaedah sinergi yang berkesan.

4. Herbanya datang dari penanaman organik atau herba hutan asli.

5. Tidak mendatang kesan sampingan jika tersalah pengambilan.

6. Produk yang banyak mengikut kesesuaian pesakit.

7. Di bantu dengan gabungan alamiah dan ilahiah.

8. Dwifungsi iaitu untuk perubatan dan penjagaan kesihatan.

9. Herba-herba tempatan (hutan hujan Tropika)yang mengandungi khasiat ubatan yang tinggi.

10. Murah dan sudah pasti halalnya.

HPA sudah mengeluar dan memasarkan lebih 250 produk berasaskan herba yang dapat dikategorikan seperti :

1. Produk Perawatan Penyakit

perawatan_smallPelbagai produk ubatan herba semulajadi yang dipelihara keaslian dan bebas dari bahan kimia sintetik, untuk perawatan pelbagai jenis penyakit termasuk penyakit organ utama seperti jantung, paru-paru, ginjal, hati, otak, usus dan lain-lain. Semua ubat herba HPA mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia, mendapat status GMP sejak 1997 dan amat murah serta diakui berkesan merawat pelbagai penyakit.


2. Produk Keperluan Hariankeperluanharian_small

Seperti ubat gigi, berus gigi, bedak, shampoo, sabun mandi, sabun basuh, minyak rambut dan sebagainya. Semua produk ini adalah berasaskansumber semulajadi tanpa penggunaan bahan kimia sintetik dan bahan-bahan yang haram disisi syarak serta dipelihara daripada bahan yang syubahah.


3. Produk Makanan & Minuman

makanandanminuman_smallProduk makanan dan minuman harian untuk kesihatan seperti kopi radix dengan khasiat 7 herba yang cukup terkenal, radix koko, pelbagai jenis teh, air berkarbonat, krismis, madu, biskut, kordial aiskrim, ayam organik, daging organik dan sebagainya. Produk HPA ini terpilihara daripada penggunaan kimia sintetik dan bahan-bahan yang haram. Ianya berasaskan konsep“Jadikanlah makanan sebagai ubatmu dan ubat sebagai makananmu”.


4. Produk Kosmetik & Kecantikankosmetik_small

Produk kosmetik HPA (Centella White) dihasilkan menggunakan 100% sumber semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia sintetik dan bahan yang haram serta syubahah. Produk kosmetik berasaskan pegaga ini dihasilkan melalui penyelidikan (R&D) dengan SIRIM.

Ciri-ciri Produk HPA

  • Dikilangkan mengikut standard "Good Manufacturing Practice" (GMP).

  • Diluluskan oleh Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)

  • dibawah Kementerian Kesihatan Malaysia.

  • Diiktiraf HALAL oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

  • Menggunakan 100% herba.

  • Tidak mengandungi sebarang bahan kimia.

  • Tidak mengandungi Steroid.

  • Melepasi ujian had kandungan logam berat.

  • Melepasi ujian had Mikrob.

  • Melepasi ujian had kecairan.

  • Berkesan dan mujarab, bersih lagi suci.

  • Gunakan tanpa was-was.

ciri-c2


Katalog Produk-produk HPA:


perawatan_small
keperluanharian_small
makanandanminuman_small
kosmetik_small

Senarai Penuh Produk HPA yang Terkini boleh dilihat di blog MIS HPA disini:http://departmentinformationsystem.blogspot.com/

Dan anda boleh mendownload file ini dalam format MS Excel di sini:http://hpa.com.my/buy_online/downloadproduk.xls


Isnin, Julai 06, 2009

Benarkah Serbuk Akar Kayu Memudharatkan Kesihatan?

/

Kebelakangan ini ada beberapa majalah serta akhbar yang menyiarkan artikel yang memberikan pendapat mengenai kemungkinan produk berbentuk serbuk akar kayu memudharatkan kesihatan. Ianya diterbitkan dalam suasana terdapat trend produk-produk terbaru yang dikeluarkan dalam bentuk extraction. Apakah ini salah satu perang saikologi bagi memenangi pasaran? Semua yang ditulis setakat yang saya tahu tidak pernah dibekalkan dengan data2 yang terang dan jelas. Kalaulah ada mereka yang mengatakan bahawa serbuk ubatan yang menyebabkan terjadi batu karang dan batu dalam hempedu, itu hanyalah sangkaan semata-mata yang tidak berdasarkan kepada ilmu.

Kalau kita mengkaji beberapa ilmu mengenai sistem tubuh iaitu sistem pencernaan (digestive system), sistem peredaran darah (circulatory system) dan system pembuangan (excretory system) sudah tentu dapat dibuktikan dengan jelas bahawa tuduhan sedemikian adalah merupakan satu fitnah jahat yang dilemparkan kepada bahan yang sepatutnya menjadi penyembuh utama seperti yang diajar oleh nabi melalui hadisnya ‘kesembuhan itu terdapat pada 3 perkara: Minum madu, berbekam dan kay

Dalam sistem pencernaan, makanan yang kita makan masuk melalui mulut lalu bergerak ke dalam perut, usus kecil dan usus besar lalu dikeluarkan melalui anus dalam jangkamasa 9 jam lebih kurang. Dalam perjalanan tersebut enzim enzim pencernaan telah berperanan sehingga makanan bertukar kepada bentuk yang sesuai untuk diserap terutamanya diusus kecil dan sedikit diusus besar. Air, asid dan enzim bertindak melarutkan bahan2 untuk membolehkan ianya diserap. Bahan2 yang tidak larut semuanya akan masuk ke usus besar, melalui beberapa proses lalu ada yg diserap dan bakinya dikeluarkan sebagai najis termasuk serbuk herba. Serbuk herba yang melalui jalan yang sama mengalami beberapa proses sehingga bahan aktif, mineral dan vitamin dilarutkan lalu diserap sambil hampasnya keluar melalui najis. Penyerapan dari usus kecil kedalam saluran darah adalah dalam bentuk bahan terlarut dan mustahil untuk serbuk kayu diserap.

Batu dalam hempedu terbentuk disebabkan oleh kandungan kolestrol yang terlalu tinggi dalam darah. Kolestrol yang tinggi terjadi apabila seseorang mengalami masalah usus tersumbat dan mempunyai tabiat suka makan makanan berlemak. Hempedu yang mengeluarkan cecair hempedu (bile) gagal berfungsi dengan berkesan lalu lemak yang mempunyai kepekatan yang tinggi membentuk batu dalam hempedu. Ianya tidak ada kena mengena dengan serbuk herba yang kita ambil kerana mustahil serbuk herba dapat sampai ke kantung hempedu.

Batu karang pula terbentuk disebabkan oleh kepekatan asid yang terlalu tinggi dalam darah. Kepekatan asid yang tinggi membentuk Kristal yang lama kelamaan membesar dan mengganggu system urinary. Kencing kerap, sakit pinggang dan kencing berdarah adalah diantara tanda awal pembentukan batu karang. Kepekatan asid menjadi terlalu tinggi adalah disebabkan oleh kelemahan yang berlaku kepada fungsi buah pinggang. Juga disebabkan oleh tabiat pemakanan seperti gemar makan sea food dan pengambilan daging berlebihan. Buah pinggang bekerja menapis dan mengeluarkan asid dari darah. Dengan kehadhiran 1.2 juta penapis yg dinamakan nephron, asid ditapis keluar dan darah menjadi bersih. Nephron hanya menapis dan mengeluarkan asid dan bahan toksik. Keunikan Nephron adalah tentang penapisnya yang teramat halus sehingga tidak dapat ditembusi walaupun oleh sel darah merah, apatah lagi serbuk herba.

Isu serbuk akar kayu sebenarnya tidak timbul disini sebab bagaimana untuk melalui dan masuk ke sistem buah pinggang walhal kedalam saluran darah pun ia tidak boleh masuk.Saya berharap dengan penjelasan ini dapat melenyapkan sangkaan2 negatif mengenai herba yang ditimbulkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Soal keberkesanan produk dalam bentuk serbuk dan extraction memerlukan satu perbincangan yang lain kerana banyak faktor sebenarnya yang mempengaruhi keberkesanan produk bukan sekadar bentuk ianya disediakan.

PJS AZIZAN BIN AHMAD
Presiden Kelab Pemimpin Utara HPA
/