Sabtu, Mac 27, 2010
Ramalan Berdasarkan Tarikh Lahir, Bintang dan sebagainya adalah KHURAFAT
Oleh: Tn Hj Ismail Hj Ahmad
Hari ini kita berhadapan dengan zaman jahiliah moden yang membangkitkan kembali amalan amalan sebelum kedatangan Islam sebagai satu "kehebatan". Belajar meramal berdasarkan tarikh lahir,bintang dan sebagainya. Kitab Mujarabat yang penuh dengan mentera dan wafak dijadikan rujukan dengan alasan "orang yang mengerti sahaja yang mampu mengambil manafaatnya". Mereka yang menolak penggunaan pengubatan ini dikatakan jahil dan mempunyai fahaman wahabi.
Kitab-kitab yang lain seperti " bintang 12","pati rahsia" itu lebih dipelajari daripada memahami hadis-hadis sohih dan al Quran. Jika membahaskan ayat-ayat al Quran,mereka cenderong mencari ayat-ayat mutasyabihat dari melihat ayat-ayat yang nyata dan terang disamping membicarakan ilmu laduni(terus dari Allah). Hujah dari ilmu laduni tidak boleh dipertikaikan oleh pengikut sebab langsung dari Allah. Alasan bodoh ini membolehkan sang guru terus memperbodohkan manusia yang suka mencari sesuatu kelebihan(mistik ).
Kenapa keadaan ini boleh berlaku? jawapannya kerana ilmu itu dipelajari untuk membanggakan/melebihkan diri di kalangan orang ramai. Mereka juga mencetak gambar tuan-tuan guru sebagai tokoh untuk disanjungi dan diagungkan. Pemujaan tokoh akan mematikan hati dan iman sehingga mereka memahami selain dari Rasullulah saw ada lagi manusia yang maksum(tidak melakukan kesalahan) itulah guru mereka yang mendapat ilmu terus dari Allah.
Hancurlah ugama kalau semua orang mengaku mendapat ilmu terus dari Allah. Tidak perlu Nabi dan tidak perlu Al Quran dan secara tidak sedar mereka yang mendakwa itu kebanyakanya
tidak lebih dari mencari porpulariti dan tertipu dengan ramainya manusia yang datang menemuinya.
Ulamak pewaris para Nabi pula ialah mereka yang akan mempertahankan al- Quran dan Hadist melebihi dari kepentingan diri mereka sendiri. Mereka rela mempertahankan kebenaran walaupun bersendirian dan tidak tertakluk kepada tekanan di kiri dan kanannya. Mereka berjuang demi ugama bukan peribadi dan mereka takut hanya pada Allah dan hari penghisaban kelak. Semoga kita termasuk didalam kumpulan ini .Amin.
Pelbagai kursus tentang tarikh lahir kini muncul dalam pasaran. Mudah-mudahan ahli-ahli HPA maupun pemimpin-pemimpinnya apatah lagi PJS tidak terlibat dalam program sedemikian. Menentukan sesaorang (apa sahaja) berdasarkan tarikh lahir, sesuatu yang tidak ada dalam Islam. Apatah lagi jika kepercayaan ini menjadi aqidah atau sebagai pegangan sudah tentulah akan menyebabkan berlakunya gejala syirik. Nauzubillah.
Jika anda dapat mengetahui nasib melalui tarikh lahir maupun tandatangan sudah tentu anda dapat mengetahui perkara yang ghaib(akan datang ) sedangkan Rasulullah saw sendiri menyatakan baginda pun tidak mengetahui perkara akan datang kecuali sesudah mendapat wahyu. Ajaran menentukan nasib berdasarkan tarikh lahir benar benar bidaah yang sesat lagi menyesatkan.
Sesuatu yang berunsur ibadah asalnya perbuatan itu diharamkan kecuali jika terdapat didalam Quran maupun hadis. Oleh sebab itu mengadakan kursus dengan tujuan memahami tarikh lahir merupakan ramalan dan takutlah dengan pesanan Rasullulah saw bahawa orang yang mendatangi peramal(tukang nujum) tertolak amal ibadatnya 40 hari dan dalam hadis yang lain menyebut jika ia percaya,dia telah kufur kepada apa yang telah diturunkan kepada Nabi saw(Quran)
Hanya masyarakat minda kelas kedua sahaja yang percaya hal ini sedangkan mereka meninggalkan ilmu-ilmu yang wajib dituntuti dengan tarikh lahir dan tandatangan.Semoga Allah memberi taufik kepada golongan ini dan kembali kepada Islam yang syumul Amin.
BILAL MUDA JADI USAHAWAN MLM HPA
BILAL MUDA JADI USAHAWAN adalah antara 100 kisah menarik dalam buku terbaru terbitan Galeri Ilmu Sdn Bhd yang baru dipasarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang berakhir jam 8.00 malam esok Ahad 28 Mac.
Buku setebal 320 mukasurat yang bertajuk 100 Kisah Kehidupan ini dijual dengan harga RM20.00. Penyusun buku ini En Zakaria Sungib mendapat inspirasi daripada siri buku Chicken Soup for the Soul yang telah membentuk ramai manusia, beliau mengumpul kisah-kisah kehidupan yang membawa nafas Islam. Beliau memilih kisah-kisah yang bukan saja mempunyai nilai kemanusiaan yang universal tetapi juga membawa nilai Islam yang tinggi.
BILAL MUDA JADI USAHAWAN merupakan catatan saya dalam blog ini yang dijadikan salah satu 100 Kisah Kehidupan dalam bukunya.
Rabu, Mac 24, 2010
PBC di Gua Musang pd Cuti Keputeraan Sultan Kelantan
Program Perkongsian Bijak Cemerlang kali ke 2 di Hotel Fully Inn Gua Musang Kelantan akan diadakan pada hari Selasa 30 Mac dan Rabu 31 Mac ini.
Hari Selasa dan Rabu hujung bulan ini merupakan hari cuti am bagi seluruh Negeri Kelantan sempena Hari Keputeraan Baginda Sultan Kelantan. Oleh itu Komuniti HPA Gua Musang yang diketuai oleh PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis mengambil peluang ini untuk mengadakan program PBC untuk kali keduanya di Hotel Fully Inn Bandar Lama Gua Musang.
Peserta terhad kepada 50 orang sahaja dengan bayaran serendah RM150.00 setiap peserta. Oleh itu mana-mana leader yang hendak menghantar peserta bolehlah menghubungi terus Pengarah PBC Gua Musang PJS CIKGU JALAL 013-9221158 sebelum 29 Mac ini.
Antara pemimpin HPA yang akan mengisi program disini nanti ialah
1. PJS SITI ZAWIAH (Penaung KPT) dari Kota Bharu Kelantan
2. PJS US RAMIZU (Presiden KPT) dari Pasir Mas Kelantan
3. PJS SITI HABIBAH (Presiden KPS) dari Nilai Negeri Sembilan
4. PJS CIKGU ABD RAHMAN (CIKGU MEA) dari Pasir Puteh Kelantan
5. PJS CIKGU JALALUDDIN YEOP MAJLIS (CIKGU JALAL) dari Machang Kelantan
6. PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS dari Rawang Selangor
7. PJS SAJARUDDIN TASIRON dari Shah Alam Selangor
8. PJE ZAHARAH YUSOF dari Kuala Krai Kelantan.
9. PJE MOHD SHAFARUL NIZAM dari Komuniti Rawang Selangor.
Sabtu, Mac 20, 2010
PELANCARAN PRODUK MELAKA HALAL HUB & KONSERT HPA RAIHAN
Assalamualaikum..
Makluman dan hebahan
Jemputan ke Majlis Pelancaran Produk Melaka Halal Hub dan konsert HPA RAIHAN
Tarikh : 29hb Mac 2010 (Isnin)
Tempat : Melaka Halal Hub, Serkam dan Dewan Bistari, Ayer Keroh.
Masa : 10.00 Pagi dan 8.00 Malam.
Tetamu Kehormat :
YB Datuk Hj. Md Yunos bin Husin
YB Ar. Hj. Ismail bin Othman
YB Datuk Wira Hj Ahmad bin Hamzah
YB Datuk Hj Dhazale bin Mohamad
Tn. Hj. Ismail bin Ahmad.
Semoga kedatangan anda dapat mengimarahkan lagi majlis tersebut dan menyokong perkembangan kita...
Sekian dimaklumkan...
Khamis, Mac 18, 2010
Majlis Pelancaran HPA RAIHAN
Lebih 700 orang hadir menyaksikan persembahan konsert Raihan sempena dengan Majlis Pelancaran HPA RAIHAN di hotel Depalma Ampang semalam (Rabu 17 Mac 2010). Satu majlis menandatangani MOU antara HPA Group Of Companies dan Raihan Group Of Companies telah diadakan serentak dengan pelancaran 4 produk baru hasil usahasama antara keduanya.
4 produk baru itu ialah:
1. Album Raihan Salawatherapy
2. Album Raihan Musafir Perjuangan
3. Raihan Fragrance Men
4. Raihan Fragrance Women
Saksikan HPA Raihan di Selamat Pagi Malaysia esok(19 march 2010), Jam 7.00 pagi – 9.00 pagi, pelancaran album baru Musafir Perjuangan
Hebahkan…
Produk Halal Tanggungjawab Bersama. jangan lupa beli CD HPA Raihan Musafir Perjuangan dan selawatheraphy beserta Raihan Fragrance di Cawangan HPA Seluruh Negara
Khamis, Mac 11, 2010
Penapis Air Dew - Air Yang Bersih Adalah Air Yang Sihat
1. Orang Islam yang membeli bahan,
2. Orang Islam yang memasukkan bahan ke dalam katrij,
3. Orang Islam yang memasangnya dan
4. Orang Islam yang menjual kepada HPA.
Ini menjadi suatu kekuatan kepada ahli-ahli HPA ketika menjual produk ini.
Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM 98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama.
/
Rabu, Mac 10, 2010
AIR DEW MINUMAN BERPERISA KRISTAL MINERAL ASLI
Khazanah Bumi Semulajadi Ratusan Tahun Dahulu Ciptaan Allah Yang Ditemui
Alam semulajadi ciptaan Allah telah ditemui oleh saintis dunia di pergunungan Mongolia, jarak dari bandar Mongolia 800KM dengan menggunakan kuda untuk membawa keluar kristal tersebut. Sejarah telah dibuktikan bahawa bahan KRISTAL MINERAL ASLI yang ditemui ini, telah membantu manusia dan haiwan di kawasan tersebut mempunyai daya tahan dan tenaga yang kuat, tidak mudah dijangkiti penyakit, serta jangka hayat hidup mereka lebih lama...
Apakah rahsia mereka? InsyaAllah dengan penemuan khazanah di perut bumi ini akan dapat membantu sebagai penawar pelbagai penyakit yang sering dihadapi oleh manusia akibat dari pemakanan yang tidak seimbang. Bahan ini bergetar pada 8.7hertz, kaya dengan tenaga bio diterokai secara manual tanpa menggunakan bahan letupan bagi mengekalkan kualiti dan keaslian bio fizikalnya.
KRISTAL MINERAL ASLI diproses secara teknikal yang terulung di mana bahan ini diubah menjadi "ionic water soluble solution". Bahan ini dicampurkan dengan air yang telah dirawat secara osmosis unduran melalui gas ozon. Cecair mineral 98% penyerapan adalah 7000 kali lebih kecil dari sel darah merah dan mineral ionik mempunyai kadar penyerapan tertinggi setelah berada di dalam aliran darah dan merupakan bentuk yang paling ideal untuk digunakan di dalam sistem metabolisma kehidupan.
Atas usaha ini terhasillah air yang dinamakan "DEW WATER" yang mengandungi 84 jenis mineral dan zat galian dalam bentuk yang seimbang untuk keperluan tubuh kita dan terbentuk ion yang memudahkan proses serapan mineral dalam tubuh manusia.
Kandungan mineral dan zat galian ini hampir sama dengan kandungan yang terdapat dalam air zam-zam.
Keajaiban Air Kristal Mineral Asli Dew
- Tahan Lapar Ketika Berpuasa
- Bertenaga Ketika Solat Terawih
- Pemanduan Jarak Jauh
- Tambah Oksigen Dalam Sel
- Baik Untuk Ahli Sukan
- Penyakit Gastrik
- Membuang Air Kecil & Besar
- Haid Tidak Menentu
- Mengurankan Berat Badan
- Tekanan Darah Tinggi
- Letih & Mengantuk
- Sakit Kepala atau Migrain
- Lelah & Melapangkan Saluran Penafasan
- Stabilkan Kandungan Gula Dalam Darah (Kencing Manis)
- Membuang Lendir Berlebihan Pada Paru-paru
- Menstabilkan Denyutan Jantung
- Gout
- Menghilangkan Bau Badan & Kaki
- Awet Muda
Semua Berlaku Dengan Izin Allah
Jumaat, Mac 05, 2010
TAHNIAH KEPADA KEPIMPINAN KELAB PIMIMPIN SELATAN (KPS)
Penubuhan Kelab Pimpinan Selatan
/
Rabu, Mac 03, 2010
7 PJS AKAN JAYAKAN PBC DI MASJID ALGHUFRAN TTDI DAMANSARA KL
Program PBC bulanan yang akan diadakan di Masjid Alghufran Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur pada 6-7 Mac ini akan dihadiri oleh 7 PJS. Mereka yang terlibat itu ialah
1. PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS dari Rawang
2. PJS SAJARUDDIN TASIRON dari Shah Alam
3. PJS HJH NOLIAH AHMAD dari Bandar Baru Selayang
4. PJS TUAN SYED AGEEL dari Pulau Pinang
5. PJS ABDUL YADIE dari Gombak
6. PJS ROSMANDI ISHAK dari Bandar Baru Bangi
7. PJS ABDULLAH BIN ABDUL RAHIM dari Pantai Dalam Kuala Lumpur.
Program selama 2 hari 1 malam ini akan diuruselia oleh Jawatankuasa Komuniti HPA Rawang yang diketuai oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman yang juga merupakan Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universii Malaya. Beliau akan membentangkan CIRI CIRI MLM SYARIAH yang dipraktikkan oleh HPA.
Masjid Alghufran telah pun menjadi ahli HPA. Alhamdulillah mulai sekarang pihak pengurusan masjid akan menggunakan produk HPA seperti sabun susu kambing dalam bilik mandi di Kamar Musafir yang terletak ditingkat atas (aras 3) Kompleks Balai Islam itu. Cafe Alghufran yang terletak ditingkat bawah sekali aras B2 pula akan menggunakan ayam organik HPA dan lain-lain produk seperti Kopi Radix, Bebola ikan, kari ayam, kari ikan dan lain-lain yang boleh digunakan.
Pendaftaran masih dibuka lagi. Yuran cuma RM150 termasuk penginapan di Kamar Musafir dan 9 kali makan di Cafe Alghufran. Terbuka untuk semua pengedar HPA. Keutamaan diberi kepada mereka yang belum berpangkat Pengurus Melati.
Urusetia pendaftaran:
Abdul Jamil Othman 019-3393324
Zulkifli Zainal 017-2477095
Zulliah Ahmad 012-9199574
Shamsidar
Sharifah
Alamat lengkap Masjid Alghufran
Masjid Al-Ghufran Kompleks Balai Islam Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
No. 6C, Jalan 4 / 71B, Pinggir Taman Tun Dr. Ismail,
Jalan Damansara,
60000, Kuala Lumpur.
Tel: 03-7728 2127, 7726 7642
Fax: 03-7725 5380
Email: admin@masjidalghufran.com.my
Peta ke Kompleks Masjid Al-Ghufran:
/
Isnin, Mac 01, 2010
Program Malam Gelombang Expo Halal di UM bersama HPA
/
Sempena dengan projek Expo Halal Universiti Malaya yang akan berlangsung pada 13 - 14 Mac di Kompleks Perdana Siswazah UM, pihak Lujnah Ekonomi PMIUM selaku penganjur akan mengadakan Malam Gelombang Expo Halal UM pada hari Rabu 3 Mac ini.
ATURCARA PROGRAM
3 Mac 2010 (Rabu)
Tempat:
Dewan Kuliah Utama Akademi Pengajian Islam UM
8.00 malam : Hadirin mengambil tempat
8.15 malam : Ketibaan VIP
8.30 malam : Ucapan aluan oleh pengerusi majlis
8.40 malam : Bacaan Asmaul Husna
8.45 malam : Bacaan Doa
8.50 malam :
Ucapan Penasihat PMIUM
Oleh: Profesor Madya Dr. Sharifah Hayaati Syed Ismail
9.00 malam : Ceramah 1
Tajuk: ”Halal Haram dalam Pemakanan Sedarkah Kita?”
Oleh : PJS Hjh. Nolliah Binti Ahmad
10.00 malam : Ceramah 2
Tajuk: ”Pengenalan Syarikat HPA industries SDN.BHD”
Oleh: PJS En.Jamaluddin Yeop Majlis
11.15 malam : Tayangan multimedia
Program ini TERBUKA UNTUK SEMUA.
/