Sabtu, Januari 30, 2010

Penapis Air Organik pertama guna tempurung ganti tulang haiwan - Metro 30 Jan 2010

/

Dew dijamin halal

Oleh Zainuddin Zain
zainuddin@hmetro.com.my
2010/01/30
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

HPA Industries Sdn Bhd, antara syarikat jualan langsung milik penuh Bumiputera terbesar di negara ini, memperkenalkan empat produk terbaru termasuk penapis air dikenali Dew yang dijamin halal, organik dan suci.

Pengarah Urusannya, Ismail Ahmad, berkata penapis air Dew dijangka menjadi produk popular HPA yang juga diiktiraf sebagai MLM Syariah (MLMS) pertama di negara ini.


Menurutnya, berbeza dengan kebanyakan penapis sedia ada yang menggunakan unsur tulang haiwan yang tidak diketahui jenis dan kaedah sembelihannya, penapis air keluaran HPA menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.


“Formula kandungan setiap katrij di dalam penapis air ini berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh meniru sukatan dan ukuran bahan dalam katrij HPA kerana kajian hampir tujuh tahun dilakukan untuk menghasilkan Dew yang berkualiti ini.


“Sesetengah penapis air di pasaran pula tempoh hayat gantian katrij ialah setahun dengan kos sehingga RM300 atau RM400, namun kos Dew hanya RM98 untuk tahun pertama.


“Berdasarkan kajian, pH air daripada penapis air Dew hampir menyamai air zam zam,” katanya ketika ditemui di Sungai Petani, Kedah, baru-baru ini.


Majlis pelancaran penapis air Dew dan produk terbaru HPA yang lain iaitu Madu Cuka Nipah, minuman Radix Sahara dan minuman Kristal Mineral Asli diadakan di Hotel De Palma, Ampang, Selangor pada 21 Januari lalu.


Ismail berkata, penyelenggaraan Dew juga mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik dan sudah melalui ujian makmal Sirim.


Menurutnya, berbeza dengan penapis air lain yang berharga ribuan ringgit, penapis air keluaran HPA dijual pada harga mampu milik iaitu RM900 untuk bukan ahli dan RM750 untuk ahli HPA di Semenanjung Malaysia manakala RM1,000 bukan ahli dan RM850 ahli HPA di Sabah dan Sarawak.


“Lebih menarik setiap ahli HPA mendapat 50 nilai mata daripada pembelian ini yang akan dikira sebagai bonus,” katanya.


Sementara itu, beliau berkata, produk baru dijangka melonjak jualan syarikat dan menepati sasaran RM20 juta sebulan.


HPA yang kini mempunyai kira-kira 600,000 ahli di Malaysia dan 250,000 di Indonesia terkenal sebagai syarikat MLM berteraskan Islam yang memperjuangkan produk yang halal dan suci.


Syarikat berkenaan juga mempunyai rangkaian perniagaan makanan segera yang berkonsepkan organik seperti Radix Fried Chicken, Radix Chicken House, Radix Oriental Cuisine, Radix Bakery House dan Radix Pizza House.

Khamis, Januari 21, 2010

Melaka Halal Hub: Pusat Industri Halal Pertama di Malaysia

/

Alhamdulillah...

HPA kini mengorak langkah seterusnya dalam mengembangkan empayar perniagaannya di negara ini berkat usaha dan ketabahan yang dikurniakan oleh Allah S.W.T kepada warga HPA dalam memperjuangkan matlamat syarikat ini.

Sehubungan dengan itu, Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka (PKNM) telah memberi mandat kepada HPA untuk mengendalikan Melaka Halal Hub (MHH) di Serkam. MHH merupakan pusat industri halal pertama di Malaysia. Usahawan-usahawan yang beroperasi di MHH akan beroperasi mengeluarkan produk halal. Jadi, HPA berperanan sebagai 'anchor' baru akan memberi tunjuk ajar, latihan dan bimbingan secara Islamic Manufacturing Practise (IMP) serta peluang pemasaran dan pekerjaan kepada 20 usahawan yang akan bertanggungjawab dari aspek pengeluaran produk halal kepada HPA.

Kepercayaan PKNM ke atas pengendalian HPA di MHH ini dinilai dari beberapa aspek kecekapan pengurusan, pengukuhan ekonomi syarikat dan peluang atau potensi perkembangan syarikat pada masa akan datang.

Diharap, MHH akan terus maju bersama-sama usahawan-usahawan lain di dalamnya demi kepentingan dan pembangunan insaniah ummah dan keberkatan dalam perniagaan.
/

Rabu, Januari 20, 2010

Ikan Sardin HPA Berkhasiat

/
Harga Pengguna: RM6.50. Harga Pengedar HPA: RM5.50 dengan 1 Nilai Mata.

Berita berkaitan Sardin HPA:

Pasaran Sardin

Pasaran untuk sardin dalam bentuk tin sangat tinggi sehinggakan dalam waktu yang terdekat sahaja hampir semua cawangan HPA kehabisan stoknya. Pemintaan yang tinggi ini di jangka akan berterusan memandangkan hanya satu sahaja syarikat pengetinan sardin yang di miliki oleh bumiputra di Malaysia. HPA menjadikan produk ini sebagai salah satu produk halal yang dipasarkan di dalam sistem MLM Syariahnya.

Saya mendengar komentar daripada pengguna bahawa mereka sudah lama tidak mengambil sardin dalam bentuk tin disebabkan kesukaran mendapatkan produk Islam. Selain daripada sardin, HPA juga bercadang untuk pengetinan ayam, lembu, bilis dan kambing. Sudah sampai masanya rangkaian produk halal akan menguasai pasaran lokal dan dunia.InsyaAllah.



Dari blog Ashaaku.blogspot.com

Suka Sardin?

Di rumah saya kalau sardin ni nak kata makanan utama tu tidaklah tapi kira makanan yang kerap juga dimasak sebab anak-anak memang suka. Nak masaknya mudah. Tak perlu nak siang- siang ikan. Masak pulak main campak-campak pun jadi. Hihi.. Selain tu boleh juga menjadi masakan 'kecemasan' bila keputusan lauk!

Selain boleh masak tumis biasa, sardin boleh juga dibuat kari. Laa tak tak pernah buat? Lepas ni boleh ler cuba try test. Sedap tau! Sardin ni memang banyak yang kita boleh buat sebab dia memang dah sedap...(pada saya dan keluarga saya...). Buatlah cara apapun insyaAllah jadi. Tak masak pun boleh makan gitu je kan...kan ke selalu orang buat sandwich tuu... (haa pastu makan sakit perut..). Haha...

Sardin juga selalu kita boleh buat inti karipap, isi pau goreng, sardin roll, sandwich dan macam-macamlah ikut suka hati kita lah nak buat apa...cicah roti ke capati ke pun sedap!

Jadi pada mereka-mereka yang suka sardin tetapi merasakan keraguan dalam nak memakan sardin tak perlu risau lagi sekarang sebab produk sardin keluaran HPA sudah ada dipasaran. Promot ler puloks ya... Tak apa promot barangan keluaran muslim, tak kita siapa lagi?

Ni rupa sardin keluaran HPA

Boleh dapatkan sardin ni di stokis-stokis dan cawangan HPA yang berhampiran. Harga untuk semenanjung Malaysia RM6.50 dan Sabah/Sarawak RM8.00 (tin besar). Mahal ke?? Haa kalau gitu boleh dapatkan dengan harga ahli cuma RM5.50 untuk Semenanjung dan RM7.00 bagi Sabah/Sarawak. Belum jadi ahli? Jadilah ahli cepat-cepat tak rugi...untung lagi ada... sebab setiap barangan yang dibeli akan mendapat nilai mata yang akan ditukar pada satu tempoh masa dengan jumlah RM. Untungkan... Pada saya kalau merasakan harganya mahal sikit tu tak apa sebab makanan ni akan membentuk hati kita. Jangan ambik mudah asalkan murah beli...salah tuu...

Diharap kawan-kawan sudi-sudilah mencuba ya. Ia sedap dan yang penting halal. Boleh tinjau ke http://hpa.com.my/ atau terus ke http://hpaproduct2u.blogspot.com/ untuk produk lain keluaran HPA.

Wallahualam.


"Produk Halal Tanggungjawab Bersama"

/


Selasa, Januari 19, 2010

Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA

KOWAHIDA TERIMA GERAN RM30 RIBU

Posted: 18 Jan 2010 07:20 AM PST

En Mohd Rosli bin Abu Bakar, Bendahari KOWAHIDA menerima geran RM 30,000.00 dari YB Menteri Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob

17 Jan 2010:
Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Perlis telah menganjurkan Perasmian Projek Ternakan Lembu Fidlot Secara Kelompok Koperasi Negeri Perlis di Kg Sena Dalam, Batu 20, Jalan Padang Besar (U), Padang Besar Perlis.

Majlis telah dirasmikan oleh Yang Berhormat Dato’ Ismail Sabri bin Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan. Turut hadir bersama YB Tuan Haji Sabri bin Ahmad Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Pembangunan Koperasi dan Industri Asas Tani Negeri Perlis dan YB Dato’ Mangsor bin Saad, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Projek Ternakan Lembu Fidlot adalah projek pertama gabungan koperasi di Negeri Perlis dan pihak SKM juga Kerajaan Negeri berharap agar projek ini akan terus berjalan dengan jayanya.

Majlis juga dimaklumkan mengenai projek gabungan kedua di Negeri Perlis iaitu Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA. Projek ini terdiri daripada 10 buah koperasi di Negeri Perlis termasuk Koperasi Wahida HPA Berhad dan telah melantik HPA Industries Sdn. Bhd. sebagai Konsultan.

Majlis turut menyerahkan geran sebanyak RM 30,000.00 kepada sepuluh buah koperasi tersebut bagi menjayakan Projek Ternakan Ayam Organik bersama HPA.

KELEBIHAN AYAM ORGANIK HPA

/
Ayam Organik HPA:
Gred A hanya untuk RFC dan RCH
Gred B (1.5kg) Harga pengedar RM15.00.

Gred C (1.3kg) Harga pengedar RM13.00. Nilai mata 2.
/
Nugget Ayam Organik HPA (1kg) : Harga RM15.00. Harga Pengedar RM12.00 dengan 2 NM
/
Sosej Ayam Organik HPA: Harga RM12. Harga pengedar RM10 dengan 2NM
/
Ayam Organik HPA dikeluarkan oleh HPA FARM, diternak dalam sistem tertutup dan menggunakan sistem penghawa dingin bagi pengudaraan di dalamnya. Tambahan herba-herba terpilih dicampur dalam makanan ayam bagi menghasilkan ayam yang berkualiti, enak dan berkhasiat. Herba-herba tersebut adalah seperti daun mambu, habbatus sauda’, bawang putih, halia, kunyit dan pandan.. Pemakanan ayam yang dirumus khas mengandungi sumber protein yang tinggi bagi membantu tumbesaran yang maksimum. Makanan ayam tersebut dirumus dari jagung dan protein ikan. Ayam ini disembelih dan diproses mengikut sistem GMP. Kebersihan ayam yang diproses sangat dititikberatkan. Proses sembelihan mengikut syarak adalah diamalkan bagi menjamin daging yang halal dimakan oleh seluruh umat Islam. Tetapi apa yang penting sekali adalah ayam organik HPA tidak disuntik dengan hormon atau apa-apa ubatan untuk menggalakkan pembesarannya.

Kelebihan Ayam Organik HPA

1. AYAM ORGANIK HPA MEMPUNYAI KANDUNGAN PROTEIN YANG TINGGI.

2. AYAM ORGANIK HPA DIBERI MAKAN DAUN MAMBU YANG BAIK UNTUK KESIHATAN.

3. MAKANAN AYAM ORGANIK INI TERDIRI DARIPADA EKSTRAK HERBA YANG KAYA DENGAN BAHAN ANTIKANSER DAN ANTIOKSIDA SEPERTI HALIA, KUNYIT,PANDAN.

4. TANPA PENGGUNAAN ANTIBIOTIK, TIDAK MENGGUNAKAN HORMON, BETA ANGONIST DAN SALBUTAMOL.

5. AYAM ORGANIK INI JUGA TIDAK DISUNTIK APA-APA HORMON, VAKSIN ATAU ANTIBIOTIK.

6. DISEMBELIH MENGIKUT SYARAK YANG SENTIASA DIPANTAU OLEH PANEL SYARIAH HPA.

Isnin, Januari 18, 2010

KURSUS USAHAWAN MLM SYARIAH HPA DI MASJID ALGHUFRAN KUALA LUMPUR

/
Program Perkongsian Bijak Cemerlang (PBC) yang akan diadakan di Masjid AlGhufran pada 23-24 Jan ini diberi nama KURSUS USAHAWAN MLM SYARIAH HPA. Nama ini dipilih oleh team PBC Komuniti Rawang yang diketuai oleh Panel Syariah HPA Prof Madya Dr Ishak Suliaman. Bagi saya apa nama pun tidak ada masalah asalkan pengisiannya selari dengan apa yang syarikat telah susun melalui KPA, KPU, KPT, KPS dan KPB.

Nama Program ini juga memainkan peranan untuk menarik kehadiran peserta luar. Kursus Usahawan MLM Syariah HPA yang diadakan di Masjid Al Ghufran Pinggir Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur ini terbuka untuk semua samada dah jadi ahli HPA atau pun yang belum menjadi ahli.

Yurannya jika dah jadi ahli cuma RM150.00 sahaja.
Dan jika belum menjadi ahli yurannya RM180 (termasuk yuran keahlian HPA RM30.00)

KURSUS USAHAWAN MLM SYARIAH HPA (PBC) DI MASJID ALGHUFRAN TTDI KUALA LUMPUR

ATURCARA

SABTU 23 JANUARI 2010

8.00 -9.00 pagi Pendaftaran peserta

9.00 – 10.15 pagi Pembukaan majlis
Asmaulhusna
Taaruf peserta
Taaruf urusetia
Nasyid Teman Sejati dan Slogan HPA
Ucapan perasmian oleh Timbalan Presiden KPA PJS Rosmandi

10.15 – 10.45 pagi Minum pagi.

10.45 – 12.00 tghr Kenali HPA oleh PJS Zambri Ibrahim

12.00 – 1.00 tghr Pelan Pemasaran & Strategi Menjana Pendapatan 5 Angka melalui
perniagaan MLMS HPA oleh PJS Abdul Yadie

1.00 – 2.30 ptg Makan tengahari dan Solat Zohor

2.30 – 3.00 ptg Pembahagian kumpulan dan penyerahan kunci bilik

3.00 – 4.15 ptg Gerakerja Usahawan MLMS oleh PJS Hjh Nolliah Ahmad

4.15 – 5.00 ptg Minum petang dan Solat Asar

5.00 – 6.30 ptg Latihan Dalam Kumpulan (LDK)

6.30 – 9.00 mlm Makan malam, Solat Maghrib dan Isyak

9.00 – 11.00 mlm Persembahan LDK & Muhasabah

AHAD24 JANUARI 2010

5.00 – 6.00 pagi Qiamullail

6.00 – 7.15 pagi Solat Subuh dan Kuliah Subuh oleh Prof Madya Dr Ishak Suliaman

7.15 – 7.30 pagi Riadhah Pernafasan

7.30 – 8.30 pagi Sarapan pagi

9.00 – 9.30 pagi Bacaan Al Maathurat & Nasyid

9.30 – 10.30 pagi Produk pilihan oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis

10.30 – 10.50 pagi Minum pagi

11.00 – 1.00 tghr Asas Perubatan JAWI dan Mendiagnos Penyakit oleh PJS Hj Ramly Ahmad

1.00 – 2.30 ptg Makan tengahari dan Solat Zohor

2.30 – 3.00 ptg Pengisian borang penyertaan dan taklimat Pengarah Program

3.00 – 4.00 ptg MLM Syariah HPA oleh Prof Madya Dr Ishak Suliaman

4.00 – 4.30 ptg Majlis Penutup dan penyampaian hadiah
/

Sabtu, Januari 16, 2010

KHASIAT CUKA NIPAH HPA

/
Produk Cuka Nipah HPA yang beru dipasarkan adalah cuka asli yang boleh dijadikan ubat. Lebih berkhasiat lagi jika dicampurkan dengan Madu Asli HPA.

Minum cuka setiap hari akan menghilangkan lebihan lemak dalam badan. 1/3 sudu teh cuka dimasukan dalam satu gelas air dan dicampur dengan 2 sudu teh madu lebah. Minum dalam keadaan suam pada waktu malam ketika hendak tidur. Cuka HPA di buat dari cuka nipah yang asli bukan dari cuka sintatik kerana cuka sintatik tidak boleh dijadikan ubatan .

Madu + Cuka baik untuk Kencing Manis?

Madu boleh dijadikan ubat untuk kencing manis yang berkesan jika di campurkan dengan cuka asli seperti cuka kurma, cuka apel, cuka nipah dll. Dalam satu gelas sederhana masukan 1 sudu /senduk(ind) cuka dan 3 sudu madu bersama dengan air mineral.(1 :3) .jika keadaan gula masih tidak turun , boleh menggunakan nisbah cuka dan madu 1 : 1 dan jika masih tidak ada perubahan naikan nisbah cuka iaitu 2: 1 .

Cuka dan madu merupakan kaedah perubatan Islam yang sangat berkesan untuk perawatan kencing manis. InsyaAllah.

Rheumatoid Arthritis

Sejenis penyakit Autoimun yang menyebabkan pembengkakan terutama pada jari-jari tangan dan kaki . Berlakunya keadan ini kerana tidak seimbang antara 4 unsur (tanah,air,api,angin) menyebabkan salah tafsir dalam sistem "kod" tubuh badan.

Cuka Nipah HPA adalah herba yang seimbang (tidak panas dan tidak sejuk) di minum 2 sudu besar pada tiap pagi dan dicampur dengan air kosong segelas (boleh di tambah madu). Selepas itu pengambilan 3 D dari produk HPA setiap hari 3 kali.

D Det - 1 x 3
D Deu - 3 x 3
D Karm - 3 x 3

Detox air dilakukan 1 minggu sekali .

Berbekam pada tiap-tiap bulan terutama pada 17 hb (elakan dari hari rabu) disamping itu banyakan mengambil sayuran hijau dan jangan mengambil daun kucai dan jenis kekacang. InsyaAllah.


Testimoni:

Pada 5hb. Jan 2010 saya mengikuti kelas mingguan di HPA Rawang. Pada malam tersebut pencermah undangan ialah PJS Ustaz Safwan. Beliau menceritakan bagaimana Cuka Nipah boleh menurunkan kadar gula dalam darah dalam tempoh beberapa hari sahaja. Kandungan gula dalam darah saorang pesakitnya telah turun dari 21.5 kepada 6. Beliau cuma mencampurkan satu sudu cuka nipah dalam secawan air suam dan meminumnya pagi, tengah hari dan malam.

Harga sebotol: RM12.00

Harga pengedar: RM10.00

Nilai mata: 2
/


Khamis, Januari 14, 2010

HPA pasarkan Penapis Air berkualiti tinggi dengan harga rendah

/
Inilah Penapis Air HPA yang bernama DEW. Akan dilancarkan pada hari Isnin 25 Jan 2010 jam 8.30 malam di Hotel DePalma Ampang Selangor oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd.


KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW


Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya menggunakan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.

Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7 tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.

Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau 3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.

PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.

Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit seperti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kencing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

Penyelenggaraan yang mudah dan murah kerana tidak menggunakan elektrik.

Penapis Dew telah melalui ujian makmal Sirim.

Air Dew boleh diminum tanpa was-was dan boleh digunakan sebagai air penawar untuk tujuan perubatan.

KAJIAN MAJLIS AIR ANTARABANGSA

Kajian para saintis menyatakan pelbagai penyakit berpunca dari sel tubuh yang berasid dan ia terbentuk dari pemakanan seharian kita.

Mineral berakali yang terdapat didalam air minuman boleh membantu meneutralkan sisa buangan berasid sebagai pencegahan terhadap pelbagai penyakit seperti gout, kencing manis, sakit sendi dan sebagainya termasuk kanser.

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kanser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic.

Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW HPA?

Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.

Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.

...Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi...

Harga Pengguna : RM900.00

Harga Pengedar : RM750.00

Nilai Mata : 50
/

Ahad, Januari 10, 2010

Pendaftaran semula ahli yang tidak aktif

/
Penajaan Semula Pengedar Tidak Aktif Sebelum 2006

Berkuatkuasa serta merta, pengedar HPA tahun 2006 dan sebelumnya yang dikategorikan sebagai tidak aktif, boleh memohon untuk di taja semula oleh penaja baru. Terma dan syarat adalah seperti biasa.

Tujuan kita melakukan adalah untuk memastikan mereka yang tidak aktif (tidak pernah membeli walaupun satu produk) ditaja semula oleh mana-mana pengedar baru. Kita seharusnya melihat dari sudut yang lebih positif.

Dari sejumlah 600,000 pengedar yang telah mendaftar sejak 2007, hanya 35000 sahaja yang mendapat bonus. Ini menunjukan hanya kurang lebih 5.8% sahaja yang aktif. Sehubungan dengan ini HQ mengambil insiatif untuk menghidupkan sebahagian pengedar yang tidak aktif yang berhajat untuk diaktifkan semula.

Pengedar tak aktif yang dimaksudkan ialah pengedar yang tidak pernah membuat pembelian sejak 2006 sehingga sekarang. Mereka ini perlu membuat surat permohonan menamatkan nombor keahlian lama beserta borang pendaftaran baru dengan penaja yang baru untuk mendapatkan nombor keahlian yang baru. Jika diluluskan oleh MIS nombor keahlian lama akan dibuang dalam sistem.

Jumaat, Januari 08, 2010

Menara HPA di Shah Alam

/

Alhamdulillah Menara HPA bernilai RM54 juta di Seksyen 13 Shah Alam telah siap untuk digunakan pada bulan Mac ini. Bermula Mac 2010 ini juga bermulalah penghijrahan Ibu Pejabat HPA dari Kompleks AlWahida di Jejawi Perlis ke Menara HPA di Shah Alam Selangor.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengarah Urusan melalui wakilnya Us. Mohamad Ibrahim di Hotel dePalma Shah Alam diakhir kuliah perubatan Jawi semalam.

KPJ yang kali pertama diadakan di Shah Alam semalam telah dihadiri lebih 300 orang yang terdiri dari pengedar pengedar yang setia bersama prospek masing-masing. Sebelum kuliah bermula, para hadirin telah dibentangkan Insentif Taawun HPA 2010 oleh Timbalan Presiden KPA PJS Rosmandi Ishak.

Us Mohamad Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Us. Mad China merupakan orang yang diamanahkan oleh Pengarah Urusan untuk menjaga pelajar-pelajar tajaan HPA di Guangzhou. Menurutnya dalam kenyataannya semalam bahawa beliau telah mewakafkan dirinya untuk HPA. Kelebihan berceramah yang ada padanya disamping mempunyai kelulusan dari Universiti AlAzhar Mesir telah meyakinkan Tn Hj Ismail untuk mewakilkannya untuk memberi kuliah dalam Program Kuliah Perubatan Jawi (KPJ) yang diadakan diseluruh Malaysia dan Indonesia.
/

Khamis, Januari 07, 2010

KPJ di Hotel De Palma Shah Alam malam ini

/
Kuliah Perubatan Jawi oleh Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad akan diadakan disini

TARIKH : 7 JANUARI 2010 (KHAMIS)
MASA : 8:30 MALAM
TEMPAT: BALLROOM HOTEL DE PALMA SHAH ALAM

Alamat penuh hotel:
HOTEL DE PALMA SHAH ALAM
Jalan Nelayan 19/15,
Seksyen 19, Shah Alam.
Tel: 03-55428080

Hadir beramai-ramai untuk menimba ilmu herba dan Perubatan JAWI daripada Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd yang memiliki kepakaran dalam ilmu herba dan perawatan sunnah.

PERCUMA

GEMPUR KEHADIRAN … BIAR DEWAN KULIAH PENUH SESAK … TANDA KEBERSAMAAN DALAM MENEGAKKAN PERUBATAN ALAMIAH DAN ILAHIAH



Rabu, Januari 06, 2010

Rangkaian Restoran dan Hotel HPA


Selain produk, HPA turut mencipta sejarah apabila berjaya mewujudkan restoran ayam goreng sendiri, iaitu Restoran Radix Fried Chicken (RFC) yang kini mempunyai 5 cawangan iaitu di Sungai Petani, Alor Setar, Bandar Laguna Merbok, Kluang Johor dan terkini di Mydin Mall Melaka. Ia satu alternatif untuk umat Islam yang tercari-cari makanan halal organik milik umat Islam. Lebih hebat lagi, perniagaan restoran lain juga turut dibuka selepas RFC. Antaranya ialah:

  • Restoran Radix Oriental Cuisine (ROC), Sg Petani - masakan cina

  • Restoran Radix Chicken House (RCH), Jelempok & Kangar - menu berasaskan ayam organik seperti nasi ayam, sate ayam, ayam golek dll

  • Restoran Radix Pizza House (RPH), Sg Petani - pizza dan western food

  • Restoran Radix Organic Recipe (ROR), Sg Petani - nasi ayam organik

  • Radix Bakery House (RBH), Sg Petani - kedai kek, roti & ban

HPA juga menceburi bidang perhotelan dengan membangunkan hotel berciri Islam yang diberi nama Hotel El-Zahraa Inn yang terletak di Sungai Petani, Kedah. Rangkaian restoran dan hotel HPA ini dalam proses untuk dibuka di seluruh negara.

"Setiap ahli HPA yang berbelanja di mana-mana restoran dan hotel HPA akan mendapat Nilai Mata (NM)"


Sabtu, Januari 02, 2010

Jadual PBC bulan Jan 2010 di Seluruh Malaysia


08-09 JAN 2010

1. Hotel Barron Langkawi : RM160 : PJS Zaki 012-3994574

2. Darul Aman Suite, Jitra Kedah : RM180 : PJ Us. Yusof 019-5260745

3. Pendang Lake Resort Pendang Kedah : PJ Abdul Rahman 013-4889133

4. Agro Resort Setiu Terengganu : RM150 : PJS Cikgu Abdul Rahman 013-9316612 @ PJS Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis 013-9221158


09-10 JAN 2010

  1. Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka : RM 150 : PJS Fauziah (013 6317154)
  2. Ayer Keroh Country Resort, Melaka : RM 150 : PJS Habibah (019 6685083/ En. Hasan:017 6814626)
  3. Hotel Allson Kelana, Nilai : RM 170 : PJS Habibah (019 6685083)
  4. Hotel Sri Malaysia, Ipoh Perak : RM 150 : PJS Khalilah (019 4288416)/ PJ Cg Sani- 013 6641872)
  5. Hotel Sri Malaysia Kulim : RM180 : PJ Adzhari 013-4306899
  6. Anisari Resort Parit Buntar : RM160 : PJS Helmi 017-4063473

16-17 JAN 2010

  1. Hotel Residence, Uniten, Bangi : RM 180 : PJS Fatin (013 3962550)
  2. Pst. Belia Antarabangsa, Bdr T. Razak : RM 150 : PJS Cg. Murad (012 3033230)
  3. Hotel Sri Malaysia Kepala Batas : RM160 : PJS Zanbli 019-4104013
  4. Hotel Royal Palm Lahad Datu Sabah : Hubungi Zai 013-8835488 @ Dink 016-8041420
  5. Kelana Resort Seremban : RM180 : PJS Noliah

23-24 JAN 2010

  1. Komplek Rakan Muda Klang (Sementa) : RM 150 : PJS Ust. Asri (019 3789747)
  2. Hotel D’Ark, Senawang : RM 150 : PJS Rogayah (019 6504849)
  3. Hay Resort Sabak Bernam : RM 150 : PJS Hj. Marjuni (019 3835008)
  4. Masjid AlGhufran, TTDI : RM 150 : PJS Jamaluddin YM (013 9812655)
  5. Hotel Herritage, Ipoh : RM 150 : PJS Jamaluddin MN (019 5746428)
  6. Gunung Ledang Resort, Tangkak : RM 170 : PJS Rosjulila (013 6820068)
  7. Hotel Sri Malaysia Taiping : RM180 : PJS Irwan 019-4410611
  8. TS Hotel Scientex Pasir Gudang Johor: RM160 : PJ Rahmah 017-7449892
  9. Hotel Tabung Haji Kota Kinabalu Sabah: PJM Hafidzan Faudzi 013-2082550

30-31 JAN 2010

  1. Hotel Sri Impian Jasin, Melaka : RM 150 : PJS Zahirah (013 6137313)
  2. ANNEX RESTHOUSE Kuantan Pahang : RM150 : PJM Jaffar 019-9102655
  3. Kompleks Tabung Haji Balik Pulau : RM180 : PJS Abdul Jalil 019-5417794
  4. Adamson Hotel (bersebelahan KLIH) : RM170 : PJS Pn Juita