Isnin, April 27, 2009

Harijadi anakku diraikan oleh pelajar Malaysia di Guangzhou China

Petikan dari blog sahalfikri.blogspot.com. Sdr Sahal fikri merupakan pelajar Malaysia yang sama belajar dengan anak saya Mohd Abu AlGhida di Jinan Universiti Guangzhou. Beliau pemegang ijazah undang undang UIA mengambil kursus bahasa Mandarin di Guangzhou selama 1 tahun diatas pembiayaan sendiri.

Tajuk entrinya

HPA BUKAN PERNIAGAAN BIASA

"Baru-baru ini kami meraikan sambutan hari ulangtahun empat orang rakan senegara yang lahir pada bulan April. Kebetulan pada waktu itu, kami dikunjungi pegawai atasan HPA Industries Sdn Bhd. Mereka ialah Us Samad Penolong Pengurus Besar HPA Zon Utara, En. Hafiz Pengurus HPA Multimedia & Services dan beberapa orang lagi rombongan dari HPA Malaysia.

Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman bersama warga HPA. Satu nama yang jarang aku dengar sebelum ini. Hanya selepas pemboikotan barangan USA dan Israel secara besar-besaran, baru aku kenal HPA. Itu pun tak cukup faham lagi..

Ingat lagi tak aku pernah menulis tentang RFC? Inilah alternatif yang ditawarkan HPA dalam memberikan yang terbaik untuk umat Islam. Bukan saja alternatif bagi KFC, bahkan penyediaannya yang serba halal dan terjamin memberi manfaat dengan tidak menggunakan sebarang bahan kimia pengawet dalam produknya.

Dalam kelas aku, ada dua pelajar yang ditaja HPA. Hanya anak kepada ahli HPA saja ditawarkan peluang ini. Mereka belajar di sini selama 5 tahun bagi menguasai bidang tertentu seperti Bahasa dan Kesusasteraan Mandarin, dan Perubatan Tradisional Cina (akan datang).

Sebagai orang biasa, kita lebih mudah menilai daripada apa yang kita lihat dari mata kasar. Kunjungan beberapa pegawai atasan HPA sangat memukau hati aku. Mereka bukan seperti para peniaga biasa.

Hubungan mereka dengan Tuhan Maha Pencipta nampak luarbiasa. Cukup dengan berbicara dengan mereka, hati kita turut merasai ketenangannya. Mereka hebat dalam bidang tersendiri, seperti rempah ratus dan herba, kejuruteraan, perubatan dsb. Namun, bacaan al-Mathurat tak tinggal. Solat Dhuha jadi kewajipan. Menjaga barakah dalam pemakanan dan tindakan jadi keutamaan.

Aku agak sinikal dengan banyak para peniaga. Mereka suka meninggi diri. Mereka suka menabur janji. Mereka suka menyatakan hanya dia terbaik. Lagak mereka adakala menyingkirkan orang biasa. Pemakaian pasti ala-ala orang kaya baru. Memandang rendah kepada orang yang 'tiada apa'.

Inilah pengalaman yang sangat aku hargai. Kita kadangkala tak sedar yang kita dah amalkan sekularisme dalam kehidupan. Kita asingkan agama daripada perniagaan. Kita sibuk mencari duit sedangkan hubungan dengan Tuhan makin jauh. Sampaikan duit itu berlubuk di hati kita, bukan di tangan kita.

Ada yang lebih teruk merasakan kalau kuat beragama seperti bercakap benar, bertolak ansur, bersabar dsb dalam berniaga tak akan membawa kita menjadi usahawan yang kaya raya. Kita akan ditindas katanya.

Tapi, aku sendiri ingin syorkan kepada diri aku untuk berguru dengan pengasas HPA ini yang nyata kaya-raya dengan perniagaan yang berlandaskan ajaran Islam. Bahkan Standard Operational Procedure (SOP) yang ditetapkan HPA benar-benar harus dicontohi.

Antaranya, semua pekerja diwajibkan bertudung (bagi perempuan), menunaikan Solat Dhuha, membaca al-Mathurat dan sentiasa berwudhu'.

Betul kata mentor aku, jika kita mencari akhirat, dunia akan datang kepada kita.. Ikhlaskanlah niat kita demi Allah Rabbul 'Izzati."

Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 21 kepada anakandaku Muhammad Abu Al Ghida bin Jamaluddin. Islam pasti cemerlang seluruh dunia. Umat Islam harus cemerlang. Hari ini mesti lebih baik dari semalam...

12 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

selamat hari jadi..buat si anak :)
hmm, ayat2 terakhir tu bermakna sangat..

abualghida berkata...

nanti nak update blog citer pasal classmate wat suprise birthday..
tapi nak copy gambar dulu...

Tanpa Nama berkata...

to this blog owner..en jamaluddin..nk tnya ur child still blaja kat Guangzhou ke?act im going to Guangzhou this coming April..so nak get connected with student malaysia yg ade kat sane..at least boleh tlg tunjukkan tmpt2 menarik kat sane..bcoz sy pg berdua dgn rakan,pg sendiri tanpa pakej..nk cari experience & tgk negara org..tqvm..minta hubungi sy email: nuerullsyazwani@yahoo.com

Tanpa Nama berkata...

to this blog owner..en jamaluddin.. Niat saya pun cam cik wani.act nak ke Guangzhou coming 2012..so nak get connected with student malaysia yg ade kat sane..at least boleh tlg tunjukkan tmpt2 menarik kat sane..bcoz sy pg berdua dgn rakan,pg sendiri tanpa pakej..nk cari experience & tgk negara org..tqvm..minta hubungi saya 017-7302224.Ayu @ anggrik_desa@yahoo.com

Atina Chan berkata...

Assalamualaikum.Sy berminat sgt nak belajar mandarin mmg dr dulu.teruja dgr hpa ada taja student ke sana.Apakah syarat2nya? Bgaimana urusannya? Mohon perkongsiang

Pn Atina :012-2317010
Jazakallah
Wsalam

Unknown berkata...

salam..sy ni ada niat y sama dgn tanpa nama berkata nak pergi ke guangzhou..kalo bleh nak connection dgn student malaysia kat sana jugak..bleh tak tolong sy skali..tq ni email sy. anaschua78@gmail.com @ 01119934008(anas)