Selasa, Mac 10, 2009

Deklarasi MLM Syariah HPA





Dianggarkan 3,000 orang hadir ke Majlis Pelancaran Ais Krim Toyyibah sempena Seminar MLM Syariah HPA yang diadakan di Dewan Besar Bangunan Tabung Haji Kuala Lumpur semalam. Dewan yang hanya boleh menampung 500 orang itu penuh sesak dan terpaksa pihak penganjur menyediakan beberapa layar besar di luar dewan.

Sesi soaljawab dalam seminar MLMS agak panas disebelah petang tetapi dapat dijawab dengan tenang oleh ahli panel yang terdiri daripada Pengarah Urusan HPA Tn. Hj. Ismail, Pengurus Besar HPA En. Mohd Faisol dan 3 wakil panel syariah iaitu Us Ahmad Ali, Us. Adnan Fadhil dan Prof Madya Dr Ishak Suliaman..

Di akhir seminar sebelum doa penutup dibacakan oleh Al Fadhil YB Hashim Jasin, Us Ahmad bin Ali selaku Pengerusi Panel Syariah HPA telah membacakan deklarasi MLM Syariah HPA sebelum diserahkan kepada Pengarah Urusan Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Antara isi kandungan deklarasi tersebut ialah:

1. Sistem urusniaga yang dijalankan oleh HPA melalui sistem MLMnya adalah menepati rukun-rukun dan syarat-syarat urusniaga yang ditetapkan oleh syariat Islam.

2. Panel syariah tidak menemui pada zahirnya sebarang unsur-unsur yang bertentangan dengan ketetapan syarak.

3. Sekaligus sistem MLM HPA tersebut pada dasarnya memenuhi ciri-ciri MLM SYARIAH yang diputuskan oleh panel syariah.

Maka dengan itu, panel syariah mengakui dan mengisytiharkan untuk ahli-ahli HPA khususnya dan umat Islam umumnya bahawa MLM HPA adalah berlandaskan syariat Islam dan layak dianggap terus berjalan selama MLM HPA mematuhi garis panduan MLM Syariah yang diputuskan oleh panel syariah.

Panel syariah berpesan kepada seluruh warga HPA samada yang terbabit dalam pengeluaran barangan atau penjualannya agar terus berkomitmen dengan syariah ALLAH, bertaqwa kepada-Nya serta sentiasa jujur an amanah.


1 ulasan:

Rasha_rz berkata...

pak mei tak pegi Air hitam minggu hari tu? cucu kawin? Am ada hal penting. terpaksa uzurkan diri.