Sabtu, Disember 13, 2008

PBC Di Masjid Al Ghufran TTDI KL




























Program Perkongsiang Bijak Cemerlang atau PBC kali pertama diadakan di Masjid ini pada bulan April 2008. PBC yang dianjurkan oleh syarikat telah diamanahkan kepada saya selaku PJS oleh KPA untuk melaksanakannya. Selaku penasihat Komuniti HPA Cawangan Rawang, saya telah melantik AJK komuniti sebagai team pengurusan. Komuniti HPA Cawangan Rawang dipengerusikan oleh PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman. Dr Ishak juga merupakan Anggota Panel Syariah HPA yang dilantik oleh Pengarah Urusan HPA selain daripada jawatannya di UM sebagai Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Masjid ini agak unik kerana satu-satunya masjid di Kuala Lumpur ini yang menyediakan tempat penginapan yang dikenali sebagai kamar musafir ala hotel 3 bintang. Selain itu ia dilengkapi dengan dewan konferen, dewan makan lelaki dan wanita. Inilah yang mendorong saya dan Prof Madya Dr Ishak Suliaman menganjurkan PBC disini yang sebelum itu kita menganjurkannya di KL INTERNATIONAL HOTEL.

Alhamdulillah bermula April 2008 dulu sehingga sekarang setiap bulan kita mengadakannya disini dengan mendapat sambutan yang luar biasa. Malah pada bulan Ramadhan baru ini, kita menerima penyertaan terbanyak iaitu 120 orang. Pada bulan ini kita akan mengadakan sekali lagi pada 20 -21 Disember. Pada bulan Januari 2009 pula kita telah booking pada 17-18 Januari 2009. Yuran kursus di sini hanya RM150.00 sahaja untuk program selama 2 hari 1 malam termasuk penginapan dan makan yang disediakan oleh pihak masjid.

Selain Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku Pengarah Program, PJS yang terlibat dalam PBC bulan Disember ini ialah PJS HAFIDZAN FAUZI, PJS SHAFIE TASIRON, PJS RAMLY AHMAD dan saya sendiri selaku penyelaras program. Semua AJK Komuniti Hpa Rawang terlibat dalam pengurusan dan ada yang menjadi fasilitator seperti PJ SHAFARUL NIZAM, PR ABDUL JAMIL OTHMAN, PJ ROSLI CHE ROS dan PR USTAZ KHAIRUDDIN yang merupakan tuan rumah kerana rumahnya bersebelahan dengan masjid dan pernah menjadi Pengetua di Institut Al Quran Kuala Lumpur IQKL TTDI. Sekarang beliau merupakan Pegawai Agama di UTM KL.

Tiada ulasan: