Isnin, Disember 29, 2008

PBC di Muar Traders Hotel








Ahad 28 Dis saya dijemput menyampaikan ceramah Produk Pilihan - Kelebihan Kopi Radix dalam Program Perkongsian Bijak Cemerlang PBC di Hotel Muar Traders di Bandar Muar Johor. Program yang julung kali diadakan disini mendapat sambutan yang luar biasa dari pengedar-pengedar baru di sekitar Muar dan sekitarnya. Hampir 100 orang peserta dapat dikumpulkan dalam dewan konferen di hotel berkenaan. PBC anjuran HPA ini telah dilaksanakan oleh Kelab Pemimpin Global KPG yang bernaung dibawah KPA. Pengerusi KPG, PJS Shafei Tasiron merupakan upline saya dalam MLM HPA yang mula aktif sejak pertengahan tahun 2006 setelah beliau menyertai PBC di Kuala Lumpur.

Sebelum ini KPG telah pun melaksanakan PBC di Gunung Ledang Resort beberapa kali dan ini adalah kali pertama diadakan di Hotel Muar Traders. Selain daripada saya, PJS yang dijemput mengisi slot PBC disini ialah PJS Puan Siti Zawiyah atau lebih dikenali sebagai Kak Nor juga upline kami dari Kelantan yang memberi kuliah Teknik Mendiagnos Penyakit Melalui Saraf Tapak Tangan di hari pertama. Selain daripada PJS, pemimpin pelapis dalam kelab KPG juga dilibatkan dalam mengisi slot-slot penting seperti PJE En Rosli Daud (Pelan Pemasaran dan Strategi 5 angka), PJ Azli (Demo produk), PL Naziadi (Profil Syarikat). PJ Shafarul Nizam dari Rawang juga diminta untuk mengendalikan Senaman Pernafasan. Gerakerja 6M dikendalikan sendiri oleh PJS Shafei Tasiron.

PBC akan datang di Muar Traders Hotel ialah pada 24-25 Jan 2009. Yuran penyertaan cuma RM170.00 sahaja. Gempur!!!! Barakalllah....




Sabtu, Disember 27, 2008

Jawatankuasa Komuniti HPA Rawang






















Team komuniti HPA Rawang telah mula dibentuk sejak 2005 di tempat lama iaitu di Jalan Maxwell. Tetapi kegiatannya hanyalah menghidupkan kelas mingguan sahaja. Pada mulanya kita hanya mengadakan kelas mingguan setiap petang Sabtu. Selepas itu ditukar kepada hari Khamis malam Jumaat dan sekarang kelas mingguan telah ditetapkan setiap hari Selasa jam 9 malam. Alhamdulillah sejak Cawangan Rawang berpindah ke tempat baru mulai Mac 2008, kelas mingguan mendapat sambutan dan sehingga kini tak kurang dari 50 orang yang hadir. AJK pula berubah dari masa ke semasa dan sekarang diperkemaskan lagi dibawah kepimpinan Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku pengerusi dan saya sebagai PJS penasihat.

Berikut adalah senarai Jawatankuasa yang baru dibentuk:

Penasihat: PJS Jamaluddin Yeop Majlis 0139812655, 0122503041
Pengerusi: PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman. 0132699787
Setiausaha: PR Abdul Jamil Othman. 019-3393324
Bendahari: PRX Mahyuddin Ismail. 013-3910788
Ahli Jawatankuasa:
PJ Muhammad Shafarul Nizam Mohd Idris. 019-2277035
PJ Rosli bin Che Ros. 019-3114597
PL Johari bin Hassan. 019-6852095
PL Kamil bin Abd Razak. 012-9424848
PL Zulkefli bin Zainal. 017-2477095
PJX Mustafa Kamal Abdul Majid. 019-3168649
PR Puan Maimunah bt Pawanteh. 019-2332740
PL Puan Zulliah bt Ahmad. 012-9199574
PL Puan Sharifah bt Abd Samad. 013-2271145
PJX Puan Shamsidar bt Ahmad. 019-6685588
PJX Puan Siti Rawan Baharum. 016-6412681

Khamis, Disember 25, 2008

PBC Di HPA Cawangan Rawang







PBC yang sepatutnya diadakan di Masjid Al Ghufran pada 17-18 Jan akan datang ditukar ke HPA Cawangan Rawang sahaja. Banyak faktor yang mendorong AJK Komuniti Rawang untuk mengadakan PBC di tempat sendiri. Antaranya

1. Dapat mengimarahkan dewan meeting HPA yang telah beroperasi lebih 1 tahun di tempat baru. Terasa rugi dewan yang besar duduk di tingkat bawah hanya digunakan seminggu sekali dalam kelas mingguan sahaja.

2. Berhampiran dengan HPA Cawangan Rawang terdapat beberapa bajet hotel yang boleh digunakan untuk penginapan para peserta PBC.

3. Ada AJK Komuniti yang boleh menyediakan makanan secara bufet untuk peserta dengan kos yang rendah tetapi berkualiti.

4. Dapat mengurangkan kos yuran PBC dan perbelanjaan malah menambahkan keuntungan untuk akaun Komuniti Rawang.
5. Mewujudkan daya juang usahawan di kalangan AJK Komuniti dan pengedar HPA khususnya di kawasan Rawang.

Kalau biasa di Masjid AlGhufran kita mengenakan yuran sebanyak RM150.00 kepada peserta, tetapi di sini kita dapat menurunkan yuran kepada RM130.00 sahaja. Tetapi peserta kita hadkan kepada 80 orang sahaja. Jika permintaan tinggi, kita boleh laksanakan setiap minggu dengan komitmen AJK yang sedia ada yang telah terbukti mampu mengendalikan 10 kali PBC di Taman Tun Dr Ismail. Kita akan mendapatkan permit dari MPS dan Polis kerana kita terpaksa memasang khemah di luar bangunan iaitu di parking lot untuk tujuan makan sepanjang kursus 2 hari 1 malam. Komuniti juga akan menambah peralatan dewan seperti PA system, kerusi, pentas dan peralatan bilik air seperti paip untuk tujuan berwuduk dan sebagainya.
Alamat lengkap:
HPA CAWANGAN RAWANG
2D-1-13, JALAN RAWANG MUTIARA 3,
RAWANG MUTIARA BUSINESS CENTRE 2,
48000 RAWANG.
TEL: 03-60924200

Rabu, Disember 24, 2008

Cara Mengesan Madu Asli dan Madu Tiruan


Ketika makan semasa program PBC di Anjung Rahmat baru-baru ini, saya diajukan soalan oleh seorang peserta PBC. Benarkah Madu Asli HPA itu asli? Kalau asli kenapa ianya dihurung semut? Dengan spontan saya menjawab kerana semut pun nak kan yang asli. Allah jadikan madu daripada perut lebah itu bukannya untuk manusia sahaja tetapi untuk semua makhluknya. Kalau semut pun tak nak itu bukannya madu kerana kandungan gula di dalam madu ialah jenis fruktosa iaitu 300 molekul glukosa. Sebab itulah kalau kita nak kan tenaga segera daripada madu kita kena goncang atau kacau 1 sudu madu dalam segelas air suam sebanyak 300 kali. Tapi janganlah nak disamakan pula gula daripada madu ini dengan gula daripada gula pasir. Gula daripada madu ini ubat kerana ianya semulajadi sedangkan gula daripada gula pasir itu beracun kerana ianya telah melalui proses kimia daripada hampas tebu.

Berkenaan dengan madu tiruan pula saya teringat kisah penjual madu jalanan 10 tahun sudah yang saya jumpa semula setelah ianya menyertai HPA di Klang baru-baru ini. Katanya 10 tahun sudah sebenarnya ia menjual madu tiruan di kakilima Chow Kit dan di kawasan Masjid India Kuala Lumpur. Tapi orang ramai percaya kerana pertama ianya tidak dihurung semut dan kedua kerana harganya mahal. Minda orang kita ini katanya percaya kalau mahal tu itulah yang asli. Lagi mahal lagi asli. Sedangkan madu yang dikatakan asli itu ia buat sendiri sahaja. Caranya ambil putik nenas diambil patinya dicampurkan dengan air gula melaka lalu dimasak dan dimasukkan dengan kapur makan. Kapur makan? Kapur makan itu kapur yang orang makan dengan sireh tu... memanglah panas.. patutlah semut pun tak mau dekat.. masuk peti ais pun tak boleh beku. Tapi orang kita ni itulah yang mereka percaya. Kena tipu hidup-hidup..

Sebenarnya madu yang paling tulen (lebih berkhasiat) dan terbaik di dunia adalah terdapat daripada lebah yang bersarang di hutan belantara dan di gurun-gurun pasir (pohon kurma). Madu HPA diambil daripada negara Iran yang bersumberkan daripada pohon-pohon kurma, zaitun dan tiin. Kandungan airnya kurang daripada 17%. Madu yang mempunyai kandungan air yang tinggi melebihi 17% mudah terjejas oleh yis (yang boleh menyebabkan berlakunya proses penapaian). Akibatnya madu menjadi masam dan mengeluarkan gas. Itu yang kadang-kadang boleh meletup tu. Ingat! yang meletup tu dah hilang keasliannya walau pun asalnya asli.

Disini diberikan beberapa tips untuk mengenal madu yang benar-benar asli.

1. Madu asli lebih tumpat daripada air. Apabila dicampur dengan air biasa dalam satu gelas ia tidak cepat larut malah ia terus jatuh ke dasar gelas.

2. Bila dititis atas kertas ia tidak akan meninggalkan kesan apabila dilap.

3. Celupkan kepala macis ke dalam madu. Kepala macis yang terkena cairan madu masih boleh dinyalakan bila digesek.

4. Madu asli akan membentuk heksagen di dalam air yang tak dikacau.
Wallahualam. Semoga kita tidak ditipu lagi....


Jumaat, Disember 19, 2008

Khasiat Akar Tongkat Ali dalam KOPI RADIX






Kopi Radix yang terkenal dengan iklannya 'Mai Secawan...' dalam TV3 dan TV9 merupakan minuman tenaga khasiat 7 herba. Perkataan Radix diambil dari bahasa botani yang membawa maksud akar kayu yang memberi tenaga. Salah satu daripada 7 herba ini ialah Akar Tongkat Ali. Ada 2 jenis Tongkat Ali. Pertama Tongkat Ali Puteh atau dalam bahasa botaninya Eurycoma Longifolia dan satu lagi Tongkat Ali Hitam atau dalam bahasa botaninya Polyalthiya Bolata. HPA menggunakan Tongkat Ali yang telah mendapat paten antarabangsa iaitu Eurycoma Longifolia.
Menurut kajian MARDI, Eurycoma Longifolia yang boleh digunakan untuk tujuan kesihatan ialah Pokok Tongkat Ali yang berumur 7 tahun keatas. Tetapi HPA menggunakan pokok Tongkat Ali Puteh yang berumur lebih 20 tahun. Warnanya kekuningan yang menggambarkan ianya benar-benar matang. Pokok Tongkat Ali yang berumur 20 tahun keatas ini akarnya menjunam hingga kelapisan tanah yang ke 4. Lapisan tanah keempat dikawasan iklim khatulistiwa, lebih-lebih lagi dari jenis tanah Siri Choping di Perlis ianya sangatlah subur dimana pelbagai jenis mineral semulajadi terdapat didalamnya. Antaranya Kalsiam dan Magnesiam selain Zinkam dan Fosforus.

Kalsiam semulajadi dari Akar Tongkat Ali ini kadar serapannya jauh lebih tinggi berbanding kalsiam dari susu lembu dari berbagai jenama. Ini disebabkan susu mengandungi laktos yang memerlukan enzim laktase untuk melarutkannya. Jika tubuh kita kurang atau tiada enzim laktase ketika kita mengambil susu, maka zat kalsiam tidak dapat diserapkan kedalam tubuh kita. Malah susu itu akan menjadi masam, maka berlakulah proses asidosis dimana tubuh akan mengambil kalsiam dari tulang dan gigi. Sedangkan kalsiam tumbuhan khususnya dari akar Tongkat Ali ini bersifat alkali. Oleh itu jika kita menjadikan Kopi Radix ini sebagai amalan, insyaAllah tubuh kita mendapat bekalan kalsiam semulajadi yang bersifat alkali dimana penyerapannya kedalam tubuh menjadi mudah.

Akar Tongkat yang HPA gunakan ini juga bersifat Afrodisiak iaitu rangsangan tenaga seksual. Pada tahun 2003 Menteri Kesihatan ketika itu Datuk Chua Joo Ming ada membuat kenyataan bahawa kebaikan Tongkat Ali berbanding dengan Ginseng ialah 7 kali ganda sumber tenaga segera. Ini telah menggugat pasaran Ginseng di Malaysia malah negara jiran iaitu Singapore telah mengharamkan kemasukan Tongkat Ali ke negaranya. Sebab itu tidak hairanlah kemaraan Radix kini cuba disekat oleh pelbagai pihak. Antaranya isu daun ketum, isu kopi tiruan, isu masalah buah pinggang, isu 'syer dengan orang Cina... dan sebagainya lagi.

Secara umumnya ada 3 kekuatan Kopi Radix

1. Sumber Tenaga Segera.

2. Menguatkan Daya Ingatan kerana ianya bersifat kardiotonik
3. Melihara Organ Reproduksi.




Sabtu, Disember 13, 2008

PBC Di Masjid Al Ghufran TTDI KL




























Program Perkongsiang Bijak Cemerlang atau PBC kali pertama diadakan di Masjid ini pada bulan April 2008. PBC yang dianjurkan oleh syarikat telah diamanahkan kepada saya selaku PJS oleh KPA untuk melaksanakannya. Selaku penasihat Komuniti HPA Cawangan Rawang, saya telah melantik AJK komuniti sebagai team pengurusan. Komuniti HPA Cawangan Rawang dipengerusikan oleh PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman. Dr Ishak juga merupakan Anggota Panel Syariah HPA yang dilantik oleh Pengarah Urusan HPA selain daripada jawatannya di UM sebagai Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya.
Masjid ini agak unik kerana satu-satunya masjid di Kuala Lumpur ini yang menyediakan tempat penginapan yang dikenali sebagai kamar musafir ala hotel 3 bintang. Selain itu ia dilengkapi dengan dewan konferen, dewan makan lelaki dan wanita. Inilah yang mendorong saya dan Prof Madya Dr Ishak Suliaman menganjurkan PBC disini yang sebelum itu kita menganjurkannya di KL INTERNATIONAL HOTEL.

Alhamdulillah bermula April 2008 dulu sehingga sekarang setiap bulan kita mengadakannya disini dengan mendapat sambutan yang luar biasa. Malah pada bulan Ramadhan baru ini, kita menerima penyertaan terbanyak iaitu 120 orang. Pada bulan ini kita akan mengadakan sekali lagi pada 20 -21 Disember. Pada bulan Januari 2009 pula kita telah booking pada 17-18 Januari 2009. Yuran kursus di sini hanya RM150.00 sahaja untuk program selama 2 hari 1 malam termasuk penginapan dan makan yang disediakan oleh pihak masjid.

Selain Prof Madya Dr Ishak Suliaman selaku Pengarah Program, PJS yang terlibat dalam PBC bulan Disember ini ialah PJS HAFIDZAN FAUZI, PJS SHAFIE TASIRON, PJS RAMLY AHMAD dan saya sendiri selaku penyelaras program. Semua AJK Komuniti Hpa Rawang terlibat dalam pengurusan dan ada yang menjadi fasilitator seperti PJ SHAFARUL NIZAM, PR ABDUL JAMIL OTHMAN, PJ ROSLI CHE ROS dan PR USTAZ KHAIRUDDIN yang merupakan tuan rumah kerana rumahnya bersebelahan dengan masjid dan pernah menjadi Pengetua di Institut Al Quran Kuala Lumpur IQKL TTDI. Sekarang beliau merupakan Pegawai Agama di UTM KL.

Ahad, Disember 07, 2008

Kopi Radix Asli Terus Unggul Di Pasaran



Masalah Kopi Radix Tiruan yang menjadi isu sebelum ini tidak menjejaskan pengedaran kopi radix yang asli. Buktinya sewaktu heboh diperkatakan adanya kopi radix tiruan terutamanya di kawasan utara, kopi radix yang asli sentiasa habis di semua cawangan kerana pengedar-pengedar dan stokis berebut-rebut membeli bila setiap kali stok baru sampai ke cawangan. Walaupun kilang kopi di Kuala Perlis terpaksa mengadakan syif 24 jam, stok masih tidak mencukupi. Ini mendorong HPA membeli mesin terbaru yang canggih bernilai RM500,000 bagi memastikan stok mencukupi. Mesin ini diletakkan di kilang yang baru di kawasan MIEL Jejawi di Arau Perlis. Mesin Auto ini boleh menghasilkan 80 sachet seminit berbanding mesin lama di kilang Kuala Perlis yang hanya dapat menghasilkan 60 sachet seminit. Kini kedua-dua kilang beroperasi selain dari kilang kopi radix di Kota Kinabalu Sabah.

Bagaimanapun, permintaan yang cukup besar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga pasaran negara jiran yang mempunyai rangkaian MLM HPA seperti Indonesia, Brunei dan Singapura, menyebabkan HPA kini merancang untuk membuka kilang kopi terbesar di Asia tidak lama lagi seperti yang dilaporkan dalam HARIAN METRO, SABTU 29 NOVEMBER 2008. Keratan akhbar diatas.

Selain Kopi Radix, HPA mempunyai kira-kira 150 produk lain. Antaranya ialah produk minuman seperti Kopi Radix O, Teh Manjakani, Teh Herba Pegaga, Koko Radix, Kordial Jambu Batu Merah, Mangga, Roselle, Kurma sehingga makanan dan ubatan tambahan seperti Cereal Radix dan Radix Cookies.

HPA juga terkenal dengan restoran makanan segera, Radix Fried Chicken (RFC) selain syarikat pelancungan, HPA Ilham Holidays, HPA Collection, HPA Thoharah, JAWI Herbshop dan lain-lain lagi yang terletak di Sungai Petani.

Komuniti Cawangan Rawang telah merancang untuk mengadakan lawatan ke kilang-kilang dan projek HPA di Perlis dan Sg Petani pada cuti hari raya cina 24-25 Jan 2009 depan insyaAllah. Bayaran RM90.00 termasuk penginapan di Homestay HPA di Bandar Laguna Merbuk. Siapa yang berminat sila daftar dengan mengisi borang dengan bayarannya sekali di Cawangan Rawang atau di Cawangan Sri Gombak. Keterangan lanjut sila hubungi Setiausaha Komuniti Cawangan Rawang yang baru En Jamil bin Othman 019-3393324.

HPA Tawarkan Pangkat Melalui PBC


Laporan muka depan akhbar KOSMO semalam mendedahkan ada syarikat MLM yang menyalahgunakan akta jualan langsung dengan menjual pangkat kepada ahli-ahlinya dengan menawarkan pendapatan mengikut pangkat yang dibelinya. Walaupun masih dalam siasatan, kita percaya perkara ini berlaku kerana adanya perangkap dalam sistem mereka. Ini tidak berlaku dalam HPA.

HPA hanya menawarkan pangkat pertama iaitu Pengurus Melati atau singkatannya PLX kepada ahli yang mengikut program Perkongsian Bijak Cemerlang atau PBC dengan beberapa syarat.

Antara syarat-syarat melayakkan mendapat pangkat itu ialah:

1. Sudah menjadi ahli pengedar HPA seumur hidup RM30.00

2. Membayar yuran kursus seminggu sebelum program. Biasanya antara RM150 - RM200 bergantung kepada tempat untuk 2 hari 1 malam termasuk penginapan dan makan.
3. Mengikuti sepenuhnya modul yang disediakan termasuk qiamullail.

4. Mengisi borang penyertaan PBC diakhir kursus.

5. Membuat pembelian produk HPA minima 300 NM dalam bulan yang ia menyertai kursus atau pada bulan hadapannya. Pembelian apa-apa produk HPA bernilai 300 NM itu pula boleh dibeli beransur-ansur dalam tempoh 2 bulan. Maksudnya jika peserta itu tidak mampu menyelesaikan 300 NM itu dalam bulan pertama, berpakatlah dengan agen stok yang ia berurusan supaya NM dalam bulan pertama itu dibawa ke bulan kedua bagi mencukupkan 300NM. Bila dah cukup 300NM barulah agen stok itu buatkan satu sahaja invois resmi yang berjumlah 300NM atau lebih. Invois inilah yang mesti dihantar ke ibu pejabat bersama dengan borang maintain 300 NM yang berwarna pink itu. Biasanya agen stok yang uruskan. Tetapi jika membuat pembelian beransur-ansur dengan beberapa agen stok atau mana-mana cawangan pula mestilah jumlah 300NM itu dalam bulan yang sama, samada dalam bulan pertama atau pada bulan kedua dan semua bil-bil yang berjumlah 300NM dalam bulan yang sama itu dikepilkan sekali dengan borang maintain 300 NM dan poskan sendiri ke ibu pejabat.

Khamis, Disember 04, 2008

Perkongsian Bijak Cemerlang PBC

Mari menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan dengan produk-produk halal HPA. Ketahui plan pemasaran Perkongsian Bijak Cemerlang HPA dengan 'product killer' kami iaitu Kopi Pra-campuran Radix. Anda pasti terpegun dengan pelbagai pengetahuan herba kami. Jangan lepaskan peluang keemasan ini. Rebutlah untuk menjadi usahawan muslim yang berjaya. InsyaALLAH...

Mengapa perlu sertai Program PBC (Perkongsian Bijak Cemerlang)?
1. Automatik mendapat pangkat pertama dalam HPA iaitu Pengurus Melati atau PLX (20% kekal) tanpa melakukan penajaan.
2. Tidak perlu lagi melakukan pembelian terkumpul 1501NM dan melakukan penajaan untuk mendapat pangkat pertama Pengurus Melati (PLX).
3. Bimbingan dan tunjuk ajar oleh Usahawan HPA yang berjaya mencapai bonus bulanan 5 angka.
4. Dapat berkongsi rahsia kejayaan oleh bekas-bekas peserta PBC.
5. Modul program yang menarik dan berkesan.
6. Peserta terdiri daripada pelbagai lapisan dan latarbelakang pekerjaan termasuk golongan professional yang ingin menempa nama sebagai Usahawan HPA.
7. Mempelajari ilmu MLM dengan lebih mendalam daripada Usahawan HPA yang telah berjaya.
8. Dapat mengetahui bagaimana untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan melalui plan pemasaran era baru HPA.

Bagaimana hendak sertai program PBC ini?
1. Daftar menjadi Ahli HPA seumur hidup dengan bayaran cuma RM30 dan mendapaat Kit Niaga yang dilengkapi dengan katalog produk dan lain-lain dokumen.
2. Daftar sebagai peserta program PBC melalui penaja anda atau terus kepada penganjur PBC. Biasanya bayaran antara RM150 hingga RM180 sahaja untuk 2 hari 1 malam bergantung kepada tempat.
3. Membuat pembelian minima 300NM pada bulan yang anda hadir program PBC atau pada bulan hadapannya. Peserta program PBC boleh mengumpul 300NM sebelum ke program PBC di mana-mana agen stok.

Modul-Modul PBC
Antara modul yang akan diberikan adalah
1. Kenali Syarikat.
2. Asas Plan Pemasaran MLM Syariah HPA
3. Bagaimana Nak Berjaya - Gerak Kerja 6 M
4. Eagle Eyes Sponsoring
5. Plan Tindakan melalui LDK
6. Teknik Demo
7. Produk Pilihan
8. Diagnosis Penyakit Melalui Tapak Tangan.
9. Asas Perubatan JAWI
10. Qiamullail.
11. Kuliah Subuh.
12. Senaman Pernafasan.
13. Bacaan AlMaathurat.
14. Motivasi Niaga.

Pengisian PBC ini disampaikan oleh PJS dan mereka yang terpilih. Modul-modul ini menerapkan pelbagai ilmu MLM HPA kepada pengedar-pengedar baru untuk memulakan langkah yang tepat dan cepat untuk menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Selain menyasarkan jualan produk-produk HPA di serata Malaysia, program ini turut mendedahkan keistimewaan herba-herba yang terdapat dalam produk unggul HPA iaitu Kopi Pracampuran Radix. Para peserta akan didedahkan dengan cara-cara membuat ‘Demo’ atau ‘Homeparty’ yang berkesan dan ini akan disusuli dengan perbincangan dalam kumpulan yang dikawal selia oleh PJS untuk mendapatkan strategi pemasaran produk dan pengurusan masa yang betul. Apa yang membuatkan modul-modul ini berbeza dengan perniagaan MLM yang lain adalah penerapan Islamiyah yang bermula dalam jiwa usahawan itu sendiri di mana ganjaran pasti menanti di hadapan di dunia mahupun di akhirat. InsyaALLAH…

Dapatkan jadual PBC terdekat dengan melayari laman web jika di Taman Tun Dr Ismail http://www.kparawang.weebly.com/ jika di Zon Tengah dan Selatan http://www.kpa2u.wordpress.com/ jika di utara http://www.pjskpu.blogspot.com/ atau http://www.hpa.com.my/ di seluruh Malaysia.




Isnin, Disember 01, 2008

PJS Abdullah Kadir: Penggempur HPA Di Bukit Beruntung.


PJS Abdullah Kadir atau lebih dikenali sebagai Pak Chop telah menjadikan HPA sebagai kerjaya hidupnya sejak ia menyertai HPA pada Julai 2005. Beliau mula mengintai peluang perniagaan dalam HPA ini apabila bersetuju mengikut saya ke Majlis Konvensyen 2005 di Dewan Perdana Felda KL. Beliau menjadi ahli seumur hidup melalui anak saudara majikannya iaitu Sdr. Nasrul bin Nurulin. Majikannya ketika itu ialah Datuk Osman bin Abdul, bekas Ahli Parlimen Pendang yang pernah menjadi Timbalan Menteri dan Pengerusi MARA. Sekarang Pengerusi Kurnia Insuran Berhad. Sdr. Nasrul ketika itu pelajar PTPL di Shah Alam mengambil kursus Diploma Pengurusan Perniagaan dan menjadikan saya dan HPA sebagai bahan kajiannya di akhir kursus.

Di Majlis Konvensyen itu Pakchop membawa keluarganya sekali mungkin untuk meyakinkan pada keluarganya apa yang ia telah ceburi dan nak bersama selama-lamanya. Apa yang saya sangkakan itu memang betul kerana setelah habis progrem beliau menyatakan pada saya yang ia nak berhenti kerja dan nak full time bersama HPA. Ye ke ni Pakchop.. Jangan le nak ikut macam saya.. Saya ni ya lah memang tak pernah makan gaji.. Tapi Pakchop tu dah lebih 40 tahun makan gaji dengan orang. Dan memang Datuk Osman lah majikannya sejak di Pendang lagi sehinggalah berhijrah ke Bukit Lanjan Kuala Lumpur. Tapi dia dah bertekad. Katanya, Pakchop ni kalau dah kata A tu A lah... Begitu bersemangat dan yakinnya dia.. Okey la Pakchop, kita gempur sama-sama jangan pandang belakang lagi malah kiri kanan pun kalau ada yang mengacau jangan pandang, kita mara terus ke hadapan..

Sebulan selepas itu Pakchop datang memberitahu saya bahawa ia telah berhenti kerja dan menyatakan hasratnya nak terus jadi stokis. Katanya Pakchop dah taja semua anak isteri jadi ahli dan semuanya bersetuju nak bergerak bersama Pakchop. Begitu bersemangat sekali Pakchop ketika bercerita kepada saya. Alhamdulillah... Semoga Allah tunjukkan jalan kejayaan kepada mereka yang berkehendak. Amin.. Beliau berusaha mencari lokasi perniagaan untuk mempromosikan produk HPA di tempat awam seperti yang saya lakukan di Pasaraya Taman Tun Dr Ismail. Akhirnya beliau memilih di Pasar Awam Bukit Beruntung sebagai tempat nak mempromosikan barangan HPA untuk mendapatkan lebih ramai rakan kongsi perniagaannya dalam MLM HPA.

Disember 2005 kali pertama HPA mengadakan progrem Perkongsian Bijak PB di Jejawi Perlis. Peringkat percubaan tetapi berhasil kerana semua peserta yang kesemuanya dari Lembah Klang iaitu group Kak Bib dan Hafidzan berikrar dan berjanji nak membawa 6 orang ke progrem PB akan datang. Ini mendorong pihak urusetia PB yang diketuai oleh Pengurus Besar AWM En Mohd Faisol menganjurkan progrem PB di Hotel Putra Palace pada bulan Januari 2006. Berita ini saya sampaikan pada Pakchop. Saya ceritakan kelebihan mengikuti progrem PB ini. Diantaranya terus mencapai pangkat pertama iaitu Pengurus Melati PLX tanpa lagi perlu mengumpul sehingga 1501NM.

Bayarannya cuma RM250 untuk 3 hari 2 malam. Banyak ilmu yang kita dapat. Apalagi Pakchop yang sedang bersemangat waja dengan kereta wajanya menggempur rangkaiannya yang terdiri dari keluarga, kawan dan jiran terdekatnya untuk menyertai progrem PB di Kangar Perlis.

Alhamdulillah beliau bersama saya dapat mengumpulkan 17 orang peserta ke progrem PB pada bulan Januari 2006 di Hotel Putra Palace Kangar Perlis. Kesemua peserta berjumlah 250 orang. Majoritinya dari Lembah Klang. Apa tidaknya PJS Siti Habibah Yusof saja berjaya membawa peserta 3 buah bas dan PJS Hafidzan pula membawa peserta 2 buah bas. Peserta lain dari Kelantan. Dari utara tidak ada walaupun buat di utara. Mereka tak nampak lagi. Tapi sekarang di utaralah yang nampak hebat. Apa tidaknya tiap-tiap minggu sekarang di utara ada PBC terutamanya di Sg Petani dibawah PJS Us Zahir Ghazali. Alhamdulillah mereka dah nampak malah dapat melahirkan ramai leader-leader baru seperti PJS Syed Ageel dan sebagainya. Tahniah diucapkan kepada PJS di utara. Mungkin ada keberkatannya di sana. Semoga mengalir di semua tempat. Amin...

Berbalik kepada kisah Pakchop. Pakchop ini dulu driver peribadi aje. Bukannya macam orang lain yang berhenti kerja dah ada wang simpanan yang banyak. Pakchop ni dah la tak ada wang simpanan, wang pampasan kerja pun tak diberi.. Begitulah antara ungkapan Pakchop pada saya setelah balik dari PB di Perlis. Maklumlah yang pergi tu majoriti keluarganya sendiri. Sudah tentulah banyak yang nak kena top-up. Seorang 300NM. Yuran kursus rm250. Kos pergi balik lagi.. Tetapi dengan kecekalan yang ada pada Pakchop, beliau dapat juga selesaikan. Antara usahanya ialah dengan membuat jualan di Bukit Beruntung setiap hari Sabtu dan Ahad.

Usahanya berbaloi kerana tak sampai 6 bulan ia telah mencapai pangkat Pengarah Jati dan dilantik sebagai PJS 3 bulan selepas itu pula. Beliau menerima anugerah ini di Majlis Konvensyen HPA di Dewan Wawasan Jitra Kedah pada Oktober 2006. Di Majlis ini juga beliau menerima anugerah Keluarga Gemilang HPA. Pada Konvensyen HPA 2007 di PICC Putrajaya pula beliau dianugerahkan sebagai Pengarah Jati Terbaik dan menerima anugerah Top 50 dikalangan pengedar HPA yang berjaya. Beliau bersama saya berpeluang melawat Bandung dan Jog Jakarta atas tajaan HPA. Alhamdulillah..

Kini beliau berjaya melahirkan ramai pelapis di kalangan keluarganya sendiri. Diantaranya anak sulungnya sendiri PJ Shaiful Anita yang sekarang menjadi stokis di Sentul KL. Anak keduanya PJX Shaiful Azharuddin jadi stokis di Prima Damansara. Anak ketiganya PL Mohd Fariyuddin jadi stokis di Damansara Damai. Isterinya sendiri PL Khadijah Jaafar juga stokis di Damansara Damai. PL Abdul Razak Shukor Stokis di Seksyen 27 Shah Alam. PJX Jamaliah Ali Stokis di Bukit Beruntung dan PJX Ahmad Kamizi Stokis di Rasa Ulu Selangor. Tahniah diucapkan kepada beliau. Barakallah...



Jumaat, November 28, 2008

RFC Buka Pelaburan


Restoran Radix Fried Chicken RFC milik HPA telah dibuka pada 1 Jun 2008 di Lagenda Height Sg Petani. Ianya merupakan projek untuk menaikkan imej HPA sebagai sebuah syarikat MLM Syariah yang terulung di Malaysia disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Kalau dulu Pak-pak Aji dan Mak Aji malu nak masuk KFC sekarang kalau kita pergi ke Restoran RFC golongan inilah yang memeriahkannya disamping pengunjung-pengunjung bangsa asing yang tak putus-putus hingga terpaksa menunggu giliran yang kadang-kadang berjam-jam. Walaupun operasinya dibuka hingga jam 11 malam masih belum boleh menampung pengunjung yang tak putus-putus.

Ini mendorong HPA nak membuka banyak lagi RFC. Fasa pertamanya di Pasar Moden Bandar Laguna Merbok, UUM Sintok, Sahab Perdana Alor Star dan di Pulau Pinang. Fasa kedua di Kelantan dan Terengganu. Selepas itu barulah di Zon Tengah dan Selatan. Tapi dengar-dengar dalam masa terdekat ini nak buka di Shah Alam dan di Klang. Moga-moga cepatlah terlaksana.

Oleh itu RFC sekarang membuka pelaburan khususnya kepada Koperasi Wahida dan juga kepada ahli-ahli yang berkemampuan dengan mengikut sistem Al Mudharabah yang telah diputuskan dalam mesyuarat Panel Syariah HPA pada bulan Ogos 2008.

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC,disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA yang telah mengikuti PBC.
2. Pelaburan bernilai sejuta ringgit.
3. Keuntungan 50/50.
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC.
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan.
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran.
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru.
10. Untung dan rugi ditanggung bersama.
11. Anggaran keuntungan antara 18% - 25% setahun.
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi.
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Kepada ahli-ahli yang kurang berkemampuan melabur sahajalah dengan Koperasi Wahida Hpa. Pelaburan minima cuma RM200 sahaja. Yuran pendaftaran RM10 boleh daftar di semua cawangan HPA di Malaysia. Borang pendaftaran koperasi ada dimasukkan dalam Kit PBC. Sila semak balik. Oleh itu daftar segera jangan tak daftar. Rugi.. Sebelum ini tahun pertama operasi koperasi tanpa adanya RFC pun boleh dapat dividen 10%, inikan pula sekarang dah ada RFC dan Ladang Ayam Organik serta Pusat Penyembelihannya sendiri. Subhanallah...

Ahad, November 23, 2008

Apa Istimewanya Sistem MLM HPA?



Menurut PJM Cikgu Murad yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam MLM, beliau dapat membezakan MLM HPA dengan MLM yang ia pernah ceburi sebelum ini dari A sampai Z. Berikut saya kutip dari blognya yang mungkin ramai pengunjung blog saya tidak berkesempatan membacanya.

DALAM MLM KONVENSIONAL LAIN ADA 2 SYARAT MAINTAIN YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN ANDA DAPAT BONUS. SATU, MAINTAIN PERIBADI DAN KEDUA, MAINTAIN KUMPULAN. YANG PALING MENYIKSAKAN ADALAH MAINTAIN KUMPULAN KERANA JIKA ANDA ADA 6 KAKI MAKA SETIAP KAKI MESTI MENCUKUPKAN NILAI MAINTAIN KUMPULAN YANG BERJUMLAH RIBUAN NILAI MATA. SEBAB ITULAH BERLAKU PAKSAAN BELIAN UPLINE KE ATAS JARINGAN SECARA PAKSA, TIPU DAYA ATAU PUJUKAN. SYARAT INI PULA BERMULA DARI PANGKAT PERTAMA LAGI.

2. DALAM MLM KONVENSIONAL, YANG DIKATAKAN 'TABUNG KERETA' ATAU 'ANUGERAH KERETA' ITU SEBENARNYA ADALAH PERANGKAP. KEJAYAAN DIUKUR PADA KERETA MEWAH YANG DIPANDU. TAK NAMPAK KERETA, KUNCI PUN JADI BAHAN UNTUK DITAYANG. PADAHAL RAMAI DARIPADA AHLI MLM YANG MEMANDU KERETA MEWAH ITU HIDUP DI RUMAH YANG SEMPIT ATAU MASIH MENYEWA RUMAH. UNTUK PENUHI SYARAT TABUNG KERETA MEWAH BUKANNYA BEGITU MUDAH. BANYAK KOS TERPAKSA DIKELUARKAN DAN TOP -UP BARANGAN BEGITU BANYAK BERLAKU. BILA DAH DAPAT KERETA DAH MACAM MEMIKUL BIAWAK HIDUP PULA KERANA PERLU KEJAR SALE UNTUK MELEPASI SYARAT BAYARAN TABUNG KERETA. SEKIRANYA BAYARAN BULANAN SEKITAR 2500.00 MAKA SELALUNYA INSENTIF TABUNG KERETA HANYA SEKITAR 300 - 500.00 SAHAJA. JADI BAKINYA TERPAKSA DITANGGUNG OLEH PEMEGANG TABUNG KERETA TERSEBUT. PADA SAAT INI HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAU APA YANG TERBUKU DALAM HATI PEMEGANG TABUNG KERETA ITU DAN HIDUPNYA BEGITU SENGSARA SEKALI!!

3. DALAM MLM KONVENSIONAL, AHLI-AHLINYA TIDAK MEMBENTANG PLAN PEMASARAN SECARA LENGKAP DAN TELUS. MEREKA MENGGAMBARKAN IANYA BEGITU MUDAH SEKALI UNTUK DICAPAI. KEADAAN INI HANYA DISEDARI KEMUDIAN APABILA ANDA SUDAH TERMAKAN UMPAN. MEMANG PADA PERINGKAT AWAL IA NAMPAK MUDAH TAPI SYARAT DAN TEKANAN AKAN DATANG SEBAIK ANDA CAPAI PANGKAT PERTAMA. APABILA SUDAH TERPERANGKAP AMAT SUKAR UNTUK CARI JALAN KELUAR. ANDA AKAN DIGUNA-GUNAKAN DENGAN KATA-KATA MOTIVASI YANG DAHSYAT-DAHSYAT. APABILA SUDAH TERKORBAN KELUARGALAH YANG MENJADI MANGSA.

Sedangkan dalam MLM HPA, kita hanya ada maintain peribadi sahaja iaitu 50NM yang hanya dapat bonus belian peribadi kita sahaja dan jika maintan peribadi melebihi 100 NM, kita akan dapat menikmati bonus-bonus lain yang ditawarkan. Manakala bonus PJE/PJI/PJM yang menetapkan syarat belian jaringan PJ melebihi 3000NM hanyalah bonus itu sahaja, ianya tidak menjejaskan bonus-bonus yang lain. Bonus yang lain tetap dinikmati dengan hanya maintain peribadi 100NM.

Dalam HPA tabung kereta tidak ada. Yang ada hadiah kereta tunai tanpa pinjaman bank.

Dalam HPA pelan pemasarannya kita bentangkan secara telus di dalam program PBC. Kita bentangkan strategi bagaimana menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Gerakerja 6M yang kita bentangkan agak unik kerana biasanya syarikat lain hanya ada 5M. M yang ke 6 kita ialah Mendignosis penyakit dan Merawat menggunakan kaedah perawatan JAWI.

Untuk tahu lebih lanjut lagi sistem MLM kita yang dikatakan syariah oleh Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia, sila ikuti progrem PBC yang kita adakan di semua tempat seluruh Malaysia setiap minggu. Dapatkan jadual PBC di laman web http://www.hpa.com.my/ atau http://www.kpa2u.wordpress.com/


Sabtu, November 15, 2008

PJS Cikgu Jalal: Penggerak HPA di Kelantan.

Pjs Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis merupakan penggerak HPA peringkat awal di Kelantan ketika HPA bangun semula pada 2001. Beliau bersama Pjs Siti Zawiyah atau lebih dikenali sebagai Kak Nor dan Pjs Us Ramizu adalah diantara leader di Kelantan yang dapat mempertahankan HPA ketika HPA difitnah dan ditohmah diawal tahun 2000.

Mengenang semula kisah penglibatannya dalam HPA 10 tahun yang lalu. Tahun 1999. Sebelum menyertai HPA beliau merupakan seorang pengedar Sharklee di Gua Musang Kelantan. Ketika beliau memperkenalkan produk Sharklee pada keluarga saya di Kuala Lumpur, saya baru saja 3 bulan menyertai HPA. Belum begitu faham perjalanan MLM lagi. Cuma apa yang saya tahu Sharklee dan HPA sama-sama menggunakan kaedah MLM dalam memasarkan produknya. Apa yang menjadi tanda tanya saya ketika itu kenapa produk Sharklee begitu mahal dibandingkan dengan produk HPA. Sedangkan fungsi umumnya sama. Menjaga kesihatan. Back to nature. Mencegah itu lebih baik daripada berubat. Apa yang diungkapkan oleh adik saya ini sama saja bunyinya dari leader HPA yang saya dengar ketika itu. Waktu itu leader hebat HPA di Lembah Klang selain daripada Cikgu Murad dan Khalid Iskri ialah PJ Rashidi Jamri. PJ Tn Hj. Mokhtar, PJ Zainal Bahri, PJ Zainal Abidin, PJ Nasaruddin dan PJ Khalid Sabran. Waktu itu PJE, PJI, PJM dan PJS belum ujud lagi dalam HPA. Pengarah Jati merupakan pangkat yang tertinggi.

Kalau begitu kenapa harganya mahal sangat. Sedangkan produk HPA jauh lebih murah tetapi fungsi umumnya sama. Kalau begitu kita guna produk HPA sahajalah. Lebih-lebih lagi ianya diusahakan oleh syarikat Bumiputera Islam yang mana pekerja-pekerjanya sendiri orang Islam yang sentiasa ditarbiah dengan ilmu dan amal Islam. Mereka menjaga syariat. Malah bekerja sentiasa dalam keadaan berwuduk. Sharklee pula syarikat milik orang bukan Islam dan sudah tentu pekerjanya juga bukan orang Islam kerana kilang dan ladang herbanya juga di luar negara. Itulah hujah pertama saya kepada Cikgu Jalal yang sedang memperkenalkan produk Sharklee kepada saya. Untuk lebih meyakinkannya lagi saya bawa dia pergi ke Muktamar PAS di Taman Melewar yang kebetulan sedang berlangsung ketika itu dimana ada agen stok HPA yang mengambil bahagian dalam ekspo di sana. Disitulah beliau terus mengisi borang untuk menjadi pengedar HPA seumur hidup sebanyak RM10 sahaja. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya semasa mengisi borang ahli pengedar HPA "Jangan dicabar?". Agaknya ketika itu hatinya dah tak sabar-sabar nak memperkenalkan HPA pada rakan taulannya di Kelantan.
Setelah dia balik ke Kelantan, saya pula tidak menguhubunginya kerana sibuk dengan kerjaya saya yang baru nak memulakan kehidupan baru. Rujuk artikel saya yang pertama dalam blog ini. Rupanya dalam senyap-senyap beliau berusaha mencari agen stok HPA di Kelantan. Beliau berjumpa dengan Kak Nor di Kota Bharu. Kak Nor atau PJS Siti Zawiyah @ Nor Zakiah merupakan satu-satunya agen stok yang bertaraf Pusat Agensi di Kelantan. Beliau menyatakan hasratnya nak mengembangkan HPA di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Kak Nor begitu gembira sekali lalu menawarkan Cikgu Jalal menjadi stokis. Mulai tahun 2000 Cikgu Jalal resmi menjadi stokis dan seterusnya menjadi Pengurus Stokis Daerah pada 2004. Beliau juga belajar ilmu perawatan daripada Kak Nor. Kak Nor membawanya berjumpa dengan Tn Hj Ismail di Perlis dan belajar lagi di sana dengan memasuki kelas INTIBAH. Beliau juga mengikuti kursus herbalis selama 1 bulan.
Dari Gua Musang beliau berpindah ke Machang. Di Machang beliau membuka Pusat Rawatan yang dinamakan AZRA HERBSHOP. Disitu dia menawarkan khidmat bekam, sauna mandi wap, urutan refleksologi, Accupunture dan rawatan kesihatan berasaskan produk HPA sepenuhnya. Alhamdulillah kini beliau banyak melahirkan pelapis. Antaranya PJ Pn Zaharah Yusof juga membuka stokis dan pusat rawatan di Kuala Krai. PJ Cikgu Ahmad Jefridin menjadi Pengurus Stokis Daerah di Kuala Kangsar Perak.
Dalam KONVENSYEN HPA 2005 di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur, Cikgu Jalal adalah antara penerima anugerah Sijil Herbalis yang pertama dalam sejarah HPA. Saya yang menerima anugerah Pangarah Meranti Terbaik dalam majlis yang sama diperkenalkan kepada Kak Nor. Disitulah baru saya tahu rupanya Kak Nor adalah Upline saya dalam HPA. Patutlah Kak Nor bersungguh-sungguh menaikkan adik saya Cikgu Jalal sehingga berjaya menjadi salah seorang leader di Kelantan. Terima kasih kepada Kak Nor. Jasamu dikenang.
Tahun 2006 Cikgu Jalal dilantik dilantik menjadi Pengarah Jati Setia. Kami sama-sama naik kepentas menerima anugerah ini dalam KONVENSYEN HPA 2006 di Dewan Wawasan Jitra Kedah. Tugas Cikgu Jalal di Kelantan semakin banyak. Disamping agen stok, beliau adalah herbalis dan leader yang diiktiraf oleh syarikat. Oleh itu dia mengambil keputusan mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan dari Kementerian Pelajaran Malaysia mulai Jan 2007 untuk menumpukan sepenuhnya dalam HPA. Alhamdulillah usahanya berbaloi kerana dalam KONVENSYEN HPA 2007 di PICC Putrajaya beliau sekali lagi naik ke pentas menerima anugerah Pengarah Jati Emas PJE dan anugerah TOP 50 iaitu melancung ke JogJakarta selama 4 hari 3 malam. Di Jogjakarta beliau menginap sekali dengan saya bersama PJS Tn Syed Ageel di Hotel Inna Garuda.
Sekarang 2008 beliau dilantik sebagai Setiausaha Kelab Pemimpin Timur KPT sekaligus sebagai Anggota Tribunal KPT. KPT merupakan kelab yang diiktiraf oleh syarikat yang berperanan memantau pengedar-pengedar di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga terus berjaya ke puncak jaya. Jaya dunia dan akhirat. HPA Harapan Paling Akhir untuk umat Islam... Barakallah..

Rabu, November 12, 2008

M L M itu piramid?


Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorangpresiden atau perdana menteri, diikutioleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya. Cuba perhatikan...Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahu selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya. Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus. Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain. Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar, jadi apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini? Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan. Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan kebelakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes. Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannya mengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahi undang-undang. Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.
Ikhlas dari Zamri Nanyan http://www.RahsiaMLM.com

Sabtu, November 08, 2008

PJ Shafarul Nizam: Pendemo berbakat


Umurnya baru 23 tahun. Tapi bakatnya dalam membuat demo produk hpa dalam setiap progrem Pbc dan homeparty boleh memukau penonton. Pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati beliau bersama saya menerima undangan dari para guru di sekolah berkenaan untuk menceritakan kebaikan produk hpa dan perjuangan hpa dalam memasarkan produk halal. Alhamdulillah hampir 100 orang guru hadir mendengar kuliah halal haram dan produk HPA sebagai alternatif daripada saya dan seterusnya menyaksikan demo produk yang dilakukan oleh saudara Shafarul. Muhammad Shafarul Nizam atau lebih dikenali sebagai Angah telah pun menjadi Pengarah Jati sejak bulan November 2007 lagi.

Mengenang kembali kisah penglibatan Sdr Shafarul dalam dunia perniagaan MLM HPA ini. saya paparkan dalam blog ini setelah mendapat keizinan daripadanya.

Beliau dibesarkan oleh neneknya sehingga ke tingkatan 5 di Batang Kali. Ibu dan abahnya tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing semenjak ia kecil lagi. Selepas SPM, beliau hidup bersendirian tanpa hala tuju. Pernah ikut tabligh, bekerja dipasaraya, bekerja dikilang roti dan macam macam lagi kerja yang tidak tetap. Pekerjaan terakhirnya menjadi office boy di sebuah syarikat swasta atau lebih dikenali sebagai Mat Despatch. Sehinggalah suatu hari beliau bertemu saya ketika saya sedang mengedar kopi radix di sebuah kedai makan di Damansara. Beliau menegur saya dan menyatakan hasratnya hendak bekerja seperti saya dan bagaimanakah caranya.

Setelah saya mengenal hati budinya, membawa dia ke masjid berdekatan untuk berkenalan dengan lebih lanjut dan saya tengok beliau benar-benar ikhlas dan simpati dengan tugasannya yang selalu mendatangkan tension, lalu saya bertanya Angah ada berapa modal sekarang? Dengan ikhlas beliau menyatakan hanya ada Rm100. Itulah saja yang ada untuk perbelanjaannya jika dia berhenti terus dari pekerjaannya sekarang sebagai budak pejabat. Maka saya daftarkanlah beliau menjadi pengedar HPA ketika itu hanya rm20.00. Saya minta dia beli 5 papan kopi radix yang bernilai rm75.00. Saya minta dia jual malam tu juga. Alhamdulillah dalam tempoh 2 jam malam tu juga beliau berjaya menjual 5 papan kopi radix di kedai-kedai makan di sekitar Damansara dengan harga rm20.00 sepapan. Bermakna malam tu saja beliau telah ada gaji rm25.00 dan mengumpul 30NM. Beliau ulangi lagi malam berikutnya hinggalah beliau berjaya mengumpulkan 600 NM dalam bulan tu saja.

Maka saya tawarkan beliau untuk mengikuti progrem Perkongsian Bijak Cemerlang PBC yang ketika itu diadakan di hotel Putra KL jln Tun Razak pada bulan Jun 2006. Beliau pergi bersama seorang rakan kongsinya yang beliau taja sendiri. Bermula dari situlah beliau bergerak aktif dan berjaya menaja ramai rakannya di Gombak dan Batang Kali. Begitu gigihnya beliau mengedar kopi radix di sekitar Gombak, Selayang dan Petaling Jaya dengan motorsikal Lagenda Z yang dibelinya ketika bekerja sebagai Pembantu Pejabat di sebuah syarikat swasta di Sentul.

Suatu hari Allah uji ketabahannya apabila motisikal yang digunakan untuk mengedar kopi radix itu kena curi ketika beliau berurusniaga di sebuah restoran di Diamond Square Gombak. Maka terbantutlah sikit pergerakannya namun perjuangan mesti diteruskan. Untuk meringankan beban kos sara hidupnya beliau memohon jadi pembantu bilal di Masjid Bt. 4 Gombak dan dibenarkan tinggal dibawah tangga menara masjid berkenaan. Alhamdulillah tidak perlu lagi menyewa rumah yang sebelum ini menyewa rumah flat bersama rakan sebayanya yang masing masing ada pekerjaan tetap. Beliau ditugaskan menjadi muadzin bukan saja untuk solat Maghrib, Isyak dan Subuh malah Sembahyang Jumaat.

Beliau hanya ada masa waktu siang sahaja sekarang untuk terus mengedar kopi radix. Tetapi dengan apa? Motor dah tak ada. Dengan menggunakan basikal racing lama milik saudaranya beliau pinjam untuk mengedar kopi radix. PJM Tuan Hj Khalid selalu menyaksikan dia berpeluh-peluh datang ke HPA Cawangan Gombak dengan basikalnya itu untuk membeli kopi radix untuk diedarkan di kawasan Gombak, Selayang sehinggalah ke Petaling Jaya. Kemudian dengan duit bonus Hpa yang ia terima dapatlah ia membeli sebuah motosikal kapcai bernilai RM200 dan kos baikpulihnya juga RM200 untuk meneruskan kerjayanya sebagai pengedar kopi radix waktu itu. Akhirnya kini beliau telah dapat membeli sebuah motosikal baru Honda Wave 125 berharga lebih RM4,000 hasil titik peluhnya. Perjuangan mesti diteruskan.

Kini beliau tidak lagi menjadi bilal. Beliau menumpukan sepenuh masa dan hatinya untuk mengembangkan jaringannya yang telah bersepah bukan saja di Lembah Klang malah di seluruh Malaysia. Beliau jadikan kelas mingguan di Gombak, Rawang dan Kajang sebagai tempat memotivasikan diri dan setiap kali datang mesti ada saja orang baru yang beliau bawa.

Daripada tak pandai berucap di depan, sekarang pantang bagi mikrofon beliaulah yang akan menghangatkan kelas mingguan di Gombak, Rawang dan Kajang dengan slogan hpa boleh dan nasyid-nasyid pilihan hpa dan juga memberikan motivasi. Dalam progrem PBC di KPA, beliaulah yang ditugaskan sebagai pendemo jika tidak ada sifunya PJE Wak Fauzani dari Klang. Malah dijemput mengisi progrem PBC di tempat lain seperti di Tangkak, Teluk Intan , Raub dan Kota Bharu Kelantan.

Alhamdulillah sekarang beliau telah banyak melahirkan pelapis dan ramai juga rangkaiannya yang telah menjadi stokis. Antaranya ibu kandungnya sendiri Puan Zulliah Ahmad yang sekarang menjadi stokis di Batang Kali, Pak Indera di Labis Johor, Puan Junaidah di Dato Keramat KL, Puan Suzana di Seksyen 7 BBB, Puan Normah Abd Rahim di Kuala Sungai Baru Melaka dan Puan Rohayati Roslan di Tg Karang Selangor.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Shafarul. Teruskan gempur!!!!!!! Barakallah...

Jumaat, November 07, 2008

Agen Stok HPA

Ada 4 kategori agen stok Hpa. Ianya dikenali sebagai Stokis, Pengurus Stokis Daerah, Pusat Jualan dan Pusat Agensi. Dalam meeting PJS sempena PIC untuk PJS di Sg Petani baru telah diputuskan mulai Nov'08, mana-mana pengedar yang nak memohon menjadi Agen Stok mestilah telah mengikuti PBC dan PIC. Manakala agen stok yang sedia ada yang belum mengikuti PBC dan PIC dikehendaki menyertainya bila diberitahu kelak.
Pengedar yang mahu memohon agen stok ini hendak mengisi borang yang disediakan di cawangan dan di fakskan ke HQ.

Kelayakan untuk menjadi stokis jika telah diluluskan hendaklah membuat belian pertama dalam satu invois di mana-mana cawangan berjumlah minima rm5,000.00. Manakala Pengurus Stokis Daerah PSD minima RM15,000.00 , Pusat Jualan minima RM50,000.00 dan Pusat Agensi pula minima RM70,000.00. Stokis dan Pengurus Stokis Daerah boleh beroperasi di rumah manakala Pusat Jualan dan Pusat Agensi mesti ada premis perniagaan dan lesen perniagaan yang sah dari ROB atau ROC dan Majlis Kerajaan Tempatan.

Bonos Agen Stok dibayar oleh HPA berpandukan Laporan Agen Stok yang dihantar oleh agen stok setiap bulan. Biasanya Stokis hantar sebulan sekali. Pengurus Stokis 10 hari sekali. Pusat Jualan dan Pusat Agensi hantar setiap minggu. Stokis dibayar 11%, Pengurus Stokis 13%, Pusat Jualan 15% dan Pusat Agensi 16% dari NM pengedar yang membeli produk dengannya.

Setakat ini di seluruh Malaysia terdapat 12 Pusat Agensi, 30 Pusat Jualan, 141 Pengurus Stokis Daerah dan 1104 Stokis. Senarai Agen Stok ini boleh didapati dalam laman web www.hpa.com.my/senaraistokis.htm.

Selasa, November 04, 2008

Pengarah Jati Setia

Pengarah Jati Setia atau PJS merupakan pangkat eksekutif dikalangan pengedar HPA. Kalau dulu pangkat ini ditawarkan kepada Pengarah Jati keatas yang mempunyai syarat syarat tertentu, kini mereka yang ada syaratnya kena mohon dengan syarikat melalui kelab. Setakat ini hanya ada 3 kelab yang diiktiraf oleh HPA iaitu Kelab Pemimpin Utara atau KPU, Kelab Pemimpin Timur atau KPT dan Kelab Pemimpin Al-Wahida atau KPA.
Antara syarat kelayakan untuk memohon menjadi PJS mulai Nov 2008 ini ialah:
1. Berpangkat Pengarah Jati keatas.
2. Bonus peribadi minima RM3,000 2 bulan berturut-turut
3. Mendapat sokongan dari 3 orang PJS yang bukan dari kumpulannya dan dari 3 zon yg berlainan.
4. PJS yang menyokong hendaklah sudah mempunyai status 3 tahun dari tarikh lantikan.

Diantara kelebihan menjadi PJS pula.

1. Mendapat bonos generasi pangkat sehingga ke generasi ke 10.

2. Mendapat bonus tambahan iaitu 5% daripada NM Syarikat yang akan diberi berpandukan jumlah jaringan yang dia ada. Lagi banyak jaringannya yang aktif lagi besarlah bonus seseorang PJS itu.


Setakat ini dalam KPA dah ada 46 orang PJS. Mereka ialah 1. Pjs Jamaluddin Md Nor. 2. Pjs Zabedah Abdullah. 3. Pjs Meor Johaidi Hamid. 4. Pjs Khalilah Wong Abdullah di Negeri Perak.

5. Pjs Rosmandi Ishak, 6. Pjs Zainal Ahmad. 7. Pjs Hafidzan Faudzi. 8. Pjs Jumani Abdul Salam. 9. Pjs Hj Marjuni Hj. Salleh. 10. Pjs Hj. Ramly Ahmad. 11. Pjs. Mohd Shahir Naim. 12. Pjs Morad bin Abu Bakar. 13. Pjs Tn Hj. Khalid Iskri. 14. Pjs Zailehan Abd. Manaf. 15. Pjs Ahmad Azam Jaafar. 16. Pjs Abdul Yadi Mohd. Said. 17. Pjs Jamaluddin Yeop Majlis. 18. Pjs Habshah Mohd Ariffin. 19. Pjs Mohd Bokhari Salleh. 20. Pjs Norahini Harun. 21. Pjs Nor Haida Rameli. 22. Pjs Abdullah Kadir. 23. Pjs Abdul Razak Musa. 24. Pjs Aznin Ujang di Negeri Selangor.

25. Pjs Norshidah Daud. 26. Pjs Abdullah Abdul Rahim. 27. Pjs Asah bt Ibrahim. 28. Pjs Radiayati Abdul Rahman. 29. Pjs Juita Tahar. 30. Pjs Zamri bin Iberahim. 31. Pjs Zaimah Abdul Kadir dari Wilayah Persekutuan.

32. Pjs Ahmad Shaffik bin Mohamad. 33. Pjs Aminah Sam. 34. Pjs Siti Habibah bt Yusof. 35. Pjs Rogayah Hj. Mohd Zin dari Negeri Sembilan.

36. Pjs Fauziah bt Abu Samah. 37. Pjs Nasimah bt Musa. 38. Pjs Zahirah bt Mohamad dari Negeri Melaka.

39. Pjs Alimah bt Sam. 40. Pjs Mohd Shafie bin Tasiron. 41. Pjs Rahmat Daim. 42. Pjs Rosjulila bt Hussain. 43. Pjs Maslizar bt Mat Seman. 44. Pjs Ruslina bt Hashim. 45. Pjs Evi Shoraiya bt Riduan Yamani. 46. Pjs Nadzifah bt Alias dari Negeri Johor.

Sabtu, Oktober 25, 2008

Pengarah Jati Mahkota

Pengarah Jati Mahkota PJM merupakan pangkat tertinggi di kalangan pengedar HPA. Pangkat ini dianugerahkan oleh Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. Antara syarat untuk mencapai pangkat ini seseorang pengedar itu perlu mempunyai sekurang-kurangnya 6 orang Pengarah Jati dari 6 jaringan yang berbeza. Bermakna setiap 6 jaringan itu mesti ada sekuranganya seorang Pengarah Jati tidak kira di generasi keberapa. Jika ia mempunyai sekurangnya 3000NM bersih dari Pengarah Jati dibawahnya maka ia layak mendapat bonus PJE/PJI/PJM. 5% daripada NMB PJ di Gen 1, 4% daripada NMB PJ di Gen 2, 3% daripada NMB PJ di Gen 3, 2% daripada NMB PJ di Gen 4 dan 1% daripada NMB PJ di Gen 5. NMB PJ dalam jaringannya pula mestilah 3000 NM ke atas.
Setakat ini di Zon Tengah dan Selatan baru ada 4 orang sahaja yang berpangkat Pengarah Jati Mahkota. Mereka ialah:
1. PJS Cikgu Murad bin Abu Bakar dari Kajang Selangor.
Bonus terkini melebihi 50ribu sebulan.
2. PJS Tn Hj. Khalid bin Iskri dari Gombak Selangor.
Bonus terkini melebihi 40ribu sebulan
3. PJS Puan Siti Habibah bt Yusof dari Nilai N9.
Bonus terkini melebihi 30ribu sebulan
4. PJS Ir. Hafidzan Faudzi dari Serdang Selangor.
Bonus terkini melebihi 20ribu sebulan.
Tahniah diucapkan kepada mereka.

Ahad, Oktober 19, 2008

Perlantikan baru Kepimpinan Kelab Pemimpin AlWahida(KPA).

18 Okt 08. Nilai Negeri Sembilan. Satu perjumpaan rasmi PJS didalam zon tengah dan selatan telah berlangsung di Cawangan Nilai Negeri Sembilan. Pengurus Besar En. Mohd. Faisol telah melantik kepimpinan baru PJS di Zon Tengah dan Zon Selatan tanpa bangkangan dari semua PJS yang hadir. Mereka yang dilantik adalah seperti berikut:
  • Presiden: PJS Hafidzan Fauzi
  • Tim. Presiden 1: PJS Rosmandi Ishak
  • Tim. Presiden 2: PJS Rahmat Daim
  • Setiausaha: PJS Zambri Ibrahim
  • Bendahari: PJS Siti Habibah Yusof
  • Ketua Unit Keahlian: PJS Jamaluddin Hj. Yeop Majlis
  • Ketua Unit Kebajikan: PJS Hj. Shahir Naim
  • Ketua Unit Latihan: PJS Rosmandi Ishak
  • Ketua Unit IT & Multimedia: PJS Hj. Ramly Ahmad
  • Ketua Unit JAWI: PJS Fatin
  • Ketua Unit Penerbitan & Siaran: PJS Aznin
  • Wakil Perak 1: PJS Jamaluddin Md Noor
  • Wakil Perak 2: PJS Khalilah Wong
  • Wakil Perak 3: PJS Cikgu Sani
  • Wakil Tengah 1: PJS Zainal Ahmad
  • Wakil Tengah 2: PJS Marjuni
  • Wakil Tengah 3: PJS Azam
  • Wakil Johor 1: PJS Mohd Shafei Tasiron
  • Wakil Johor 2: PJS Maslizar
  • Wakil Melaka: PJS Zahirah bt Mohamad

Isnin, Oktober 13, 2008

HPA mengubah kehidupan saya





Saya menamatkan pengajian di UKM pd tahun 1985. Setelah itu saya melibatkan diri sepenuh masa dengan pertubuhan dakwah yang aktif ketika itu di Sg. Penchala Damansara KL. Walaupun badan dakwah itu diharamkan gerakannya oleh KDN pada 1994 kerana akidah pemimpin utamanya dipertikaikan oleh JAKIM dan menggugat keselamatan negara, saya masih berpegang dengan ajarannya sehinggalah pada tahun 1998 bilamana syarikat yang saya sertai iaitu Karya One Sdn. Bhd. juga dibubarkan gara gara cuba nak menghidupkan semula gerakan badan dakwah yang telah diharamkan itu. Setelah 2 kali saya rasa tertipu, saya mencari kehidupan baru. Saya mengambil keputusan meninggalkan terus pegangan saya dan tidak mahu lagi bergantung kehidupan dengan orang lain.


Saya mahu berdikari walaupun ketika itu saya dah berkeluarga besar. Saya mula berniaga kecil-kecilan. Jadi peniaga bergerak menggunakan kereta lama (ford cortina 1.6 model 1974)peninggalan arwah mertua saya. Saya berniaga buku-buku agama, keset, vcd dan alat-alat ibadah ditempat-tempat ceramah agama dan politik. Waktu itu era reformasi bermula bilamana DSAI dipecat dari kerajaan. Rezeki saya bertambah bilamana banyak ceramah-ceramah reformasi saya ikuti dengan membawa barang dagangan saya. Waktu itulah saya diperkenalkan HPA. Penaja saya ialah Sdr. Tajul Nahar bin Md Ali dari Taman Tun Dr Ismail. Saya rasmi menjadi pengedar HPA pd bulan Disember 1998. Killer produk ketika itu ialah Minyak But But dan juga Kordial Pegaga yang baru diperkenalkan. Teringat lagi waktu itu dalam bulan puasa saya mampu menjual lebih 10 botol sehari kordial pegaga di kaki lima Pasaraya Taman Tun Dr Ismail.


Masuk tahun 2000, HPA ditimpa ujian bilamana ramai leadernya termasuk penaja dan leader utama saya meninggalkan HPA. Ada yang terpengaruh dengan syarikat MLM lain dan ada yang terjebak dengan skim cepat kaya. Saya macam biasa kerana waktu itu HPA bukan perniagaan utama saya lagi. Namun jualan produk HPA saya terus meningkat walaupun bonus sedikit kerana saya tidak menggunakan gerakerja MLM dalam perniagaan saya ketika itu. Tahun 2003 saya mula berjinak dengan kepimpinan HPA di Gombak ketika itu iaitu PJS Tn Hj Khalid Ishkri. Beliaulah yang selalu menyindir saya dengan kata-kata "Mal... Kalau nak berjaya dalam MLM kena hadir meeting. Belum ada lagi mereka yang berjaya dalam MLM tanpa meeting mingguan." Satu lagi kata-katanya yang meransang saya ialah "Dalam MLM ini kalau kita nak berjaya kena jayakan mereka yang nak dijayakan. Jangan buang masa nak menjayakan mereka yang tak mahu. Kena KIV kan dulu mereka yang tak mahu. Cari mereka yang mahu dulu."


Alhamdulillah setelah saya lakukan nasihat ini, pada akhir 2004 bonos saya dah cecah 4 angka. Pada KONVEK 2005 di Dewan Perdana FELDA Kuala Lumpur saya dianugerahkan Pengarah Meranti Terbaik. Selepas KONVEK saya jadi Pengarah Jati dan terus dilantik sebagai Pengarah Jati Setia (PJS). Maka saya pun bertekad meninggalkan perniagaan kaki lima untuk menumpukan sepenuhnya pada perniagaan HPA. Saya mohon jadi Agen Stok. Bermula dari stokis biasa sehinggalah sekarang sebagai Pengurus Stokis Daerah.


Pada KONVEK 2007 di PICC Putrajaya saya telah dianugerahkan pangkat Pengarah Jati Emas (PJE) dan mendapat insentif melancung ke Jogjakarta kerana saya tersenarai dalam Top 50 dikalangan pengedar HPA yang berjaya. Sekarang saya pula bertindak sebagai salah seorang leader HPA di Lembah Klang dan dilantik sebagai Penasihat Komuniti HPA Cawangan Rawang. Klik http://www.kparawang.weebly.com/