Khamis, September 09, 2010

Soal jawab tentang Alkaradix ChloropHyll Drops

/
Alkaradix (Alkalizing) ChloropHyll Drops (ACD)


Apa itu Alkaradix chlorophyll drops(ACD)?
  • ACD ialah satu formulasi saintifik canggih menggunakan alkali konsentrasi tinggi dengan ekstrak chlorophyll untuk mengurangkan keasidan dalam badan.

Apakah fungsi ACD?

  • ACD membantu menyingkirkan keadaan berasid dalam badan.Ianya sangat berkesan meninggikan pH minuman ke tahap pH 8.5 ke atas untuk menurunkan asid.

Kenapa badan kita memerlukan air beralkali?

  • Makanan kita menghasilkan buangan berasid dalam badan yang menjadi punca utama penyakit kronik seperti kegemukan,tekanan darah tinggi, diabetes, sakit jantung , sakit sendi, penyakit kulit tegar, dan juga kanser.

Bagaimana buangan berasid terbentuk dalam badan?

  • Dua perkara berlaku apabila kita makan.Sebahgain dari makanan yang dicernakan akan diserap oleh sel dan yang lain menjadi bahan buangan yang berasid.Jika buangan berasid ini tidak disingkirkan ianya akan merosakkan kesihatan.

Apakah akan terjadi jika badan anda berasid?

  • "Anda akan berpenyakit,lesu dan gemuk dan jika anda tidak gemuk anda akan mati. Apabila rezab alkali berkurangan, dan anda terus membina keadaan berasid dalam badan, badan anda muka menarik galian alkali dari tulang, otot, sendi dan kartilej. Itulah sebabnya orang tua mengecut dan bongkok. Proses koreksi dalaman telah meruntuhkan struktur sendiri dengan mencuri garam galian daripada struktur badan untuk mengalkalikan badan yang berasid," kata Dr Robert Young.

Bagaimana air alkali berfungsi dalam badan?

  • Air alkali tidak boleh mengalkalikan badan secara terus terutama sekali bahagian perut yang sangat berasid dengan pH 4.5. Hidroksid dalam air airkali hanya menaikkan pH pada tahap 0.1 ke pH 4.6 yang akan mengacah sel mengeluarkan asid hidroklorik untuk mengekalkan pH asal 4.5.

Apakah yang seterusnya terjadi?

  • Asid hidroklorik yang baru dihasilkan bertindak dengan hidroksid alkali dan asid karbonik dengan terhasilnya bikarbonit yang menyerap dan mengalir dalam darah membekal benteng alkali dan mengelak darah berasid.

Kenapa benteng alkali penting untuk kesihatan?

  • Apabila darah berasid dineutralkan dengna minuman beralkali , sirkulasi darah meningkat dengan tidak perlunya ubat statin (pencair darah). Ini merupakan satu proses penyembuhan. ACD sangat berfaedah bagi tekanan darah tinggi untuk jangkamasa panjang.

Apakah diantara perkara positif yang berlaku jika bendalir /cecair badan beralkali?


  • "Bila anda beralkali anda cergas dan bertenaga.Apabila anda bertenaga, anda rasa lebih baik dan berfikiran cerdas. Anda mempunyai tenaga berterusan apabila anda beralkali. Manfaat positif badan beralkali ialah kesihatan yang baik, bertenaga, cergas, minda yang jelas dengan penuh vitality," Dr Robert Young.

Adakah CD membantu meningkatkan tahap keberadaan oksigen untuk sel?

  • Ya. Air alkali mempunyai lebih oksigen dengan adanya oksigen yang berpaut dengan hydrogen dalam bentuk OH- . Meminum air beralkali dari ACD meningkatkan nilai purata oksigen dalam darah. Itulah sebabnya ibu mengandung yang mengalami muntah-muntah, dan pendaki gunung mendapat manfaat dari air alkali.

Apakah padahnya jika sel anda kekurangan oksigen?

  • Jika sel mendapat kurang dari 60% oksigen yang diperlukan , ia bertukar menjadi kanser.

Apakah tanda keasidan dalaman?

  • Timbunan asid lemak menjadikan anda gemuk, pembentukan kolesterol berakhir dengan sakit jantung, dan keasidan menrangsang pembentukan batu karang hempedu dan buah pinggang/ ginjal. Ketiga-tiga ini adalah contoh bagaimana buangan berasid diubah menjadi ketulan/pepejal supaya tiada cecair berasid masuk kedalam darah anda.

Apakah diantara penyakit akibat dari keadaan berasid dalam badan?

  • Cengkung mata/mendalam, atritis reumatoid, tekanan darah tinggi, sirkulasi darah dijantung lemah,insomnia, migrain, kegemukan, susah menelan, batu karang, cepat tua, kekurangan daya seks.

Siapakah yang memerlukan ACD?

  • Semua peringkat umur kecuali kanak-kanak bawah 6 tahun keran mereka tidak berasid. Kebanyakan orang dewasa mempunyai buangan berasid dalaman. Hanya sedikit sahaja keasidan membawa padah, lebih lagijika dibiarkan berterusan. ACD membantu mengurangkan keadaan berasid jika diamalkan setiap hari.

Bolehkah orang yang berlebihan berat badan manfaat dari ACD?

  • Kegemukan, seperti kencing manis atau kanser tidak terjadi dalam sehari. Ia menjelma sedikit demi sedikit sehingga menjadi parah. ACD menghalang timbunan lemak berlebihan dengan membuang punca timbunan lemak. Jadi lama kelamaan pengguna ACD semakin lebih sihat dan segar dengan berat badan menurun.

Adakah ACD bermanfaat bagi penghidap diabetes?

  • Karbohidrat yang terlalu diproses yang dimakan seperti nasi,mee, pizza atau kuih-muih dan lain-lain menjadi glukos dalam darah. Glukos berlebihan disimpan sebagai lemak dalam sel menjadikan seseorang gemuk dan mempunyai gula dalam darah. Air alkali yang terhasil oleh ACD mengurangkan buangan asid, dan menurunkan timbunan gula. Oleh itu ACD membantu meredakan diabetes.

Adakah ACD baik untuk pesakit kanser?

  • Sel kanser sangat sukakan kondisi berasid dan tahap oksigen yang rendah. ACD meningkatkan alkali atau mengurangkan buangan berasid sambil meningkatkan tahap oksigen. ACD sudah pasti musuh kepada kanser dan baik untuk penghidap kanser.

Bolehkah faedah mengambil ACD dinikmati segera?

  • ACD bukanlah ubat seperti Panadol melegakan sakit kepala dengan cepat. Semua penyakit kronik terjadi sedikit demi sedikit dalam masa yang lama. ACD berkesan meredakan penyakit kronik dengan menurunkan kadar buangan berasid dalam badan yang menjadi salah satu punca penyakit kronik. Teruskan memakan ubat dan suplimen anda, dan ACD akan membantu usaha menjadi lebih berkesan dan mujarab, Insyallah.

Apakah kesan sampingan menggunakan ACD?

  • Sejak bertahun air alkali konsentrasi tinggi digunakan untuk membuang asid. Belum pernah ada terdapat kesan sampingan seperti yang berlaku kepada ubat. Bagaimanapum, seperti pemakanan kesihatan yang mengubah keadaan dalaman yang menyebabkan, kemungkinan berlaku kesan penawar tetap ada dalam proses mengeluarkan penyakit. Tetapi kebanyakannya tidak lah berat hingga kesakitan.

Apakah krisis penyembuhan yang terjadi apabila ACD digunakan?

  • 3 manfaat terdapat dalam menggunakan ACD:
  1. Rehidrasi. Peningkatan kelembapan dalaman hasil dari sirkulasi cecair yang lebih baik menghilangkan kekeringan dalaman
  2. Oksigenasi. Peningkatan keberadaan oksigen dalam sel dari ACD
  3. Pengalkalian. Terjadinya buffer alkali dalam darah bagi mengelak keasidan yang membahayakan.Dalam proses pengurangan keasidan, detoksifikasi, dan pembinaan kesihatan hasil dari rehidrasi, oksigenasi dan pembuangan asid akan kadang-kadang terjadi kekeringan tekak, pening kepala, sembelit, kencing banyak, dan mungkin juga timbul gatal kulit dan sebagainya. Semua ini hanya sementara semasa proses pembetulan.

Bagaimana ACD digunakan?

  1. Gunakan 1-2 titis dalam segelas minuman air, teh atau jus
  2. Jika dicampur dalam botol, goncangkan botol dahulu
  3. Jika ACD terkena kulit, basuh dengan air segera walaupun tak akan melecur
  4. ACD boleh dibawa kemana-mana dan digunakan setiap kali anda meminum

free hit counters
free hit counters

Rabu, September 08, 2010

Pandangan Pakar Mengenai Keasidan Dalam Tubuh.

/

1. Doktor di Jepun telah membuat kajian manfaat mengalkalikan saluran darah dan mendapatinya berkesan melawan penyakit kronik.

2. Dr Alexis Carrel, pemenang hadiah Nobel tahun 1912 berkata,"Rahsia kepada kehidupan ialah dengan memberi makan menyuburkan sel dan membiarkannya menyahkan bahan buangan toksin".

3. Dr Otto Warburg, pemenang dua kali hadiah Nobel tahun 1931 & 1944 berkata "Jika persekitaran dalaman kita bertukar dari keadaan berasid dan kekurangan oksigen kepada persekitaran beralkali dan kaya dengan oksigen, virus, bakteria dan kulat tidak boleh hidup".

Kanser jantung tidak wujud sebab darah yang mengalir dari paru-paru ke jantung mempunyai pH tertinggi dengan kandungan oksigen yang tinggi dari bahagian badan lain.Apabila darah mengalir melalui paru-paru, asid bertoksin akan disingkirkan dari sistem, dan oksigen akan menyerap masuk.

4. Dr Keiichi Morishta, dalam bukunya, "The Hidden Truth of Cancer", menulis jika darah membina bahan buangan berasid berlebihan, didalam persekitaran berasid tahun demi tahun, peningkatan kadar asid yang berterusan menyebabkan sel mewujudkan wadah bagi pertumbuhan kanser."

5. Herman Aihara menulis dalam bukunya, "Acid & Alkaline", jika kondisi cecair sekeliling sel, terutama sekali darah, menjadi berasid, kondisi dalaman kita akan menjelmakan kesihatan dan keperitan seperti pening kepala, sakit dada, sakit perut dan sebagainya.

6. Dr Kancho Kuninaka, salah satu dari pakar air alkali di Jepun mengatakan,"....semestinya tanpa kecuali, pesakit tekanan darah tinggi mempunyai kondisi keasidan".

7. Mc Cabe, berkata apabila kepekatan oksigen dalam darah menurun dibawah paras 60%, kondisi menjadi amat sesuai untuk terjadinya kanser.

8. Sandra Goodman PhD, Germanium, The Health and Life Enhancer berkata "Kekurangan oksigen dan paras asid yang tinggi selalu wujud bersama.Apabila berlaku kekurangan oksigen, kehilangan elektron boleh diakhiri dengan timbunan ion hidrogen positif, yang membawa kepada pengasidan darah."



free hit counters
free hit counters

Selasa, September 07, 2010

Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhari - Tokoh Usahawan Melayu

/
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari

Pendidikan - tingkatan 5 (tidak sempat untuk mengambil peperiksaan kerana tiada duit utk membayar yuran menyebabkan beliau kini berusaha membantu pelajar-pelajar kurang berkemampuan untuk mendapat peluang pelajaran melalui Yayasan Al-Bukhari.)

Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Nilai dirinya -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
Kereta - Proton Perdana

Sumbangan sosial -Yayasan Al-Bukhary, institusi pengajian untuk 3,000 pelajar, Muzium Kesenian Islam, Kompleks Al-Bukhary, menaja kelas tuisyen untuk pelajar Melayu, pengindahan Masjid Negara, sumbangan RM1 juta untuk Tabung Tsunami dan menaja setiap tahun penghantaran rakyat Malaysia yang tak mampu untuk tunaikan haji.

Bagaimana sumbangan sosialnya bermula - Bila mana ibunya menyuruh memberikan sebahagian elaun (RM750.00) pertamanya sebagai pengarah syarikat beras kepada jiran yang susah. Sebahagian lagi (RM750.00) ibunya simpan. Selain itu, ibunya juga menyuruh beliau menghantar lampu kerosen ke surau-surau untuk menerangi kegiatan sepanjang malam bulan Ramadhan. Dari situ bermulalah pembentukan peribadi dan pemikiran Syed Mokhtar yang kita kenali hari ini.

1. Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2. (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi masalahnya kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3. Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama sahaja. Proses kematangan saya yang membezakannya. Saya percaya sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa. Tiada jalan singkat.

4. Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya. Apa yang tidak mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan. Saya melalui jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5. Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka. Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6. Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok. Kita kena maju.

7. Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8. Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9. Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10. Saya pun suka kemewahan. Saya pun suka tengok dunia, ke Tokyo, New York dan London. Saya pun suka pakai baju elok. Tapi kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana, hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana ?


11. Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12. Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah, tengok mana-mana yang boleh dibantu. Allah beri rezeki melalui kita untuk kita tolong orang lain. Rezeki itu bila-bila masa dia boleh ambil balik. Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke bawah mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13. Korporat Cina turun ke bawah membantu. Orang Cina ada pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah. Orang Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai diri. Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka
marah

14.Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan ummah. Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting. Pangkat dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17. Saya sedih media tonjolkan saya begini. Saya malu kerana orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang malam. Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita perlu berusaha

18. Saya asal daripada tidak ada apa-apa. Apa yang saya tidak tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya bukannya mencuri. Saya usaha sendiri. Sikap pemalas dan pemalu ini yang orang Melayu kena atasi. Kita kena berani kerana benar. Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19. Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri. Kaya itu adalah kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang ramai. Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20. Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak dan isteri. Duit ini tidak akan kekal. Saya percaya hanya perkara yang baik yang kita lakukakan akan kekal. Bukan duit yang akan melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21. Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing. Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22. Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu. Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu semua. Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi, siapa pun tak ata apa. Ini masalah orang Melayu. Di kampung orang Melayu berpecah kerana politik, di bandar berpecah kerana ini (wang).

23. Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan untuk saya tetapi untuk orang ramai juga. Orang tidak tahu banyak syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24. Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20 juta dalam tangan baru hidup boleh selamat. Ini yang menyebabkan mereka hanyut daripada menolong orang lain. Mereka lebih takutkan diri sendiri. Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25. Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam dan membayarnya semula. Ada cara boleh kita buat.

Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab. Banyak orang mahu senang tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26. (perasaan setiap kali mendapat rezeki). Saya ini kata orang Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok. Tapi saya tahu hal-hal asas. Kalau mahu saya minta terus dari tuhan. Tuhan beri manusia akal dan fikiran. Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan
badan.

27. Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab (bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah). Kalau hendak dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa. Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28. Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain boleh berkongsi sama.

29. Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan. Saya pun sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak boleh lupa kubur kita dan asal usul kita. Di kampung kita mungkin ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.

30. .....kalau tidak mungkin saya sudah ke Haatyai dan jadi bakal. Saya manusia yang banyak buat kesilapan. Tetapi saya insaf, beristighfar dan jalan lagi. Sejak awal saya ada kesedaran mahu mengekalkan hak kita sebagai orang Melayu.

31. Saya kata kepada diri sendiri kalau kerana itu saya terpaksa bersusah sedikit pun tidak mengapa.

32. Kekayaan ini tuhan beri kepada saya untuk saya menolong orang lain pula. Saya percaya kepada keberkatan rezeki. Hari ini kita tolong orang, esok lusa orang akan tolong kita pula dengan cara yang
lain.

33. Kalaupun tidak sanggup tunggu 34 tahun seperti saya berilah sedikit masa untuk faham selok belok perniagaan, Insya Allah boleh maju.


34. Kita jangan cepat putus asa. Putus asa boleh tapi kena cepat-cepat kuatkan semula semangat untuk bangkit balik. Jangan jadikan agama hanya satu tempat untuk kita bergantung apabila kita susah. Tanggungjawab ibadah adalah tugas seharian.

35. Lifestyle ? Saya tidak ada lifestyle yang kena masuk kelab sana dan sini. Tapi tak semestinya saya tidak boleh turun ke kelab.Orang Melayu kalau hendak ke depan mesti ada cara hidup yang fleksibel, boleh naik dan turun.

36. Lifestyle ini sebenarnya satu penyakit. Saya biasa pakai Mercedes tapi sekarang saya pakai Proton Perdana untuk sokong kereta nasional. Kereta itu pun cukup untuk bawa saya ke mana-mana.

37. Tiada sebab orang kenapa Melayu tidak boleh maju. Ini saya berani perang dengan sesiapa pun. Orang Melayu boleh maju. Kalau saudara jadi wartawan saudara kena tanam semangat suatu hari nanti mahu ambil alih akhbar ini. Tidak ada sebab kenapa ia tidak boleh berlaku.

38. Kejayaan dan kelemahan orang Melayu bukan disebabkan oleh bangsa kita dan agama kita. Ia berkait dengan sikap dan cara kita berfikir. Gigih, tekun dan tidak mudah putus asa merupakan kunci kejayaan kita. Tapi perkara ini kurang wujud dalam cara orang Melayu berfikir.


39. Tuhan memberi peluang kepada siapa saja yang bekerja kuat. Apa yang ada pada saya ini hanya usaha. Kalau anak dangau macam saya boleh, tidak ada sebab orang lain terutama mereka yang dari pekan tidak boleh.

40. Kita tidak usahlah selalu mengulang-ulang perkara yang boleh memberikan kesan psikologi negatif kepada orang Melayu (kereta dan rumah besar. Kita kena kurangkan bercakap tentang kereta besar dan rumah besar. Sesiapa pun mahu pakai kereta mewah tapi bukan itu matlamatnya.

41. Orang Melayu sebenarnya kena membantu diri sendiri, kena bekerja keras dan fokus.

42. Sikap merendah diri perlu sentiasa ada dalam diri seseorang walau setinggi mana pun kejayaan dicapai.

43. Apa yang saya buat ini (kerja-kerja sosial) semuanya bermula daripada didikan orang tua saya sendiri.

44. Saya sendiri berhutang sambil berniaga dan buat sumbangan amal jariah. Saya tak mahu tunggu hutang habis baru hendak buat semua ini. Saya takut kalau hutang habis saya pun mati dan apa pun tak sempat saya buat.

45. Saya biasa saja. Hidup saya tidak berubah, dari dulu beginilah. Saya terima apa saja nikmat yang diberikan oleh Allah. Tidak ada segelas air, ada setengah gelas pun saya bersyukur.

46. Kalau kerana sedikit bantuan itu mereka lulus peperiksaan dan hidup mereka menjadi lebih baik, saya sudah gembira. Saya tidak boleh buat banyak. Alhamdulillah, lebih baik buat sedikit daripada tidak buat langsung.

47. Saya tiada minat untuk beli kapal layar atau kapal terbang. Saya fikir kalau saya beli sesuatu biarlah orang ramai boleh pakai. Saya suka kalau saya beli sesuatu yang mahal, biarlah orang ramai boleh pakai.

48. Saya gembira dapat membantu. Saya mahu orang lain merasai (kesenangan) apa yang saya pernah rasa. Saya tahu bagaimana perasaanya. Saya kata kepada diri saya, apa yang saya dapat saya mesti beri orang lain merasainya sama. Jangan beri kurang, lebih tak mengapa. Itu yang membuat hati saya seronok.

49. Saya rasa saya ingin menyumbang lebih daripada ini. Saya kata kepada kawan-kawan ini baru warm-up saja; kita belum berjalan lagi. Saya rasa kita terlalu banyak ketinggalan

Jumaat, September 03, 2010

Minuman Herba HIRTA (Pokok Ara Tanah)

/

Minuman Herba Hirta



Pokok Ara Tanah

Keterangan Produk

1. Minuman ini dihasilkan daripada pokok Ara Tanah yang telah dikeringkan.

2. Ekstrak daripada herba ini dapat membantu mengubati asma/athma, batuk, radang saluran pernafasan, bronchitis (bengkak pada tiub kerongkong), seriawan mulut, diuretik (kumuhkan air kencing), mencuci perut/usus, muntah, sembelit, batu karang, cirit birit dan mengeluarkan kahak.

3. Anti radang, anti depressant (untuk tekanan darah), anti hipertensi, antioksidan, anti pruritic (menghilangkan gatal), anti kekejangan

4. Bersifat astringen, boleh mengecutkan tisu kulit. Oleh itu, baik untuk rawatan bisul dan bengkak.

5. Boleh menggalakkan perkumuhan air kencing.


Ia adalah satu lagi herba yang dapat membantu dalam merawat penyakit seperti berikut:

1. ASMA

2. BATUK

3. RADANG SALURAN PERNAFASAN

4. BRONCHITIS (BENGKAK PADA TIUB DIKERONGKONG)

5. SERIAWAN MULUT

6. DEURETIC ( MEMBANYAKKAN AIR KENCING-KUMUH)

7. MENCUCI PERUT/USUS

8. MUNTAH

9. SEMBELIT

10. BATU KARANG

11. CIRIT-BIRIT

12. KELUARKAN KAHAK

Selain yang terdapat dalam senarai di atas, herba ini juga mempunyai keistimewaan untuk ANTI RADANG, ANTI DEPRESSANT (UNTUK TEKANAN DARAH), ANTI HIPERTENSI, ANTIOKSIDAN, ANTI PRURITIC (MENGHILANGKAN GATAL) dan ANTI KEKEJANGAN.

Untuk rawatan bisul, herba ini juga berkesan untuk mengecutkan ia kerana herba ini bersifat Astringent iaitu boleh mengecutkan tisu kulit.


free hit counters
free hit counters