Isnin, Jun 28, 2010

PENGEDAR TERBAIK DIBAWAH JARINGAN JAMALMAJLIS


Tahniah kepada 13 pengedar dibawah jaringan saya yang terdiri dari Pengarah Jati keatas yang mendapat bonus melebihi satu ribu. Susunan dibawah mengikut senarai bonus tertinggi bulan MEI 2010.

1. 260659.MY01 PJS ABDULLAH KADIR
2. 152174.MY01 PJS JALALUDDIN YEOP MAJLIS
3. 238247.MY01 PJE ZAHARAH BT YUSOF
4. 275393.MY01 PJE MOHD SHAFARUL NIZAM BIN MOHD IDRIS
5. 262315.MY01 PJ KHADIJAH BT JAAFAR
6. 314951.MY01 PJ MAIMUNAH BT PAWANTEH
7. 262317.MY01 PJ SHAIFUL ANITA BT ABDULLAH
8. 261902.MY01 PJ RUHANI BT ISMAIL
9. 437796.MY01 PJ US MUHTARUDDIN BIN NGAH JAMALUDDIN
10. 258521.MY01 PJ MOHD ASRI BIN SULAIMAN
11. 239149.MY01 PJ AHMAD JAPRIDIN BIN ZULKURNAIN
12. 281272.MY01 PJ ZULLIAH BT AHMAD
13. 299737.MY01 PJ RUDIAH BT ZAKARIA.

free hit counters

Rabu, Jun 23, 2010

OBESITI & PERAWATAN HERBA


Obesiti adalah satu keadaan yang mana seseorang itu mempunyai berat badan berlebihan dan tidak terkawal. Obesiti meningkatkan risiko mendapat penyakit kronik. Secara amnya, obesiti disebabkan oleh pengumpulan lemak berlebihan pada tisu adipos bahagian tubuh sehingga menjejaskan tahap kesihatan.


Satu kajian yang dibuat oleh AC Nielson, mendapati bahawa budaya mengambil makanan segera dalam kehidupan harian telah menyumbang kepada masalah ini. Di Malaysia, 59% rakyatnya makan sekurang-kurangnya sekali seminggu di restoran makanan segera dan waktu yang paling digemari ialah makan malam, manakala 71% sanggup membeli makanan segera untuk sarapan pagi.


Kebanyakan makanan segera yang dijual selalunya jenis makanan yang sudah diproses dan mengandungi kadar garam yang tinggi, gula, lemak dan juga perasa, termasuk monosodium glutamate (MSG). Makanan ini juga biasanya digoreng dengan minyak yang telah digunakan berulang kali, yang mana tidak baik untuk kesihatan kerana ia mengandungi banyak ‘trans fat’. Trans fat dihasilkan apabila pengeluar minyak masak menambah hidrogen ke dalam minyak sayuran – satu proses yang disebut penghidrogenan. Proses ini memanjangkan tarikh luput minyak dan mengekalkan bau makanan. Trans fat seperti juga lemak tepu dan kolestrol, meningkatkan kadar LDL (low density lipoprotein) atau kolestrol yang jahat.


Menurut kajian terbaru Kementerian Kesihatan Malaysia, 25% rakyat Malaysia mengalami obesiti, peratus tertinggi di Asia. Statistik menunjukkan kadar obesiti di Malaysia meningkat dengan cepat. Data menunjukkan obesiti meningkat mengikut umur iaitu 6.6% di kalangan berumur 6 tahun, naik kepada 13.8% bagi mereka berumur 10 tahun. Perbezaan antara etnik juga berlaku terutama di kalangan kanak-kanak lelaki dengan 16.8% kanak-kanak Melayu mengalami obesiti berbanding 11% kanak-kanak Cina dan India.

BAGAIMANA MENGUKUR OBESITI

Indeks Jisim Tubuh (IJM) adalah satu penunjuk pengukuran berat badan bagi menentukan tahap risiko kesihatan.

IJM = Berat badan (kg) / Tinggi (m) / Tinggi (m)

Klasisifikasi WHO untuk berat badan orang dewasa berdasarkan IJT:

Kelasifikasi

IJT (kg/m2)

Risiko Penyakit

Kurang berat badan

<18.5

Rendah

Normal

18.5 ~ 24.9

Biasa

Berat badan berlebihan

>25.0


Pra obesiti

25.0 ~ 29.9

Agak tinggi

Obesiti kelas 1

30.0 ~ 34.9

Sederhana

Obesiti kelas 2

35.0 ~ 39.9

Tinggi

Obesiti kelas 3

>40.0

Terlalu tinggi

GEJALA OBESITI

  1. Tubuh menjadi tidak menarik (gemuk).
  2. Sesak nafas bila melakukan aktiviti.
  3. Sakit sendi.
  4. Fatty liver.
  5. Mati pada tahap muda.

PENYAKIT AKIBAT OBESITI

  1. Penyakit jantung.
  2. Tekanan darah tinggi.
  3. Osteoartritis.
  4. Kencing manis.
  5. Barah.

PERAWATAN HERBA HPA

Dalam usaha untuk mengatasi masalah obesiti ini, beberapa langkah perlu diambil oleh mereka yang menghadapi masalah ini seperti:

  1. Merawat sistem hati dengan pengamalan D’Det.

D’Tork mengandungi ramuan 28 herba pahit yang diperkayakan dengan spirulina, mampu menembusi meridian hati dan memperbaiki organ-organ di dalam sistemnya.

  1. Menghalang pembentukan lemak yang baru dengan mengambil Stoma-K.

Stoma-K mengandungi HCA yang berfungsi untuk menghalang pembentukan lemak yang baru dan mengurangi rasa lapar.

  1. Membuang lemak melalui ikatan Kitosan dan Stoma-K.

  1. Menambahkan serat melalui Teh Herba / Teh Asiatica dan Spirulina.

Serat membantu untuk menyerap lemak, kolestrol, gula dan air yang berlebihan di dalam usus dan melawaskan pembuangan tinja.

5. Mengamalkan Kopi Radix terutama waktu pagi.



free hit counters

free hit counters

Selasa, Jun 22, 2010

MAJLIS PERASMIAN MELAKA HALAL HUB

Posted by ADMIN_KPA2U Tuesday, June 22, 2010












































Alhamdulillah, pada 21 Jun 2010 adalah satu detik bersejarah bagi semua pengedar HPA. Halal Hub Melaka di Serkam diterajui oleh HPA Industries Sdn. Bhd (anchor) yang akan menaungi 150 IKS negeri Melaka.

Perasmian Halal Hub Melaka dan HPA Halal Mart serta logo MHH telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Mohd. Ali Mohd. Rustam (Ketua Menteri Melaka). Halal Hub Melaka adalah merupakan Halal Hub Pertama di Malaysia. Seramai 500 tetamu turut hadir dari pelbagai jabatan kerajaan termasuk PJS-PJS dan pengedar HPA seluruh negara.

Turut hadir Pengarah Urusan HPA, Tn. Hj. Ismail, PU2 - Tn. Hj. Fisal dan GM-GM terdiri drp En. Rosli, En. Abd. Ghani, Pn. Rashidah dan lain-lain.

En. Zainal Abu iaitu Pengarah Eksekutif Perbadanan Kerajaan Negeri Melaka mengucapkan tahniah dan ucapan terima kasih kepada warga HPA yang menyahut seruan kerajaan sama-sama menerajui indutri halal negara di mana urusniaga produk halal dunia bernilai USD 3 billion.

free hit counters

Isnin, Jun 07, 2010

Hari-Hari Kena Demonstrasi Terhadap YAHUDI

/
Artikel dari blog Us. Pahrol Md Joui

Setelah pulang daripada demonstrasi anti-Yahudi, seorang Pak Cik berbual dengan saya sewaktu sama-sama menunggu giliran mendapat rawatan di sebuah klinik.


“Puas hati. Kami dah bakar bendera Israel. Hancur luluh dibuatnya. Gambar PM Israel pun banyak yang kami robek-robekkan. Kalaulah tidak mengenangkan undang-undang, kami dah bakar kedutaan Amerika. Tapi kami masih rasional.”


Saya mengangguk-angguk kepala sahaja.

“Tel Aviv akan bergegar minggu ini dengan demonstrasi oleh seluruh dunia Islam. Dijangka banyak lagi siri demonstrasi akan diatur minggu hadapan. Awak jangan lepas peluang.”
Saya mengangguk kepala. Mungkin kerana demam, saya banyak diam. Lagipun saya telah berjanji pada diri, dalam berinteraksi perlu menjadi pendengar.


“Eh, awak tidak ada respons langsung. Baru demam sikit… janganlah begitu. Rakyat Palestin dibom, ditembak dan disekat bekalan makanan dan keperluan. Itu lagi teruk.”

Kali ini saya senyum. Saya bersuara perlahan, “saya sokong tindakan Pak Cik dan demonstrasi menyatakan pendirian kita menentang kekejaman Yahudi.”
“Bagus. Suara saya serak melaungkan takbir semalam. Dada ni sakit-sakit sejak akhir ni.”
“Kenapa Pak Cik?”
“Rokok dik. Semuanya fasal rokok ni.”
“Pak Cik hisap rokok apa?” saya mula teruja untuk berbual.
“Masih Winston. Dah sebati sejak dulu.”
Winston from America? bisik saya perlahan.
Kali ini Pak Cik tu pula mengangguk-angguk.

“Sakit-sakit Pak cik pun masih kuat berdemonstrasi. Apa pandangan adik tentang demonstrasi ini?” kilasnya mengalih arah perbualan.
“Ada langkah yang lebih utama dan pertama daripada itu,” tegas saya.
“Apa dia?”
“Solat Subuh berjemaah.”

“Kita cakap bab jihad, awak bercakap bab ibadat.” Muka pak Cik itu mula memerah. Tangannya mula digenggam.
“Jihad dan ibadat tidak terpisah. Bahkan ibadat itulah yang akan membangunkan roh jihad yang sejati.”
“Kita mesti sanggup memikul senjata.”
“Betul. Tetapi kuakkan dulu selimut menutup umat yang masih tidur menjelang Subuh.”
“Saya tak faham.”

“Pak Cik, Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”


“Jadi?”


“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Hampir terlupa saya pada janji diri untuk lebih mendengar. Saya menarik nafas panjang. Kembali merenung Pak Cik tersebut dengan senyuman.

“Awak rasa bakar bendera Israel tak perlu? Mana kemarahan awak?”
“Bakar bendera Israel boleh saja. Ayuh, bakarlah. Tetapi jangan membakar rokok Amerika dan sekutu Yahudi yang lain lebih perlu. Cukup kalau sebulan sahaja umat Islam berhenti merokok, mungkin jumlahnya sudah berjuta-juta ringgit. Dan wang yang terkumpul itu hantarkan ke misi bantuan kemanusiaan ke Gaza!”


“Awak sindir saya?”

“Pak Cik, saya tidak menyindir. Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”
“Saya dah bertindak. Saya dah demonstrasi!”


Lagi-lagi ke situ fikirnya.


“Pak Cik, dalam Al Quran, Allah tegaskan orang Yahudi itu tidak akan redha selagi kita umat Islam tidak mengikut cara hidup mereka.”
“Siapa kata kita ikut cara hidup mereka?”

“Pak Cik, lihat betul-betul. Apakah masyarakat kita telah bangunkan cara hidup Islam?”
“Kita orang Islam. Cara hidup kita mesti Islam.”
“Tidak Pak Cik. Ramai umat Islam yang tidak amalkan cara hidup cara Islam.”


“Contoh?”

“Dedah aurat, pergaulan bebas, riba, judi, arak, tinggal solat, budaya hedonisme dan dualisme masih berakar umbi dalam masyarakat kita. Lihat sahaja unsur tahyul, mistik, seks bebas dan gosip yang mendominasi media-media umat Islam. Tidak ikut cara hidup Islam bererti terperangkap dengan cara hidup isme kapitalis, sosialis mahupun liberalis.”

Pak Cik itu terkejut sedikit, lantas menyampuk, “mana Yahudinya. Awak kata Yahudi, tapi yang awak sebut golongan hedonis, liberalis, kapitalis dan sosialis?”
“Ketiga-tiga isme itu sama.”
“Sama?”
“Kesemuanya dicipta oleh golongan yang sama… ZionisYahudi!”
“Jadi demonstrasi ini tidak berfaedah?”

Saya menggeleng-gelengkan kepala perlahan.
“Ada faedahnya. Tetapi ia bermusim dan agak bersifat agak artifisial. Kita perlu agenda yang konsisten dan ‘genuine’.”


“Misalnya?”

“Ajak orang Islam serius solat lima waktu dengan penghayatannya sehingga dengan solat itu mampu meninggalkan kejahatan dan kemungkaran.”

“Lagi?”

“Tinggalkan riba, judi, arak dalam kehidupan umat Islam. Wanita Islam didakwah dan ditarbiah secara berhikmah untuk menutup aurat dalam ertikata sebenar dan tinggalkan pergaulan bebas!”


“lagi?”

“Pak Cik, cara hidup Islam itu terlalu banyak. Dengan mengamalkannya satu persatu kita boleh ‘berdemonstrasi hari-hari’ terhadap atas Yahudi. Bila kita boikot cara hidup berseronok-seronok yakni hedonisme, ertinya kita boikot cara hidup Yahudi yang disalurkan melalui dalang-dalang mereka di Holywood.”


“Idola Amerika?”

“Ya. Juga idola kita yang meniru persis mereka. Bangsa yang leka berhibur akan mudah dijajah.”

Pak Cik itu batuk-batuk.
Saya urut belakangnya.
“Dah lama Pak Cik batuk? Berhentilah atau kurangkan perlahan-lahan ya Pak Cik?” kata saya seakan-akan merayu.
“Semangat Pak Cik kuat, saya doakan Pak Cik berjaya. Amin.”
“Tak terfikir pula saya begitu jauh kita dibius oleh cara hidup musuh yang kita benci.”


“Kadang-kadang musuh ketawa melihat kemarahan kita.

Bangunkan remaja kita untuk solat subuh berjemaah, Yahudi akan sakit hati.

Tutup aurat remaja perempuan kita, Yahudi akan sakit hati.

Tinggalkan riba, judi, arak, pergaulan bebas, insya-Allah, Yahudi akan gigit jari.”

“Tetapi kalau cara hidup kita mengikut telunjuk jari mereka, Zionis akan ketawa sekalipun berlambak-lambak bendera mereka kita dibakar. Jeritan Allah hu Akbar dalam demonstrasi itu baik, bersemangat tetapi ucapan takbir dalam solat lima waktu lebih besar maknanya. Apakah Allah akan nilai laungan Allah hu Akbar daripada umat yang tidak solat? “

“Eh, kami yang demonstrasi semua solat…”
“Bukan itu maksud saya. Tetapi seluruh umat Islam ini. Saya risau kerana ada kajian menunjukkan 80% umat Islam sudah tidak solat. Itu yang tidak solat langsung. Bayangkan pula yang solat tanpa ilmu, tanpa penghayatan dan tanpa khusyuk? Jadi berapa kerat umat ini yang benar-benar kompeten menghadapi Zionis dalam erti kata sebenar?”

Giliran Pak Cik itu tiba. Dia melangkah perlahan menuju bilik rawatan. Ditinggalkan sendirian begitu, saya lontarkan pandangan ke luar klinik. Terus merenung dan berfikir. Masih terbayang wajah pemimpin-pemimpin dan para pengikut yang ramai dalam demonstrasi seperti yang dipaparkan di dada akhbar dan di kaca televisyen. Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi?

Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”


Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?


free hit counters
free hit counters