Sabtu, Mei 23, 2009
Dulu ketagih rokok kini ketagih kopi radix - En Zulkifli Zainal
En Zulkifli Zainal dari Batang Kali merupakan perokok tegar sebelum ini. Menurutnya beliau pernah merokok sebanyak 40 batang sehari. Niat nak berhenti merokok telah lama ada. Tetapi belum berjumpa dengan penawarnya lagi. Berbagai produk telah dicuba namun belum ada keserasian. Masih nak merokok juga. Sehinggalah pada suatu hari beliau diperkenalkan kopi radix oleh Saudara Mohd Shafarul Nizam yang berkebetulan memang berniat nak menajanya menjadi ahli HPA. Walaupun menolak menjadi ahli HPA tetapi membeli produk kopi radix. Akhirnya bila merasakan minum kopi radix ada kelainan rasa ditekaknya, beliau mencari semula Mohd Shafarul Nizam untuk menjadi ahli. Katanya ia nak menukarkan minuman dirumahnya kepada kopi radix sahaja termasuk keluarganya.
Akhirnya setelah beberapa bulan beliau mengamalkan kopi radix, beliau dapat mengurangkan pengambilan rokok dari 40 batang kepada 20 batang. Bila merasakan ada keserasian dengan mengamalkan kopi radix ini boleh mengurangkan pengambilan rokok yang diidam-idamkan selama ini, beliau berniat nak berhenti merokok sepenuhnya. Bila ada rasa nak merokok sahaja, beliau membancuh kopi radix yang pekat, katanya 1 cawan biasa tu 2 sachet. Begitulah seterusnya sehingga tu pernah minum 6 cawan sehari bermakna 12 sachet sehari. Alhamdulillah dengan izin Allah dengan niatnya yang murni hendak berhenti merokok, kini beliau tidak lagi merokok walaupun sebatang.
DULU KETAGIH ROKOK KINI KETAGIH KOPI RADIX PULA KATANYA.
Lalu saya sambut
KETAGIH KOPI RADIX MENYIHATKAN BADAN TETAPI KETAGIH ROKOK MEROSAKKAN BADAN. TERUSKAN. BARAKALLAH.
Kepada mereka yang ingin berkongsi pengalaman dengan En Zulkifli yang boleh meninggalkan ketagihan merokok setelah mengamalkan kopi radix, bolehlah menghubunginya di talian 017-2477095
Jumaat, Mei 22, 2009
Pak Man Cendol Pulut dapat tawaran UMRAH tajaan HPA ILHAM HOLIDAYS
Tahniah kepada En Othman bin Yusof atau lebih dikenali dengan PAK MAN CENDOL PULUT di Rasa Hulu Selangor yang akan belepas ke Mekah pada 27 Mei ini bersama 75 rombongan dari HPA ILHAM HOLIDAYS. Pak Man mendapat tawaran spontan dari Tn Hj Ismail Pengarah Urusan HPA ketika Tn Hj bersama rombongan yang singgah ke gerai Pak Man di tepi jalan di Rasa selepas upacara perasmian Cawangan Masjid Kuala Kubu Baru baru-baru ini.
Tn Hj Ismail telah mengenali Pak Man sejak ia menyertai HPA pada awal 1998 lagi. Kelebihan Pak Man ini ia sentiasa memperkenalkan HPA kepada pelanggannya sejak ia mendirikan gerai Cendol Pulut di tepi jalan Rasa pada tahun 2000 lagi. Pak Man sangat setia dengan HPA sejak awal 1998 walaupun tidak berpangkat dan mendapat bonus kurang dari RM50 sebulan dari dulu sampai sekarang. Tugasnya promosi HPA di gerainya. Berbagai-bagai risalah tentang HPA disediakan di gerainya termasuk banner dan poster. Semua bahan ini disediakan sendiri. Ini yang mengkagumkan rombongan Tn Hj Ismail termasuk Pengurus HPA Ilham Holidays En Jefry lalu dengan spontan Tn Hj Ismail menawarkan pada Pak Man samada nak pergi HAJI atau UMRAH. Pak Man kata dapat pergi Umrah pun jadilah dulu. Lalu Tn Hj terus minta En Jefry mendaftarkan untuk pergi bersama rombongan Umrah HPA Holidays pada hujung bulan ini bersama 75 ahli rombongan.
Semuanya ini Pak Man ceritakan pada saya pada keesokannya yang kebetulan saya pula singgah di gerainya. Pak Man menceritakan kisahnya bersama Tn Hj Ismail sejak 1998. Pak Man ini pantang dengar Tn Hj Ismail turun ke Selangor. Kalau tahu saja mesti pergi. Kalau ada peluang berjumpa dan ajak Tn Hj datang ke rumahnya di Perkampungan Darul Atiq di Rasa Hulu Selangor. Alhamdulillah Tn Hj pernah menerima jemputan kerumahnya pada tahun 1998 selepas menghadiri KONVEK kali pertama di UNITEN Bangi. Tn Hj datang bersama Tn Hj Fisal dan En Faisol. Gambar mereka bersama saya, Pak Man besarkan dan letak di gerai Pak Man. Pak Man jamu mereka makan masakan kampung dibawah pokok buluh tu sambil menunjuk rumpunan pokok buluh di belakang gerainya pada saya..
Jumaat, Mei 08, 2009
14 Mei ini Perasmian Cawangan HPA Rangkaian Masjid Hulu Selangor.
Masjid Ar Rahimah Kuala Kubu Baru telah dipilih sebagai tempat perasmian bagi cawangan dan kiosk HPA di rangkaian masjid di Daerah Hulu Selangor. Majlis perasmian akan diadakan pada hari Khamis 14 Mei ini oleh Pengarah Urusan HPA Industries Sdn Bhd Tn Hj Ismail Hj Ahmad. Majlis bermula jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang.
Ceramah Isu Halal Haram akan disampaikan juga oleh Tn Hj Ismail pada jam 2.00 petang di dewan solat utama Masjid Ar Rahimah. Sehubungan dengan itu saya bagi pihak Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) menjemput semua warga HPA terutamanya pengedar HPA yang tinggal berhampiran untuk sama-sama meraikan majlis yang dihadiri oleh Pengarah Urusan sendiri.
Presiden KPA PJM Hafidzan Faudzi menyarankan melalui saya agar semua PJS yang berada di Lembah Klang dan di Negeri Perak diwajibkan hadir dan menghebahkannya kepada semua pengedar dibawah rangkaiannya supaya dapat hadir. Pihak masjid telahpun menghebahkannya sebelum solat Jumaat tadi kepada orang ramai terutamanya kepada seluruh ahli kariah Masjid Kuala Kubu Baru.
Sementara itu pada hari Sabtu 16 Mei jam 9 pg hingga 12.30 tengahari, Jawatankuasa Masjid Serendah pula akan mengadakan Majlis Perasmian Kiosk HPA di Masjid berkenaan. Orang ramai terutamanya pengedar HPA di kawasan berhampiran dijemput hadir.
Rabu, Mei 06, 2009
47 PJS kini berada dibawah KPA
Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA) adalah sebuah kelab yang diiktiraf oleh HPA untuk memantau pergerakan pengedar HPA dari Negeri Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor. Juga termasuk Bentong dan Genting Highlands.
Pengarah Jati Setia (PJS) adalah anugerah yang diberikan oleh HPA kepada pemimpin (leader) yang berpangkat Pengarah Jati (PJ), Pengarah Jati Emas (PJE), Pengarah Jati Intan (PJI) dan Pengarah Jati Mahkota (PJM) yang mempunyai bonus sekurang kurangnya RM3,000 sebulan dan mendapat sokongan daripada anggota tribunal KPA berpandukan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarikat dari masa ke semasa.
Sehingga 30 April 2009 terdapat 47 leader berpangkat Pengarah Jati Setia (PJS) yang berada dibawah Kelab Pemimpin Al Wahida (KPA).
Mereka ialah:
1.PJS MURAD BIN ABU BAKAR. KAJANG SELANGOR 012-3033230
2.PJS KHALID BIN ISKRI. GOMBAK SELANGOR 019-2825151
3.PJS ROSMANDI BIN ISHAK. BANGI SELANGOR 013-2099877 TIM. PRESIDEN 1
4.PJS SITI HABIBAH BT YUSOFF. NILAI N.SEMBILAN 012-3615399 BENDAHARI
5.PJS HAFIDZAN BIN FAUDZI. SERDANG SELANGOR 013-2082550 PRESIDEN
6.PJS AMINAH BT SAM. SEREMBAN N.SEMBILAN 019-9212146
7.PJS MOHD SHAFIE BIN TASIRON. TANGKAK JOHOR 013-6030268 AJK
8.PJS AHMAD SHAFFIK BIN MOHAMAD SEREMBAN N.SEMBILAN 019-6340415
9.PJS HJ JUMANI BIN ABDUL SALAM ULU LANGAT SELANGOR 013-3415531
10.PJS ALIMAH BT SAM MUAR JOHOR 012-3632187
11.PJS HJ ZAINAL AHMAD ULU LANGAT SELANGOR 019-2886641 AJK
12.PJS HJ MARJUNI HJ SALLEH ULU LANGAT SELANGOR 019-3835008 AJK
13.PJS US SAFUAN PAMIDI BANTING SELANGOR 019-5002996
14.PJS ROSJULILA BT HUSSAIN TANGKAK JOHOR 013-6820068
15.PJS ZAILEHAN BT ABDUL MANAF GOMBAK SELANGOR 03-6842503
16.PJS ZABEDAH BT ABDULLAH BIDOR PERAK 013-2167644
17.PJS JAMALUDDIN YEOP MAJLIS RAWANG SELANGOR 013-9812655 AJK
18.PJS NOR HAIDA BT RAMELI SERDANG SELANGOR 013-3962550 AJK
19.PJS HJH JUITA TAHAR BT MUDA K.LUMPUR 016-6525380
20.PJS AHMAD AZAM JAAFAR SEMENYIH SELANGOR 012-3737581 AJK
21.PJS JAMALUDDIN B MD NOR MANJUNG PERAK 019-5746428 AJK
22.PJS HABSHAH BT ARIFFIN SHAH ALAM SELANGOR 019-3337245
23.PJS MASLIZAR MAT SEMAN JOHOR 017-7166958 AJK
24.PJS ABDUL YADIE MOHD SAID GOMBAK SELANGOR 012-2248270
25.PJS RAHMAT DAIM MUAR JOHOR 012-3632187 TIM.PRESIDEN 2
26.PJS MEOR JOHAIDI BIN HAMID TELUK INTAN PERAK 019-4236316
27.PJS ABDULLAH BIN KADIR P.JAYA SELANGOR 019-6535486
28.PJS NADZIFAH ALIAS TANGKAK JOHOR 06-9728200
29.PJS RUGAYAH HJ MOHD ZAIN SEREMBAN N.SEMBILAN 019-6402430
30.PJS KHALILAH WONG ABDULLAH SRI ISKANDAR PERAK 03-9821428 AJK
31.PJS NORSHIDAH BT DAUD AMPANG SELANGOR 013-3408335
32.PJS ZAIMAH BT ABDUL KADIR BENTONG 019-9899835
33.PJS FAUZIAH BT ABU SAMAH MELAKA 013-6317154
34.PJS ZAMRI BIN IBERAHIM K.LUMPUR 017-3842942 SETIAUSAHA
35.PJS EVI SHORAIYA BT RIDUAN JOHOR BAHRU 013-7669803
36.PJS ROSLINA BT HASHIM JOHOR 013-7226865
37.PJS ZAHIRAH MOHAMMAD MELAKA 013-4222277 AJK
38.PJS RAMLY BIN AHMAD ULU LANGAT SELANGOR 013-3713500 AJK
39.PJS ABDULLAH ABDUL RAHIM K.LUMPUR 012-6849263
40.PJS AZNIN BIN UJANG KAJANG SELANGOR
41.PJS NASIMAH BT MUSA MELAKA
42.PJS MOHD SHAHIR BIN NAIM KAJANG SELANGOR 013-3839238 AJK
43.PJS MUNIRAH BT SHAFEI SABAK BERNAM SELANGOR 013-2032656
44.PJS FADZILAH BT YAHYA MELAKA 019-9861050
45.PJS RADIYATI BT ABDUL RAHMAN K.LUMPUR 017-6257566
46.PJS ABDUL RAZAK BIN MUSA KUALA KUBU BARU SELANGOR
47.PJS ASAH BT IBRAHIM K.LUMPUR 019-3652917
Saya selaku Ketua Unit Keahlian KPA mengucapkan TAHNIAH kepada PJS Us. Safuan Pamidi dari Teluk Panglima Garang yang baru dilantik sebagai Pengarah Jati Setia berkuatkuasa 1 April 2009.
Isnin, Mei 04, 2009
Bercuti di Kampung Kelahiranku Teluk Pedayung Lambor Kanan Parit Perak
Pada cuti 1 Mei hari Jumaat lalu saya mengambil peluang bersama keluarga menjejaki semula tempat kelahiranku di Kg Teluk Pedayung Mukim Lambor Daerah Parit Negeri Perak. Rumah dan Madrasah peninggalan arwah abah saya Allahyarham Tn Hj Yeop Majlis bin Pandak Mohid telah tidak dihuni sejak 1996 lagi. Begitu juga rumah-rumah lain di Kampung itu semuanya tinggal kosong tidak berpenghuni.
Semua rumah kosong berumur lebih 100 tahun yang ada disitu semuanya mengadap Sungai Perak. Ini kerana waktu itu sungailah yang menjadi alat perhubungan. Belum ada jalanraya lagi. Setelah jalanraya dibina menghubungkan Pekan Parit dan Pekan Teluk Anson (kini Teluk Intan) selepas merdeka, sungai sudah tidak popular lagi maka beransur-ansurlah penghuni kampung mendirikan rumah mengadap jalanraya yang berada sekitar 1 km di belakang sungai.
Kini Kg Teluk Pedayung sudah tidak berpenghuni lagi. Ramai yang dah berhijrah ke bandar terutamanya Kuala Lumpur termasuk saya. Saya meninggalkan kampung halaman sejak 1980 berhijrah ke Ipoh dan seterusnya ke Kuala Lumpur dan Selangor. Sejak itu jarang sangat balik ke kampung terutama selepas rumah ini dikosongkan.
Dikesempatan cuti hari pekerja 1Mei ini juga saya sempat membawa anak-anak mengunjungi Pusat Pemeliharaan Tuntong di Bota Kanan dan mandi laut di pantai Teluk Batik bersama keluarga abang saya yang tinggal di Taman Indera Barat Titi Gantung Perak.
Langgan:
Catatan (Atom)