Jumaat, November 28, 2008

RFC Buka Pelaburan


Restoran Radix Fried Chicken RFC milik HPA telah dibuka pada 1 Jun 2008 di Lagenda Height Sg Petani. Ianya merupakan projek untuk menaikkan imej HPA sebagai sebuah syarikat MLM Syariah yang terulung di Malaysia disamping memenuhi tuntutan fardhu kifayah. Kalau dulu Pak-pak Aji dan Mak Aji malu nak masuk KFC sekarang kalau kita pergi ke Restoran RFC golongan inilah yang memeriahkannya disamping pengunjung-pengunjung bangsa asing yang tak putus-putus hingga terpaksa menunggu giliran yang kadang-kadang berjam-jam. Walaupun operasinya dibuka hingga jam 11 malam masih belum boleh menampung pengunjung yang tak putus-putus.

Ini mendorong HPA nak membuka banyak lagi RFC. Fasa pertamanya di Pasar Moden Bandar Laguna Merbok, UUM Sintok, Sahab Perdana Alor Star dan di Pulau Pinang. Fasa kedua di Kelantan dan Terengganu. Selepas itu barulah di Zon Tengah dan Selatan. Tapi dengar-dengar dalam masa terdekat ini nak buka di Shah Alam dan di Klang. Moga-moga cepatlah terlaksana.

Oleh itu RFC sekarang membuka pelaburan khususnya kepada Koperasi Wahida dan juga kepada ahli-ahli yang berkemampuan dengan mengikut sistem Al Mudharabah yang telah diputuskan dalam mesyuarat Panel Syariah HPA pada bulan Ogos 2008.

Kepada semua mereka yang berminat untuk membuat pelaburan dalam RFC,disini diberikan syarat awal pelaksanaan Mudharabah RFC.

1. Ahli HPA yang telah mengikuti PBC.
2. Pelaburan bernilai sejuta ringgit.
3. Keuntungan 50/50.
4. Tempoh perjanjian 5 tahun dan modal dikembalikan selepas 5 tahun.
5. Pelaburan semula bergantung kepada penilaian baru.
6. Lokasi mestilah dengan kelulusan RFC.
7. Keuntungan dibayar pada setiap bulan.
8. Pelabur tidak mempunyai hak dalam pentadbiran.
9. Pelabur tidak mempunyai hak menghalang pembinaan cawangan-cawangan baru.
10. Untung dan rugi ditanggung bersama.
11. Anggaran keuntungan antara 18% - 25% setahun.
12. Pemberian keuntungan bermula pada bulan operasi.
13. RFC mengambil tempoh 3 hingga 5 bulan bagi menyiapkan sesuatu cawangan.
14. Jika keuntungan 18 % (pelabur akan mendapat RM900,000.00 / 5 tahun- anggaran )

Kepada ahli-ahli yang kurang berkemampuan melabur sahajalah dengan Koperasi Wahida Hpa. Pelaburan minima cuma RM200 sahaja. Yuran pendaftaran RM10 boleh daftar di semua cawangan HPA di Malaysia. Borang pendaftaran koperasi ada dimasukkan dalam Kit PBC. Sila semak balik. Oleh itu daftar segera jangan tak daftar. Rugi.. Sebelum ini tahun pertama operasi koperasi tanpa adanya RFC pun boleh dapat dividen 10%, inikan pula sekarang dah ada RFC dan Ladang Ayam Organik serta Pusat Penyembelihannya sendiri. Subhanallah...

Ahad, November 23, 2008

Apa Istimewanya Sistem MLM HPA?



Menurut PJM Cikgu Murad yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam MLM, beliau dapat membezakan MLM HPA dengan MLM yang ia pernah ceburi sebelum ini dari A sampai Z. Berikut saya kutip dari blognya yang mungkin ramai pengunjung blog saya tidak berkesempatan membacanya.

DALAM MLM KONVENSIONAL LAIN ADA 2 SYARAT MAINTAIN YANG PERLU DIPATUHI UNTUK MEMASTIKAN ANDA DAPAT BONUS. SATU, MAINTAIN PERIBADI DAN KEDUA, MAINTAIN KUMPULAN. YANG PALING MENYIKSAKAN ADALAH MAINTAIN KUMPULAN KERANA JIKA ANDA ADA 6 KAKI MAKA SETIAP KAKI MESTI MENCUKUPKAN NILAI MAINTAIN KUMPULAN YANG BERJUMLAH RIBUAN NILAI MATA. SEBAB ITULAH BERLAKU PAKSAAN BELIAN UPLINE KE ATAS JARINGAN SECARA PAKSA, TIPU DAYA ATAU PUJUKAN. SYARAT INI PULA BERMULA DARI PANGKAT PERTAMA LAGI.

2. DALAM MLM KONVENSIONAL, YANG DIKATAKAN 'TABUNG KERETA' ATAU 'ANUGERAH KERETA' ITU SEBENARNYA ADALAH PERANGKAP. KEJAYAAN DIUKUR PADA KERETA MEWAH YANG DIPANDU. TAK NAMPAK KERETA, KUNCI PUN JADI BAHAN UNTUK DITAYANG. PADAHAL RAMAI DARIPADA AHLI MLM YANG MEMANDU KERETA MEWAH ITU HIDUP DI RUMAH YANG SEMPIT ATAU MASIH MENYEWA RUMAH. UNTUK PENUHI SYARAT TABUNG KERETA MEWAH BUKANNYA BEGITU MUDAH. BANYAK KOS TERPAKSA DIKELUARKAN DAN TOP -UP BARANGAN BEGITU BANYAK BERLAKU. BILA DAH DAPAT KERETA DAH MACAM MEMIKUL BIAWAK HIDUP PULA KERANA PERLU KEJAR SALE UNTUK MELEPASI SYARAT BAYARAN TABUNG KERETA. SEKIRANYA BAYARAN BULANAN SEKITAR 2500.00 MAKA SELALUNYA INSENTIF TABUNG KERETA HANYA SEKITAR 300 - 500.00 SAHAJA. JADI BAKINYA TERPAKSA DITANGGUNG OLEH PEMEGANG TABUNG KERETA TERSEBUT. PADA SAAT INI HANYA TUHAN SAHAJA YANG TAU APA YANG TERBUKU DALAM HATI PEMEGANG TABUNG KERETA ITU DAN HIDUPNYA BEGITU SENGSARA SEKALI!!

3. DALAM MLM KONVENSIONAL, AHLI-AHLINYA TIDAK MEMBENTANG PLAN PEMASARAN SECARA LENGKAP DAN TELUS. MEREKA MENGGAMBARKAN IANYA BEGITU MUDAH SEKALI UNTUK DICAPAI. KEADAAN INI HANYA DISEDARI KEMUDIAN APABILA ANDA SUDAH TERMAKAN UMPAN. MEMANG PADA PERINGKAT AWAL IA NAMPAK MUDAH TAPI SYARAT DAN TEKANAN AKAN DATANG SEBAIK ANDA CAPAI PANGKAT PERTAMA. APABILA SUDAH TERPERANGKAP AMAT SUKAR UNTUK CARI JALAN KELUAR. ANDA AKAN DIGUNA-GUNAKAN DENGAN KATA-KATA MOTIVASI YANG DAHSYAT-DAHSYAT. APABILA SUDAH TERKORBAN KELUARGALAH YANG MENJADI MANGSA.

Sedangkan dalam MLM HPA, kita hanya ada maintain peribadi sahaja iaitu 50NM yang hanya dapat bonus belian peribadi kita sahaja dan jika maintan peribadi melebihi 100 NM, kita akan dapat menikmati bonus-bonus lain yang ditawarkan. Manakala bonus PJE/PJI/PJM yang menetapkan syarat belian jaringan PJ melebihi 3000NM hanyalah bonus itu sahaja, ianya tidak menjejaskan bonus-bonus yang lain. Bonus yang lain tetap dinikmati dengan hanya maintain peribadi 100NM.

Dalam HPA tabung kereta tidak ada. Yang ada hadiah kereta tunai tanpa pinjaman bank.

Dalam HPA pelan pemasarannya kita bentangkan secara telus di dalam program PBC. Kita bentangkan strategi bagaimana menjana pendapatan 5 angka dalam masa 5 bulan. Gerakerja 6M yang kita bentangkan agak unik kerana biasanya syarikat lain hanya ada 5M. M yang ke 6 kita ialah Mendignosis penyakit dan Merawat menggunakan kaedah perawatan JAWI.

Untuk tahu lebih lanjut lagi sistem MLM kita yang dikatakan syariah oleh Biro Konsultansi Majlis Ulama Indonesia, sila ikuti progrem PBC yang kita adakan di semua tempat seluruh Malaysia setiap minggu. Dapatkan jadual PBC di laman web http://www.hpa.com.my/ atau http://www.kpa2u.wordpress.com/


Sabtu, November 15, 2008

PJS Cikgu Jalal: Penggerak HPA di Kelantan.

Pjs Cikgu Jalaluddin Yeop Majlis merupakan penggerak HPA peringkat awal di Kelantan ketika HPA bangun semula pada 2001. Beliau bersama Pjs Siti Zawiyah atau lebih dikenali sebagai Kak Nor dan Pjs Us Ramizu adalah diantara leader di Kelantan yang dapat mempertahankan HPA ketika HPA difitnah dan ditohmah diawal tahun 2000.

Mengenang semula kisah penglibatannya dalam HPA 10 tahun yang lalu. Tahun 1999. Sebelum menyertai HPA beliau merupakan seorang pengedar Sharklee di Gua Musang Kelantan. Ketika beliau memperkenalkan produk Sharklee pada keluarga saya di Kuala Lumpur, saya baru saja 3 bulan menyertai HPA. Belum begitu faham perjalanan MLM lagi. Cuma apa yang saya tahu Sharklee dan HPA sama-sama menggunakan kaedah MLM dalam memasarkan produknya. Apa yang menjadi tanda tanya saya ketika itu kenapa produk Sharklee begitu mahal dibandingkan dengan produk HPA. Sedangkan fungsi umumnya sama. Menjaga kesihatan. Back to nature. Mencegah itu lebih baik daripada berubat. Apa yang diungkapkan oleh adik saya ini sama saja bunyinya dari leader HPA yang saya dengar ketika itu. Waktu itu leader hebat HPA di Lembah Klang selain daripada Cikgu Murad dan Khalid Iskri ialah PJ Rashidi Jamri. PJ Tn Hj. Mokhtar, PJ Zainal Bahri, PJ Zainal Abidin, PJ Nasaruddin dan PJ Khalid Sabran. Waktu itu PJE, PJI, PJM dan PJS belum ujud lagi dalam HPA. Pengarah Jati merupakan pangkat yang tertinggi.

Kalau begitu kenapa harganya mahal sangat. Sedangkan produk HPA jauh lebih murah tetapi fungsi umumnya sama. Kalau begitu kita guna produk HPA sahajalah. Lebih-lebih lagi ianya diusahakan oleh syarikat Bumiputera Islam yang mana pekerja-pekerjanya sendiri orang Islam yang sentiasa ditarbiah dengan ilmu dan amal Islam. Mereka menjaga syariat. Malah bekerja sentiasa dalam keadaan berwuduk. Sharklee pula syarikat milik orang bukan Islam dan sudah tentu pekerjanya juga bukan orang Islam kerana kilang dan ladang herbanya juga di luar negara. Itulah hujah pertama saya kepada Cikgu Jalal yang sedang memperkenalkan produk Sharklee kepada saya. Untuk lebih meyakinkannya lagi saya bawa dia pergi ke Muktamar PAS di Taman Melewar yang kebetulan sedang berlangsung ketika itu dimana ada agen stok HPA yang mengambil bahagian dalam ekspo di sana. Disitulah beliau terus mengisi borang untuk menjadi pengedar HPA seumur hidup sebanyak RM10 sahaja. Ayat pertama yang keluar dari mulutnya semasa mengisi borang ahli pengedar HPA "Jangan dicabar?". Agaknya ketika itu hatinya dah tak sabar-sabar nak memperkenalkan HPA pada rakan taulannya di Kelantan.
Setelah dia balik ke Kelantan, saya pula tidak menguhubunginya kerana sibuk dengan kerjaya saya yang baru nak memulakan kehidupan baru. Rujuk artikel saya yang pertama dalam blog ini. Rupanya dalam senyap-senyap beliau berusaha mencari agen stok HPA di Kelantan. Beliau berjumpa dengan Kak Nor di Kota Bharu. Kak Nor atau PJS Siti Zawiyah @ Nor Zakiah merupakan satu-satunya agen stok yang bertaraf Pusat Agensi di Kelantan. Beliau menyatakan hasratnya nak mengembangkan HPA di Gua Musang, Kuala Krai dan Machang. Kak Nor begitu gembira sekali lalu menawarkan Cikgu Jalal menjadi stokis. Mulai tahun 2000 Cikgu Jalal resmi menjadi stokis dan seterusnya menjadi Pengurus Stokis Daerah pada 2004. Beliau juga belajar ilmu perawatan daripada Kak Nor. Kak Nor membawanya berjumpa dengan Tn Hj Ismail di Perlis dan belajar lagi di sana dengan memasuki kelas INTIBAH. Beliau juga mengikuti kursus herbalis selama 1 bulan.
Dari Gua Musang beliau berpindah ke Machang. Di Machang beliau membuka Pusat Rawatan yang dinamakan AZRA HERBSHOP. Disitu dia menawarkan khidmat bekam, sauna mandi wap, urutan refleksologi, Accupunture dan rawatan kesihatan berasaskan produk HPA sepenuhnya. Alhamdulillah kini beliau banyak melahirkan pelapis. Antaranya PJ Pn Zaharah Yusof juga membuka stokis dan pusat rawatan di Kuala Krai. PJ Cikgu Ahmad Jefridin menjadi Pengurus Stokis Daerah di Kuala Kangsar Perak.
Dalam KONVENSYEN HPA 2005 di Dewan Perdana Felda Kuala Lumpur, Cikgu Jalal adalah antara penerima anugerah Sijil Herbalis yang pertama dalam sejarah HPA. Saya yang menerima anugerah Pangarah Meranti Terbaik dalam majlis yang sama diperkenalkan kepada Kak Nor. Disitulah baru saya tahu rupanya Kak Nor adalah Upline saya dalam HPA. Patutlah Kak Nor bersungguh-sungguh menaikkan adik saya Cikgu Jalal sehingga berjaya menjadi salah seorang leader di Kelantan. Terima kasih kepada Kak Nor. Jasamu dikenang.
Tahun 2006 Cikgu Jalal dilantik dilantik menjadi Pengarah Jati Setia. Kami sama-sama naik kepentas menerima anugerah ini dalam KONVENSYEN HPA 2006 di Dewan Wawasan Jitra Kedah. Tugas Cikgu Jalal di Kelantan semakin banyak. Disamping agen stok, beliau adalah herbalis dan leader yang diiktiraf oleh syarikat. Oleh itu dia mengambil keputusan mengambil cuti tanpa gaji selama 6 bulan dari Kementerian Pelajaran Malaysia mulai Jan 2007 untuk menumpukan sepenuhnya dalam HPA. Alhamdulillah usahanya berbaloi kerana dalam KONVENSYEN HPA 2007 di PICC Putrajaya beliau sekali lagi naik ke pentas menerima anugerah Pengarah Jati Emas PJE dan anugerah TOP 50 iaitu melancung ke JogJakarta selama 4 hari 3 malam. Di Jogjakarta beliau menginap sekali dengan saya bersama PJS Tn Syed Ageel di Hotel Inna Garuda.
Sekarang 2008 beliau dilantik sebagai Setiausaha Kelab Pemimpin Timur KPT sekaligus sebagai Anggota Tribunal KPT. KPT merupakan kelab yang diiktiraf oleh syarikat yang berperanan memantau pengedar-pengedar di Kelantan, Terengganu dan Pahang.
Tahniah diucapkan kepada beliau. Semoga terus berjaya ke puncak jaya. Jaya dunia dan akhirat. HPA Harapan Paling Akhir untuk umat Islam... Barakallah..

Rabu, November 12, 2008

M L M itu piramid?


Sebelum saya jawab soalan ini, biar saya berikan 3 senario di bawah:

1. Sebuah kerajaan mempunyai seorangpresiden atau perdana menteri, diikutioleh beberapa menteri... dan wakil-wakil rakyat lain, ketua daerah dan sebagainya. Cuba perhatikan...Adakah jumlah perdana menteri lebih ramai dari menteri? Bagaimana pula jumlah menteri berbanding wakil rakyat... dan jumlah... anda tahu selebihnya bukan?

2. Sebuah syarikat mempunyai seorang CEO atau presiden, diikuti dengan naib presiden, direktor, pengurus dan lain-lainnya. Berapa ramaikah bilangan direktor jika dibandingkan dengan jumlah pengurus?Sudah tentulah jumlah direktor lebih rendah dari jumlah bilangan pengurus. Bagaimana pula gaji presiden berbanding gaji seorang pengurus? Bolehkah seorang pengurus mempunyai gaji setinggi gaji pesiden? Tentu kucar-kacir pengurusan syarikat ini jika gaji presiden (orang paling tinggi dalam piramid) lebih rendah dari gaji seorang pengurus.

3. Sebuah organisasi M L M mempunyai pemimpin yang mempunyai lebih ramai orang di bawah beliau dengan pelbagai pangkat yang lebih rendah. Beliau mendapat lebih banyak pendapatan daripada orang lain. Walau bagaimana pun, tidak mustahil orang di bawah beliau menjadi lebih bagus dan menyamai atau mendapat lebih banyak pendapatan daripada beliau pada suatu hari nanti. Semuanya bergantung kepada usaha mereka membina sebuah piramid yang besar, jadi apakah kesimpulan yang hendak saya buat di sini? Senario manakah lebih adil?

Jangan anda tersalah anggap yang sesebuah organisasi piramid itu adalah menyalahi di sisi undang-undang. Yang salahnya ialah skim cepat kaya yang menggunakan piramid untuk menindas orang bawahan. Sebenarnya, organisasi yang berbentuk piramid adalah sebuah organisasi yang kukuh. Jika tidak, sebuah negara mungkin akan tumbang. Ekonomi negara akan kebelakang, dan orang akan terus gagal di dalam bisnes. Masalah piramid dan M L M sepatutnya difahami dengan betul... dan bukannya mengambil kesimpulan yang M L M adalah sebuah piramid dan menyalahi undang-undang. Jadi, betulkan M L M itu sebuah piramid?

Ya, M L M ialah sebuah piramid tetapi tidak semestinya skim piramid atau skim cepat kaya yang menyalahi undang-undang. Kerajaan kita juga berbentuk piramid, syarikat swasta dan kerajaan juga berbentuk piramid. Mungkin keluarga anda juga berbentuk piramid.
Ikhlas dari Zamri Nanyan http://www.RahsiaMLM.com

Sabtu, November 08, 2008

PJ Shafarul Nizam: Pendemo berbakat


Umurnya baru 23 tahun. Tapi bakatnya dalam membuat demo produk hpa dalam setiap progrem Pbc dan homeparty boleh memukau penonton. Pagi tadi di Sekolah Kebangsaan Wangsa Melawati beliau bersama saya menerima undangan dari para guru di sekolah berkenaan untuk menceritakan kebaikan produk hpa dan perjuangan hpa dalam memasarkan produk halal. Alhamdulillah hampir 100 orang guru hadir mendengar kuliah halal haram dan produk HPA sebagai alternatif daripada saya dan seterusnya menyaksikan demo produk yang dilakukan oleh saudara Shafarul. Muhammad Shafarul Nizam atau lebih dikenali sebagai Angah telah pun menjadi Pengarah Jati sejak bulan November 2007 lagi.

Mengenang kembali kisah penglibatan Sdr Shafarul dalam dunia perniagaan MLM HPA ini. saya paparkan dalam blog ini setelah mendapat keizinan daripadanya.

Beliau dibesarkan oleh neneknya sehingga ke tingkatan 5 di Batang Kali. Ibu dan abahnya tinggal berasingan dengan keluarga masing-masing semenjak ia kecil lagi. Selepas SPM, beliau hidup bersendirian tanpa hala tuju. Pernah ikut tabligh, bekerja dipasaraya, bekerja dikilang roti dan macam macam lagi kerja yang tidak tetap. Pekerjaan terakhirnya menjadi office boy di sebuah syarikat swasta atau lebih dikenali sebagai Mat Despatch. Sehinggalah suatu hari beliau bertemu saya ketika saya sedang mengedar kopi radix di sebuah kedai makan di Damansara. Beliau menegur saya dan menyatakan hasratnya hendak bekerja seperti saya dan bagaimanakah caranya.

Setelah saya mengenal hati budinya, membawa dia ke masjid berdekatan untuk berkenalan dengan lebih lanjut dan saya tengok beliau benar-benar ikhlas dan simpati dengan tugasannya yang selalu mendatangkan tension, lalu saya bertanya Angah ada berapa modal sekarang? Dengan ikhlas beliau menyatakan hanya ada Rm100. Itulah saja yang ada untuk perbelanjaannya jika dia berhenti terus dari pekerjaannya sekarang sebagai budak pejabat. Maka saya daftarkanlah beliau menjadi pengedar HPA ketika itu hanya rm20.00. Saya minta dia beli 5 papan kopi radix yang bernilai rm75.00. Saya minta dia jual malam tu juga. Alhamdulillah dalam tempoh 2 jam malam tu juga beliau berjaya menjual 5 papan kopi radix di kedai-kedai makan di sekitar Damansara dengan harga rm20.00 sepapan. Bermakna malam tu saja beliau telah ada gaji rm25.00 dan mengumpul 30NM. Beliau ulangi lagi malam berikutnya hinggalah beliau berjaya mengumpulkan 600 NM dalam bulan tu saja.

Maka saya tawarkan beliau untuk mengikuti progrem Perkongsian Bijak Cemerlang PBC yang ketika itu diadakan di hotel Putra KL jln Tun Razak pada bulan Jun 2006. Beliau pergi bersama seorang rakan kongsinya yang beliau taja sendiri. Bermula dari situlah beliau bergerak aktif dan berjaya menaja ramai rakannya di Gombak dan Batang Kali. Begitu gigihnya beliau mengedar kopi radix di sekitar Gombak, Selayang dan Petaling Jaya dengan motorsikal Lagenda Z yang dibelinya ketika bekerja sebagai Pembantu Pejabat di sebuah syarikat swasta di Sentul.

Suatu hari Allah uji ketabahannya apabila motisikal yang digunakan untuk mengedar kopi radix itu kena curi ketika beliau berurusniaga di sebuah restoran di Diamond Square Gombak. Maka terbantutlah sikit pergerakannya namun perjuangan mesti diteruskan. Untuk meringankan beban kos sara hidupnya beliau memohon jadi pembantu bilal di Masjid Bt. 4 Gombak dan dibenarkan tinggal dibawah tangga menara masjid berkenaan. Alhamdulillah tidak perlu lagi menyewa rumah yang sebelum ini menyewa rumah flat bersama rakan sebayanya yang masing masing ada pekerjaan tetap. Beliau ditugaskan menjadi muadzin bukan saja untuk solat Maghrib, Isyak dan Subuh malah Sembahyang Jumaat.

Beliau hanya ada masa waktu siang sahaja sekarang untuk terus mengedar kopi radix. Tetapi dengan apa? Motor dah tak ada. Dengan menggunakan basikal racing lama milik saudaranya beliau pinjam untuk mengedar kopi radix. PJM Tuan Hj Khalid selalu menyaksikan dia berpeluh-peluh datang ke HPA Cawangan Gombak dengan basikalnya itu untuk membeli kopi radix untuk diedarkan di kawasan Gombak, Selayang sehinggalah ke Petaling Jaya. Kemudian dengan duit bonus Hpa yang ia terima dapatlah ia membeli sebuah motosikal kapcai bernilai RM200 dan kos baikpulihnya juga RM200 untuk meneruskan kerjayanya sebagai pengedar kopi radix waktu itu. Akhirnya kini beliau telah dapat membeli sebuah motosikal baru Honda Wave 125 berharga lebih RM4,000 hasil titik peluhnya. Perjuangan mesti diteruskan.

Kini beliau tidak lagi menjadi bilal. Beliau menumpukan sepenuh masa dan hatinya untuk mengembangkan jaringannya yang telah bersepah bukan saja di Lembah Klang malah di seluruh Malaysia. Beliau jadikan kelas mingguan di Gombak, Rawang dan Kajang sebagai tempat memotivasikan diri dan setiap kali datang mesti ada saja orang baru yang beliau bawa.

Daripada tak pandai berucap di depan, sekarang pantang bagi mikrofon beliaulah yang akan menghangatkan kelas mingguan di Gombak, Rawang dan Kajang dengan slogan hpa boleh dan nasyid-nasyid pilihan hpa dan juga memberikan motivasi. Dalam progrem PBC di KPA, beliaulah yang ditugaskan sebagai pendemo jika tidak ada sifunya PJE Wak Fauzani dari Klang. Malah dijemput mengisi progrem PBC di tempat lain seperti di Tangkak, Teluk Intan , Raub dan Kota Bharu Kelantan.

Alhamdulillah sekarang beliau telah banyak melahirkan pelapis dan ramai juga rangkaiannya yang telah menjadi stokis. Antaranya ibu kandungnya sendiri Puan Zulliah Ahmad yang sekarang menjadi stokis di Batang Kali, Pak Indera di Labis Johor, Puan Junaidah di Dato Keramat KL, Puan Suzana di Seksyen 7 BBB, Puan Normah Abd Rahim di Kuala Sungai Baru Melaka dan Puan Rohayati Roslan di Tg Karang Selangor.

Tahniah diucapkan kepada Sdr Shafarul. Teruskan gempur!!!!!!! Barakallah...

Jumaat, November 07, 2008

Agen Stok HPA

Ada 4 kategori agen stok Hpa. Ianya dikenali sebagai Stokis, Pengurus Stokis Daerah, Pusat Jualan dan Pusat Agensi. Dalam meeting PJS sempena PIC untuk PJS di Sg Petani baru telah diputuskan mulai Nov'08, mana-mana pengedar yang nak memohon menjadi Agen Stok mestilah telah mengikuti PBC dan PIC. Manakala agen stok yang sedia ada yang belum mengikuti PBC dan PIC dikehendaki menyertainya bila diberitahu kelak.
Pengedar yang mahu memohon agen stok ini hendak mengisi borang yang disediakan di cawangan dan di fakskan ke HQ.

Kelayakan untuk menjadi stokis jika telah diluluskan hendaklah membuat belian pertama dalam satu invois di mana-mana cawangan berjumlah minima rm5,000.00. Manakala Pengurus Stokis Daerah PSD minima RM15,000.00 , Pusat Jualan minima RM50,000.00 dan Pusat Agensi pula minima RM70,000.00. Stokis dan Pengurus Stokis Daerah boleh beroperasi di rumah manakala Pusat Jualan dan Pusat Agensi mesti ada premis perniagaan dan lesen perniagaan yang sah dari ROB atau ROC dan Majlis Kerajaan Tempatan.

Bonos Agen Stok dibayar oleh HPA berpandukan Laporan Agen Stok yang dihantar oleh agen stok setiap bulan. Biasanya Stokis hantar sebulan sekali. Pengurus Stokis 10 hari sekali. Pusat Jualan dan Pusat Agensi hantar setiap minggu. Stokis dibayar 11%, Pengurus Stokis 13%, Pusat Jualan 15% dan Pusat Agensi 16% dari NM pengedar yang membeli produk dengannya.

Setakat ini di seluruh Malaysia terdapat 12 Pusat Agensi, 30 Pusat Jualan, 141 Pengurus Stokis Daerah dan 1104 Stokis. Senarai Agen Stok ini boleh didapati dalam laman web www.hpa.com.my/senaraistokis.htm.

Selasa, November 04, 2008

Pengarah Jati Setia

Pengarah Jati Setia atau PJS merupakan pangkat eksekutif dikalangan pengedar HPA. Kalau dulu pangkat ini ditawarkan kepada Pengarah Jati keatas yang mempunyai syarat syarat tertentu, kini mereka yang ada syaratnya kena mohon dengan syarikat melalui kelab. Setakat ini hanya ada 3 kelab yang diiktiraf oleh HPA iaitu Kelab Pemimpin Utara atau KPU, Kelab Pemimpin Timur atau KPT dan Kelab Pemimpin Al-Wahida atau KPA.
Antara syarat kelayakan untuk memohon menjadi PJS mulai Nov 2008 ini ialah:
1. Berpangkat Pengarah Jati keatas.
2. Bonus peribadi minima RM3,000 2 bulan berturut-turut
3. Mendapat sokongan dari 3 orang PJS yang bukan dari kumpulannya dan dari 3 zon yg berlainan.
4. PJS yang menyokong hendaklah sudah mempunyai status 3 tahun dari tarikh lantikan.

Diantara kelebihan menjadi PJS pula.

1. Mendapat bonos generasi pangkat sehingga ke generasi ke 10.

2. Mendapat bonus tambahan iaitu 5% daripada NM Syarikat yang akan diberi berpandukan jumlah jaringan yang dia ada. Lagi banyak jaringannya yang aktif lagi besarlah bonus seseorang PJS itu.


Setakat ini dalam KPA dah ada 46 orang PJS. Mereka ialah 1. Pjs Jamaluddin Md Nor. 2. Pjs Zabedah Abdullah. 3. Pjs Meor Johaidi Hamid. 4. Pjs Khalilah Wong Abdullah di Negeri Perak.

5. Pjs Rosmandi Ishak, 6. Pjs Zainal Ahmad. 7. Pjs Hafidzan Faudzi. 8. Pjs Jumani Abdul Salam. 9. Pjs Hj Marjuni Hj. Salleh. 10. Pjs Hj. Ramly Ahmad. 11. Pjs. Mohd Shahir Naim. 12. Pjs Morad bin Abu Bakar. 13. Pjs Tn Hj. Khalid Iskri. 14. Pjs Zailehan Abd. Manaf. 15. Pjs Ahmad Azam Jaafar. 16. Pjs Abdul Yadi Mohd. Said. 17. Pjs Jamaluddin Yeop Majlis. 18. Pjs Habshah Mohd Ariffin. 19. Pjs Mohd Bokhari Salleh. 20. Pjs Norahini Harun. 21. Pjs Nor Haida Rameli. 22. Pjs Abdullah Kadir. 23. Pjs Abdul Razak Musa. 24. Pjs Aznin Ujang di Negeri Selangor.

25. Pjs Norshidah Daud. 26. Pjs Abdullah Abdul Rahim. 27. Pjs Asah bt Ibrahim. 28. Pjs Radiayati Abdul Rahman. 29. Pjs Juita Tahar. 30. Pjs Zamri bin Iberahim. 31. Pjs Zaimah Abdul Kadir dari Wilayah Persekutuan.

32. Pjs Ahmad Shaffik bin Mohamad. 33. Pjs Aminah Sam. 34. Pjs Siti Habibah bt Yusof. 35. Pjs Rogayah Hj. Mohd Zin dari Negeri Sembilan.

36. Pjs Fauziah bt Abu Samah. 37. Pjs Nasimah bt Musa. 38. Pjs Zahirah bt Mohamad dari Negeri Melaka.

39. Pjs Alimah bt Sam. 40. Pjs Mohd Shafie bin Tasiron. 41. Pjs Rahmat Daim. 42. Pjs Rosjulila bt Hussain. 43. Pjs Maslizar bt Mat Seman. 44. Pjs Ruslina bt Hashim. 45. Pjs Evi Shoraiya bt Riduan Yamani. 46. Pjs Nadzifah bt Alias dari Negeri Johor.