Isnin, Jun 29, 2009

HPA Terima Anugerah Inovasi Jaya 2009

/



Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menganugerahkan HPA Anugerah Inovasi Jaya bersempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Peringkat Negeri Perlis Tahun 2009. Tahniah HPA!. HPA juga menyertai pameran selama 4 hari bermula 25 Jun sehingga 28 Jun di Dataran Dato' Sheikh Ahmad di Kangar yang berakhir semalam.

Pada hari ini pula HPA telah membuka sebuah lagi RFC cawangan ke 3 di Bandar Laguna Merbuk.


Alhamdulillah. Pagi tadi telah berlangsung majlis pembukaan RFC bandar Laguna. Majlis yang disempurnakan oleh Tuan Pengarah Urusan, Tuan Haji Ismail bin Ahmad dan Pengurus Radix Fried Chicken Sdn Bhd, Ust Ahmad Adnan bin Fadhil telah dihadiri oleh semua kakitangan anak-anak syarikat HPA Industries di Sungai Petani.

Dalam ucapannya, Tuan Pengarah Urusan telah mengingatkan kepada semua kakitangan terutamanya yang terlibat dalam pengurusan restoren supaya menjaga akhlak, mementingkan kebersihan dan sentiasa memberi layanan yang paling istimewa kepada para pelanggan. Majlis diteruskan dengan solat Dzuha untuk memohon keberkatan rezki kepada perniagaan ini.

RFC Laguna mula beroperasi hari ini 29 Jun dan cawangan ini merupakan yang paling lengkap berbanding dengan 2 cawangan RFC di Lagenda Height dan Alor Setar. RFC Laguna juga menyediakan perkhidmatan 'drive-thru' atau pandu lalu untuk kemudahan pelanggan yang kesuntukan masa atau ingin menikmati hidangan RFC bersama keluarga di rumah.
/

Khamis, Jun 25, 2009

PBC di Kem Bina Taqwa Banting

/
PBC Zon Shah Alam, Klang dan Puchong akan diadakan pada 4-5 Julai 2009 di Kem Bina Taqwa, Banting, Selangor. Pengarah PBC, PJS Ustaz Safuan Pamidi menyatakan sedikit kelainan dalam perlaksanaan dan persembahan PBC pada kali ini. Kita tunggu...

Slot-slot PBC akan diisikan oleh Saf kepimpinan KPA. Antara yang akan bersama mengisi Slot adalah:

* PJM Hafidzan,
* PJM Rosmandi,
* PJM Haji Khalid Iskri,
* PJM Kak Habibah,
* PJS Hj Marjuni,
* PJS Haji Ramly dan
* PJS Zamri Iberahim.

Kepada yang ingin menyertai PBC di sini, bolehlah menghubungi

1. Caw Klang (03-33439717)
2. Caw Shah Alam (o3-5519717)
3. Caw Puchong (03-80633986).

Atau

4. PJS Ustaz Asri, Klang 019-2398620
5. Haji Supardi, Shah Alam 012-6956827
6. PJE Sajaruddin Tasiron, Puchong 012-6533014

SELAMAT MENDAFTAR... GEMPUR... INSYAALLAH...

Manakala PBC Zon Rawang, Kuala Kubu Baru, Tg Malim dan Tg Karang yang sepatutnya diadakan di Hotel DePalma Kuala Selangor pada 11-12 Julai ini ditangguhkan pada 15-16 Ogos. INSYAALLAH. Pendaftaran untuk PBC di Kuala Selangor RM180 bolehlah dilakukan di:

1. Caw Tanjung Malim. (u/p: PJE Aspalela)
2. Caw Masjid Kuala Kubu Baru. (u/p: PJS Abdul Razak Musa)
3. Caw Rawang. (u/p: PJ Prof Madya Dr Ishak Suliaman atau PJ Jamil Osman)
4. Caw Tanjung Karang. (u/p: PJS Yadie atau PJE Fauzani)
5. Caw Sg Buloh. (u/p: PJS Jamaluddin Yeop Majlis atau PJS Abdullah Kadir

Pendaftaran bermula sekarang. Gempur bersama 1 HATI.
/
/

Rabu, Jun 24, 2009

RACUN DALAM MAKANAN


1. Mencecah usia 40 an usia yg dikatakan sedang meniti puncak kerjaya. Ramai yg ditawar pelbagai pangkat dan waktu itulah rasa paling kuat hingga semua kerja nak dibuat.

2. Namun dlm usia ini juga anda bergelut dgn kesihatan. Saya punya beberapa teman sekerja yg telah terkena strok, darah tinggi, gout malah ada yg sedang dlm pertimbangan bos mereka utk dikenakan POL.

3. Selain dari ujian Allah " makanan bertoksik" adalah salah satu puncanya. Penggunaan RACUN tanpa etika dalam mengejar keuntungan semata oleh pengeluar makanan dari masyarakat yg mengaku sudah maju. MAJU yg hanya diukur dari bangunan hutan batu, sedangkan insan yg menghuninya masih hidup dalam kecelaruan. Malah gagal membezakan antara tamadun "bandar dan perbandaran".
/
/

Sabtu, Jun 20, 2009

Ikuti Perkembangan HPA & RFC dalam majalah ANIS ini.





Majalah ANIS keluaran bulan JULAI 2009 yang mula dipasarkan minggu ini memaparkan 4 mukasurat dalam ruangan USAHAWAN berkaitan perkembangan terkini syarikat HPA dan Restoren Makanan Segera RFC milik HPA. Maklumat yang dipaparkan sangat bermakna kepada HPA dan pengedar-pengedar HPA yang kini telah melebihi 500,000 orang untuk terus mempromosikan produk halal yang menjadi moto syarikat HPA iaitu "Produk Halal Tanggungjawab Bersama."

Saya yang sebelum ini pernah menjadi warga kerja ANIS dari Feb 1998 hingga Nov 1998 mengucapkan berbanyak terimakasih terutamanya sahabat yang tak asing lagi iaitu Tn Hj Cikgu Abu Hasan Morad selaku Pangarah Urusan Galeri Ilmu Sdn Bhd. Begitu juga sahabat-sahabat yang masih dan sangat setia dengan Galeri Ilmu seperti Roslan Kasim, Zakaria Sungib, Hj Wan Mohd Azmin, Mohamad (Abu) Hanafiah, Elyas Yusof, Khairuddin Ahmad, Mohd Noor Rafuzi, Zuraimi Ismail, Zulkarnain Suhaimi, Pn Hajah Jalilah Abdullah, Pn. Shamsiah Puad, Pn Norhashimah Abd Rahman, Pn Hasmah Marzuki, Tn Hj Badrul Hisham Shaari dan tak lupa kepada Penulis Tamu Anis iaitu Pahrol Mohd Joui. Juga kepada Pengarah Pentadbiran En. Abd Halim Che Pa dan Pengarah Pemasaran Haji Mohd Yusri Mohd Yusof.

ANIS Bil 143 Julai 2009. Harga RM7.00 di Semenanjung dan RM8.20 di Sabah dan Sarawak.

Khamis, Jun 18, 2009

Kopi Diet: Kopi Radix Tanpa Gula


Kopi Radix Diet untuk pesakit kencing manis memang pahit. Disamping itu ia juga menggunakan daun stevia sebagai bahan pengganti gula. Sebenarnya kopi diet ini ialah kopi untuk mereka yang bermasalah dengan kesihatan seperti kencing manis, gout , darah tinggi ,gastrik dan obesiti. Mereka yang ingin mengambil kopi diet mestilah berfikir minuman ini merupakan adunan ubatan pahit yang perlu di minum untuk mengekalkan kesihatan. Kopi diet juga merupakan adunan yang sangat baik untuk orang lelaki dan ia juga boleh digunakan untuk masalah impotensi.

Kopi diet boleh diambil bersama madu lebah bagi mengurangi kepahitannya dan jangan sekali-kali memasukkan gula kerana ia akan menghilangkan fungsi sebenar kopi diet. Kelebihan kopi diet boleh diukur selepas tiga hari meminumnya dengan dos minima 2 cawan sehari iaitu pagi dan petang. Tubuh akan terangsang menjadi bertenaga dan sangat sesuai bagi mereka yang berkerja yang melibatkan tenaga fizikal. Ada sedikit gula digunakan bagi mendapatkan imbangan tenaga dalam sinergi kopi diet. Kopi ini dijangka akan menjadi minuman nombor satu khususnya bagi mereka yang mementingkan kesihatan.InsyaAllah.

Hadirnya dalam bungkusan yang menarik boleh dibeli dengan harga pengedar RM 16.00 dan harga pengguna RM 20.00 untuk 15 paket dengan nilai mata 5. Selamat mencuba.
/
/

Selasa, Jun 16, 2009

Khasiat Herba Misai Kucing dalam Teh Tropika HPA



Pokok herba Misai Kucing dikatakan mujarab untuk mengubati penyakit darah tinggi. Banyak sekali produk-produk dalam pasaran kini dijual berasaskan pokok herba ini. Pokok Misai Kucing merupakan sejenis pokok berbunga dan bunganya berwarna putih kebiru-biruan dengan filamen yang panjang, seperti misai kucing.

Daun pokok Misai Kucing juga digunakan sebagai herba perubatan untuk merawat kencing manis. Ia juga membantu memperbaiki saluran kencing dan buah pinggang bagi mengelakkan penyakit batu karang dan ghout. Mengikut kajian yang sudah dibuat, daunnya yang sudah dikeringkan adalah bersifat diuretik dan membantu menyingkirkan asid urik yang berlebihan dalam badan.

Produk HPA yang menggunakan herba Misai Kucing ialah Teh Tropika.

Kepentingan:

1. Mengandungi sifat-sifat anti alergi, antihipertensi, anti inflamatori dan diuretik.
2. Digunakan untuk merawat arteriosclerosis (penyakit pada sirkulasi dan kapilari darah), ghout, batu karang, batu hempedu, diabetes dan rheumatisme.
3. Salah satu cara ia bertindak ialah dengan meningkatkan aliran pembuangan air kecil pesakit.
4. Bersifat anti fungi dan anti bakteria.
5. Mengandungi kalium yang mempunyai khasiat diuretik dan pelarut batu karang (saluran kecing).

Peraturan pengguna:

Diambil sebelum makan, 2 kali sehari iaitu pagi dan malam.

Harga:

Semenanjung: RM 20

Sabah & Sarawak: RM 22

Pengedar: RM16 diberi 7 NM.

Selamat mencuba...

Fakta / Fact

Misai Kucing (Orthosiphon Stamineus) adalah sejenis herba renek yang banyak terdapat di Asia Tenggara dan telah lama digunakan dalam perubatan tradisonal. Misai Kucing banyak terdapat di kawasan lapang seperti tepi jalan dan kawasan tanah terbiar samada kawasan tanah rendah atau tinggi. Ia telah terkenal sejak turun temurun untuk merawat masalah buah pinggang dan masalah pundi kencing kerana khasiatnya dapat membuang dan mencuci darah dari toksid yang berlebihan. Selain dari itu, ia juga dapat merawat penyakit lain seperti gout, arhritis, rheumatik dan mencegah pembentukan batu karang. Ia juga digunakan untuk mengurangkan kolesterol dan tekanan darah. Kandungan saponin dan tanin pada daun itu juga boleh mengubati keputihan.

Misai Kucing juga dikenali dengan nama Kumis Kucing, Remujung, Orthosiphon Stamineus Benth, Orthosiphon Aristatus, Orthosiphonblaetter, Indisher Nierentee, Feuilles de Barbiflore, Java Tea, Kidney Tea dan Yoa Nuat Moeo. Herba Misai Kucing adalah dari keluarga Lamiaceae / Labiatae .

Tumbuhan herba tropika Orthosiphon aristatus atau Misai Kucing kebiasaannya itanam di taman-taman atau halaman-halaman rumah sebagai pokok perhiasan kerana bunganya yang cantik.Walaupun tumbuhan Misai Kucing ini berasal dari Asia Tenggara dan Australia, namun kebaikannya dari segi perubatan kurang dihargai umum di rantau ini berbanding di lain-lain tempat dalam dunia.

Penjajah Belanda di Indonesia dahulu pernah mengambil herba ini sebagai minuman kesihatan untuk mencuci saluran darah dalam badan. Menyakini akan khasiat dan kebaikannya, mereka telah membawa herba ini pulang ke Eropah. Hari ini, setelah lebih dari 200 tahun kemudiannya, ianya telah ditanam secara meluas dan digunakan oleh pakar-pakar herba di Holland, Jerman, Perancis dan England.

Kemasyhuran Misai Kucing ini adalah kerana kesan diuretiknya (peluruh bendalir) yang selamat tanpa menjejaskan ginjal (buah pinggang). Tidak seperti kebanyakan ubatan-ubatan diuretik moden (diuretic drugs) yang memberi kesan sampingan kepada ginjal, ia mengandungi potassium yang mencukupi untuk menggantikan yang hilang dari tubuh semasa proses diuretik. Daun Misai Kucing telah lama digunakan sebagai herba diuretik yang selamat dan berkesan. Diuretik bermakna proses membuang air di dalam badan,

Dalam perubatan tradisional tempatan, Misai Kucing digunakan untuk merawat radang sendi (arthritis), gout dan sengal-sengal atau lenguh (rheumatism), kerana ia dapat menyingkirkan asid urik dan toksik metabolik yang berlebihan pada sendi dan otot. Bila asid-asid ini terkumpul secara berlebihan pada tisu-tisu, ditambah pula dengan sistem pengedaran yang lemah, itulah yang menyebabkan kesakitan dan radang pada sendi dan otot. Maka, herba Misai Kucing diadunkan bersama Pegaga bagi melancarkan edaran darah, dan dengan Kunyit dan Halia pula untuk melawan radang.

Dukun-dukun dan sinseh juga biasa menggunakan herba Misai Kucing dalam adunan-adunan mereka bagi merawat kencing manis (diabetes) dan darah tinggi. Sementara penyelidikan klinikal Misai Kucing dari segi keberkesanannya merawat kencing manis (diabetes) masih sedikit, Fakulti Farmasi, Universiti Fukuyama, Jepun telah melakukan ujikaji-ujikaji saintifik akan keberkesanannya merawat darah tinggi.Telah dipastikan, sebahagian unsur-unsur yang terdapat dalam daun Misai Kucing dapat mengurangkan tekanan sistolik darah secara berterusan dan juga bertindak sebagai ejen peluruh (diuretik).

Di Eropah, beberapa produk yang berasaskan Misai Kucing telah muncul di pasaran terutama kerana sifat-sifat diuretiknya yang selamat, dapat menyingkirkan toksid, membendung bendalir tubuh, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan berat badan dan untuk rawatan karang ginjal. Misai Kucing adalah salah satu dari cuma beberapa jenis herba yang mendapat pengiktirafan kerajaan Jerman untuk kegunaan melawaskan pembuangan air kecil bagi mengelak terbentuknya karang ginjal…

Sumber dipetik dari The Sun, Sabtu 2 September 2002.

Ahad, Jun 14, 2009

Gempur Radix dan Penerangan HPA di Shah Alam






Sabtu 13 Jun,
Saya bersama PJE Shajaruddin Tasiron dijemput oleh Sahabat Amanah Ikhtiar Seksyen 28 Shah Alam untuk memberikan penerangan tentang khasiat Kopi Radix keluaran HPA dan Peluang Perniagaan bersama HPA. Wakil Sahabat Amanah Ikhtiar En Rahim Mohd Noor sebelum itu mengalu-alukan kedatangan hadirin walaupun banyak kenduri kahwin pada hari itu. Lebih 30 orang yang hadir yang kebanyakannya dari penduduk setempat iaitu Taman Alam Megah memberikan respon yang baik terhadap program yang julung kali diadakan di Dewan Tadika Kemas Seksyen 28 Shah Alam.

Pameran produk HPA termasuk Ayam Organik dan Sate segera turut diadakan. Ia dikendalikan oleh En Mat Ronzi yang baru sahaja menjadi pengedar dan Agen Stok di situ.

Saya diberi peluang menyampaikan ceramah selama 90 minit untuk menceritakan Latar belakang dan perkembangan syarikat dari awal penubuhannya sehingga sekarang telah memiliki 150 cawangan, 1500 agen stok dan 500,000 ahli pengedar seluruh Malaysia.

Saya juga menceritakan kelebihan dan faedah mengamalkan Kopi Radix dari sudut kesihatan. Diantaranya ada yang dah menghentikan tabiat merokok setelah beberapa bulan mengamalkan Kopi Radix ini.

Seterusnya PJE Shajaruddin Tasiron menceritakan kelebihan menjadi ahli pengedar HPA. Menurutnya jika menjadi ahli, bukan sahaja dapat produk halal yang berkualiti malah dapat bonus jika tahu caranya. Caranya para hadirin kena faham pelan pemasaran HPA melalui Program Perkongsian Bijak Cemerlang atau PBC yang kita adakan setiap hujung minggu di seluruh Malaysia.

Majlis diakhiri dengan Ujian Mendiagnosis penyakit melalui tapak tangan dan memperkenalkan produk HPA yang patut diambil setiap ujian yang dilakukan. Ia dikendalikan oleh Herbalis PJ Rahmat, pengerusi Komuniti HPA Caw Puchong.

Jumaat, Jun 12, 2009

KPA raikan 6 PJS baru di Zon Tengah HPA






Bandar Baru Bangi, 11 Jun, Sempena dengan Majlis Iftar dan Usrah Bulanan KPA di HPA Cawangan Bandar Baru Bangi, 6 orang lagi PJS baru yang baru dilantik pada bulan Jun ini diraikan. Seramai 35 orang PJS KPA dari Zon Tengah dan Zon Selatan hadir bersama AJK KPA dalam majlis yang agak santai. Majlis dimulakan dengan Tazkirah ringkas oleh PJS Ust. Asri Zakaria. Taklimat semasa oleh PJS Rosmandi diikuti oleh Taarof ringkas 5 orang PJS baru yang dapat hadir. Mereka yang diraikan itu ialah:

1. PJS Us. Safuan Pamidi (NPB: 104650.MY01) dari Kg Sijangkang Kuala Langat Selangor. Pendidikan dari Universiti Al Azhar Mesir. Penajanya PJS Us. Zahir Ghazali dari Sg. Petani Kedah. No. hp: 019-6002996

2. PJS Us. Muhammad Asri bin Zakaria (NPB: 302892.MY01) berasal dari Kelantan dan kini menetap di Meru Klang Selangor. Penajanya PJE Hj. Mesday dari Banting Selangor. No. hp: 016-3474992

3. PJS En. Baharuddin Jantan (NPB: 051319.MY01). Keluaran Sijil Herbalis ke 16 baru-baru ini. Lahir di Kuala Pilah Negeri Sembilan dan sekarang menetap di Nilai. Penajanya isteri beliau sendiri iaitu PJS Siti Habibah Yusof atau lebih dikenali sebagai Kak Bib.

4. PJS Pn.Siti Rahmah Ujang (NPB: 060621.MY01). Isteri pertama PJS Hafidzan Fauzi. Sedang mengandung anak ke 8. Bekas pensyarah UPM dalam bidang Teknologi Makanan selama 10 tahun. Kini beliau sepenuh masa bersama HPA.

5. PJS Pn. Hajah Noliah bt Ahmad (NPB: 418332.MY01). Umur 57 tahun. Merupakan bekas pentadbir sekolah. Mempunyai 2 orang anak dan 2 orang cucu. Baru 11 bulan menyertai HPA dan pertama kali mengikuti PBC di utara sebagai proksi. Selepas itu beliau menyertai PBC di Masjid Al Ghufran bersama suami dan terus mengembangkan rangkaiannya. Petua kejayaannya "Pegang Kepala Keluarga.".

Seorang lagi PJS yang tak dapat hadir ialah PJS Munirah bt Shafei (NPB: 272256.MY01) dari Sabak Bernam.

Majlis diakhiri oleh ucapan Presiden KPA, PJS Hafidzan Fauzi. Antara perkara yang disentuh dalam ucapannya ialah:

1. Peranan KPA - Menyelaraskan program di Zon Tengah dan Zon Selatan.
2. Surat Pekeliling Agen Stok - Perlukan surat kuasa guna nama agen stok di cawangan.
3. Konvek 2009 - Semua PJS telah dibekalkan sekurang2nya 30 keping tiket KONVEK.
4. Mesyuarat Agung Koperasi HPA pd 20 Jun di Hotel de Palma Ampang akan diresmikan oleh Datuk Mangsor.
5. Penggabungan PBC di Zon Tengah, Utara dan Selatan KPA.
6. Peranan PJS - Mempositifkan keadaan.

Sabtu, Jun 06, 2009

Produk Curcumin dari kunyit dan lada hitam untuk atasi NYANYUK dan elakkan KATARAK






Alzheimer/Nyanyuk ialah sejenis penyakit kemerosotan keupayaan fungsi otak, memusnahkan kemahiran daya ingatan dan pemikiran seseorang dan mereka memerlukan perhatian daripada keluarga pesakit

Menurut pakar Psikogeriatrik, Jabatan Perubatan Psikologi, Fakulti Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Esther Ebeenezer,

“bermula pada usia 65 tahun, seseorang mempunyai risiko lima peratus menghidap penyakit ini dan risiko ini meningkat dua kali ganda setiap lima tahun”

Walaupun penyakit ini dikaitkan dengan warga tua, namun sejarah membuktikan bahawa pesakit pertama yang dikenal pasti menghidap penyakit ini ialah wanita dalam usia awal 50-an.

Kunyit mengandungi 5% essential oil (minyak aromatik) dan 3% polyphenol(antioksidan)

Alhamdulillah, HPA telah dapat mengeluarkan produk yang berasaskan daripada rizom kunyit dan serbuk lada hitam yang dikenali dengan nama produknya CURCUMIN.
Lada Hitam dan Kunyit perlu digandingkan untuk tujuan memudahan penyerapan zat mineral dan vitamin ke dalam tubuh
Produk ini juga didapati boleh merawat KATARAK atau selaput mata.

Pengambilan produk untuk efektif adalah seperti berikut:

Berat badan dibawah 50kg - 2 kapsul x 3 .
Berat badan antara 50kg - 90 kg - 3kapsul x 3.
Lebih daripada itu/perawatan - 5 biji x 3.

InsyaAllah satu produk lagi dikeluarkan oleh HPA yang bernilai tinggi tetapi tidak ramai yang mengetahui tentang khasiatnya. Marilah kita mencubanya.

Harga Pengguna Semenanjung Malaysia: RM 22.00
Sabah & Sarawak: RM25.00

Harga Pengedar Semenanjung Malaysia: RM 17.00
Sabah & Sarawak: RM22.00

60 kapsul/botol

Nilai Mata: 7

Rabu, Jun 03, 2009

Ziarah Iyang (Moyang) di Kuala Krai Kelantan




Pada hujung minggu lepas 31 Mei saya membawa emak pergi ke Kelantan bersama rombongan pengantin Azhari bin Zabaei anak Yong (Asma Yeop Majlis) di Kuala Krai. Dikesempatan itu pada sebelah malamnya kami dibawa oleh adik saya PJS Cikgu Jalal dari Machang pergi menziarahi Iyang (moyang)yang kebetulan sudah lama tinggal di rumah anaknya Talit di kuarters polis Kuala Krai.

Dulu Iyang tinggal bersebelahan rumah kami di Kg Teluk Pedayung Lambor Kanan Parit Perak. Tetapi telah meninggalkan rumah lama itu sejak 1990 lagi. Nama sebenarnya Hamidah bt Uda Jewa,(kami orang kampung panggil dia Iyang Betina)dan suaminya Allahyarham Jabarbi (kami panggil Iyang Jantan) mempunyai 2 orang anak, pertama kami panggil Opah Enon tinggal di Kuala Kangsar Perak dan seorang lagi Talit tinggal di Kuala Krai Kelantan.

Umurnya dah mencecah 100 tahun sekarang tetapi masih kuat lagi, cuma pendengaran dan penglihatan dah terlalu kurang. Dulu dikampung dia boleh panjat pokok gelugor. Satu-satunya wanita tua yang boleh panjat pokok gelugor sampai ke puncak. Sebab itu badannya sihat sampai sekarang. Kalau tengok kulit mukanya tak nampak macam dah berumur 100 tahun. Betul-betul awet muda. Itulah kelebihan amalan pemakanan sihat yang bersifat alami. Antara pendapatannya dulu ialah menjual asam keping yang ia proses sendiri. Hari-hari menjemur asam gelugur yang dikeping-kepingkan diatas tikar mengkuang didepan rumahnya. Buah gelugur ia petik sendiri dari pokoknya. Panjat dan kait..

Beliau menangis hiba menerima kunjungan kami walaupun jenuh dia nak mengingat siapakah kami. Emak saya pun dia dah tak kenal sedangkan dulu kawan baik dan jiran sebelah rumah di kampung. Bila kami sebut Besah Yeop Majlis barulah dia terkenang dan berlenanglah air matanya dengan penuh hiba.