Isnin, April 27, 2009

Harijadi anakku diraikan oleh pelajar Malaysia di Guangzhou China




Petikan dari blog sahalfikri.blogspot.com. Sdr Sahal fikri merupakan pelajar Malaysia yang sama belajar dengan anak saya Mohd Abu AlGhida di Jinan Universiti Guangzhou. Beliau pemegang ijazah undang undang UIA mengambil kursus bahasa Mandarin di Guangzhou selama 1 tahun diatas pembiayaan sendiri.

Tajuk entrinya

HPA BUKAN PERNIAGAAN BIASA

"Baru-baru ini kami meraikan sambutan hari ulangtahun empat orang rakan senegara yang lahir pada bulan April. Kebetulan pada waktu itu, kami dikunjungi pegawai atasan HPA Industries Sdn Bhd. Mereka ialah Us Samad Penolong Pengurus Besar HPA Zon Utara, En. Hafiz Pengurus HPA Multimedia & Services dan beberapa orang lagi rombongan dari HPA Malaysia.

Kali ini aku nak cerita tentang pengalaman bersama warga HPA. Satu nama yang jarang aku dengar sebelum ini. Hanya selepas pemboikotan barangan USA dan Israel secara besar-besaran, baru aku kenal HPA. Itu pun tak cukup faham lagi..

Ingat lagi tak aku pernah menulis tentang RFC? Inilah alternatif yang ditawarkan HPA dalam memberikan yang terbaik untuk umat Islam. Bukan saja alternatif bagi KFC, bahkan penyediaannya yang serba halal dan terjamin memberi manfaat dengan tidak menggunakan sebarang bahan kimia pengawet dalam produknya.


Dalam kelas aku, ada dua pelajar yang ditaja HPA. Hanya anak kepada ahli HPA saja ditawarkan peluang ini. Mereka belajar di sini selama 5 tahun bagi menguasai bidang tertentu seperti Bahasa dan Kesusasteraan Mandarin, dan Perubatan Tradisional Cina (akan datang).

Sebagai orang biasa, kita lebih mudah menilai daripada apa yang kita lihat dari mata kasar. Kunjungan beberapa pegawai atasan HPA sangat memukau hati aku. Mereka bukan seperti para peniaga biasa.

Hubungan mereka dengan Tuhan Maha Pencipta nampak luarbiasa. Cukup dengan berbicara dengan mereka, hati kita turut merasai ketenangannya. Mereka hebat dalam bidang tersendiri, seperti rempah ratus dan herba, kejuruteraan, perubatan dsb. Namun, bacaan al-Mathurat tak tinggal. Solat Dhuha jadi kewajipan. Menjaga barakah dalam pemakanan dan tindakan jadi keutamaan.

Aku agak sinikal dengan banyak para peniaga. Mereka suka meninggi diri. Mereka suka menabur janji. Mereka suka menyatakan hanya dia terbaik. Lagak mereka adakala menyingkirkan orang biasa. Pemakaian pasti ala-ala orang kaya baru. Memandang rendah kepada orang yang 'tiada apa'.

Inilah pengalaman yang sangat aku hargai. Kita kadangkala tak sedar yang kita dah amalkan sekularisme dalam kehidupan. Kita asingkan agama daripada perniagaan. Kita sibuk mencari duit sedangkan hubungan dengan Tuhan makin jauh. Sampaikan duit itu berlubuk di hati kita, bukan di tangan kita.

Ada yang lebih teruk merasakan kalau kuat beragama seperti bercakap benar, bertolak ansur, bersabar dsb dalam berniaga tak akan membawa kita menjadi usahawan yang kaya raya. Kita akan ditindas katanya.

Tapi, aku sendiri ingin syorkan kepada diri aku untuk berguru dengan pengasas HPA ini yang nyata kaya-raya dengan perniagaan yang berlandaskan ajaran Islam. Bahkan Standard Operational Procedure (SOP) yang ditetapkan HPA benar-benar harus dicontohi.

Antaranya, semua pekerja diwajibkan bertudung (bagi perempuan), menunaikan Solat Dhuha, membaca al-Mathurat dan sentiasa berwudhu'.

Betul kata mentor aku, jika kita mencari akhirat, dunia akan datang kepada kita.. Ikhlaskanlah niat kita demi Allah Rabbul 'Izzati."


Selamat ulangtahun kelahiran yang ke 21 kepada anakandaku Muhammad Abu Al Ghida bin Jamaluddin. Islam pasti cemerlang seluruh dunia. Umat Islam harus cemerlang. Hari ini mesti lebih baik dari semalam...

Khamis, April 16, 2009

Bertemu kawan lama di Radix Oriental Cuisine




Sempena mesyuarat PJS SeMalaysia yang diadakan di Cawangan HPA Sg Petani baru-baru ini saya berkesempatan mengunjungi satu lagi restoran segera milik HPA yang baru dibuka di Lagenda Height Sg Petani iaitu Radix Oriental Cuisine (ROC). ROC terletak sebaris dengan RFC (Radix Fried Chicken), ROR (Radix Organic Recipe) dan Hotel AzZahra yang sedang dibangunkan.

Selepas restoran Cheng Ho milik Amy Search di Kuala Lumpur menjadi perbualan orang kini ROC di Sungai Petani pula jadi tumpuan. Ramai sekali pelanggan yang terdiri dari kaum Cina,India dan Melayu datang bagi mencuba makanan cina halal yang disediakan oleh HPA. Buat masa kini tempahan makan malam telah banyak diterima terutama daripada pehak bank, badan kerajaan dan swasta.

HPA telah berjaya buktikan tanpa memasukan sumber-sumber yang haram, makanan masih sedap dan berkhasiat. Terima kasih pada En Hirman yang menguruskan persiapan makanan dan tahniah kepada Pn Khairul Nisak dan team yang nampaknya tidak letih-letih melayan tetamu.

Saya juga bertuah pada malam itu kerana dapat bertemu dengan kawan lama iaitu Prof Dr Mokhtar Saidin yang berkebetulan tinggal di Taman Lagenda Height. Beliau merupakan kawan lama saya semasa sama-sama belajar di UKM diawal tahun 80an. Beliau mengambil ijazah Geologi dan saya ijazah Sains Komputer. Kami bersahabat baik sejak belajar di Pusat Matrikulasi UKM di Greentown Ipoh pada tahun 1981 lagi. Selepas mendapat Ijazah Sarjanamuda Kepujian di UKM Bangi, beliau menyambung pelajaran keperingkat Sarjana dan PhD di Havard Universiti Amerika Syarikat dan sekarang bertugas sebagai Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global di USM Pulau Pinang.

Menurutnya beliau selalu mengunjungi ROC sejak ia dibuka 2 bulan lalu. RFC pula boleh dikatakan setiap minggu beliau mengunjunginya bersama keluarga. Alhamdulillah katanya lagi isterinya telahpun menjadi ahli pengedar HPA di bawah rangkaian PJM Us. Mohd Zahir Ghazali di Sg Petani. Malah anaknya mengaji di Kelas Pengajian Al Quran yang dibangunkan sendiri oleh Us Zahir di kawasan perumahannya itu.

Tahniah diucapkan kepada beliau kerana berjaya dalam bidang akademik dan bersama membangunkan ekonomi ummah.


Isnin, April 13, 2009

PBC kali ke 12 di Masjid Al Ghufran TTDI Kuala Lumpur.






Alhamdulillah seramai 47 peserta yang mengikuti PBC di Masjid Al Ghufran kali ini adalah yang terbaik memandangkan tidak ada yang ponteng setiap modul yang dibentangkan. Kesemuanya dapat mengikuti sepenuhnya program termasuk qiamullail. Bagi saya ini adalah rekod terbaik yang pernah saya kendalikan di sini dan di tempat-tempat yang lain. Saya mengucapkan tahniah kepada Pengarah PBC kali ini PJS Abdullah Kadir atau lebih dikenali dengan nama Pak Chop serta isterinya Herbalis PL Khadijah bt Jaafar dan anaknya PJ Shaiful Anita bt Abdullah yang bekerja keras sejak hari Jumaat malam lagi.

Tak ketinggalan juga kepada PJ Shafarul Nizam serta ibunya PR Pn Zulliah yang banyak memberikan tunjukajar kepada fasi fasi yang baru dalam menjayakan program PBC kali ini. Antara fasilitator yang terlibat ialah En. Yusaini Amir, En Mustafa Kamal, En Zulkifli Zainal, En. Kamizi, Sdr. Zulhakimi, Pn. Sharifah, Sdri Puteri Nur Khairunnisa, En Yusman dan Sdr. Mohd Safwan.

Antara yang mengisi slot modul PBC kali ini ialah:

1. Isu Halal Haram oleh PJ Us. Khairuddin Ramli. Pegawai Agama UTM Jln Semarak KL
2. Profail Syarikat oleh PJ Shajaruddin Hj. Tasiron
3. Pelan Pemasaran dan Strategi Menjana Pendapatan 5 Angka oleh PJ Shafarul NIzam
4. Gerakerja 6M oleh PJS Mohd Shafei Hj. Tasiron
5. Kuliah Subuh oleh PJ Us. Khairuddin Ramli. MA(UM)
6. Produk Pilihan oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis
7. Asas Perawatan JAWI dan Diagnos Penyakit oleh PJS Abdullah Abdul Rahim
8. Eagle Ice Sponsoring oleh PJ Shafarul Nizam Mohd Idris.
9. Ulasan persembahan dan penutup oleh PJS Jamaluddin Yeop Majlis

PBC akan datang di Masjid Al Ghufran ialah pada 9 - 10 Mei. Kepada sesiapa yang nak menghantar peserta bolehlah berhubung dengan Setiausaha Kommiti Attoyibah merangkap Pendaftar PBC TTDI iaitu Pn Shaiful Anita bt Abdullah 019-6192958. Pendaftaran terbuka untuk semua ahli HPA yang belum berpangkat Pengurus Melati (PLX).

Khamis, April 09, 2009

Sate segera Ayam Organik HPA.




Sate merupakan makanan kegemaran yang dipopularkan oleh orang melayu di Malaysia yang patut kita banggakan. Siapa yang tak kenal dengan sate kajang misalnya. Tetapi berikutan dengan pendedahan demi pendedahan sumber ayam yang kita makan melalui akhbar seperti Harian Metro dan sebagainya menjadikan kita berfikir banyak kali bila kita dijamukan makanan kegemaran seperti sate dan sebagainya. Kita dikejutkan baru baru ini di Kg Kayu Ara Damansara Selangor, ayam disembelih oleh Mat Mat Bangla yang tidak mengikut syariat. Penyembelihan satu hal, sumber ayam hidup tu pula dari mana? Siapa yang ternak. Apa makanannya.

Kita dapati ayam-ayam hidup yang dihantar ke pusat penyembelihan semuanya macam nak mati kerana ayam ini telah disuntik dengan hormon tumbesaran. Besarnya kerana terpaksa bukan membesar secara semulajadi seperti ayam yang kita ternak sendiri. Menurut Dr Shaari yang pernah membuat penyelidikan di Syarikat Dinding memberitahu dalam progrem PBC di Uniten Bangi baru-baru ini, ayam ini disuntik dengan hormon tumbesaran yang bersumberkan dari hormon babi. Itu yang ada istilah Ayam babi tu. Harian Metro yang dedah bukan kita. Tapi orang kita sekarang ni bukannya sensitif lagi dengan babi. Mungkin dah sebati dengan babi sejak kecil lagi kot. Apa tidaknya bangun pagi sebelum mengadap Tuhan, dah lumurkan gigi dengan ubat gigi yang mengandungi DCP (Dicalsium Phosphat) iaitu Serbuk tulang babi, lumurkan pula badan dengan sabun yang mengandungi gliserin dari lemak babi. Lumurkan kepala dengan syampoo yang juga mengandungi lemak babi. Begitulah juga makanan harian kita, macam dah tak boleh elak. Apa taknya kalau urusan penyediaan makan minum pun kita dah serahkan pada orang bukan Islam yang menyediakan.

Inilah yang mendorong HPA menyediakan produk halal satu demi satu mengikut kemampuannya yang WAJIB kita sokong. HPA syarikat milik Tn Hj Ismail yang terkenal dengan kewarakannya mempunyai lebih 1500 pekerja yang sentiasa dilatih mengamalkan syariat. Mempunyai 150 cawangan di seluruh Malaysia, Brunei dan Indonesia. Mempunyai kilang yang bertaraf GMP dan mendapat sijil ISO9001-2000 dari SIRIM. Ada ladang herba dan ternakan ayam sendiri. Mempunyai pusat penyembelihan ayam dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang. Setakat ini dah ada 500,000 pengedar berdaftar untuk memasarkan lebih 200 produk secara MLM.

Belilah Sate Ayam Organik HPA. Sebungkus ada 20 cucuk siap dengan kuah kacang segera. Harga RM15.00.
Pengedar: RM12.00 dengan 2 Nilai Mata.

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB KITA BERSAMA.


Jumaat, April 03, 2009

82 Calon PJS KPA berkursus di Broga





Alhamdulillah seramai 82 orang pemimpin pelapis dari Kelab Pemimpin AlWahida (KPA) yang berpangkat Pengurus Jati (PJX) keatas dapat dihimpunkan didalam satu kursus yang dinamakan Menjana Pemimpin Berhemah di Kem Latihan Dato Dr Mohamad Fadhilah Kamsah yang dikenali sebagai Excel Training Resort di Broga Ulu Beranang Negeri Sembilan.

Kursus yang julung kali diadakan baru-baru ini adalah untuk pemimpin Generasi kedua KPA. Kursus ini merupakan pra syarat kepada mereka yang nak memohon PJS setelah mereka mendapat pangkat Pengarah Jati kelak jika memenuhi syarat-syarat tertentu. Mereka yang tamat latihan ini juga akan diberikan peranan dalam menjayakan program PBC dan kelas-kelas mingguan di Cawangan-Cawangan HPA di Zon KPA.

Dalam sessi pagi, Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil selaku setiausaha Panel Syariah HPA telah memulakan majlis dengan membacakan doa memohon keberkatan kursus yang akan diadakan. Selepas itu peserta telah dapat mendengar ucapan alu-aluan dari Pengarah Program; PJS Rosmandi dan diikuti oleh ucapan Presiden KPA; PJS Hafidzan Faudzi.

Pengurus Besar Al Wahida Marketing Sdn Bhd; Encik Mohd Faisol yang turut dijemput telah menyampaikan amanatnya dengan panjang lebar dan mengakhiri ucapannya dengan merasmikan Kursus Menjana Pemimpin Berhemah ini dengan bacaan Ummul Kitab beramai-ramai.

Ustaz Ahmad Adnan bin Fadzil yang dijemput khas dari HQ telah diberi satu slot dan beliau telah menjelaskan tentang apa yang dikatakan MLM Syariah, kefahaman dan konsepnya. Tentang perniagaan yang dijalankan oleh HPA, beliau menjelaskan bahawa HPA adalah sebuah syarikat yang menjalankan urusniaganya secara MLM dan mempunyai satu badan panel syariah.

Kursus selama 2 hari 1 malam ini telah diisi dengan 8 modul. Juga tidak ketinggalan progrem Qiamullail dan Kuliah Subuh. Kuliah subuh diisi oleh Pengetua Kolej Universiti Islam Selangor Us. Radhi yang sebelum ini pernah memimpin kumpulan Nasyid AlWahida dan menjadi juruacara Majlis KONVEK 2007 di PICC Putrajaya.

a) Modul 1 - MLM Syariah: Penjelasan & Soal Jawab
Penceramah: Ustaz Adnan - Salah seorang Panel Syariah HPA

b) Modul 2 - Tugas Dan Peranan Pemimpin HPA
Penceramah: GM En Faisol bin Abdul Rahman

c) Modul 3 - Gerakerja Usahawan MLMS HPA
Penceramah: PJM(S) Hafidzan bin Fauzi

d) Modul 4 - Teknik Penajaan Berkesan
Penceramah: PJM(S)Murad bin Abu Bakar

e) Modul 5 - Pembentangan Modul-Modul Tentatif PBC
Penceramah: PJM(S)Rosmandi bin Ishak

f) Modul 6 - Teknik Pengucapan Berkesan
Penceramah: En Badrul Sani - Az Zahrah Multi-Intelligence Academy (AMPAC)

g) Modul 7 - Tugas & Peranan Fasilitator HPA
Penceramah: PJM(S)Khalid Iskri

h) Modul 8 - Kaedah Pengurusan & Pengendalian PBC
Penceramah: PJM(S)Siti Habibah bt Yusof